sehari berlalu. walaupun ada compang campingnya. abc tahu. abc mampu menyempurnakannya.
menjauh diri bukan makna berpisah.
abc mahu mencari kembali diri yang pernah abc cari sebelum ini. masa tu, abc masih kecil, belasan tahun. namun jauh di sudut hati, abc nyatakan pada diri, 'aku mahu apa di sini?'
pada usia itu, segala yang abc lakukan mesti disoal, mesti disuarakan. faham, orang sekeliling semua sebaya. semua masih 'hingusan'. namun entah kenapa, waktu itu, abc seorang yang kuat dalam mahukan apa yang diri mahu. dan selalunya abc lakukan sesuatu yang jarang abc kesalkan.
pabila usia menginjak dewasa, abc terkadang terfikir dan soal. "kenapa kian besar aku kian bodoh? rendah akalnya?"
seawal usia 15tahun, abc mula persoalkan. adakah kaki adalah aurat? jadinya perlu kita tutup? menutup kaki sama seperti menutup kepala?
ketika itu, abc mula belajar menjadi dewasa. namun kenapa bila dewasa abc menjadi kanak-kanak? Allah tahu segala. Allahuakbar.
abc tahu, tak perlu disoal kenapa dan kenapa. segala yang terjadi ada hikmahnya. ya tahu. cuma apabila mahu menilik diri, persoalan kenapa harus di soalkan pada diri sendiri. kenapa aku lakukan demikian dan demikian? bukan perlu soal kenapa Allah biarkan. itu salah!
dalam setiap kesalahan. abc tunding pada diri sendiri. sebab? dalam salah yang abc buat, abc sedar itu adalah salah namun diri tegar membiarkan. hati ini sendiri tidak dapat memaafkan salah yang abc lakukan. namun abc yakin, keampunan Allah itu Maha Luas, moga ada ruang keampunan untuk diri ini.
abc dalam kembara mencari diri. mencari kembali identiti.
kembara mencari kesucian hijab yang selama ini menutup diri.
kembara mencari cinta Ilahi.
"Janganlah kamu bersikap lemah & jangan pula kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yg beriman." Surah Ali-Imran | 139
No comments:
Post a Comment