Tuesday, December 13, 2011

JANJI TERPATERI - BAB 2


BAB 2


            Aku meraup muka setelah doa aku aminkan. Aku berteleku sebentar di atas tikar sembahyang. Perutku mula bergendang kembali. Padah berkata-kata sebelum berfikir. Patutnya aku biarkan sahaja mamat kambing itu, kenapa aku melayan? Kesian perut, terpaksa berlapar. Telekung aku bukak dan terus melipatnya bersama sejadah. Rambut yang sedikit serabut aku ikatkan kemas. Entah sejak bila, Misha asyik memerhati.

            “Nak apa lagi Cik Misha?” suaraku setelah lama aku perasan dia asyik melihat gerak geriku.

            “Nothing… aku cuba mencari apa yang ada dekat kau, yang buat Irham boleh belanja kau burger tadi.” Aku menggeleng dengan kata-kata Misha. Tak masuk dek akal!

            “Pernah dengar tak kes, pelajar matrikulasi tercekik pensil?!” Aku menyindir Misha. Tak habis-habis dengan mamat kambing. Misha terkekek ketawa. Maya yang baru masuk ke dalam bilik turut ketawa mendengar ayat aku tadi.

            “Ganas Mustika kita ni, tampak ayusss aje eh, tapi gangster jugak.” Bertambah-tambahlah gelak si Misha bila Maya turut menyampuk.

            “Siapa kata aku ayu, kalau dah geram yang lembik pun boleh jadik tough, betul tak Misha?” Aku menjengil mataku kepada Misha. Maya hanya ketawa melihat aku dan Misha bertelagah. Bergaduhlah sebesar mana pun, aku dengan Misha tetap rapat, dari awal masuk matrik sampai sekarang, lagi berapa bulan aje nak habis matrik.

            “What’s going on babe?” Soal Maya, mungkin tidak faham kenapa aku marah semacam dengan Misha.

            “Ask Miss Misha. She started it.” Aku malas nak melayan, kalau Maya dah mula masuk campur, alamatnya aku kena lari. Kalau tidak…. Hancusss hidup aku kena main dengan diorang. Misha yang masih di atas katil hanya mencebik. Aku berlalu dengan cawan berisi milo di tangan. Perut dah tersangat lapar, minum milo pun jadilah.

++++++++
Langkahku atur perlahan memasuki bilik, water cooler tak jauh dari bilik, dan dari jarak itu aku asyik mendengar suara Maya menjerit-jerit. Entah apa yang dikelentong Misha, mesti ada yang ditambah-tambah perisa tu.

“Ya Allah, Mustika, kenapa kau tak cakap kat aku? Sampai hati kau eh?” Aku yang sedang mensisip air milo dalam cawan hampir-hampir terbabas.

“Hah? Cakap apa? Aku mana ada rahsia apa-apa?” Maya sudah bangun mencekak pinggang. Misha yang sudah duduk dikerusi meja belajar, terkekek ketawa.

“Jangan nak selindung, Misha dah cerita semua. Selama ni aku cerita pasal Irham kau kata tak kenal, kau buat dek aje eh. Tup-tup dia belanja kau burger, bukan satu pulak tu, dua!” Aduh, pedih telinga aku dengar Maya ni membebel.

“Hey, stop it. Kau percaya la cakap Misha tu Maya.”

“Betul la. Mizan boleh jadik saksi.” Misha menjelingku. Geramnya rasa.

“Maya, malam ni baru aku kenal yang tu Irham. Muka dia pun aku masih samar-samar. Seriously, I don’t know him. Really!” Baru aku teringat, si jejaka pujaan Maya ni Irham Syakir. Entah yang mana, bila dah dikaitkan dengan kes aku tadi, jadi sekarang aku tahu, yang mamat kambing tu adalah Irham Syakir. Irham Syakir adalah pujaan hati Maya sejak minggu orientasi. Kenapa lambat sangat aku nak kenal? Erk..?

“Kenapa kau tak ambil burger dia bagi tu?” Soal Maya namun berubah nada. Aishh. Kenapa pulak minah ni.

“Sebab aku masih mampu nak beli sendiri and I don’t know him.” Maya mengeluh berat dan melangkah ke  arah katilnya dan terus menghenyak punggung.

“Rugi… rugi… rugi…!!!” Maya menjerit. 

“Hey!” serentak aku dan Misha. Menggila ke apa si Maya ni?

“Apa yang rugi?” Aku menyoal Maya yang monyok di katil.

“Rugi la kau tak ambil burger tu, kau tak makan takpe lah, aku boleh makan, boleh post kat wall FB, Irham Syakir bagi burger…” Aku memandang Misha dan Misha turut memandangku, terburai ketawa kami berdua. Mangkuk jugak budak Maya ni.

“Maya… if aku ambil burger tu, kau tak jealous? Esok-esok Irham belanja aku lagi. Tak jealous?” Aku mengangkat-angkat kening memandang Maya. Misha turut tersenyum-senyum sumbing memandang Maya yang terkulat-kulat mencari jawapan.

“Er… tak lah. Kalau Irham syok kat Mustika, Mustika pun dah syok dekat Irham. Kira aku dengan Irham kawan. Mesti Irham cari aku kalau Mustika merajuk or else.” Aku menepuk dahi. Si Misha bertepuk tangan. Maya pun tersengih-sengih syok sendiri. Apa punya teori daaa…

“That’s right babeh!” Misha seronok menyokong Maya. Aku hanya menggeleng dan mula membuka buku, jam sudah pukul 11.30 malam. Sebelum aku tidur, ada baiknya aku baca sikit topik untuk kelas esok.

“Mus… kau tak suka Irham?” Soal Maya setelah aku hanya berdiam diri.

“Siapa aku nak kata tak suka? Erm… Aku tak kenal dia la, and kalau boleh tak nak la kenal.” 

“Kalau dia nak kenal dengan kau?” Misha menyampuk.

“Siapa aku untuk dia kenal? Kau jumpa apa-apa kat aku yang boleh buat dia nak kenal?” jawabku dengan tangan masih ligat membelek buku rujukan Fizik.

“Sebab kau Nur Mustika. Itu yang buat dia nak kenal kau.” aku berpaling memandang Misha yang telah siap berselimut. Maya yang tadi lincah bergelak ketawa turut diam mengemas mejanya. Aku? Turut terdiam memutarkan kembali kata-kata Misha tadi. Sebab aku Nur Mustika? Ada kaitan ke?

++++++++

            Sepanjang kelas Fizik tadi aku tidak dapat menumpukan perhatian. Perut aku terasa amat sakit. Akibat kejadian malam tadi, buat aku lupa yang aku ni ada gastrik. Walaupun aku jarang makan malam, selalunya aku akan ambil roti sebagai alas. Entah kenapa semalam aku langsung terlupa membeli roti untuk alas perut dan entah kenapa aku teringin nak mengambil makanan berat sampailah segalanya berlaku. Erm… takdir dan jodoh siapa kita nak soalkan? Jodoh? Semacam aje. Ah! Jiwang.

            “Kau okay tak Mus. Pucat aje ni?” Soal Misha setelah rakan praktikum aku ada memaklumkan kepada dia yang aku sakit.

            “Boleh la tahan lagi.” Jawabku sambil menekan perut dengan kedua-dua tanganku. Misha hanya menggeleng melihat keadaanku.

            “Pagi tadi makan tak? Lewatkan tadi?” Misha sudah macam Ibu aku, menyoal berbagai-bagai walaupun tahu aku dalam keadaan sakit. 

            “Terlewat. Tak sempat nak beli kuih kat pak cik four flat tadi.” Jawabku dengan sengihan panjang. Bila Misha dah menjenggikanl bijik matanya yang sedia bulat, aku tahu telinga aku akan mencair mendengar leteran mak nenek dia.

            “Eiiii… degil. Pagi tadi aku bagi biskut suruh bawak pergi kelas, kau tinggalkan kat bilik. Degil-degil!” Marah Misha sambil menunjal-nunjal bahuku. Aku hanya mencebik, sedih pulak kena marah.

            “Aku sakit ni Misha, jangan la marah. Nak aku pengsan ke?” Misha mendengus. Telefon dalam poket begnya dibawa keluar, punat telefon ditekan pantas dan telefon ditekap ke telinga.

            “Waalaikummussalam. Awak kat mana ye?” Misha berbual dengan seseorang tapi gaya macam bercakap dengan Mizan. Senang nak teka, bila dengar kata ganti nama yang dia gunakan bila bercakap, dengan kawan perempuan atau lelaki semua dia balun aku kau, dengan Mizan aje saya awak. 

            “Pucat teruk, dah macam hantu… erm… okay, dekat dewan kuliah 2 ye, dekat depan dewan kuliah. Okay.” Misha mematikan talian dan kembali duduk disebelahku.

            “Kau report kat Mizan ke?” Aku menyoal.

            “Tadi before aku datang sini, aku jumpa dia study kat library, dapat aje call dari Azwa aku terus ke sini, so dia tahu kau sakit and mamta kambing kau pun tahu” Aku mengangguk-angguk malas ambil pusing, tak kan habis kisah mamat kambing ni kalau melayan. Tiba-tiba tekakku terasa mual, angin seolah menyerbu keluar.

            “Aku nak muntah…” Kelam kabut Misha bila dengar aku cakap macam tu. Beg aku dicapai dan terus memimpin aku ke tandas yang terhampir. Letih. Sakit. Semua aku rasa. Sekarang ini aku hanya nampak tilam dan katil. 

            Akibat daripada perut yang kosong, aku hanya memuntahkan angin dan air liur sahaja. Perit tekak mula terasa. Kepala berdenyut kuat sekali. Tak tertahan rasanya. Ini kalau ibu tahu, mahu tahi telinga yang cair kembali keras. Erm… ibu, rindu ibu. Bila sakit-sakit memang ibu lah perkara pertama yang aku mahu.

Aku langkah berhati-hati keluar daripada tandas. Di luar tiada Misha, ke mana dia pergi. Aku sudah terasa amat tidak mampu lagi untuk berdiri. Kebas-kebas terasa kakiku. Lutut terasa amat lemah dek kesakitan yang pedih menikam perut. Bibirku ketap kuat, tanganku tekap erat menekan perut. Allah… tak tertahan lagi.

“Eh… kenapa ni?” Soal suatu suara lelaki setelah aku terjelepok jatuh ke lantai di tepi dewan kuliah. Aku hanya menunduk menahan sakit.

“Mus… kau okay tak?” entah dari mana Misha datang dan turut menunduk melihat wajahku.

“Sakit sangat. Tak tahan dah.” 

“Allah. Ubat kau ada tak?” 

“Ada kut, kat bilik.” Misha mengangguk dan menggamit seseorang supaya menghampiri. 

“Teruk ni, kita bagitau lecturer je la eh. Pergi klinik.” Mizan, aku cam itu suara Mizan. Tapi suara yang tadi dan seterusnya ni seperti pernah dengar tapi entah kat mana.

“Aku dah call Encik Mazlan. Kejap lagi dia datang dengan kereta, boleh pergi klinik terus.” Selepas itu, aku tak ingat apa-apa, suara yang terakhir aku dengar adalah suara Misha yang sudah agak kelam kabut melihat tubuhku lembik tak terdaya.

++++++++

            Berkali-kali mesej itu aku baca. Si unknown yang dulu pernah bermesej dengan aku, kembali menghantar mesej kepadaku. Siapa? Bagaimana dia tahu keadaan aku?

            ++ Semoga cepat sihat tuan yang cantik, jaga diri, makan tepat pada masanya… MK++

Siapalah si MK ni, siap main peril-perli lagi, aishhh. Pernah soal Misha, dia kata tak kenal nombor ni, samalah dengan Maya. Mana aku nak cari pemilik nombor ni. Nak buat friend finder, bukan nanti dia tahu ke aku tengah siasat tentang dia?

            “Berapa lama kau nak belek mesej tu Mustika?” Misha yang baru pulang beriadah menegur aku yang asyik bergolek-golek di atas tilam dengan tangan masih erat memegang telefon. Aku tersengih sahaja.

            “Belek-belek, mana tau dapat tahu siapa.” Aku ketawa kecil dengan jawapanku. Misha hanya tergeleng-geleng mendengar jawapan tak munasabah aku.

            “Iye la tu. Eh… Mamat kambing kau kirim salam.” Aku mencebik. Sudah ke berapa kali nak berkirim salam.

            “Eh… wat dek aje?” Soal Misha bila aku hanya berdiam diri dan membuat muka bo layan.

       “Kirim salam yang ke berapa kali eh? Kenapa dengan dia?” Misha yang sudah siap untuk membersihkan badan hanya mengeluh perlahan.

            “Dia nak kenal dengan kau lah… tapi kau ni dia lalu sebelah siap senyum paling lebar lagi, ada kau perasan?” erk? Ada ke? 

            “Ha… tak perasan kan? Kau jalan, mata kau kat mana eh? Ke berangan sepanjang jalan?” Misha mula nak membebel. 

            “Lower your gaze. Aku praktikkan.” Jawabku dengan senyuman yang menampakkan semua gigiku. Misha mengibas tualanya ke arahku tanda protes dan terus keluar daripada bilik untuk bilik mandi. Kalau nak kenal, kenapa tidak berdepan? Kenapa perlu posmen segala? Aku bukan akan maki atau marah atau apa-apa. Mungkin aku hanya akan mengangguk atau… entahlah tak pernah berlaku jadi aku tak tahu apa aku akan buat.

Deringan telefon yang bertalu-talu membuatkan aku tersedar dari lamunan dan mainan perasaan sendiri. Telefon yang sedia di tangan aku lihat. MK! Telefon masih bordering tapi aku tak tahu hendak di angkat atau tidak. Dah angkat nanti apa aku nak cakap? Aku berfikir-fikir sehinggalah deringan itu mati dengan sendiri. Fuh! Selamat. Tak lama satu mesej aku terima.

++ Belum sudi untuk mengenali saya?++

Tangan aku lincah hendak membalas, kuakan pintu dari luar mematikan sekejap gerakan jari. Maya. Sejak semalam aku lihat dia hanya diam dan bersikap endah tak endah denganku. Aku cakap sepatah , suku patah dia jawab. Itu belum aku cakap suku patah, langsung diam kut dia. Kenapa ye? Aku menuruni katil dan mendekati Maya yang sedang mencari sesuatu di mejanya.

            “Maya.” Aku mencuit bahunya. Maya tersentak kecil dan aku lihat tidak tentu arah.

          “Aku ada janji, aku pergi dulu.” Maya seakan cuba melarikan diri. Aku tahan, tangan Maya aku pegang.

            “Kenapa macam ni Maya? Ada aku buat salah? Cuba bagitau… tak best macam ni…” Aku cuba memujuk Maya. Ada aku tersalah kata atau ada perbuatanku yang dia tak suka? Aku tak sedar.

            “Takde apa-apa lah, kenapa kau ni tiba-tiba… aku okey aje.” Maya menjawab dengan agak tidak yakin. Aku mengeluh perlahan. Tangannya masih aku pegang erat.

            “If there is nothing, kenapa kau elak dari aku?” Maya memeluk tubuh. Wajahnya langsung tidak memandangku. 

            “Bukan salah kau. Bagi aku masa…” terus sahaja Maya merentap tangannya yang aku pegang dan terus keluar dari bilik. Aku tak tahu bagaimana lagi. Sejak aku MC sebab gastric sampai pengsan dua hari lalu, Maya memang macam tu. Aku tak tahu!

Aku kembali ke katil dan berbaring. Telefon aku capai dan nombor Ibu aku dail. Waktu petang begini, ibu mesti berehat-rehat dengan adik. Lama bunyi deringan sehingga suara ibu kedengaran di hujung talian.

            “Assalamuaikum, Mustika…” Ibu memulakan perbualan. Aku yang di sini sudah takung air di kelopak mata.

            “Waalaikummusalam ibu…” Aku cuba mengawal perasaan tangisku. Hatiku dipaut rasa pilu mengenangkan seorang kawan yang dulunya rapat kini melarikan diri, tanpa aku tahu apa sebabnya. Dengan keadaan yang baru sihat, aku menjadi seorang yang agak sensitif.

            “Mustika sihat? Semalam baru telefon. Kenapa sayang?” Suara ibu begitu memberikan ketenangan. Penuh kelembutan. Penuh kasih sayang.

            “Ibu… Mustika rasa rindu dekat ibu…” Sebaik sahaja kata itu terlafaz, air mata ini bagai air terjun yang berderu melimpahi sungai. Esakan tangisku sampai ke telinga ibu.

            “Mustika kenapa ni, kenapa menangis ni sayang?” 

            “Mustika buat kawan Mustika lari dari Mustika ibu…”

            “Apa Mustika dah buat?”

            “Tak tahu, Mustika tanya dia kata takde apa, tapi dia elakkan diri dari Mustika bu…” tangisanku makin menjadi-jadi.

            “Sabar sayang, mungkin hanya perkara kecil. Bincang elok-elok.”

            “Mustika tak tahu…” 

            “Sudah… ingat pesan abah? Kalau hati resah, pergi ambil wudhuk, solat 2 rakaat. Minta dekat Allah supaya lapangkan hati tenangkan fikiran kita.” Abah, hati ini makin rindu pada abah. Abah dengan ibu adalah ibu bapa terbaik. Anak adalah kawan baik mereka. Pesanan dan nasihat tidak pernah tiada dari bibir mereka. 

            “Ingat bu… Mustika mintak maaf ibu, kalau Mustika buat ibu risau.” Air mata yang masih mengalir aku seka perlahan dengan telapak tangan. 

            “Takde lah sayang. Mustika tau kan, ibu sentiasa ada untuk Mustika. Jangan sedih-sedih, ibu doakan segala masalah Mustika dengan kawan tu akan cepat selesai ye sayang.” Aku terangguk-angguk biarpun ibu tidak dapat melihatnya.

            “Terima kasih ibu.” Ujarku sebelum mematikan talian. Ibu, abah… doakan Mustika kuat. 

Aku bingkas bangun daripada katil dan terus ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Beberapa minit lagi akan Asar, sempat untuk aku mengaji dahulu sambil menunggu azan. Maya, ceritakan, jelaskan, aku tak mahu terputus hubungan kawan!

+++++++

            Misha sudah bersiap-siap untuk beriadah. Aku yang masih bertelekung hanya memerhatikan gerak gerinya. Terasa ingin keluar mengambil angin petang ni.

            “Misha, are you in hurry?”

            “Nope. Kenapa? Nak ikut?” aku hanya mengangguk dengan pertanyaan Misha. 

            “Bagus, petang ni kita main skuash okay, aku tau kau ex-tennis player mesti handal punya! Skuash and tennis, tak banyak beza kan?” Misha sudah membuat gaya seperti pemain skuash. Aku hanya tergelak dengan tingkahnya, dengan segera aku menukar pakaian dan memakai tudung. Kasut sukan aku sudah berhabuk agaknya di rak kasut di depan bilik. Lama tak guna.

            “We’ll see.” Misha mencebik dengan jawapanku yang bernada bongkak itu, aku cuma ketawa kecil dengan muka meluat Misha. Beiringan kami keluar dari bilik dan menuju ke gelanggang skuash di hujung padang.

+++++++

            Misha memberikan isyarat untuk berhenti daripada bermain. Aku belum puas lagi, tapi kesian Misha, dah tercungap-cungap. Main skuash tak sama dengan main tenis. Aku agak excited bermain sebab baru first time. Agak susah nak tinggalkan gaya bermain tenis semasa bermain skuash. Tapi yang sama, kedua-dua sukan perlukan stamina yang tinggi. Air 100 plus aku teguk perlahan. Bila berehat mula terasa letihnya. Aku memandang Misha yang sedang mengelap mukanya dengan tuala yang dibawa, aku perlu tanyakan kepada Misha soal Maya.

            “Sha, aku tanya sikit boleh?” Misha yang sedang meneguk air hanya membesarkan mata memberi tanda apa yang aku ingin soalkan.

            “Maya. Aku rasa dia cuba lari dari aku aje.” Misha mengelap mulutnya dan hanya mengangguk. Kiranya Misha turut perasan perubahan Maya.

            “Kau perasankan? Dah kurang lekat dekat bilik, ada pun time aku dah tidur. Kenapa ye?” Misha membetulkan duduk menghadapku di atas stage penonton itu. 

            “Kau perasan dia cuba elak diri tu bila?” Misha menyoal aku kembali.

          “Malam lepas aku balik dari klinik tu la, malam tu dia just tanya aku okay ke tak and then terus hilang.” Misha hanya mengangguk dan kembali meneguk air.

            “Tu aje kau kata dia cuba elak dari kau?” Misha menyoal lagi. Ah! Buat aku makin resah aje. 

            “Tak la, keesokan pagi, dia masuk bilik senyap aje, selalu kan dia akan bercerita banyak. But sekarang diam… and tadi…” Aku memberhentikan cerita. Entah, hatiku rasa tak sedap aje. Air ditangan aku teguk sedikit.

            “Tadi apa Mus?” Aku mengelap mulut yang basah dengan belakang tangan.

            “Aku tanya dia. Dia ada selindung something but I really don’t know what was it.” Aku mengeluh berat. Misha menepuk bahuku memberi semangat.

            “She might be in a bad mood. Kita tak tahu kan.” Misha cuba memujuk aku yang mula mendung.

            “Dia ada kata, bukan salah aku and mintak aku beri dia masa untuk jelaskan. Something fishy there. I know something is not right!” Tegasku. Misha hanya terangguk-angguk. Misha kelihatan tenang. Selalu dia akan join aku beremosi. Erm…

            “Berilah dia masa macam tu. Kau buat macam biasa.” Misha macam berselindung sesuatu dari aku.
            “Misha, kita kawan dari awal masuk matrik kan…” Misha memandang tepat ke wajahku, mungkin pelik bila aku tiba-tiba cakap macam tu.

            “Yup, we’re bestfriend.” Misha menunjukkan tanda peace dengan sengihan panjang.

            “So… Aku tahu kau sembunyi sesuatu dari aku. Kan? I know it Misha.” Aku mengalih pandangan ke arah gelanggang skuash. Misha terlopong melihat aku. Mungkin tak sangka aku tahu dia menyembunyikan sesuatu. Bila namanya ‘kawan baik’, mood kawan kita pun kita boleh hidukan? Inikan pula ‘rahsia’!

            “Just not the time yet.” Aku terus mengangkat punggung setelah Misha bersuara. Aku mengambil raket skuash dan bolanya. 

            “Okay. Bila dah tiba masa cakaplah. Aku terasa tersisih.” Aku terus melangkah memasuki gelanggang, meninggalkan Misha di situ. Aku mula bermain seorang diri, mungkin lebih kepada meluah segala isi hati. Bola itu ibarat tekanan yang aku hadapi sekarang, aku pukul sekuat-kuatnya. Seolah-olah membunuh tekanan tersebut agar aku dapat kembali hidup dengan hati yang lebih tenang. Dari jauh Misha mengeluh, dan hanya memerhatikanku.

++++++

            “Kenapa biar dia main sorang? Dah pancit?” Mizan menegur Misha yang senyap bersendirian di atas stage penonton itu. Misha terperanjat dengan teguran Mizan dan tentunya dengan kedatangan Mizan, dan macam selalu di mana ada Mizan di situ ada Irham Syakir. Sejak kebelakangan ini aje, sebelum ni biasa-biasa je.

            “Dia tengah stress tu.” Misha menjawab lemah. Irham Syakir tak lepas memandang Mustika yang asyik memukul bola ke dinding. Ke sana ke mari mengejar bola, macam tiada erti penat.

            “Why?” Mizan menyoal Misha dalam masa yang sama menyiku Irham yang dilihatnya begitu asyik melihat Mustika. Merah muka Irham bila Misha ketawa melihatnya. Khusyuk usha anak dara orang!

            “Maya. Kan saya dah bagitau semalam. Erm… Mus dah tanya Maya sendiri tau.” Irham turut menyertai perbualan Mizan dan Misha, dia mengambil tempat di sisi Mizan yang berada lebih tinggi daripada Misha.

            “Mus dah tahu lah?” Misha hanya menggeleng.

            “Then, kenapa Mustika nak stress pulak?” Irham menyampuk.

            “Maya tak cakap, tak explain and Mus tahu yang saya tahu kenapa Maya macam tu. Saya takut nak bagitau la korang.” Mizan dan Irham hanya mengangguk. Mereka bertiga terdiam seketika dan memandang Mustika yang masih bermain. 

            “Biar saya yang jelaskan.” Irham bersuara dan terus melangkah memasuki gelanggang yang sama dengan Mustika. Misha tercengang memandang Mizan yang tersengih-sengih dan menggeleng kepala. Mungkin sudah jangka sesuatu yang berani akan Irham lakukan harini.

            “Mampus lah… mau mengamuk Mustika kejap lagi.” Misha mengeluh dan menepuk dahinya perlahan. Takut untuk dia melihat taufan dan rebut petir Mustika. Pada orang Mustika tampak ayu, susah nak melihat Mustika berseluar, seluar jeans apatah lagi. Susah nak lihat Mustika berborak, gelak ketawa dengan lelaki, sekali dalam setahun? Tapi apa yang orang tak pernah nampak, ‘taufan’ Mustika yang tersembunyi dibalik keayuannya yang semula jadi. Tak main la buat-buat ayu!


6 comments:

blinkalltheday said...

cite ni akan di rewind smp mustika kawen dgn arwah suami die dulu ke?

Unknown said...

ah? maksudnye cite ni ade cite first ke, blinkalltheday? saye kena bace cite mula2 dulu ke??

akubersamaCahya said...

blinkalltheday:

abc nak wat macam tu. boleh? ke a bit bosan? ke nak campur masa sekrg n masa lepas?

akubersamaCahya said...

alfa syamimi:
baca aje bab 1 ^^v

blinkalltheday said...

alfa, maksud sy, cite ni die ingat blk hal yg lepas2...ABC, xde lah bosan, ok, cume lagi suke klu boleh mix yg dah lepas dgn yg skrg...pape pun cite ni ABC yg punye, depends pd ABC lah, sy akak follow...hehehe...

akubersamaCahya said...

thanks. ^^v

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders