Sunday, December 11, 2011

Janji Terpateri - Pengenalan.



            “Mungkin ada silap faham kut. Tunggu Mustika balik kejap lagi ye, dia pergi kubur kejap” Ujar Ibu kepada tetamu yang hadir. Ibu gundah sekali. Along sudah menggeleng-gelengkan kepala. Macam mana hal ini boleh terjadi? Ibu segera ke dapur. Pening untuk dia fikirkan.

            “Macam mana boleh jadi macam ni, diorang tak tahu ke hal Mustika Ibu.” Ujar Kak Idah kepada Ibu. Ibu meneguk air kosong yang diberikan Kak Idah kepadanya.

            “Itulah Ibu pening ni. Idah dah telefon Mustika?” soal Ibu setelah habis air diteguknya. Gelas digenggam erat. Kak Idah cuma mengangguk perlahan. Along dan Angah setia melayan tetamu yang datang dengan tiba-tiba bersama hajat yang besar dan amat memeranjatkan seisi keluarga.

            “Kenapa keluarga ni macam terkejut aje dengan kedatangan kami hari ni?” Soal Irham kepada Along dan Angah. Along dan Angah berpandangan. Bagaimana mahu diterangkan? 

            “Kita tunggu Mustika, nanti dapatlah jawapannya, insyaAllah.” Irham masih tidak puas dengan jawapan yang diberikan Along. Angah cuma mampu tersenyum dan mengangguk.

Dalam kesepian yang menyelubungi ruang tamu rumah tengah hari itu. Suara Haziq dan Mustika memecah kesunyian. Irham bingkas bangun setelah suara itu menyapa telinganya.

            “Mak Lang cepat, ramai tunggu Mak Lang tu.” Ujar Haziq sambil menarik tanganku. Aku hanya ketawa perlahan.

            “Sabarlah sayang, Mak Lang tak larat nak jalan laju dah...” 

            “Perut Mak Lang dah makin besar...” Ujar Haziq, mencuit tawaku. Langkah diatur perlahan ke dalam rumah. Kak Idah menyuruhku pulang dengan segera sewaktu aku masih di pusara. Hal penting katanya, bila ditanya apa yang penting, aku hanya disuruh pulang sesegera mungkin. Seusai habis bacaan Yassin aku sedekahkan, aku bingkas pulang. Entah kenapa sedari awal pagi, hatiku tidak enak rasanya. Orang kata, hati yang resah disebabkan dua perkara. Pertama ada antara doa kita dimakbulkan dan kedua, ada benda buruk yang berlaku. Aku hanya mampu berdoa agar, resah ini adalah kerana hal yang pertama. Ada antara doaku yang Allah makbulkan, mudah-mudahan.

            “Assalamualaikum..” Salamku berikan setelah ramai tetamu aku lihat bersama Along dan Angah. Ibu dan Kak Idah melangkah pantas ke arahku. Aku masih berdiri di depan pintu dan tersenyum. Senyumkan sedekah. Seorang lelaki muda, bingkas bangun setelah melihatku. Dari riak wajahnya, aku lihat dia begitu terkejut melihatku. Aku kenalkah?

            “Mustika?” Soal lelaki itu. Aku memandangnya pelik. Perutku yang semakin membesar aku usap perlahan. Gaya ibu mengandung, memang tidak asing bukan?

            “Ya, saya Mustika. Awak siapa? Erm.. Along, kenapa Mustika tak tahu ada tetamu hari ni?” Lelaki itu masih berdiri. Along aku lihat hanya membisu. Angah sudah tersenyum-senyum. Ibu menggamitku supaya mendekati mereka semua.

            “Inilah Mustika. Anak saya yang Puan hendak pinangkan untuk anak lelaki Puan.” Ujar Ibu kepada seorang wanita berusia di situ. Dia pun seakan amat terkejut. Aku lagilah terkejut dengan kata-kata ibu. Pinang? Is it meminang? Aku yang tengah sarat ni kena pinang?

            “Whats? Pinang? Astagfirullah. Mak Buyung kena pinang.” Aku tergelak kecil, namun mati dengan cubitan perlahan ibu di lengan. 

            “Awak tak kenal saya Mustika?” Lelaki itu masih berdiri dan memandangku. Aku pandang wajahnya. Macam pernah aku lihat sebelum ini. Tapi aku tidak berapa ingat dimana dan siapa dia. Aku hanya menggeleng dengan persoalan yang diberikannya.

            “Saya Irham Syakir. Irham Syakir, kekasih awak 8 tahun dulu..” Jawapan yang keluar dari bibirnya itu membuat aku terkedu. Nadiku seakan terhenti. Selepas 8 tahun berlalu, kini dia kembali? Untuk apa? Allahuakbar! Aku terduduk di situ. Kenapa aku boleh lupa wajah dia. Irham Syakir, lelaki pertama dalam hidupku, lelaki pertama yang  mencuri hatiku. Lelaki pertama juga yang telah mengecewakan aku, mengenalkan aku erti putus cinta! Ah! Kuat sungguh cinta Amzar buat aku, hingga segala kisah lama dapat aku lupakan sebegitu rupa. Aku tersenyum sendiri. Mohd Amzar.. suamiku.




how is it? okay? abc sebenarnya dah siap bab 1. tapi ni nak kenal-kenal dekat korang. if okay, abc nak proceed.... komen ye! ^^b

3 comments:

Aida Nadia said...

ok3 sis...cpt la post bab 1...
hehehehe

radziah AR said...

good luck.....

akubersamaCahya said...

thanks... i will... ^^b

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders