Alhamdulillah.
abc kembali ke jiwa lama. jiwa penuh ilham. jiwa pesanan dalam tulisan.
belakangan ini abc tercari-cari mana pergi jiwa 'writer' abc tu. menulis pun dalam keterpaksaan.
rupanya abc tenggelam dalam fikiran sendiri. tenggelam dalam hidup sendiri.
hari pertama dalam menyelesaikan satu masalah yang menyekat abc jadi diri sendiri.
Alhamdulillah. ubah yang kecik-kecik dahulu. moga yang besar turut berubah.
kehilangan Al Mathurat membuka mata abc seluas-luasnya. abc tersasar dari jalan Allah. kian menghampiri entah mana susur jalannya. Alhamdulillah. syukur pada DIA. hati masih terasa resah. Al Mathurat itu bermakna, terlalu bermakna buat abc. bukan dari sesiapa. tetapi ia kenangan diri. masih dalam pencarian kembali.
tak sangka. dalam abc sedar segala yang berlaku adalah ujian, abc mengorak langkah ke depan tanpa pejam mata namun tak tahan diri daripada melakukan dosa. kesannya terasa hingga kini. hati jantung berdegup rasa bersalah. bagaimana harus abc cuci kotor2 dosa itu? malu pada Allah! Astagfirullah....
tak sangka. iman abc tak sekuat hijab yang abc pakai sempurna di kepala. tak sekejap stokin yang menutupi kaki tika keluar. Allah. relah hati ini menonton segala dosa yang abc lakukan.
kenapa aku benarkan, tika aku tahu ia berdosa?
kenapa aku relakan, tika aku tahu mencucinya hanya dengan api neraka?
kenapa aku biarkan, sedangkan aku tahu itu bisikan syaitan semata-mata?
adanya kawan, buat abc sedar. abc tidak keseorangan. kawan membuka jalan. memberi abc satu laluan. menyentak diri, menyedarkan. "kau telah salah, kau telah melalui satu persimpangan!"
dalam senyap menghadapi ujian dan dugaan, abc mencari satu jawapan. kenapa aku keresahan? kenapa aku kerisauan? kenapa jiwa ini tidak tenang? kini abc sedar.... abc kehilangan
abc kehilangan pegangan diri. abc kehilangan pedoman diri.
masih terngiang suara seorang kawan waktu abc masih bersekolah. "kau jangan tegur orang, kita tak pernah tahu apa yang kita akan buat di masa depan." abc dengar dan realisasikan. ya mana pernah abc tegur melainkan sudah jauh simpangnya mereka. namun satu yang abc tidak pernah sedar. "aku mengeji tiap perbuatan, aku keji. bukan mengambil iktibar" Allahuakbar.
Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
abc sedar dan mahu kembali ke pangkal jalan.
>>>> perlu dakwahkan diri sendiri. <<<<<<
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA
FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way. jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders
-
Sekuat mana hati wanita, tatkala sang lelaki menidakkan haknya sebagai isteri? Inilah kisah Shadha Shadiqah, yang berusaha menamba...
-
Alhamdulillah. dah tengah hari. 16hb Februari 2012 abc dah janji nak post cerpen kedua untuk Februari kan? baca dan komen yek! ...
-
maaf kerana mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan cerpen ini ^^v enjoy and comment! +++ Panggilan telefon dari mama petang t...
No comments:
Post a Comment