BAB 2
Aku
meraup muka setelah doa aku aminkan. Aku berteleku sebentar di atas tikar
sembahyang. Perutku mula bergendang kembali. Padah berkata-kata sebelum
berfikir. Patutnya aku biarkan sahaja mamat kambing itu, kenapa aku melayan?
Kesian perut, terpaksa berlapar. Telekung aku bukak dan terus melipatnya
bersama sejadah. Rambut yang sedikit serabut aku ikatkan kemas. Entah sejak
bila, Misha asyik memerhati.
“Nak
apa lagi Cik Misha?” suaraku setelah lama aku perasan dia asyik melihat gerak
geriku.
“Nothing…
aku cuba mencari apa yang ada dekat kau, yang buat Irham boleh belanja kau
burger tadi.” Aku menggeleng dengan kata-kata Misha. Tak masuk dek akal!
“Pernah
dengar tak kes, pelajar matrikulasi tercekik pensil?!” Aku menyindir Misha. Tak
habis-habis dengan mamat kambing. Misha terkekek ketawa. Maya yang baru masuk
ke dalam bilik turut ketawa mendengar ayat aku tadi.
“Ganas
Mustika kita ni, tampak ayusss aje eh, tapi gangster jugak.”
Bertambah-tambahlah gelak si Misha bila Maya turut menyampuk.
“Siapa
kata aku ayu, kalau dah geram yang lembik pun boleh jadik tough, betul tak
Misha?” Aku menjengil mataku kepada Misha. Maya hanya ketawa melihat aku dan
Misha bertelagah. Bergaduhlah sebesar mana pun, aku dengan Misha tetap rapat,
dari awal masuk matrik sampai sekarang, lagi berapa bulan aje nak habis matrik.
“What’s
going on babe?” Soal Maya, mungkin tidak faham kenapa aku marah semacam dengan
Misha.
“Ask
Miss Misha. She started it.” Aku malas nak melayan, kalau Maya dah mula masuk
campur, alamatnya aku kena lari. Kalau tidak…. Hancusss hidup aku kena main
dengan diorang. Misha yang masih di atas katil hanya mencebik. Aku berlalu
dengan cawan berisi milo di tangan. Perut dah tersangat lapar, minum milo pun
jadilah.
++++++++
Langkahku atur perlahan memasuki
bilik, water cooler tak jauh dari
bilik, dan dari jarak itu aku asyik mendengar suara Maya menjerit-jerit. Entah
apa yang dikelentong Misha, mesti ada yang ditambah-tambah perisa tu.
“Ya Allah, Mustika, kenapa kau tak
cakap kat aku? Sampai hati kau eh?” Aku yang sedang mensisip air milo dalam
cawan hampir-hampir terbabas.
“Hah? Cakap apa? Aku mana ada rahsia
apa-apa?” Maya sudah bangun mencekak pinggang. Misha yang sudah duduk dikerusi
meja belajar, terkekek ketawa.
“Jangan nak selindung, Misha dah
cerita semua. Selama ni aku cerita pasal Irham kau kata tak kenal, kau buat dek
aje eh. Tup-tup dia belanja kau burger, bukan satu pulak tu, dua!” Aduh, pedih
telinga aku dengar Maya ni membebel.
“Hey, stop it. Kau percaya la cakap
Misha tu Maya.”
“Betul la. Mizan boleh jadik saksi.”
Misha menjelingku. Geramnya rasa.
“Maya, malam ni baru aku kenal yang
tu Irham. Muka dia pun aku masih samar-samar. Seriously, I don’t know him.
Really!” Baru aku teringat, si jejaka pujaan Maya ni Irham Syakir. Entah yang
mana, bila dah dikaitkan dengan kes aku tadi, jadi sekarang aku tahu, yang
mamat kambing tu adalah Irham Syakir. Irham Syakir adalah pujaan hati Maya
sejak minggu orientasi. Kenapa lambat sangat aku nak kenal? Erk..?
“Kenapa kau tak ambil burger dia bagi
tu?” Soal Maya namun berubah nada. Aishh. Kenapa pulak minah ni.
“Sebab aku masih mampu nak beli
sendiri and I don’t know him.” Maya mengeluh berat dan melangkah ke arah katilnya dan terus menghenyak punggung.
“Rugi… rugi… rugi…!!!” Maya menjerit.
“Hey!” serentak aku dan Misha.
Menggila ke apa si Maya ni?
“Apa yang rugi?” Aku menyoal Maya
yang monyok di katil.
“Rugi la kau tak ambil burger tu, kau
tak makan takpe lah, aku boleh makan, boleh post kat wall FB, Irham Syakir bagi
burger…” Aku memandang Misha dan Misha turut memandangku, terburai ketawa kami
berdua. Mangkuk jugak budak Maya ni.
“Maya… if aku ambil burger tu, kau
tak jealous? Esok-esok Irham belanja aku lagi. Tak jealous?” Aku
mengangkat-angkat kening memandang Maya. Misha turut tersenyum-senyum sumbing
memandang Maya yang terkulat-kulat mencari jawapan.
“Er… tak lah. Kalau Irham syok kat
Mustika, Mustika pun dah syok dekat Irham. Kira aku dengan Irham kawan. Mesti
Irham cari aku kalau Mustika merajuk or else.” Aku menepuk dahi. Si Misha
bertepuk tangan. Maya pun tersengih-sengih syok sendiri. Apa punya teori daaa…
“That’s right babeh!” Misha seronok menyokong
Maya. Aku hanya menggeleng dan mula membuka buku, jam sudah pukul 11.30 malam.
Sebelum aku tidur, ada baiknya aku baca sikit topik untuk kelas esok.
“Mus… kau tak suka Irham?” Soal Maya
setelah aku hanya berdiam diri.
“Siapa aku nak kata tak suka? Erm… Aku
tak kenal dia la, and kalau boleh tak nak la kenal.”
“Kalau dia nak kenal dengan kau?”
Misha menyampuk.
“Siapa aku untuk dia kenal? Kau jumpa
apa-apa kat aku yang boleh buat dia nak kenal?” jawabku dengan tangan masih
ligat membelek buku rujukan Fizik.
“Sebab kau Nur Mustika. Itu yang buat
dia nak kenal kau.” aku berpaling memandang Misha yang telah siap berselimut.
Maya yang tadi lincah bergelak ketawa turut diam mengemas mejanya. Aku? Turut
terdiam memutarkan kembali kata-kata Misha tadi. Sebab aku Nur Mustika? Ada
kaitan ke?
++++++++
Sepanjang
kelas Fizik tadi aku tidak dapat menumpukan perhatian. Perut aku terasa amat
sakit. Akibat kejadian malam tadi, buat aku lupa yang aku ni ada gastrik.
Walaupun aku jarang makan malam, selalunya aku akan ambil roti sebagai alas.
Entah kenapa semalam aku langsung terlupa membeli roti untuk alas perut dan
entah kenapa aku teringin nak mengambil makanan berat sampailah segalanya
berlaku. Erm… takdir dan jodoh siapa kita nak soalkan? Jodoh? Semacam aje. Ah!
Jiwang.
“Kau
okay tak Mus. Pucat aje ni?” Soal Misha setelah rakan praktikum aku ada
memaklumkan kepada dia yang aku sakit.
“Boleh
la tahan lagi.” Jawabku sambil menekan perut dengan kedua-dua tanganku. Misha
hanya menggeleng melihat keadaanku.
“Pagi
tadi makan tak? Lewatkan tadi?” Misha sudah macam Ibu aku, menyoal
berbagai-bagai walaupun tahu aku dalam keadaan sakit.
“Terlewat.
Tak sempat nak beli kuih kat pak cik four flat tadi.” Jawabku dengan sengihan
panjang. Bila Misha dah menjenggikanl bijik matanya yang sedia bulat, aku tahu
telinga aku akan mencair mendengar leteran mak nenek dia.
“Eiiii…
degil. Pagi tadi aku bagi biskut suruh bawak pergi kelas, kau tinggalkan kat
bilik. Degil-degil!” Marah Misha sambil menunjal-nunjal bahuku. Aku hanya
mencebik, sedih pulak kena marah.
“Aku
sakit ni Misha, jangan la marah. Nak aku pengsan ke?” Misha mendengus. Telefon
dalam poket begnya dibawa keluar, punat telefon ditekan pantas dan telefon
ditekap ke telinga.
“Waalaikummussalam.
Awak kat mana ye?” Misha berbual dengan seseorang tapi gaya macam bercakap
dengan Mizan. Senang nak teka, bila dengar kata ganti nama yang dia gunakan
bila bercakap, dengan kawan perempuan atau lelaki semua dia balun aku kau,
dengan Mizan aje saya awak.
“Pucat
teruk, dah macam hantu… erm… okay, dekat dewan kuliah 2 ye, dekat depan dewan
kuliah. Okay.” Misha mematikan talian dan kembali duduk disebelahku.
“Kau
report kat Mizan ke?” Aku menyoal.
“Tadi
before aku datang sini, aku jumpa dia study kat library, dapat aje call dari
Azwa aku terus ke sini, so dia tahu kau sakit and mamta kambing kau pun tahu”
Aku mengangguk-angguk malas ambil pusing, tak kan habis kisah mamat kambing ni
kalau melayan. Tiba-tiba tekakku terasa mual, angin seolah menyerbu keluar.
“Aku
nak muntah…” Kelam kabut Misha bila dengar aku cakap macam tu. Beg aku dicapai
dan terus memimpin aku ke tandas yang terhampir. Letih. Sakit. Semua aku rasa.
Sekarang ini aku hanya nampak tilam dan katil.
Akibat
daripada perut yang kosong, aku hanya memuntahkan angin dan air liur sahaja.
Perit tekak mula terasa. Kepala berdenyut kuat sekali. Tak tertahan rasanya.
Ini kalau ibu tahu, mahu tahi telinga yang cair kembali keras. Erm… ibu, rindu
ibu. Bila sakit-sakit memang ibu lah perkara pertama yang aku mahu.
Aku langkah berhati-hati keluar
daripada tandas. Di luar tiada Misha, ke mana dia pergi. Aku sudah terasa amat
tidak mampu lagi untuk berdiri. Kebas-kebas terasa kakiku. Lutut terasa amat
lemah dek kesakitan yang pedih menikam perut. Bibirku ketap kuat, tanganku
tekap erat menekan perut. Allah… tak tertahan lagi.
“Eh… kenapa ni?” Soal suatu suara
lelaki setelah aku terjelepok jatuh ke lantai di tepi dewan kuliah. Aku hanya
menunduk menahan sakit.
“Mus… kau okay tak?” entah dari mana
Misha datang dan turut menunduk melihat wajahku.
“Sakit sangat. Tak tahan dah.”
“Allah. Ubat kau ada tak?”
“Ada kut, kat bilik.” Misha
mengangguk dan menggamit seseorang supaya menghampiri.
“Teruk ni, kita bagitau lecturer je la eh. Pergi klinik.” Mizan,
aku cam itu suara Mizan. Tapi suara yang tadi dan seterusnya ni seperti pernah
dengar tapi entah kat mana.
“Aku dah call Encik Mazlan. Kejap
lagi dia datang dengan kereta, boleh pergi klinik terus.” Selepas itu, aku tak ingat
apa-apa, suara yang terakhir aku dengar adalah suara Misha yang sudah agak
kelam kabut melihat tubuhku lembik tak terdaya.
++++++++
Berkali-kali
mesej itu aku baca. Si unknown yang
dulu pernah bermesej dengan aku, kembali menghantar mesej kepadaku. Siapa?
Bagaimana dia tahu keadaan aku?
++
Semoga cepat sihat tuan yang cantik, jaga diri, makan tepat pada masanya… MK++
Siapalah si MK ni, siap main
peril-perli lagi, aishhh. Pernah soal Misha, dia kata tak kenal nombor ni,
samalah dengan Maya. Mana aku nak cari pemilik nombor ni. Nak buat friend finder, bukan nanti dia tahu ke
aku tengah siasat tentang dia?
“Berapa
lama kau nak belek mesej tu Mustika?” Misha yang baru pulang beriadah menegur
aku yang asyik bergolek-golek di atas tilam dengan tangan masih erat memegang
telefon. Aku tersengih sahaja.
“Belek-belek,
mana tau dapat tahu siapa.” Aku ketawa kecil dengan jawapanku. Misha hanya
tergeleng-geleng mendengar jawapan tak munasabah aku.
“Iye
la tu. Eh… Mamat kambing kau kirim salam.” Aku mencebik. Sudah ke berapa kali
nak berkirim salam.
“Eh…
wat dek aje?” Soal Misha bila aku hanya berdiam diri dan membuat muka bo layan.
“Kirim
salam yang ke berapa kali eh? Kenapa dengan dia?” Misha yang sudah siap untuk
membersihkan badan hanya mengeluh perlahan.
“Dia
nak kenal dengan kau lah… tapi kau ni dia lalu sebelah siap senyum paling lebar
lagi, ada kau perasan?” erk? Ada ke?
“Ha…
tak perasan kan? Kau jalan, mata kau kat mana eh? Ke berangan sepanjang jalan?”
Misha mula nak membebel.
“Lower
your gaze. Aku praktikkan.” Jawabku dengan senyuman yang menampakkan semua
gigiku. Misha mengibas tualanya ke arahku tanda protes dan terus keluar
daripada bilik untuk bilik mandi. Kalau nak kenal, kenapa tidak berdepan?
Kenapa perlu posmen segala? Aku bukan akan maki atau marah atau apa-apa.
Mungkin aku hanya akan mengangguk atau… entahlah tak pernah berlaku jadi aku
tak tahu apa aku akan buat.
Deringan telefon yang bertalu-talu
membuatkan aku tersedar dari lamunan dan mainan perasaan sendiri. Telefon yang
sedia di tangan aku lihat. MK! Telefon masih bordering tapi aku tak tahu hendak
di angkat atau tidak. Dah angkat nanti apa aku nak cakap? Aku berfikir-fikir
sehinggalah deringan itu mati dengan sendiri. Fuh! Selamat. Tak lama satu mesej
aku terima.
++ Belum sudi untuk mengenali saya?++
Tangan aku lincah hendak membalas,
kuakan pintu dari luar mematikan sekejap gerakan jari. Maya. Sejak semalam aku
lihat dia hanya diam dan bersikap endah tak endah denganku. Aku cakap sepatah ,
suku patah dia jawab. Itu belum aku cakap suku patah, langsung diam kut dia.
Kenapa ye? Aku menuruni katil dan mendekati Maya yang sedang mencari sesuatu di
mejanya.
“Maya.”
Aku mencuit bahunya. Maya tersentak kecil dan aku lihat tidak tentu arah.
“Aku
ada janji, aku pergi dulu.” Maya seakan cuba melarikan diri. Aku tahan, tangan
Maya aku pegang.
“Kenapa
macam ni Maya? Ada aku buat salah? Cuba bagitau… tak best macam ni…” Aku cuba
memujuk Maya. Ada aku tersalah kata atau ada perbuatanku yang dia tak suka? Aku
tak sedar.
“Takde
apa-apa lah, kenapa kau ni tiba-tiba… aku okey aje.” Maya menjawab dengan agak
tidak yakin. Aku mengeluh perlahan. Tangannya masih aku pegang erat.
“If
there is nothing, kenapa kau elak dari aku?” Maya memeluk tubuh. Wajahnya
langsung tidak memandangku.
“Bukan
salah kau. Bagi aku masa…” terus sahaja Maya merentap tangannya yang aku pegang
dan terus keluar dari bilik. Aku tak tahu bagaimana lagi. Sejak aku MC sebab
gastric sampai pengsan dua hari lalu, Maya memang macam tu. Aku tak tahu!
Aku kembali ke katil dan berbaring.
Telefon aku capai dan nombor Ibu aku dail. Waktu petang begini, ibu mesti
berehat-rehat dengan adik. Lama bunyi deringan sehingga suara ibu kedengaran di
hujung talian.
“Assalamuaikum,
Mustika…” Ibu memulakan perbualan. Aku yang di sini sudah takung air di kelopak
mata.
“Waalaikummusalam
ibu…” Aku cuba mengawal perasaan tangisku. Hatiku dipaut rasa pilu mengenangkan
seorang kawan yang dulunya rapat kini melarikan diri, tanpa aku tahu apa
sebabnya. Dengan keadaan yang baru sihat, aku menjadi seorang yang agak sensitif.
“Mustika
sihat? Semalam baru telefon. Kenapa sayang?” Suara ibu begitu memberikan
ketenangan. Penuh kelembutan. Penuh kasih sayang.
“Ibu…
Mustika rasa rindu dekat ibu…” Sebaik sahaja kata itu terlafaz, air mata ini
bagai air terjun yang berderu melimpahi sungai. Esakan tangisku sampai ke
telinga ibu.
“Mustika
kenapa ni, kenapa menangis ni sayang?”
“Mustika
buat kawan Mustika lari dari Mustika ibu…”
“Apa
Mustika dah buat?”
“Tak
tahu, Mustika tanya dia kata takde apa, tapi dia elakkan diri dari Mustika bu…”
tangisanku makin menjadi-jadi.
“Sabar
sayang, mungkin hanya perkara kecil. Bincang elok-elok.”
“Mustika
tak tahu…”
“Sudah…
ingat pesan abah? Kalau hati resah, pergi ambil wudhuk, solat 2 rakaat. Minta
dekat Allah supaya lapangkan hati tenangkan fikiran kita.” Abah, hati ini makin
rindu pada abah. Abah dengan ibu adalah ibu bapa terbaik. Anak adalah kawan
baik mereka. Pesanan dan nasihat tidak pernah tiada dari bibir mereka.
“Ingat
bu… Mustika mintak maaf ibu, kalau Mustika buat ibu risau.” Air mata yang masih
mengalir aku seka perlahan dengan telapak tangan.
“Takde
lah sayang. Mustika tau kan, ibu sentiasa ada untuk Mustika. Jangan
sedih-sedih, ibu doakan segala masalah Mustika dengan kawan tu akan cepat
selesai ye sayang.” Aku terangguk-angguk biarpun ibu tidak dapat melihatnya.
“Terima
kasih ibu.” Ujarku sebelum mematikan talian. Ibu, abah… doakan Mustika kuat.
Aku bingkas bangun daripada katil dan
terus ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Beberapa minit lagi akan Asar,
sempat untuk aku mengaji dahulu sambil menunggu azan. Maya, ceritakan,
jelaskan, aku tak mahu terputus hubungan kawan!
+++++++
Misha
sudah bersiap-siap untuk beriadah. Aku yang masih bertelekung hanya
memerhatikan gerak gerinya. Terasa ingin keluar mengambil angin petang ni.
“Misha,
are you in hurry?”
“Nope.
Kenapa? Nak ikut?” aku hanya mengangguk dengan pertanyaan Misha.
“Bagus,
petang ni kita main skuash okay, aku tau kau ex-tennis player mesti handal
punya! Skuash and tennis, tak banyak beza kan?” Misha sudah membuat gaya
seperti pemain skuash. Aku hanya tergelak dengan tingkahnya, dengan segera aku
menukar pakaian dan memakai tudung. Kasut sukan aku sudah berhabuk agaknya di
rak kasut di depan bilik. Lama tak guna.
“We’ll
see.” Misha mencebik dengan jawapanku yang bernada bongkak itu, aku cuma ketawa
kecil dengan muka meluat Misha. Beiringan kami keluar dari bilik dan menuju ke
gelanggang skuash di hujung padang.
+++++++
Misha
memberikan isyarat untuk berhenti daripada bermain. Aku belum puas lagi, tapi
kesian Misha, dah tercungap-cungap. Main skuash tak sama dengan main tenis. Aku
agak excited bermain sebab baru first time. Agak susah nak tinggalkan
gaya bermain tenis semasa bermain skuash. Tapi yang sama, kedua-dua sukan
perlukan stamina yang tinggi. Air 100 plus aku teguk perlahan. Bila berehat
mula terasa letihnya. Aku memandang Misha yang sedang mengelap mukanya dengan
tuala yang dibawa, aku perlu tanyakan kepada Misha soal Maya.
“Sha,
aku tanya sikit boleh?” Misha yang sedang meneguk air hanya membesarkan mata
memberi tanda apa yang aku ingin soalkan.
“Maya.
Aku rasa dia cuba lari dari aku aje.” Misha mengelap mulutnya dan hanya
mengangguk. Kiranya Misha turut perasan perubahan Maya.
“Kau
perasankan? Dah kurang lekat dekat bilik, ada pun time aku dah tidur. Kenapa ye?” Misha membetulkan duduk menghadapku
di atas stage penonton itu.
“Kau
perasan dia cuba elak diri tu bila?” Misha menyoal aku kembali.
“Malam
lepas aku balik dari klinik tu la, malam tu dia just tanya aku okay ke tak and
then terus hilang.” Misha hanya mengangguk dan kembali meneguk air.
“Tu
aje kau kata dia cuba elak dari kau?” Misha menyoal lagi. Ah! Buat aku makin
resah aje.
“Tak
la, keesokan pagi, dia masuk bilik senyap aje, selalu kan dia akan bercerita
banyak. But sekarang diam… and tadi…” Aku memberhentikan cerita. Entah, hatiku
rasa tak sedap aje. Air ditangan aku teguk sedikit.
“Tadi
apa Mus?” Aku mengelap mulut yang basah dengan belakang tangan.
“Aku
tanya dia. Dia ada selindung something but I really don’t know what was it.”
Aku mengeluh berat. Misha menepuk bahuku memberi semangat.
“She
might be in a bad mood. Kita tak tahu kan.” Misha cuba memujuk aku yang mula
mendung.
“Dia
ada kata, bukan salah aku and mintak aku beri dia masa untuk jelaskan. Something
fishy there. I know something is not right!” Tegasku. Misha hanya
terangguk-angguk. Misha kelihatan tenang. Selalu dia akan join aku beremosi. Erm…
“Berilah
dia masa macam tu. Kau buat macam biasa.” Misha macam berselindung sesuatu dari
aku.
“Misha,
kita kawan dari awal masuk matrik kan…” Misha memandang tepat ke wajahku,
mungkin pelik bila aku tiba-tiba cakap macam tu.
“Yup,
we’re bestfriend.” Misha menunjukkan tanda peace dengan sengihan panjang.
“So…
Aku tahu kau sembunyi sesuatu dari aku. Kan? I know it Misha.” Aku mengalih
pandangan ke arah gelanggang skuash. Misha terlopong melihat aku. Mungkin tak
sangka aku tahu dia menyembunyikan sesuatu. Bila namanya ‘kawan baik’, mood
kawan kita pun kita boleh hidukan? Inikan pula ‘rahsia’!
“Just
not the time yet.” Aku terus mengangkat punggung setelah Misha bersuara. Aku mengambil
raket skuash dan bolanya.
“Okay.
Bila dah tiba masa cakaplah. Aku terasa tersisih.” Aku terus melangkah memasuki
gelanggang, meninggalkan Misha di situ. Aku mula bermain seorang diri, mungkin
lebih kepada meluah segala isi hati. Bola itu ibarat tekanan yang aku hadapi
sekarang, aku pukul sekuat-kuatnya. Seolah-olah membunuh tekanan tersebut agar
aku dapat kembali hidup dengan hati yang lebih tenang. Dari jauh Misha
mengeluh, dan hanya memerhatikanku.
++++++
“Kenapa
biar dia main sorang? Dah pancit?” Mizan menegur Misha yang senyap bersendirian
di atas stage penonton itu. Misha terperanjat dengan teguran Mizan dan tentunya
dengan kedatangan Mizan, dan macam selalu di mana ada Mizan di situ ada Irham
Syakir. Sejak kebelakangan ini aje, sebelum ni biasa-biasa je.
“Dia
tengah stress tu.” Misha menjawab lemah. Irham Syakir tak lepas memandang
Mustika yang asyik memukul bola ke dinding. Ke sana ke mari mengejar bola,
macam tiada erti penat.
“Why?”
Mizan menyoal Misha dalam masa yang sama menyiku Irham yang dilihatnya begitu
asyik melihat Mustika. Merah muka Irham bila Misha ketawa melihatnya. Khusyuk usha
anak dara orang!
“Maya.
Kan saya dah bagitau semalam. Erm… Mus dah tanya Maya sendiri tau.” Irham turut
menyertai perbualan Mizan dan Misha, dia mengambil tempat di sisi Mizan yang
berada lebih tinggi daripada Misha.
“Mus
dah tahu lah?” Misha hanya menggeleng.
“Then,
kenapa Mustika nak stress pulak?” Irham menyampuk.
“Maya
tak cakap, tak explain and Mus tahu yang saya tahu kenapa Maya macam tu. Saya takut
nak bagitau la korang.” Mizan dan Irham hanya mengangguk. Mereka bertiga
terdiam seketika dan memandang Mustika yang masih bermain.
“Biar
saya yang jelaskan.” Irham bersuara dan terus melangkah memasuki gelanggang
yang sama dengan Mustika. Misha tercengang memandang Mizan yang
tersengih-sengih dan menggeleng kepala. Mungkin sudah jangka sesuatu yang
berani akan Irham lakukan harini.
“Mampus
lah… mau mengamuk Mustika kejap lagi.” Misha mengeluh dan menepuk dahinya
perlahan. Takut untuk dia melihat taufan dan rebut petir Mustika. Pada orang
Mustika tampak ayu, susah nak melihat Mustika berseluar, seluar jeans apatah
lagi. Susah nak lihat Mustika berborak, gelak ketawa dengan lelaki, sekali
dalam setahun? Tapi apa yang orang tak pernah nampak, ‘taufan’ Mustika yang
tersembunyi dibalik keayuannya yang semula jadi. Tak main la buat-buat ayu!
6 comments:
cite ni akan di rewind smp mustika kawen dgn arwah suami die dulu ke?
ah? maksudnye cite ni ade cite first ke, blinkalltheday? saye kena bace cite mula2 dulu ke??
blinkalltheday:
abc nak wat macam tu. boleh? ke a bit bosan? ke nak campur masa sekrg n masa lepas?
alfa syamimi:
baca aje bab 1 ^^v
alfa, maksud sy, cite ni die ingat blk hal yg lepas2...ABC, xde lah bosan, ok, cume lagi suke klu boleh mix yg dah lepas dgn yg skrg...pape pun cite ni ABC yg punye, depends pd ABC lah, sy akak follow...hehehe...
thanks. ^^v
Post a Comment