Monday, December 5, 2011

terhenti nafas ~ kembara cinta

Alhamdulillah

hari-hari yang dilalui kian terisi dengan baik. abc harap, beginilah abc untuk setiap hari. takut dengan kelalaian yang di sengajakan.

Syukur, hari ini abc masih kuat untuk menyempurnakan ibadah puasa. dalam berpuasa, sedikit amarah abc kurang. sedikit malas itu hilang. Alhamdulillah.

sepetang dalam ibadah menuntut ilmu, abc keluar ke taman U, atas urusan tugasan kumpulan. walaupun terpaksa berlapar (belum sempat berbuka) kerana perjumpaan PSM terlewat habes. kedai yang dicari mengecewakan. mungkin ada halangan, takpa esok pergi lagi.

singgah ke kafeteria noor untuk berbuka. sempat menonton "tentang dhia". dulu menjadi cerita wajib tengok abc, tapi belakangan ini episodnya membuat abc malas nak menonton lagi. tak suka dengan tipikal 'cinta sejati'. ;)

kejutan yang membuat abc terhenti bernafas. melihat tergantungnya mayat ibu Melly. episod sebelum abc ada tonton, waktu penjahat2 itu datang ke rumah dan menangkap ibu melly. kasihan.

abc terasa seram waktu itu, mungkin sebab abc kat luar UTM jugak. entah, terasa hingga sekarang.

mati? sesuatu yang menakutkan. belum sedia, dosa terlalu banyak! =.="
mungkin itu abc masih terasa takut-takut. hati gundah semacam. Moga Allah melindungi abc dan keluarga. amin.

++++

abc mengantuk, makan terlalu banyak. Alhamdulillah. abc tak berlapar. rezeki Allah terlalu banyak. ;)

No comments:

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders