Tuesday, November 16, 2010

love is forever~ 07


Lama sudah aku tidak menjejakkan kaki ke kampung. Sejak arwah Tok Wan meninggal. Ibu dan ayah sudah jarang pulang ke kampung kami. Ibu sedari kecil lagi sudah menjadi yatim piatu, tidak silap aku seawal umur Ibu 4 tahun. Ibu dan adik beradik ibu yang lain dijaga dan dibesarkan oleh Mak Long dan Pak Long. Angin pagi di kampung sangat menyegarkan. Walaupun kepala aku masih serabut memikirkan pelbagai benda, tapi terasa tenang dengan sapaan lembut bayu pagi. Semalam sampai ke sini pun dah lewat malam. Ummi dan baba risau melihat wajahku yang pucat lesu. Keadaan aku yang muntah-muntah, membuah senyuman di bibir mereka. Sangkaan mereka cepat-cepat aku sangkal. Mana mungkin! Haikal hanya tersengih-sengih melihat aku yang bersungguh-sungguh menolak anggapan ummi dan baba. Sakit hati!

” kenapa menantu ummi duduk sorang-sorang kat sini... takde nyamuk ke??” sapaan itu mematikan lamunan jauhku. Aku hanya tersenyum dan menggeleng. Ummi juga membalas senyuman, tangannya ligat membersihkan daun pisang. Nak membungkus nasi lemak katanya. Nasi lemak ummi sangat laris di kampung ini. Tiada yang setanding dengannya! Memang betul, seminggu selepas nikah dan kenduri, aku dah rasa air tangan ummi. Masakannya ringkas tapi enak. Macam tagline KFC, sampai menjilat jari!
“ Nanti Zu ikut ummi hantar nasi boleh?” setelah lama menyepi. Nak jugak aku jalan-jalan kat kampung ni, bila lagi kan?
“ Zu pergi hantar dengan Haikal boleh?” Alamak. Lain yang aku nak, lain pula yang dapat. Apa nak jawab. Ummi memang dah bersengkokol dengan Haikal ni, duga hatiku. Macam mana nak lari? ”Tak jadik la ummi, boleh? atau mengantuklah pulak.” ni semua jawapan dalam hati. Nak dengar tazkirah isteri solehah secara live dan percuma daripada Ustazah Syarifah, berani-berani lah jawab macam tu. Yang aku mampu buat masa ni, aku hanya mengangguk kecil sambil otak ku ligat memikirkan cara untuk mengelakkan diri daripada pergi berdua-duaan dengan Haikal. Ummi seakan tahu, hanya menggeleng dan tersenyum. Nasib lah!

++++++++++++++++++++++

Leka mengelap daun pisang yang sedia di basuh ummi. Kehadiran Haikal pun aku tidak sedar. Tersengih-sengih waktu pagi buta kenapa. Ah! Masih sakit hati dengan dia. Pandang pun rasa benci. Haikal sedar aku berubah riak wajah. Masakan tidak. Dengan ummi aku boleh bergelak ketawa, bila dia datang aku terus masam. Haikal tak ambil kisah. Dia mengambil tempat di sisiku. Di tolak lembut bahu ku dengan hujung jari. Aku memandangnya geram. Aku tak endah, sehingga lah beberapa kali Haikal melakukan yang sama.
“ish... nak ape ni.. kacau je” marah ku sambil menggosok bahu yang menjadi sasarannya sedari tadi. Siapa tak marah. Kita pandang. Dia boleh tersengih-sengih. Sekali tak apa lah jugak, dah berpuluh kali, panas lah!. Haikal tak menjawab, dia hanya buat isyarat. Memegang perutnya sambil tersengih.

“Ummi dah sedia masak kan, abang pegi la makan. Tersengih dekat sini kenapa” ujarku, mengerti akan isyarat yang dilakukan. Lapar, cari aku kenapa?

Ummi sedari tadi cuma ketawa kecil. Jawapan aku dan reaksi Haikal yang seperti anak kecil yang meminta makanan itu, menambahkan tawa ummi.

“Dah Zu, pergi teman suami manja kamu ni makan, dah tua-tua pun perangai macam budak umur setahun.” ummi bersuara selepas habis sisa tawanya dan setelah melihat aku tidak mengendahkan rajuk Haikal. Panas hati! Demi menjaga adab sebagai menantu, aku mendengar kata-kata ummi. Aku melangkah masuk ke dapur, menyiapkan sarapan untuk suami ‘tersayang’ walaupun tak berapa ikhlas aku rasa. Sebal!

“ Sayang… makan dengan abang tau.” Ujar Haikal sambil menuangkan air untuk kami berdua. Aku yang siap mencedokkan mee goreng untuk dia, terus duduk berhadapan dengannya, aku pun lapar. Ingat permainan anak kecilnya sudah tamat, rupanya masih ada episodnya lagi. Setiap kali suapan aku, dia pandang dan tersenyum. Satu, dua , tiga... ahh!

“ Abang kenapa?” marahku dan terus memandangnya. Geram! Apa lagi yang dia mahu aku sendiri tak tahu. Persoalan tinggal persoalan. Haikal tersenyum dan terus menghabiskan makanan yang masih tersisa dalam pinggannya. Aku dah hilang selera, baru sahaja mahu mengangkat pinggan makanku, langkah aku tersekat. Haikal mengambil pinggan aku dan menghabiskan makanan yang ada. Aku pandangnya dengan pandangan pelik dan penuh persoalan.

“ Membazir tak makan habis. lagipun berkat kan.. ” menjawab persoalan yang ada. Aku hanya diam. Memandangnya penuh makna. Kata-kata penuh makna dan tersirat. Dia memandang aku yang masih berdiri kaku di sisi meja. Matanya dikenyit kala aku melawan pandangan. Aku tersedar dari lamunan. Degup jantung pantas. Aku tak tahu nak buat apa bagi melindungi gugup yang ada. Aku lantas mengambil air yang tersedia dalam cawan dan kembali duduk dihadapan dia. Dia masih memandang. Pandang dan pandang. Apa lagi? Senyumannya kian mekar, bibirnya mula berbicara.

“ Sayang pun nak ambil berkat suami ke?” soalnya dengan senyuman penuh dibibir. Aku hairan. Apa yang dimaksudkannya. Aku hanya membuat pandangan tidak mengerti. Haikal menunjuk ke arah cawan minumanku. ‘ Alamak. Macam mane boleh tersilap ambil nih’ gusar hatiku sendiri mengawal malu yang menapak. Kebas mukaku kala ini. Aku tersilap mengambil cawan minuman. Aku ‘ter’ambil cawan Haikal, mungkin kerana terlalu gugup dengan kenyitan mata Haikal yang penuh menggoda. Dasar lelaki buaya! Aku meletakkan kembali cawannya, dan bingkas bangun dari situ. Malu kali ke berapa ni!

“Ala sayang.. teman la suamimu ini...” jerit Haikal setelah aku jauh ke depan. Masih kedengaran gelak tawanya yang bersisa. Aku hanya mempercepatkan langkah. Malu!

saya/gua/aku/wa suka gambar nie sebab...


assalamualaikum!
korang nampak pe aku nampak?? =) yeah! aku join contest lagik..
walaupun dulu semangat join contest tinggi, tetiba down. entah kenapa. contest yang
dianjurkan cik yuyu best la plak. al-maklum gambar dalam Mr.Lappy tersangat lah banyak.
*ehem..bukan gambar aku jek k..

nak join? sila.. klik sini > cikyuyu

senang je sesyarat dia.. like always la..
1. kena follow
2. kena tag kawan
3. kena letak banner
>>>> kawan-kawan yang aku tag.. hehehe as always!

* aqmar
* fatin
* izzati

+++++++++++++++++++++++++++

gambar yang aku pertaruhkan adalah seperti dibawah:


aku suka gambar nie sebab:
ya. aku sangat suka gambar ni.. indah + cantik. of cos bukan aku or miss kechik ni ( hehe..she's pretty I know!) keadaan gambar. panorama la senang cerita. dan kisah disebalik gambar nih, actually miss kechik (blue shirt) nak amek gambar die sorang je.. aku yang kat belakang just kacau-kacau je. after die snap.. tengok-tengok gambar aku yang terlebih..die salah adjust la tuh.. =) aku sangat suka gambar ni!! cube korang tengok punya la stylo aku senyum. susah aku nak buat senyuman tu untuk kali ke2.. =) walaupun penat nak sampai ke penghujung benua asia! oh.. ni dekat tanjung piai johor.. penat woo.. tapi aku maseh bergumbira di dalam hutan.. wuhooo..
so korang tau kan kenapa aku suka sangat gambar nih?? hehehe kebanyakan benda-benda yang aku nak wat (header) aku guna gambar nih, mesti kena ada gambar nih.. simple but nice!!!


+++++

punya berjela aku mengisahkan secara kreatif.. so cik yuyu amacam??
=)






reminder: aku sedar dah.. kalah menang adat bertanding!

salam iduladha~


selamat menyambut hari raya aidiladha/selamat hari raya Qurban!!
==>> kepada muslimin dan muslimat diseluruh dunia.. moga hari mulia ini lebih bermakna dengan ibadah qurban yang anda jalankan...

+++++

macam mana dengan persediaan raya korang, kalau dekat kedah ni tak meriah sangat.. al maklum lah.. baru saje lepas banjir.. ada pulak yang masih duduk dalam air banjir lagi. dugaan...
mungkin ada hikmah kan???

+++++


aku? biasa-biasa aje... baju? tak beli dah.. sebab banyak kain baju belom jahit pun,. huhuhu so, baju raya aidilfitri ada lagi.. dan baru aje raya kan.. so.. pakai aje.. lagi pun nak pegi tengok orang qurban lembu,, =)

yang penting... apa yang telah kita kurbankan tahun ini sebagai suatu ibadah?








reminder: tak sabar nak buat qurban!

Monday, November 15, 2010

dating wif my pakwe!

assalamualaikum!!

agak penat sedikit harini, but after all.. alhamdulillah. segalanya lancar.
entri macam mengancamkan.. hikhihikhik..

ye la.. korang ingat korang je leh dating.. tapi aku dating.. aku yang kopak.. pantang bawak jejalan. makan and minum 1st thing die la.. naseb die boypren aku jek.. huhuhu
ala demi kasih sayang... =)

kitorang pegi jejalan... beli novel and komik untuk die... huhuhu... he like to be in the "kedai buku".

he said that... syok kalau ada library macam ni kan...

hahahaha... then.. beli barang-barang aku...

kemudian makan McD.. aku yang order and bayar.. yelah.. die dah tak tahan nak bace "uncle loong" die tu...

+++++++

eh.. jangan salah faham.. die bukan kaki kikis..
pakwe aku nih baru darjah 4 weh...
pakwe@adik bongsu aku ni manje lorh... tapi seronok jejalan dengan dia.
tempat yang selalu kitorang selalu pegi bersama-sama adalah... " pasar pagi"
die rajin teman...

++++

sayang adik saya!
adikku heroku!








reminder: saya curik pakwe mama sekejap tadi!

everyday~at home

salam.
=)

awalkan entri ni, hehehe
kali ni, after pening semalam, aku nak kesahkan kat korang
schedule aku sepanjang aku kat rumah.
yelah, start dari bangun tidur sampai aku tidur.

korang mesti excited kan! ( aku tahu aku sedang perasaan jek!)


6.15 a.m - bangun. tengok enset ( ade mesej ke tak). solat.
6.40 a.m - bukak laptop. writing and checking and surfing. kadang2 tido pulak.
8.30/9.00 a.m - mandi. pegi pasar.
9.45/10 a.m - breakfast. tengok kartun.
10.30 a.m - siap bahan. masak
12.00 p.m-4.30 p.m - rehat. tengok tv. solat. makan. tengok tv. solat
5.00 p.m - bukak laptop. writing and surfing. kadang2 lena! =)
7.00 p.m-11 p.m - tengok tv. solat. masak and makan. tengok tv.
11 p.m - surfing or reading. then tidur....... zzzzZZZzzz





.... haa~ amacam? bosan kan. aku pun bosan weh.. kadang-kadang, pepagi aku pegi antar mama keje.. ni dah nak cuti sekolah. aku pun cuti la kan. kadang-kadang pegi jejalan ke kedai or tesco or mana-mana. kekadang tengah hari pas adik balik sekolah aku pegi hantar dia mengaji. petang amek dia, kemudian beli janjan. itu je la...






reminder: bile nak kuruskan badan?

Sunday, November 14, 2010

pusing. macam gasing.



pernah tengok filem spining gasing?
aku tak penah tengok. huhu.

++++

actually kepala aku tersangat pening ini hari.
aduh. mula bersin.bersin.
air hidung meleleh.
petang tadi terus terlentang atas katil.
hua.hua.hua.
pening!

*ensem kan mamat dalam gambar.^^,


apa pasat ha?
wa pun talak tau punye.
wa sangat fening.

++++


mood raya belom datang.
yeah, maybe orang kedah raya kurban ni kurang meriah sket.
hope leh balik kelantan yang lebih meriah ^^v
(amir kat sana dah,,windu die...)

mood nak siapkan novel ada. tapi. ayat yang ditaip macam kaku lak.
so better tak buat. hihihihi

mood nak tidur je paling banyak.
mood bercinta banyak jugak.
mood malas-malas atas katil lagi banyak.
waaa~ best kan cuti! ( tak berapa ikhlas, duet tarak masuk punye...)








reminder: kena banyak rehat!

Saturday, November 13, 2010

a nice good morning~

bila rasa gembira tepuk tangan
bila rasa gembira tepuk tangan

++++++++

what a wonderful good morning! =)
smile and smile.

mesti korang yang baca nih tertanya-tanyakan amende la aku dok merapu meraban nih.

rahasia pelangi la~

tak ade ape-ape pun. just feeling happy. alhamdulillah. before tu tension je kan..
harini, pagi tadi.. wahhh make me happy la. =)


seronok-seronok-seronok
nak lagi-nak lagi-nak lagi





reminder: aku cinta aku rindu~

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders