FOLLOW TAU!
ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.
jumpa di sana ~~~
#muchlovereaders
Assalamualaikum. Salam Sejahtera.
buat semua readers, followers and rakan-rakan abc yang setia sampai 2021 menjengah dan membaca karya-karya abc di sini.
bermula 2010 sampai 2021 , 11 tahun di sini. banyak suka duka yang abc lalui. dari aktif sampailah dah sendu sendiri.
Muzikal Cinta adalah karya terakhir abc di sini. abc akan post semua karya abc, lama dan baru di wattpad sahaja selepas ini.
korang boleh follow abc di wattpad ya... @karyaNurwateeqa cuba cari dan follow tau. kita jumpa di sana ramai-ramai ya.
abc rasa nak tutup terus blog ni, tapi kasih dan sayang masih kuat. insyaAllah... sikit-sikit berpindah sebelum sepenuhnya di sana. blog ni biarlah terpadam di akhirnya nanti.
akan rindu.
sentiasa rindu.
#muchlovereaders
BAB 24 (AKHIR)
Nur Ayla mengangguk faham dengan
penjelasan yang diberikan oleh Inspektor Ibrahim. Mak Uda dan Pak Uda yang
masih berendam air mata menanti Nur Ayla di luar balai. Mahu terus memujuk Nur
Ayla menarik balik dakwaan yang dikenakan ke atas Malik.
“Ayla… tolonglah mak uda pak uda.
Tarik balik semua report Ayla tu. Kesiankan Malik ya nak…” Mak Uda terus
menerpa Nur Ayla dan merayu. Rashid mahu bersuara namun Nur Ayla menahan.
“Takkan Mak Uda nak tengok Malik
terus tersasar jauh? Ayla tahu Mak Uda Pak Uda sayang sangat dengan Malik. Tapi
apa yang Malik buat tu salah. Selama ni Ayla diamkan aje tapi kali ini memang
tak boleh. Ayla minta maaf Mak Uda Pak Uda.” Tegas Ayla membuatkan mak Uda
terus menangis, dipujuk pak Uda.
“Kami serahkan semua kepada pihak
berkuasa. Saya harap Pak Uda dan Mak Uda jangan ganggu isteri saya lagi selepas
ni.” Ujar Rashid sebelum menarik tangan Nur Ayla mengikut langkahnya ke kereta.
“Kenapa cakap macam tu?” Soal Nur
Ayla sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Rashid yang memasang tali pinggang
keledar tersenyum hujung bibir.
“Kena bagitahu siap-siap, kalau
tak kejap lagi sampai ke rumah pulak. Nak layan ke?” Balas Rashid. Kereta mula
bergerak keluar balai polis.
“Kesian jugak mak Uda pak Uda…
terfikir juga nak…”
“Jangan mengada sangat. Jangan nak
baik hati sangatlah sayang. Cukuplah apa yang jadi. Saya nak sayang happy dan
bahagia aje sekarang. No more tears… insyaAllah.”
“InsyaAllah. Awak pun janganlah
garang sangat. Lepas jadi suami saya, macam garang semacam aje.” Nur Ayla
mencebik bibir.
“Eh iye ke? Mana ada garang. Sama
aje.”
“Eleh… buat tak tau pulak. Garang
sangat.”
“Saya kan, bukan garang tau. Saya
cuba tegas sikit aje dengan awak sebab awak isteri saya, saya kena jaga awak.
Pimpin awak.”
“Bukan sebab saya degil?” Ayla
mencelah. Rashid tergelak sebelum mengangguk kepalanya. Nur Ayla tersenyum
sahaja.
“Sorry, bukan sengaja. Dah biasa
selama ni ikut kepala sendiri.”
“Jadi, janganlah kata saya garang.
Saya cuba jadi imam sayang. Imam yang terbaik. Bukan dalam solat sahaja tapi
dalam kehidupan seharian kita.”
“Terima kasih jadi imam saya.
Terima kasih sayang saya dan tak pernah putus asa untuk saya.” Lengan Rashid
dipeluk erat. Rashid menggosok lembut tangan Nur Ayla yang memeluk lengannya
sebelum kembali memandu.
“Kita pergi makan dulu, lepas tu
balik rumah mama papa. Lepas tu, kita balik rumah kita.” Ujar Rashid membuatkan
Nur Ayla laju memandang suaminya. Rashid mengangkat-angkat keningnya penuh
makna.
“Rumah kita? Maksud awak rumah
kita dua?” Nur Ayla menunjuk kepada dirinya dan Rashid berulang kali.
“Iye sayang. Saya dah lama beli
rumah tu. Rasanya setahun sebelum saya jumpa dan kenal Nur Ayla. Dah siap
renovate dan lengkapkan semua. So yes, kita akan pindah masuk rumah kita.”
Rashid membalas penuh dengan semangat. Wajahnya tampak bahagia.
“Wah… tak sabarnya! Tapi dekat
mana?”
“Meru.”
“Alaaa jauhnya saya nak pergi
kerja.”
“No, don’t feel that. Kena excited
dulu. Semua kerja saya dan awak saya dah fikirkan and we will discuss all about
its masa makan nanti.”
“Alahh kenapa fikir sorang-sorang?
Kita kan dah jadi teammate.” Ayla merajuk. Sengaja dan mengada aje sebenarnya.
“I am the leader sayang. And saya
bukak sebarang penambahbaikan dalam hal ini. Nanti kita bincang. Ala teruja la
dulu sayang.” Rashid memicit lembut hidung Nur Ayla. Nur Ayla mencebik.
“I am excited. Rumah baru kut…
setahun lebih dok rumah kedai… mestilah excited.” Nur Ayla ketawa sendiri.
“So tak marahkan saya buat dulu
semua keputusan ni?”
“Kan kata boleh bagitau apa-apa untuk
penambahbaikan?” Rashid mengangguk.
“Buat apa saya nak marah awak.
Saya tahu semua yang awak buat terbaik untuk saya awak dan kita berdua.” Nur
Ayla mengeratkan pelukannya pada lengan Rashid.
“Thank you sayang.” Rashid mencium
dahi Nur Ayla sebelum kembali fokus kepada pemanduan.
Rashid memarkirkan keretanya di
tingkat atas Aeon Station 18. Nur Ayla sudah menebak kedai makan yang akan
mereka kunjungi.
“Jangan kata nak ke restoran korea
tu.” Ujar Nur Ayla sebaik mereka berjalan berpegangan tangan masuk ke dalam
pusat beli belah itu. Rashid tersengih sahaja.
“Haritu kita tak sempat nak rasa
apa pun. Jadi, hari ni saya nak kita makan dengan happy.” Balas Rashid
membuatkan Nur Ayla tersenyum lebar.
“Awak memang sengaja eh.”
“Sengaja apa?” Rashid berkerut
kening, memandang Nur Ayla. Pegangan tangan dieratkan. Nur Ayla ketawa,
memandang Rashid. Membuatkan kerutan kening Rashid kian bertaut dua.
“Sengaja buat saya sentiasa jatuh
cinta.” Balas Nur Ayla. Rashid tersenyum lega. Melebar senyumannya.
“Sayang ni. Risau saya ingat apa
tadi.” Pipi Nur Ayla dielus lembut.
Mereka berdua berjalan-jalan
sambil menikmati masa bersama-sama. Sesekali mereka bergelak ketawa dan
sesekali mencemberut wajah Nur Ayla diusik Rashid.
“Sayang tak nak shopping apa-apa?”
Ujar Rashid menunjuk ke arah butik di depan mereka. Nur Ayla menggeleng kepala.
“Tak rasa nak beli apa-apa.
Tengok-tengok aje kut. Window shopping.” Rashid mengangguk sahaja.
“Jom balik la kut ye, jumpa mama
papa kejap. Mama papa nak bincang pasal kenduri kahwin kita.” Ujar Rashid ke
Nur Ayla.
“Dah sebulan lebih kahwin, nak
kena kenduri juga ke?” Ujar Nur Ayla. Rashid memandang Nur Ayla tidak berkelip.
Nur Ayla menjungkit keningnya.
“Kenapa pandang macam tu?”
“Sayang tak sudi nak naik pelamin
dengan saya ke?”
“Laa ke situ pulak. Bukanlah.
Cumanya, dah sebulan lebih. Macam seganlah. Tak kenduri tak boleh eh?”
“Baru sebulan sayang, bukan
setahun. Kenduri aje, tak payah pelamin kalau malu nak bersanding. At least
boleh kita ambil gambar kahwin. Haritu semua express kan, lupa nak hire
fotografer.” Nur Ayla mengangguk sahaja.
“Mak pun ada bunyi juga ayah kata.
Saya malas nak fikir lagi sebab kusut dengan kes Malik kan. Ayah cakap nak buat
kenduri doa selamat aje di kampung. Apa kata macam ni, kita buat kenduri dekat
kampung dulu. Lepas tu baru dekat Ipoh. Okay ke?” Nur Ayla memberi cadangan.
Mereka melabuh duduk di kerusi yang ada. Rashid menyisip tea live di tangan dan
mengangguk.
“Saya okay aje. Mana-mana pun
boleh. Kenduri ni sebagai cara orang tahu kita dah berkahwin. Taklah nanti
orang buat cerita bukan-bukan bila nampak kita berdua macam ni.” Nur Ayla mengangguk
sahaja. Faham dan setuju.
“Pasal rumah, dah bagitau mama
papa?” Soal Nur Ayla kemudiannya.
“Dah, mama papa tahu. Masa saya
sibuk renovation rumah tu mama papa dah tahu.”
“Mama okay ke kita duduk asing?”
“Okay sayang, don’t worry. Mama
papa lagi suka kita mulakan hidup kita berdua sendiri. Bila berdua, sendiri,
lots of thing kita akan belajar sama-sama. Jangan fikir banyak. Kan saya dah
kata, saya dah plan semuanya.”
“Saya tak nak mama papa terasa
pulak. Yelah, rumah mama papa tu besar, lepas tu anak mama papa ada awak dengan
Ruhaila aje.”
“Mama papa okay. Jangan fikir
banyak sayang.” Dagu Nur Ayla dipegang dan digoyang-goyang. Nur Ayla tersenyum
dan menolak lembut tangan Rashid.
“Maaf ganggu. Ayla?” Tegur suatu
suara. Membuatkan Nur Ayla berpaling dan memandang.
“Eh Julia, apa habaq?” Nur Ayla
dan Julia terus saling berpelukan. Rashid hanya memandang kedua-duanya.
“Sihat sangat weh. Aku ada dengaq
hang dah kahwin. Ni ka laki hang, elok noh.” Balas Julia. Nur Ayla hanya ketawa
dan mengiyakan.
“Berapa bulan hang ni? Besaqnya.”
Nur Ayla menyentuh lembut perut Julia yang begitu memboyot.
“Baru enam bulan tapi sebab ada
dua dalam nih tu besaq lain macam.” Julia ketawa besar. Nur Ayla turut sama.
“Tudia, alhamdulillah. Berapa dah
anak hang ni?”
“Ni masuk nombor 2 dengan 3 dah.
Hat first dengan pak dia pi toilet. Weh, sorry pasai dulu naa.., bukan sebab
loqlaq hang pun. Rupanya kedai kahwin yang aku upah tu memang auta ja lebih.
Lepas kenduri aku berderet kenduri pelamin depa dok jatuh.” Julia memegang erat
tangan Nur Ayla.
“Aku dah lupa dah. Tapi terasa la
hampa semua pakat lari dari aku.”
“Aku minta maaf sangat-sangat
Ayla. Aku over reacted. Suraya pun dah cerita semua pasai hang kat kami. La
nih, aku tau hang dah bahagia dah dengan laki hang kan.” Nur Ayla mengangguk.
“Aku dah maafkan semuanya. Nanti
kenduri aku jemput mai nah.”
“InsyaAllah, kalau belum meletup
ni aku pi lah. Jaga laki hang ni, elok sangat ni.” Bisik Julia sebelum meminta
diri.
“Amboi depa bila jumpa geng… lupa
laki aih.” Rashid bersuara setelah hanya menjadi pendengar setia Ayla dan Julia
berborak. Nur Ayla ketawa kecil. Tangan Rashid dipeluk erat.
“Ingatlah, takkan nak lupa hero
saya. Tadi tu Julia. Ingat tak Suraya pernah cerita pasal saya runtuhkan pelamin
waktu bersanding tu. Haa pelamin Julia la.” Nur Ayla ketawa. Rashid berfikir
seketika sebelum kembali bersuara.
“Betullah apa saya cakap dulu…
mana ada orang loqlaq seteruk yang orang kata dekat sayang. Tapi kan tengok
sekarang okay aje.”
“Betul, memang okay dah sekarang.
Dah kurang kut loqlaq tu. Macam mana eh boleh hilang macam tu aje?” Nur Ayla
sendiri kehairanan.
“Bukan hilang sayang. Cumanya,
sekarang sekeliling Nur Ayla hanya positif vibes aje. Sebelum too much negative
vibes. Sebab tu jadi macam tu. Sesiapa pun kalau disimbah air busuk akan bau
busuk dan kalau disimbah air wangi akan bau wangi.” Ujar Rashid membuatkan Nur
Ayla terus memeluk pinggangnya. Rashid terkejut seketika dengan perlakuan Nur
Ayla yang tiba-tiba.
“Terima kasih awak, simbah saya
dengan air wangi dan cinta awak.”
“Terima kasih sebab sudi disimbahi
dengan cinta saya.” Rashid merangkul bahu Nur Ayla dan mengeratkan pelukan
antara mereka.
“Tadi sayang kata mak ada call
sayang. Dah okay mak? Boleh terima apa yang berlaku?” Soal Rashid sebaik sahaja
mereka menaiki kereta untuk pulang. Nur Ayla yang sedang memakai tali pinggang
keledar mengangguk sedikit.
“Okay kut. Ayah ada cerita, mak
sebenar marah sangat dekat saya sebab saya putuskan tunang dengan Malik. Mak
dah berjanji dengan mak uda nak satukan saya dengan Malik selepas saya habis
study. Saya memang tak tahu langsung pasal tu.”
“No wonder mak marah awak ye.
Rancangan mak tergendala sebab anak dia ni degil.” Nur Ayla berdecit kecil
sebelum menyambung cerita.
“Bukanlah. Lepas habis study, saya
memang terus dapat kerja. Kerani aje. Kerja sekejap lepas tu rasa tak puas
sebab saya suka baking semua tu. So saya berhenti, bila saya berhenti tu mak
memang marah gila-gila. Rupa-rupanya Malik bising dekat mak, kalau saya
berhenti kerja susah la nak buat loan untuk kenduri or beli rumah semua tu.”
“Lahhh kenapa awak pulak?”
“Tulah, mak dah termakan janji
dia, jadi apa sahaja Malik kata semua betul. Saya memang tak tahu tau. Ayah
kata memang dengarlah mak bising-bising tapi ayah tak faham. Bila jadi macam
ni, barulah saya faham. Caci maki mak dekat saya hanya sebab saya tak nak
kahwin dengan Malik. Itu sahaja.” Rashid
mencapai tangan Nur Ayla dan menggenggamnya erat.
“Kesian isteri saya. Banyak betul
ujian nak bahagia.”
“It’s okay, sekarang Allah dah
hadirkan awak untuk bahagiakan saya.” Nur Ayla membalas genggaman. Erat.
“Jadi mulaikan sekarang, saya akan
sentiasa jadi radio awak, yang menyanyikan lagu cinta luar biasa setiap masa
untuk awak. Ingat tak saya pernah cakap dekat awak, sama macam sekarang. Dalam
kereta.” Ujar Rashid, Nur Ayla ketawa perlahan.
“Ingatlah. Hari pertama kita jumpa
kenal dan awak jadi hero dengan tumpangkan saya balik Ipoh. Awak kata, kalau
kita bersama, hari-hari awak akan nyanyikan lagu Cinta Luar Biasa dekat saya.”
“Lama tak main gitar, nyanyi
malam-malam dekat awak. I miss those moments.” Ujar Rashid.
“Kan… lepas ni bolehlah dengar
hari-hari.”
“Eleh kalau dia ni tak sibuk
dengan order.”
“Alahhh bisnes baru nak naikkan.
Dua kedai pulak tu. Haa apa plan kalau dah rumah kita di Meru nanti.”
“Plan saya, awak akan kembali di
kedai Meru awak tu dengan Husna dan Ruhaila and beberapa pekerja akan dilantik
untuk urus penjualan di kedai Seri Iskandar tu.”
“Jadi, saya kena hire pekerjalah?
And kena besarkan lagilah kedai Meru tu. Bahagian dapur untuk production lebih
besar sebelum jam 9 pagi. I need to work harder….”
“Yes... betul tu. Kenapa? Dah rasa
penat ke?”
“Tak, saya kena labur duit
lagilah. Tak banyak profit lagi dengan kedai baru tu.”
“Saya kan ada. Saya akan buat
pelaburan dekat Ayla’s Bakery.” Nur Ayla mencebik.
“Tak naklah. Bila ada pelabur dah
ada orang lain yang main peranan dalam kedai saya.”
“Lahhh saya pun tak boleh?” Nur
Ayla mengangguk. Rashid terdiam.
“Kita ni berbeza tau dari segi
kerjaya kita. Apa yang awak nampak untuk bakery tu tak sama macam saya yang
bina bakery tu.”
“Saya tahu sayang… saya akan bantu
nasihat dari segi pengurusan dan kewangan. Pasal pelaburan tu, anggap pinjaman.
Tak perlulah pinjam bank.” Ujar Rashid menjelaskan.
“Saya memang pernah terfikir nak
minta pandangan awak. Cuma malulah. Beriya bukak banyak bakery nak urus pun tak
reti.” Rashid memicit kuat hidung Nur Ayla mendengar kata-kata yang keluar dari
mulut gadis itu.
“Aduh sakitlah.” Nur Ayla memegang
hidungnya. Bahu Rashid dipukul perlahan.
“Mengada tau. Saya ni sedia
membantu awak sayang. Cakaplah apa pun, saya akan cuba buat untuk awak.”
“Masa tu banyak sangat problems,
jadi seganlah. Tapi dah jadi suami sayakan, memang saya akan gunakan awak
secara percuma.” Nur Ayla mengekek ketawa. Rashid menggigit bibirnya, buat-buat
marah.
“Gunakanlah sayang, selagi saya
boleh bantu saya akan bantu.”
“Terima kasih Abang Rashid. I love
you lah!” Ujar Nur Ayla, manja.
“Haa satu lagi…”
“Apa dia?” Soal Ayla.
“Sampai bila kita nak bersaya awak
ni? Tak nak panggil manja- manja ke?” Nur Ayla terdiam.
“Awak selalu aje bahasakan saya
sayang… okay kan macam tu.”
“And awak nak bahasakan saya apa?”
Soal Rashid? Nur Ayla terdiam dan berfikir.
“Saya rasakan awak… saya suka
macam ni… macam sentiasa malu-malu… macam sentiasa bercinta.” Ujar Nur Ayla,
jujur. Rashid berdecit.
“Betul?”
“Yelah, kalau panggil abang… dah
la awak tu tua dari saya kan… and semua orang pun memang bahasakan awak abang
Rashid. Suraya…” Nur Ayla jujur sahaja bersuara. Rashid ketawa.
“Oi… tua sangat ke saya?”
“Opss sorry, tualah 6 tahun dari
saya kan.” Nur Ayla tersengih.
“Okay, tak apalah kalau dah cakap
macam tu. Tapi tak acilah, kadang saya panggil awak sayang… awak asyik
berwak-wak aje dengan saya.” Nur Ayla ketawa lagi.
“okay-okaylah… I call you, baby?”
“Sayang… ada pulak baby. Geli and
malu orang dengar.”
“Baby tak boleh… hubby… Bie?”
“Not bad… tapi jangan selalu,
nanti orang silap dengar… sama ada baby or babi.”
“Awak! Teruk tau.” Gelak besar Nur
Ayla.
“Taklah, betul apa…” Rashid turut
ketawa.
“Saya panggil sayang jugaklah…
saya, awak and sayang.”
“Try lah…”
“Sayang…” Rashid terdiam, kemudian
melebar senyumannya.
“Haa kenapa diam, sayang?”
“Rasa nak cepat-cepat balik rumah
and masuk bilik.”
“Awak menggatal eh.”
“Janganlah marah, gurau. Okay
lulus. Saya, awak and sayang.”
“Tapi ada suatu belum selesai…”
“Apa lagi sayang?” Soal Rashid.
“Hutang kereta awak. Berapa
sebenarnya harga repair kereta awak tu? Saya belum bayar sesen pun kan.”
“Lahhh dah kira selesai sayang.”
“Eh mana boleh…”
“Saya punya kereta kan, isteri
saya bagi rosak takkan saya nak charge?”
“Tapi tu sebelum kahwin kan…”
“Alahhh tak perlulah sayang… saya
kira halal.”
“Kira halal eh…”
“Haa macam tulah… saya kan ROMA
awak…” Rashid mengusik.
“Oh… perli eh… betullah sekarang
awak cinta hati saya. insyaAllah sampai mati.”
“You know what sayang… saya
bersyukur sangat papa buat keputusan nak jumpa awak dengan cincin semua tu
dulu. Bersyukur sangat papa mama buat keputusan drastik tanpa bincang dengan
saya.”
“Sebab?”
“Sebabnya, kita berdua kembali
bersama selepas apa yang papa mama buat. Kalau tunggu saya, mungkin sekarang
kita ni saling menyakiti hati masing-masing aje kan.”
“Mungkin… semua yang jadi memang
sudah tertulis. Ada baik buruknya. Sama macam kegatalan awak tu… mencepatkan
kita kahwin and membuka semua rahsia yang ada antara kita.” Rashid ketawa.
“Kegatalan eh. Sekarang tak gatal
tau, sekarang dah kahwin. Semua yang gatal-gatal tu jadi sunnah. Bergurau manja
dengan isteri.” Nur Ayla malu-malu, mukanya mula memerah.
“Bab tu pandai ye sayang ye…” Nur
Ayla menggeletek pinggang Rashid membuat Rashid ketawa.
“Sayang I’m driving…”
“Okay-okay sorry… Kenapa ya, awak
setia untuk dapatkan cinta saya?” Soal Nur Ayla, membuat Rashid terdiam
seketika sebelum mengambil tangan Ayla dan mengucupnya penuh kasih sayang.
“Kita tak perlukan alasan untuk
mencintai seseorang sayang… tapi kenapa saya setia kejar awak? Sebab, hati saya
hanya untuk awak seorang.”
“Macam mana awak yakin I am the
one?” Ayla menyoal lagi.
“Macam mana awak pulak boleh
terima saya?”
“Sebab gigihnya awak kejar
sayalah.”
“Sebab tu aje ke?”
“Haa tak jawab soalan saya, dia tanya
kita pulak ye. Saya ni kan, tak pernah bercinta. Tak pernah rasa nak bukak hati
ni dekat mana-mana lelaki. Antara sebabnya, saya nak kejar cita-cita saya untuk
apa yang saya minat, lepas tu dengan Malik yang tiba-tiba buat kacau hidup
saya, buat saya memang malaslah nak bercinta nih. Tiba-tiba awak datang and
paksa saya…”
“Saya paksa awak?”
“Ye, kan memang paksa kan? tapi
saya rasa saya jatuh cinta at first sight dekat awak.”
“Seriously sayang?” Soal Rashid
seakan tidak percaya.
“Iye… awak ada sesuatu yang
menarik hati saya nak kenal awak. Tapi saya takut nak bukak hati saya, sebab tu
macam jual mahal. Mujurlah, awak memaksa saya untuk cuba kenal antara satu sama
lain. Terima kasih, sangat-sangat terima kasih kerana setia kejar saya.”
“Sebab hati saya kata you are the
one… memang yakin sangat saya akan kerugian yang amat sangat kalau saya
lepaskan awak. Saya solat, saya doa… and yes, you are the one and only sayang…
thank you for being you and accept me as I am after what you have going
through…” Sekali lagi tangan Nur Ayla dikucup penuh cinta. Nur Ayla tersenyum
bahagia.
“Semoga kita bahagia sampai syurga
ya sayang, I love you.” Pipi Rashid dikucup laju. Lengan Rashid terus dipeluk
seeratnya.
“Saya rasa kita terus balik rumah
kita lah…”
“Lah… kata nak diskus kenduri
dengan mama papa.”
“Esok pun boleh… saya rasa nak rasmi
bilik kita dulu sayang.”
“Awak menggatal eh… siang-siang ni
Rashid…” Nur Ayla mengetam paha Rashid membuatkan lelaki itu mengaduh sakit dan
ketawa.
“Jomlah, siang-siang pun boleh…”
“Gatal sungguh!”
“Dengan isteri yang sah okay.”
“Modal baru kan. aishhh dia nih.”
Rashid ketawa, membuatkan Nur Ayla turut ketawa. Mereka disinari bahagia.
Bahagia yang akan terus menjadi milik mereka, sehinggalah ke syurga.
Mencintai seseorang tidak perlukan
sebarang alasan, kerana cinta yang sejati cinta yang lahir dari hati seseorang
yang benar-benar mahu mencintai dan dicintai. Andai kata kita mencintai
seseorang hanya kerana sesuatu yang ada pada seseorang itu, mungkinkah cinta
kita akan kekal? Atau sekadar pada saat sesuatu itu masih dimiliki oleh
seseorang itu?
Cintailah seseorang itu
seikhlasnya. Semoga cinta yang dikembalikan kepada kita adalah cinta yang lahir
dari hatinya jua. Jika kita mengejar cinta yang sejati, maka kuatkan hati dan
berdoalah agar ia sentiasa menjadi milik kita buat selamanya. Cinta biar dari
hati, akan sampai terus ke hati. Cinta biar sejati, moga kekal sehingga mati.
TAMAT
FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way. jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders