“Mungkin ada silap faham kut. Tunggu
Mustika balik kejap lagi ye, dia pergi kubur kejap” Ujar Ibu kepada tetamu yang
hadir. Ibu gundah sekali. Along sudah menggeleng-gelengkan kepala. Macam mana
hal ini boleh terjadi? Ibu segera ke dapur. Pening untuk dia fikirkan.
“Macam mana boleh jadi macam ni,
diorang tak tahu ke hal Mustika Ibu.” Ujar Kak Idah kepada Ibu. Ibu meneguk air
kosong yang diberikan Kak Idah kepadanya.
“Itulah Ibu pening ni. Idah dah
telefon Mustika?” soal Ibu setelah habis air diteguknya. Gelas digenggam erat.
Kak Idah cuma mengangguk perlahan. Along dan Angah setia melayan tetamu yang
datang dengan tiba-tiba bersama hajat yang besar dan amat memeranjatkan seisi
keluarga.
“Kenapa keluarga ni macam terkejut
aje dengan kedatangan kami hari ni?” Soal Irham kepada Along dan Angah. Along
dan Angah berpandangan. Bagaimana mahu diterangkan?
“Kita tunggu Mustika, nanti dapatlah
jawapannya, insyaAllah.” Irham masih tidak puas dengan jawapan yang diberikan
Along. Angah cuma mampu tersenyum dan mengangguk.
Dalam kesepian
yang menyelubungi ruang tamu rumah tengah hari itu. Suara Haziq dan Mustika
memecah kesunyian. Irham bingkas bangun setelah suara itu menyapa telinganya.
“Mak Lang cepat, ramai tunggu Mak
Lang tu.” Ujar Haziq sambil menarik tanganku. Aku hanya ketawa perlahan.
“Sabarlah sayang, Mak Lang tak larat
nak jalan laju dah...”
“Perut Mak Lang dah makin besar...”
Ujar Haziq, mencuit tawaku. Langkah diatur perlahan ke dalam rumah. Kak Idah
menyuruhku pulang dengan segera sewaktu aku masih di pusara. Hal penting
katanya, bila ditanya apa yang penting, aku hanya disuruh pulang sesegera
mungkin. Seusai habis bacaan Yassin aku sedekahkan, aku bingkas pulang. Entah
kenapa sedari awal pagi, hatiku tidak enak rasanya. Orang kata, hati yang resah
disebabkan dua perkara. Pertama ada antara doa kita dimakbulkan dan kedua, ada
benda buruk yang berlaku. Aku hanya mampu berdoa agar, resah ini adalah kerana
hal yang pertama. Ada antara doaku yang Allah makbulkan, mudah-mudahan.
“Assalamualaikum..” Salamku berikan
setelah ramai tetamu aku lihat bersama Along dan Angah. Ibu dan Kak Idah
melangkah pantas ke arahku. Aku masih berdiri di depan pintu dan tersenyum.
Senyumkan sedekah. Seorang lelaki muda, bingkas bangun setelah melihatku. Dari
riak wajahnya, aku lihat dia begitu terkejut melihatku. Aku kenalkah?
“Mustika?” Soal lelaki itu. Aku
memandangnya pelik. Perutku yang semakin membesar aku usap perlahan. Gaya ibu
mengandung, memang tidak asing bukan?
“Ya, saya Mustika. Awak siapa? Erm..
Along, kenapa Mustika tak tahu ada tetamu hari ni?” Lelaki itu masih berdiri.
Along aku lihat hanya membisu. Angah sudah tersenyum-senyum. Ibu menggamitku
supaya mendekati mereka semua.
“Inilah Mustika. Anak saya yang Puan
hendak pinangkan untuk anak lelaki Puan.” Ujar Ibu kepada seorang wanita
berusia di situ. Dia pun seakan amat terkejut. Aku lagilah terkejut dengan
kata-kata ibu. Pinang? Is it meminang? Aku yang tengah sarat ni kena pinang?
“Whats? Pinang? Astagfirullah. Mak
Buyung kena pinang.” Aku tergelak kecil, namun mati dengan cubitan perlahan ibu
di lengan.
“Awak tak kenal saya Mustika?”
Lelaki itu masih berdiri dan memandangku. Aku pandang wajahnya. Macam pernah
aku lihat sebelum ini. Tapi aku tidak berapa ingat dimana dan siapa dia. Aku
hanya menggeleng dengan persoalan yang diberikannya.
“Saya Irham Syakir. Irham Syakir,
kekasih awak 8 tahun dulu..” Jawapan yang keluar dari bibirnya itu membuat aku
terkedu. Nadiku seakan terhenti. Selepas 8 tahun berlalu, kini dia kembali?
Untuk apa? Allahuakbar! Aku terduduk di situ. Kenapa aku boleh lupa wajah dia.
Irham Syakir, lelaki pertama dalam hidupku, lelaki pertama yang mencuri hatiku. Lelaki pertama juga yang
telah mengecewakan aku, mengenalkan aku erti putus cinta! Ah! Kuat sungguh
cinta Amzar buat aku, hingga segala kisah lama dapat aku lupakan sebegitu rupa.
Aku tersenyum sendiri. Mohd Amzar.. suamiku.
how is it? okay? abc sebenarnya dah siap bab 1. tapi ni nak kenal-kenal dekat korang. if okay, abc nak proceed.... komen ye! ^^b
3 comments:
ok3 sis...cpt la post bab 1...
hehehehe
good luck.....
thanks... i will... ^^b
Post a Comment