entri hari khamis, tapi tak post.
Alhamdulillah.
kelas ternakan semester nih tak hanya menumpu pada anak-anak ayam daging tu aje. kami berpeluang melawat taman rusa UTM. dulu abc jogging petang-petang mesti singgah dekat taman rusa, without knowing why ada papan tanda melarang kita dekat dengan rusa dan bagi dia makan.
tadi abc dah dapat semua jawapannya. and I’m so surprise, makanan favorite rusa adalah, pokok genuak! kalau orang pantai timur panggil buah kerdas. aishhh… abc suka sangat makan genuak kalau balik rumah, tak sangka rusa and abc sharing the same favorite food. hehehehe
kenapa kita tak boleh dekat dengan rusa?
rusa ada sifat yang sangat pelik iaitu, cepat sangat nervous. sebab itu, rusa sangat mudah menjadi mangsa kepada pemangsanya macam leopard ( abc semenjak dua nih suka benor dengan leopard) singa dan harimau. sebab nya, bila kena kejar, rusa boleh lompat kuat pun dalam 3 kali, if dalam 3 kali tu dia tetap tak berjaya lepas diri, dia sendirinya akan collapse and kiok terus.
kenapa kita tak boleh bagi rusa makan?
selalunya kita bagi apa kat rusa? roti kan.. sebenarnya rusa mudah alami alahan kalau silap bagi makan. rusa makan daun-daun rumput ‘gajah’ atau dipanggil fooder. ada sejenis rumput yang rusa takleh makan, sebab nilai kuprum tinggi. Enchek Mat lupa nama rumput tu, nanti abc cari.
semua yang dilarang mesti ada sebab kan.. so, dah tau ni jangan la bagi makan. hehehe
and dalam sekumpulan rusa, selalunya hanya ada seekor rusa jantan, dan kalau ada rusa jantan dari baka yang lain, diorang akan bergaduh sebab nak jadi ketua, nak jadik abang long la kononnya.
tapi anak jantan kepada jantan berkenaan takkan bergaduh sebab dia tau tu ayah dia. hebat tak?
banyak juga belajar tadi. erm.. unik-unik..
kehidupan haiwan ni sangat unik. bila kita belajar kadang-kadang terasa haiwan-haiwan ni lagi manja dari bayi manusia
p/s: abc penat bau taik ayam.
No comments:
Post a Comment