Friday, September 16, 2011

UTM - mari menternak ayam!

Salam Syawal

belum hilang rasa kemeriahan buat landskap semester lepas, tapi bila balik UTM tengok tempat landskap. ayooo.. kembali menjadi hutan! tahniah buat junior-junior yang akan teruskan mengusaha tempat tuh..hehehe.. but after all, diorang bertuah la.. sebab hanya 4 bulan tempat tu ditinggalkan oleh kami. ^^v

Ayam Daging.



semester ni abc ambil subjek prinsip penternakan. jadinya, kami akan menternak ayam pendaging. berbeza tau ayam pendaging and ayam pentelur.

kami akan bela dari anak ayam hingga jadi ibu ayam.. erk! ayam itu besar.bukan maksud serong tau..^^v





bukan mudah nak bela anak ayam sampai dia berusia 40 hari (matang dan boleh diproses untuk jual atau makan)

Puan Salina, pembantu diladang dah bagi macam-macam warning dekat kami. antaranya:

  1. bela anak ayam pendaging nih, kami tak boleh bercakap atau buat bising. NANTI AYAM STRESS!
  2. jangan lewat bagi makan, nanti dia MERAJUK! merajuk taknak makan terus then mati.
  3. jangan lupa bagi air. nanti TERCEKIK / MERAJUK. sekali lagi, dia akan mati.
  4. jangan lupa tukar pampers (pelapik reban) nanti ayam-ayam MERAJUK lagi. kemudian mati.
haa... lagi susah jaga anak ayam dari jaga baby manusia. =.=" abc ingat nak warning aje ayam-ayam tu,

" korang merajuk, aku rebus hidup-hidup!"

sejam kemudian, ayam semua bunuh diri, hahahaa.. manja gila depa nih. anak ayam akan sampai khamis nanti, jadi kami kena sedia dengan paluan kompang dan bunga rampai. :p

p/s: basuh reban pun guna dettol. orang cuci stroller baby guna febreeze aje. ;)


No comments:

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders