Sunday, October 2, 2011

doakan adik abc cepat sembuh.

Assalamualaikum.

hujung minggu yang penuh dugaan. dugaan kakak diperantauan.

sepetang khamis lalu, abc masih lagi dihambat gembira dengan khabaran keluarga di kedah dalam keadaan baik-baik sahaja. namun siapa tahu takdir Allah.

seawal pagi jumaat, Along call dan memberi kejutan. Adik dimasukkan ke wad. abc kurang jelas tentang sakitnya pada mula namun tahu pasti teruk keadaannya. apa yang boleh kakak yang jauh ini lakukan, hanyalah solat hajat dua rakaat, supaya Allah berikan kesembuhan kepada adik tersayang.

hari ini abc gembira dan berdebar menunggu khabar adik boleh keluar dari wad. namun Allah jua tahu apa rancanganNya. Adik demam, dan terus ditahan, result ujian belum lagi Dr. khabar. mungkin ini kelemahan hospital walaupun canggih peralatan dan mewah tempatnya. mungkin adik patut ke hospital swasta walaupun agak mahal? Allahuakbar.

menurut cerita mama, seawal jam 5.30 pagi hari jumaat, mama seperti biasa bangun untuk ke surau untuk solat sujud sajadah. namun bunyi bising seperti cakaran membantutkan mama untuk terus mandi. bila mama keluar dan periksa bukan kucing atau apa-apa. bunyi dengusan kuat mama dengar, mama periksa adik. Allah! hanya Allah yang tahu perasaan mama sewaktu melihat adik ketika itu. mata putih kelihatan, tangan kaki nya seperti tertarik. mama mula panik, adik mahu kancing gigi, namun mama pantas merawat adik semampunya, buih putih mula keluar. adik ada sawan?

menurut ateh, keadaan adik pagi itu membuat mama terfikir mungkin masa adik telah tiba, keadaan adik teruk dan lembik. walaupun adik sihat tapi bibirnya biru. badannya kian kurus dari biasa. adik memang kurus tapi makin kurus.

kakak ini masih mencari masa untuk pulang ke kedah. perjalanan cuma 9/10jam, tapi kakak ada tanggungjawab di sini. menunggu masa untuk pulang. sangat menunggu masa. Allah!

moga Allah memberikan kesihatan yang baik buat adik. kakak hanya mampu berdoa dari jauh. moga sakit adik biasa-biasa sahaja. masih menunggu khabaran dari sana.

anda-anda yang membaca. boleh tolong doakan?

Ya Allah, berikanlah kesembuhan buat adik Ashiff.
berikan hamba kecil Mu itu kekuatan dalam menghadapi kesakitannya
moga dia tabah mengharungi ujianMu itu.
sembuhkan sakitnya, kembalikanlah dia seperti sediakala
Amin.

3 comments:

NadiRah said...

moge adik cepat sembuh..amin..

radziah AR said...

semoga adik abc sembuh spt sediakala....amin

akubersamaCahya said...

amin..insyaAllah.