Friday, September 16, 2011

have you ever really loved a woman?

 

Salam Syawal. Salam Cinta untuk semua. ^^,

indah andainya menyoal hati tentang cinta. saat kita jatuh cinta, hati ibarat kelopak mawar yang sedang mekar kembangnya. ah! usah soal tentang apa-apa, semuanya indah belaka.

namun, cuba perhati tatkala hati pecah dihentak batu perpisahan dan kekecewaan. bencinya menggunung tinggi. dendamnya dipalit ke hati. mana pergi bunga indah itu?

itulah manusia. memberi terlalu banyak pada cinta. cinta bukan untuk dipuja, bukan jua untuk terus disembah bagai raja.

cinta itu rasa. cinta itu jiwa. cinta itu kuasa.

saat ada cinta, rasakan dengan hati, bukan mata.

saat ada cinta, penuhkan dalam jiwa, biar tiada rongga

saat ada cinta, jangan fikir kita adalah raja, kerana cinta itu punya kuasa.

cinta perlu dikongsi, bukan simpan semata.

cinta perlu memberi, bukan untuk diri sendiri.

cinta tak pernah buta, hanya kita yang menutup mata kerana CINTA.

+++

>>> abc tengah moody, bff selalu macam ni. =.=”

1 comment:

NurWahidah Abdullah said...

hmm,..apsal hari nh sume ckp psl cinta..:)

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders