Kami sampai pada jam 3.00 petang, ibu
telah siapkan makan tengah hari. Selesai aku mandi dan solat, aku menelefon mak
dan abah, untuk memberitahu bahawa aku telah selamat sampai di rumah Firdaus.
Selepas itu, aku keluar ke dapur. Dari luar bilik, sudah kedengaran suara Ibu
dan Firdaus berbual-bual. Boleh pulak bercakap, dengan aku bisu aje.
“Ha… Aishah, mari kita makan
sama-sama ye. Ibu masak ikan keli sambai. Mak habaq Aishah suka?” Aku
mengangguk dan terus duduk di kerusi berhadapan dengan Firdaus. Firdaus tika
itu sudah diam tidak bersuara. Bisu balik!
“Suka, kalau ibu masak mesti Aishah
lagi suka.” Aku cuba mengambil hati ibu mertuaku. Baru seminggu kan. Mesti
tunjuk baik sikit. Firdaus mencebik.
Sepanjang waktu makan, hanya bunyi
pinggan sahaja, sepi. Aku perasaan ibu memandangku dan Firdaus. Sepi. Tidak
keluar sepatah pun.
“Nah,
makan ulam ni Aishah, elok untuk kesihatan.” Ibu meletakkan ulam berbuas ke
dalam pingganku. Alamak!
“Aishah
tak makan ulam daun-daun ibu. Maaf.” Ibu mengangguk faham, tapi Firdaus tak.
Dia mengambil daun berbuas lagi banyak dan terus meletakkan ke dalam pingganku,
kemudian terus mencedok sambal belacan ke atas ulam. Aku memandangnya dengan pandangan
terkejut.
“Dah
kahwin dengan saya, duduk rumah ni, kena makan semua, tak boleh pilih.” Ibu
menggeleng kepala. Aku menggenggam tangan di bawah meja. Geram! Takkan nak
buang pulak? Apa kata ibu. Aku hanya mengangguk dan terus menjamah sedikit demi
sedikit. Hampir terkeluar air mata menahan pahit dan pelik rasa ulam berbuas.
Aku betul tak makan, bukan mengada-ngada. Ulam yang aku makan macam timun,
jantung pisang, kacang kelisa, itu aje. Yang daun-daun hijau memang tak!
“Toksah
makan Aishah, nak termuntah ja muka tu ibu nampak. Nak seksa bini kau ni kenapa
Daus?!” Ibu menyelamatkanku, di ambil semua ulam yang berbaki. Firdaus yang
selesai makan, terus sahaja bangun dan ke sinki membasuh tangan dan pinggang
makannya.
“Belajaq
la makan, bukan mati pun kan.” Firdaus menyindir lagi. Kenapa dia macam tak
suka aku? Aku memandangnya sepi.
“Sabaqlah
Aishah, Daus memang lagu tu. Angin tak kira masa, tapi dia baik. Ibu kenai
dia.” Aku meneguk air perlahan dan mengangguk faham.
………………………..
“Air
kat kampung ni ada masalah sikit Aishah, bilik ayaq takdak air. Aishah nak amik
wuduk boleh pi kat bilik ayaq kat luaq tu, ada perigi.” Ibu memberitahuku
sewaktu aku mahu mandi malam itu. Waktu maghrib dah masuk, petang tadi seronok
sangat ikut ibu pergi bendang, sampai terlupa nak mandi awal.
Aku
menjenguk keluar rumah dari pintu dapur. Gelap gelita! Aku menelan air liur,
terasa keras pulak. Aku pandang ibu yang sedang memasak.
“Gelap
la bu…” Aku mengadu.
“Takut?”
Ibu menyoalku. Aku mengangguk perlahan dengan riak muka mintak belas.
“Firdaus….”
Ibu melaung panggil Firdaus. Alamak! Mesti kena bahan. Terdengar derap kaki
Firdaus di atas rumah.
“Suruh
Daus temankan ye.” Aku tak tahu nak kata apa.
“Awat
ibu?” Soal Firdaus memandang aku dan ibu yang berada di pintu dapur tika itu.
“Teman
Aishah, dia nak mandi, luaq tu gelap.” Firdaus memandangku tajam. Dia mengambil
pelita yang terletak elok di para di dapur dan nyalakannya.
“Jom.”
Ujarnya sepatah sebaik menyarung selipar. Aku hanya membontoti langkahnya.
Sampai dia depan pintu bilik air tu, dia berhenti. Dia memandangku dan aku
pandang dia kembali.
“Kenapa?”
Soalku.
“Kenapa
apa? Awak yang nak mandi, masuk lah. Takkan nak teman sampai dalam.” Aku
termalu sendiri. Tapi gelap?
“Nah
ni…” Firdaus memberikan pelita itu kepadaku, setelah melihat aku
terjenguk-jenguk ke dalam bilik air itu setelah menolak daun pintunya.
“Awak
tunggu sini tau.” Aku menunjukkan tempat kami berdiri sambil berpesan, takut
dia masuk ke dalam rumah. Seram weh!
“Iye,
cepatlah, lama sangat nanti saya tinggal.” Firdaus memberi arahan dan ugutan!
“Tunggu
tau…” Aku pesan lagi dan terus melangkah masuk. Air perigi betul-betul menguji
diriku. Dah lama tak rasa, dulu masa Tok Abah ada selalu jugak balik kampung
mandi perigi tapi perigi dalam rumah, tak takut macam ni. Selesai membasahkan
diri, aku mencari-cari sabun untuk membersihkan badan. Tapi…
“Ahhhhhh……”
Aku terjerit sendiri, setelah terpicit katak yang aku sangka sabun. Terus
sahaja ketakutan menjerat diriku. Aku menangis teresak-esak. Pintu bilik air
diketuk oleh Firdaus dari luar.
“Aishah,
kenapa?” Firdaus mengetuk kuat pintu itu setelah mendengar tangisanku.
Perlahan-lahan aku membuka selak pintu, Firdaus terus sahaja menolak pintu itu
laju setelah mendengar selak itu dibuka.
“Awak….”
Aku menangis lagi, tanganku aku tunjuk ke arah katak yang sebesar tapak
tanganku. Firdaus mengambil pelita dan menyuluh ke arah yang aku tunjukkan.
Beberapa ketika dia kembali ke arahku yang masih berdiri di pintu bilik air.
Aku masih teresak-esak menangis.
“Sebab
katak aje menangis?” Firdaus bersuara kasar.
“Saya
ingat sabun.” Aku kembali teresak.
“Mengada
tau tak!” Terus sahaja Firdaus meninggalkan aku di situ. Aku ambil tuala dan
membalut tubuhku yang masih berkemban kain batik. Aku terus melangkah laju ke dalam
rumah. Ibu sudah di pintu dapur, bertanya pelbagai macam soalan. Aku hanya
menggeleng dengan air mata dan terus masuk ke dalam bilik air dalam rumah untuk
menyalin pakaian. Sampai hati Firdaus!
p/s: cerpen bulan Februari jugak kut ^^ amacam? komen sikit! much love readers.
6 comments:
x sabar nak baca...
bla bule baca nie? hehehe
[hawa]
er... tunggu beberapa hari kut. hehehe
^^v
Amboi, garang'y si firdaus ni.
Serius semacam jer.
Smbg lg cik writer..:)
otw menyiapkan cerpen ni... b4 abc berlepas ke JB akan siap, insyaAllah.
wah...teaser y mnarik..xsbr nk bca..hehe..
Post a Comment