Sunday, February 12, 2012

Resipi : Ikan Tamban masak pindang





hari ni abc tak tahu nak masak apa.

 dalam peti ada ikan tamban.
malam dah tanya mama, ikan ni sedap masak apa.

pagi ni, bangun aje, terus cari resipi
masak pindang ^^

abc tak pandai memasak. tapi ada resipi jadiklah. insyaAllah.

++++

abc dapat resipi ni dari internet. lupa pulak laman webnye. huhuhu
ada beberapa cara nak masak dan bahan tapi abc guna apa yang ada kat dapur.

BAHAN-BAHAN:


  1. ikan tamban 7 ekor
  2. bawang merah 3 ulas
  3. bawang putih 2 ulas
  4. satu batang serai
  5. halia 2 cm
  6. bendi
  7. cili padi
  8. lada hitam 
  9. asam keping
  10. garam
  11. kunyit

CARA-CARA:

  1. ikan tamban dilumurkan dengan kunyit dan garam. asingkan.
  2. tumbuk lumat bawang merah dan putih dan halia.
  3. masukkan air 2 1/2 cawan dalam periuk, didihkan.
  4. masukkan bahan yang ditumbuk, asam keping, serai dan ikan. biarkan mendidih
  5. bila dah mendidih, masukkan bendi dan cili
  6. perasakan dengan garam secukupnya ^^

mudah sangat nak masak ni. yang kurang dalam resipi tu ialah lengkuas, tak jumpa lengkuas hehehe
kalau suka, boleh tambahkan kunyit hidup. tumbuk bersama bawang dan halia.^^

tak ada alasan perempuan tak pandai masak, dunia dah maju. nak masak apa pun klik aje. dihujung jari!
SELAMAT MENCUBA!!




p/s: sedap makan dengan nasi panas tambah kicap... perghh!




No comments: