Friday, January 4, 2013

04 01 2013 DIARI HATIKU

Assalamualaikum!
sudah 4 hari di tahun baru :)

apa yang berubah dalam hidup korang?
abc mengubah ke arah lebih baik, lebih tekun, dan lebih menghargai masa
saya dah 24 tahun!!!
terasa ketuaan saya :(

hari ni baru teringat Diari Baru abc :) dulu sangat gila menulis diari, almost every day abc akan tulis. tak miss pulak tu. rasanya dah dua buku. satu dah buang dalam sungai sebab ada orang curi2 baca. ==" yang kedua masih ada. nak tergelak pun ada bila baca, tapi yang paling mengejut bila mengingat semula apa yang telah abc lupa. abc menulis berdasarkan rasa, setiap kali sedih idea lebih banyak.

tapi bila mood nak menulis takde, jangan harap nak menulis. memang tak!

orang kata cinta pertama susah nak lupa, abc setuju :) abc memang tak lupa, tapi takde la sampai terus angau lagi ^^

orang kata, abc tulis semua cinta lepas kawen, iye ke macam tu?

abc tulis dari pemikiran, pemerhatian dan pengalaman. :) iye la kut. abc percaya, bagi sesebuah perkahwinan kepercayaan dan kejujuran itu penting, suami isteri perlu selalu muzakarah. kalau tengok drama, novel suami isteri selalu simpan rasa hati diorang, sepatutnya luahkan. bila sayang cakap sayang, bila ada masalah bagitau. kalau tidak mudah sangat berpra sangka.



itu pendapat abc, bila tengok drama melayu. ^^ abc belum berkahwin, mungkin beberapa tahun lagi. ah! taknak fikir lagi, nak kerja, nak menulis banyak2 dulu. mana tahu dapat suami macam yang abc tulis ke? (takmo yang garang!!!)

sebenarnya, abc tulis entri sebab rindukan readers! insyaAllah, malam ni berusaha siapkan satu cerpen yang baru termuncul di kepala. kalau siap abc pos ye. rindu dengan komen2 dan jejak korang dekat blog ni huhhuhu

doakan novel C.A.P siap sebelum 20hb. kalau ada rezki abc poskan dekat blog ye. nak masuk sayembara tu. ^^

much love readers! hayati puisi ni. suwiiit~~~



No comments: