Saturday, April 30, 2011

kitar tidur or hayat?

dr fadzilah kamsah kata, students hanya tidur 4 jam instead of 6/8 jam

baby pulak lebih 10 jam.

so.. abc is a student, 22 years old.

tempoh tidur abc kena 4 jam. then why, bila abc kira2 abc tidur lebih dari baby tidur?

abc masuk kategori ape eh?

hik3 ^^v

ini lah sikap orang malas. malas macam abc!

korang jangan tiru, kalau tak jadik semi-sewel macam abc.

=.=”

OVERSLEPT!

Friday, April 29, 2011

menulis dengan iman!

abc juga maseh ada banyak kekurangan.. tapi..

abc masih tahu, betul and salah, dosa dan pahala.

erm.. biarpun blog korang hak milik korang tapi menulis sesuatu yang bila abc baca tak sepatutnya ditulis.
abc taktahu samada anda itu maksudkan apa yang anda tulis.
tapi entahlah. rasa tak senang bila membaca.

menulislah dengan masih ada iman dalam diri.
apa yang anda tulis tu mengaibkan diri sendiri. boleh mendatangkan fitnah.

+++

menyesal pulak godek2 blog orang!


p/s: moga bakal suamiku nanti tinggi nilai agamanya. amin!

love is forever ~ 20

LOVE IS FOREVER

Hampir dua minggu aku tertangguh untuk melapor diri di UTM. Ada sahaja halangan dalam perjalanan ke sini. Segalanya ada hikmah, mungkin. Penat dengan perjalanan 6 jam dari Kuantan, aku merebahkan diri di katil yang empuk lagi selesa. Untuk beberapa hari aku akan menyewa di Scholar Inn UTM. Aku belum dapat rumah untuk menyewa. Haikal kata dia akan uruskan, ada kawan katanya. Senang bila ada orang suka, hidup goyang kaki aje” bisik hatiku, nakal!

Sedang asyik merehatkan pinggang yang sakit-sakit ni, telefon bimbitku berdering, siapa pula yang telefon waktu-waktu begini, jam ku belek, 5.00 petang. Dengan kemalasan aku bangun ke meja solek dan mengambil telefon yang berada dalam tas tanganku. Ibu!

“ Assalamualaikum..” dari jauh kedengaran suara ibu, aku terlupa untuk menelefon ibu sesampai ke UTM tadi.

“ Waalaikummussalam ibu..”

“ Dah lama sampai, Zu?”

“ Alhamdulillah, lebih kurang pukul 4 tadi, sorry bu, Zu terlupa nak call.” Sewajarnya aku meminta maaf, mesti Ibu dan Ayah sudah kerisauan dengan anak daranya yang seorang ni. Dara ke? Of course!

“ Takpe, masa Zu ke pejabat tadi, Haikal dah telefon ibu, dia kata Zu pergi lapor diri, mujur sempat katanya.” Haikal lebih cekap dan pantas, patut Ibu sayang. Erm!

“ Oh.. A’ah.. sampai pukul 4, mujur office hour, kalau tak jenuh kena tunggu esok.”

“ Jangan lupa makan, nanti sakit lagi, jangan susahkan Haikal sangat.” Susahkan ke? Haikal yang nak disusahkan kut, hatiku berbasa basi sendiri.

“ Dia suka disusahkanlah bu..” aku buat lawak bodoh, kalau ibu nampak aku tersengih macam kerang wangi, mesti kena cubit dah sekarang ni.

“ Pandai la kamu tu.. nak susahkan dia takpe, kahwin. Nikah balik.” Alamak! Gedebuss! Kena sebiji dekat kepala aku. Buat lagi lawak tali gantung, kan dah terjerut leher.

“ Nikah? Tak naklah.. Zu nak tunggu Donald Trump, kaya banyak!” seronok pula bergurau dengan ibu, macam-macam lawak bodoh aku reka.

“ kalau dekat ni, dah lama ibu piat-piat kamu Zu. Aih! Main-main budak ni.” Ibu sudah mengamuk. Aku yang di sini hanya ketawa sendiri. Macam-macam ibu pesan, takut sangat aku tak makan, takut aku masuk hospital lagi. Ibu jauh. Nasihat ibu buat aku sayu. Masih aku ingat tatkala aku masih belajar dulu, asalkan nak periksa aje, aku akan telefon ibu, hantar jadual periksa. Bila ibu cakap, “ hari-hari ibu baca yassin, buat elok-elok tau” mulalah bergenang air mata. Tapi dulu, Haikal tempat aku luah rasa terharu, penat dia nak pujuk bagi aku berhenti menangis. Habis saja exam, Haikal sudah tunggu depan kolej, nak bawa aku balik jumpa Ibu. Baikkan dia. Sangat baik. siapa sangka, penangan Alisya masih kuat pada dia. Aku siapa jika hendak dibandingkan dengan Alisya.

Sedang baru aku merebahkan badan untuk kesekian kalinya, telefonku berbunyi lagi. Kali ini mesej pula. Telefon ditangan aku belek, mesej yang baru sampai itu aku baca. Haikal, apa yang dia nak pula ni.

Haikal: ... siap2, in 10 mins i fetch u. Kita pergi hi-tea eh. =)...

Hi-tea kemende, aku solat asar pun belum. Pantas aku membalas mesej kepadanya.

Zulaikha: ... hi-tea hello-tea, i tak solat asar lagi, baju pun belum tukar =P..

Haikal: pegi mandi, solat, al-mathurat jgn lupe, at 6 kita kuar, half an hour from now. Oke. Roger!

Nak tak nak, aku terpaksa juga ikut arahan ketua tak bertauliah tu. Perut kena jaga, lagi pula aku mana ada transport kat sini, datang dengan si ketua bersara tu. Tuala yang ada aku ambil dan menapak ke bilik air, setengah jam sahaja untuk bersiap, kena cepat kalau tak nak dengar radio buruk berbunyi nanti.

++++

“ Nak ke mana untuk hi-tea kita Encik Haikal?” soalku pabila dia aku hampiri.

“ Baru nak tanya Zu.. any suggestion?” kita tanya dia tanya pula.

“ erm.. minum petang je kan.. bukan pakej makan malam kan?” perut aku kena jaga selalu, buat aku makan kuih aje karang, malam jenuh nak jalan ke kafe sorang-sorang pula.

“ ye lah.. minum petang, hi-tea, malam nanti kita keluar lain.” Jawabnya dengan senyuman. Suka sangat dia, ingat lagi ayat dia pagi tadi semasa dalam perjalanan ke sini. “ A week.. i have a week.. spending time with Zulaikha Azra.. yeah!” menyampah aku dengar. Sakit hati nak lawan cakap dengan dia. Jenuh aku tolak untuk dihantar ke sini, aku nak balik dengan bas aje, sebab minggu depan aku balik ke Kedah bolehlah ambil kereta. Ummi dan Baba menyokong Haikal 100%. Aku kalah dengan majoriti 3-2. Asyaaf aku angkatkan tangan dia, menjadikan aku 2 dan diorang 3. Lucu bila teringat proses undian tak rasmi tu.

“ kalau macam tu, kita beli kuih goreng-goreng, and then kita pergi lepak-lepak Danga Bay, amacam?”

“ Lepak? We are not that young dah..” aku menjelir, bukan tua lagipun.

“ okey i change that word.. kita pergi ambil angin dengan Danga Bay.”

“ ha.. baru betul. Lepak tu, terasa saya macam 19 tahun pulak.” Haikal ketawa, aku hanya mencebik. Menyampah!

Pisang goreng, tempe goreng and teh pudina panas. Macam dulu-dulu. Every weekend, kami buat perkara yang sama. Beli kuih, dating di Danga Bay. Aku rasa aku buat rancangan yang agak salah petang ni kan. Biarlah, yang lepas mesti aku lepaskan.

Kami mengambil tempat dibangku yang kosong. Kuih-muih yang dibeli aku letak di antara kami. Haikal sibuk membuka ikatan airnya, yang aku rasa tak berjaya. Aku tersenyum melihat aksi dia. Kerutan di dahi menunjukkan dia sudah tertekan dengan ikatan tali pada bungkusan air yang tidak dapat dibukanya. Aku biarkan, angin petang di sini buat aku rasa tenang. Perlahan air teh pudina itu aku sedut, panas. Sedang asyik melayan air yang sedap tu, Haikal menghulur bungkusan air yang tidak berjaya dibukanya di depan mataku. Aku pandang Haikal, dengan riak wajah penuh persoalan kenapa? Haikal buat muka sayu. Buat muka comel pula!

“ Have mine..” aku menghulur bungkusan airku kepadanya. Pantang diajak, terus disedut air yang aku hulurkan. Belum sempat nak pesan, air tu panas, Haikal dah meluahkan semula air yang disedut. Aku ketawa besar, kalut sangat!

“ Panas!”

“ Saya tak sempat nak pesan, terus awak sedut.” Jawabku dengan sisa ketawa.

“ Suka awak tengok saya sakit macam ni..” Haikal mula merajuk. Suaranya mengendur.

“ Ala-ala.. sorry la.. awak buat lawak saya gelaklah.” Aku masih dengan senyuman tawa. Airnya yang sudah berjaya aku buka ikatan aku hulurkan kepada Haikal. Di ambilnya, muka masih dengan rajuk. Aku ambil pisang goreng dan menghulurkan padanya. Haikal memandang aku, lama. Aku mendekatkan pisang goreng pada mulutnya. Dia tersenyum. Dah tak merajuk la tu. Pisang goreng yang aku hulur terus dimakan. Bersuap-suap pula jadinya. Aku termalu sendiri. Cara memujuk yang mudah tapi ter ‘over’ aku rasa, ‘over’ untuk aku dan dia. Tidakkah sikap aku begini akan terus memberi harapan pada dia?

Lama melayan perasaan masing-masing sambil menikmati keenakkan pisang dan tempe goreng berserta teh pudina, Haikal mula bersuara.

“ Seronok study dekat UK?” Aku kalih pandangan tepat pada wajahnya yang sama sedang memandangku. Mata kami bertentang, leka. Tika tersedar dari pukau matanya, aku memaling wajah dan hanya mengangguk dengan persoalannya. Seronok? Aku terseksa di sana.

“ Yang saya tahu awak sambung sana just untuk setahun setengah aje, kenapa boleh jadi 3 tahun?” Haikal soal lagi. Aku melepas pandang jauh ke laut. Persoalan itu, patutkah di soalnya? Tidakkah dia tahu aku terseksa dengan cintanya?

“ Tiada apa yang tunggu saya di Malaysia, untuk apa saya balik cepat-cepat? Lagi pula, itu sahaja peluang saya untuk berada di negara orang, entah bila pula saya nak ke sana lepas ni..” jawabku panjang lebar, mengharap dia tidak akan menyoal aku lagi. Aku melepas keluh perlahan.

“ Oh..” perlahan Haikal menjawab, seperti ada lagi yang ingin di soalnya.

“ kenapa?” Aku dapat rasa ada yang belum terjawab, dan dia seolah-olah tahu sesuatu.

“ Tak ada apa-apa, saja tanya..” jawabnya dengan senyuman yang tak lekang. Haikal ni macam-macam betul, sengaja membuat aku resah sendiri. Kami menyambung melayan perasaan masing-masing. Aku mengunyah perlahan pisang goreng yang aku makan. Tiba-tiba ingatan aku lepas pada Asyaaf. Rindu!

“ rindu..” keluhku perlahan, tak sangka Haikal mendengarnya.

“ Rindu?” soalnya, kalut. Wajahnya sudah penuh dengan senyuman melebar. Aku ketawa perlahan dan menggeleng kepala melihat telatah Haikal.

“ Rindu kat Asyaaf la..”

“ Oh.. dekat ayah Asyaaf..?” Soal Haikal mengada-ngada. Aku mencebik.

“ Dah dekat sebelah, nak rindu apanya..” jawabku selamba.

“ kiranya, if i’m not here right now.. Zu rindulah?” pandai dia nak mengenakan aku.

“ Iyelah kut.” Aku sengaja melayan usikannya. Haikal ketawa kecil. Aku juga.

“ Kena tulis dalam diari ni..” ujar Haikal.

“ Diari? Since when u ada diari?” aku mengerut kening, hairan.

“ Since you were far-far away from me.. since we are not together.” Aku terdiam. Haikal juga. Hilang senyuman dibibirnya yang terukir cantik sebentar tadi. Haikal mengeluh perlahan dan mula bersuara semula.

“ Zu taknak bincang soal kita.?” Aku mengeluh perlahan. Masih berharapkah Haikal? Aku mendengus lembut, melepas beban yang aku simpan, sedikit demi sedikit.

“ Bukan taknak, tapi bukan dalam masa terdekat ni..”

“ Boleh saya tahu bila?”

“ Bila saya dah sedia untuk berbincang..” jawapan yang membuat Haikal mengeluh buat kesekian kalinya. Dia meraup wajah, perlahan.

“ We should discuss on it, kita kena uraikan tembok antara kita. Tembok yang halang hati awak untuk kembali mencintai saya..” ujar Haikal panjang lebar.

“ Bukan saya tak cinta awak.. saya cuma..” aku terdiam, menggigit bibir. Haikal agak terkejut dengan pernyataan yang aku luahkan tadi. Alamak! Silap ayat!

“ You love me? Really? Alhamdulillah!..” Haikal bingkas bangun dari duduk, dan memandang tepat kepadaku dengan senyuman penuh gembira. Aku sudah terasa kebas-kebas, tak sedap duduk. Belum sempat nak jelaskan apa-apa, Haikal dah menjerit ke laut.

“ TERIMA KASIH ALLAH!! ZULAIKHA AZRA.. I LOVE U TOO!!”

Aku bingkas bangun ke arahnya, dan menariknya dengan menarik hujung bajunya, supaya kembali ke bangku tempat kami duduk tadi. Orang ramai dah mula memandang dan senyum-senyum. Aku malu!

“ awak ni! Bila pula saya cakap i love u!!” bentakku. Haikal tersenyum memandangku.

“ I love u too!”

“ saya tak cakap i love u pun!!”

“ I love u too!” malas nak layan Haikal, aku pantas mengambil tas tanganku dan mula melangkah ke kereta. Menyampah!

“ Zu..” panggil Haikal. Aku pusing ke arahnya. Dari jauh Haikal membuat isyarat tangan.

... saya sayang awak..

Aku mencebik dan membalas.

... saya benci awak...

Haikal ketawa dan mula melangkah ke arahku, aku meneruskan langkah ke kereta. Seminggu ini akan ada macam-macam kisah, antara aku dan Haikal. Aku penat sebenarnya jika berada berdua dengan Haikal. Aku penat menahan jantung ini dari terus berdegup laju dan pantas. Aku penat menahan tunas cinta dalam hati yang kelopaknya kian mekar. Aku penat menahan rasa!

“ Asyaaf ada pernah sebut, Ucin.. apa eh Ucin?” soal aku pada Haikal semasa perjalanan pulang ke UTM petang tu.

“ Ucin? Oh.. Upin Ipin, tiap-tiap petang, asyik layan cerita tu je dia..” jawab Haikal dengan ketawa, mungkin terusik hatinya mengingat telatah anak kesayangannya tu.

“ Upin Ipin?”

“ Ye, kenapa?” soal Haikal, hairan dengan sikapku yang seperti tidak percaya. Aku hanya menggeleng kepala dan tersenyum sendiri.

Barulah aku tahu apa itu Ucin, Ucin yang buat aku ter’pengsan’ akibat malas nak layan rengekkan Asyaaf, sampailah aku kena leter dan marah dengan Haikal. Aku hanya tersenyum. Ucin-ucin, Upin Ipin rupanya!

Wednesday, April 27, 2011

perkataan boleh menggambarkan diri?

salam ukhwah.

an entry before taking a nap. (sebab kena bangun awal utk study kut hehehe)

membaca blog seorang yang abc nak tahu tentang diri dia.
tapi abc jadi macam tak faham.
maybe abc hanya kenali dia dalam satu cara yang sememangnya bukan dia?
tak faham. tak boleh nak jelaskan pun.

melalui blog, hanya ada perkataan, huruf.. aksara-aksara yang kadang2 dicipta pakai rasa.
otak? kering idea or memang itu ideanya.

ah! apa yang dekat blog bukan realiti kan?
abc pun.
nampak macam talkative?
sebenarnya tidak!

kadang2 ya. banyak cakap, buat lawak bodoh.
tapi itu hanya babak diri dengan kawan2 yang rapat.

andai kata anda2 tegur sy diluar, mungkin saya akan banyak cakap
mungkin tidak.
(saya tak pandai bergaul! sori!)

abc seorang kadang2 berfikir seblum buat
kadang2 tak fikir kemudian menyesal.

okay2 back to story.

tulisan orang mungkin tulisan hati dia kan?
mood dia?
or.. apa yang dia tak boleh nak bahasakan bila dalam dunia realitinya.

mungkin.

ah. cara tulisan dia buat abc rasa, who is she/he actually?
makin nak tau kut?

apa-apa lah.
dah lewat. i should sleep now!

+++

LOve is Forever. i lost my hero actually, dah takleh nak hidupkan wataknya dengan baik. =.="

sewelkah daku?

in previous entry i said that i don't have much time to blogging. but what am i doing rite now?
^^v

otak terlebih cair der. penat melihat aksara dan alphabet. hehehe

oh! i gila cerita ditengah2 kesibukan membaca buku untuk final!
what will happen in exam hall esok2? (abc blurr tak leh jawab exam ke? no!!!)

++

abc gila dengan Fakeer (Redza Minhat)
kut.
hahaha
( like semua fb dia kut.. follow blog and..? tu je kut..ngeee~~)

abc mencari lakonan2nya yang lain.

korang tau?

tell me please. =)

+++

zed zaidi pun nak kawen dah. oh no..
pakwe2 pilihan hati semua sudah dimiliki.
bila abc nak dimiliki? (sungguh gatai! abaikan eh. =P)


++

doakan abc rajin. lusa dah exam.

wish me luck!



Tuesday, April 26, 2011

dah dekat! seram...

assalamualaikum.

rindu nak menulis and post entri banyak2
tapi masa sangat terhad.

exam abc belum mula. tapi dah dekat.
this thursday!
huwaaa.. seram banget!

pray for me ye.
hoping for a better result and pointer.

semester2 akhir ni, rasa examnya makin mencabar!

+++

rindu nak menconteng kat blog banyak2

love is forever~19

 

LOVE IS FOREVER

Setibanya di Hospital Kuantan, terus aku melangkah ke wad kanak-kanak. Menurut Ummi, Asyaaf sudah ditukarkan ke wad biasa. Alhamdulillah. Aku percepatkan langkah, tidak sabar rasanya hati ini untuk bertemu dengan si kecil itu. Rindu terasa membuak-buak. Pintu bilik aku kuak, jelas terpampang wajah si kecil yang ralit tidur di atas katil. Aku menghampiri katil, kelihatan Ummi di tepinya. Ummi, aku salami. Lantas tangan si kecil itu aku capai. Aku pandang Asyaaf sepuas-puasnya. Tangan kecilnya ku cium dan ku bawa ke pipi.

“ Mama rindu Asyaaf..” bisikku ditelinganya. Dahi kecil itu aku kucup. Air mata bergenang ditubir mata. Aku terlalu rindu selepas hampir sebulan tidak bersua. Terasa tidak sanggup untuk meninggalkan dia selepas ni. Pipi kecilnya aku sentuh. Sungguh, terasa bagai dia anak yang aku kandung dalam rahimku 9 bulan.

Ummi meminta diri untuk pulang bersama Baba. Kasihan Ummi, sepanjang malam berjaga demi cucunya. Haikal keluar mencari makanan buat sarapan. Tinggallah aku dengan si kecil yang masih lagi tidur. nafasnya teratur perlahan, sepanjang malam penat berlawan dengan kesukaran bernafas mungkin telah membuat si kecil ini terlalu penat. Jam telah menunjukkan 9 pagi, ada panggilan yang perlu aku buat. Mungkin aku tidak dapat melapor diri dalam waktu terdekat. Susah rasa hati untuk aku meninggalkan si kecil ini.

Seusai membersihkan diri, aku kembali ke bilik yang menempatkan Asyaaf. Dari balik pintu aku lihat Haikal sedang asyik berbual dengan anaknya. Si kecil itu dah boleh ketawa. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana masih memberi peluang kepadaku. Aku atur langkah perlahan menghampiri mereka berdua. Senyuman terukir kala Asyaaf memandang ke arahku.

“ Mama…” jeritnya, sambil mendepakan tangannya. Aku berjalan pantas. Huluran tangan itu aku sambut. Aku dukung Asyaaf. Pipinya ku cium berulang-ulang kali sehingga dia ketawa, rimas. Dipeluknya aku erat. Kami saling merindu. Haikal hanya memandang dengan senyuman melebar.

“ Asyaaf.. anak ayah..” panggil Haikal. Asyaaf memandang terus kepadanya.

“ Asyaaf sayang mama?” soal Haikal. Aku hanya memandang pelik.

“ ayang..” ujar Asyaaf sambil mengangguk-angguk kepalanya. Aku tersenyum.

“Asyaaf suka tak kalau mama ikut kita balik rumah?” Haikal dah sewel agaknya. Manalah budak ni nak faham, ada ke tanya soal macam tu. Geram! Si Asyaaf pula seakan mengerti, lalu mengangguk laju.

“ caff ayang ma.. ayang yah..” ujarnya lalu memeluk leherku erat. Aku mengerling kepada Haikal yang tergelak-gelak sendiri. Sakit hati! Akal jahatku tiba-tiba muncul, bagus!

“ Asyaaf nak dengar satu cerita tak?”

“Nanak…” aku meletakkan Asyaaf ke atas katil. Aku tersenyum nakal kepada Haikal. Haikal sudah mengerutkan dahi dengan riak memikirkan apa cerita yang aku ingin sampaikan kepada Asyaaf.

“ Ayah Asyaaf nangis malam tadi.. habis hingus-hingus penuh..” semangat aku mengenakan Haikal dekat Asyaaf. Si kecil itu tergelak-gelak.

“ Yah tak alu.. angis..” aku turut terkekek ketawa pabila Asyaaf berkata demikian sambil jarinya menunding kepada Haikal. Haikal mengetap bibir tanda geram.

“ Tak malukan ayah, dah tua-tua nangis.. pastukan ayah minta coklat kat mama..” aku terus menerus mengenakan Haikal. Haikal makin geram bila Asyaaf terus ketawa besar.

“ Zu tipu! Mana ada saya minta coklat.” marahnya. Aku hanya menjelir lidah dan menerus cerita penuh mitosku. Haikal terus menghalang aku daripada bercerita kepada Asyaaf. Ditariknya kerusi aku duduk supaya berjarak dengan katil Asyaaf, dan dia terus menyatakan kepada Asyaaf yang aku tipu. Manalah si kecil itu mengerti apa-apa, yang dia tahu hanya ketawa. Haikal pula sudah jadi macam budak kecil, takut rahsianya bocor. Ummi dan Baba yang kemudiannya masuk pun kami tak sedar.

“ eh.. apa bising-bising ni..” teguran itu membuatkan kami memandang enam mata kepada Ummi dan Baba serentak. Aku hanya tersenyum dengan sisa ketawa, Haikal dengan muka tak puas hatinya dan Asyaaf masih lagi ketawa.

“ Cucu nenek ni gelak banyak ye..” soal Ummi yang kelihatan senang dengan keadaan cucunya. Aku menyalami Ummi dan Baba dan kemudian mengambil tempat disisi Asyaaf. Haikal juga membuat yang sama tetapi duduk berjauhan di sofa. Marah la tu. Baba hanya menggelengkan kepala.

“ Tok mi.. yah angis..” kata-kata Asyaaf membuat aku ketawa dan Haikal terkejut besar.

“ Mana ada Ayah nangis!” ujar Haikal keras sedikit walaupun nada rendah.

“ Mama akap adi an..” aku ketawa lagi, padan!

“ Mana ada ayah nangis!” nada yang tinggi itu telah membuat Asyaaf tersentak dan sebik. Aku juga terkejut. Aku peluk Asyaaf untuk memujuk. Apa la Haikal ni, dengan anak sendiri pun nak malu, bukan budak tu faham apa-apa lagi. hatiku merungut sendiri.

“ Apa kamu ni Haikal.. cuba cakap elok-elok dengan budak tu” marah Baba. Haikal mengeluh, mungkin tersedar dari silapnya. Haikal melangkah ke arah aku dan Asyaaf yang sudah teresak-esak. Anak ayah macam ni la, bila kena marah dengan Ayah mula la nak menangis. Haikal menjelingku. Asyaaf di ambil dan dipujuk. Aku hanya menjelir lidah. Dia ingat dia aje boleh kenakan aku? Ummi hanya menggelengkan kepala, mungkin penat melihat karenah kami berdua, sedari dulu begini.

“ Pandai awak tipu anak saya eh” rungut Haikal perlahan, cukup untuk didengari oleh aku dan dia. Belakang Asyaaf ditepuk perlahan. Aku hanya mencebik.

“ Buat mulut macam tu, cium karang” gatal! Dia fikir aku takut.

“ Berani buat la..” malas nak melayan karenah Haikal yang macam-macam tu. Umur aje matang, tapi perangai, Asyaaf lagi matang! Aku melangkah mahu ke sofa. Belum sempat, tanganku direntap dan.. cupp.. mukaku terasa panas. Haikal jahat! Mujur Ummi dan Baba tak perasan sebab mereka sedang berbual ditepi katil, manakala kami dipenjuru bilik.

“ Ei! Apa awak ni!!!” marahku, pipi yang dicium Haikal aku gosok seperti mahu membuang ciuman yang tertampal disitu. Haikal ketawa terkekek. Tengah dukung anak pun sempat menggatal! disebabkan geram, aku pukul-pukul tangannya. Haikal mengelak dari pukulanku dengan ketawa yang tak habis-habis. benci-benci!

“ eh.. Zu yang cabar saya tadi.”

“ Mana ada! Ei…”

“ Eleh.. tu la, kan dah kena cium.. nak lagi tak?”

“ Awak ni!!!”

Ummi dan Baba hanya tersenyum dan menggeleng melihat telatah kami. Asyaaf yang dalam kendongan Haikal terlentok tidur tak sedar apa-apa. Aku masih lagi mengejar Haikal untuk memukulnya. Haikal pula asyik mengelak daripada dipukul, dengan ketawa yang tak habis-habis. Keadaan ini kelihatan sungguh bahagia. Aku, dia dan Asyaaf. Inikah bahagia yang aku inginkan, dan benarkah aku bahagia?

+++++

“ Kenapa tak nak duduk rumah Ummi aje.. kan senang..” hari ini Asyaaf sudah boleh pulang ke rumah. Ummi dan Baba tak habis memujuk aku tidur di rumah mereka. Aku segan dan tak mahu kenangan manis kami dahulu terus menerus terbayang dan kembali aku imbas. Kenangan cinta yang mekar indah buat Haikal. Aku risau andai hati ini terus berdetak laju menyata cinta. Kembali merasa rindu, walaupun aku tahu, jauh disudut hati ini ada garis nama Haikal. Dia tetap cinta pertamaku.

“ Takpe la Ummi, Zu check in hotel je la, lagipun 2 hari aje,” aku cuba menolak pelawaan Ummi sehabis baik. Haikal yang sedang menyiapkan Asyaaf yang baru selesai dimandikan, menjeling tajam. Aku tak endahkan renungan yang buat hati ku kecut.

Sedang asyik mengemas pakaian Asyaaf ke dalam beg, Haikal datang menghampiri aku dan Ummi sambil mengendong anaknya. Barang Asyaaf diberikan pada Ummi. Aku direnungnya tajam.

“ Zu check in hotel mana?” soalnya, ada nada tegas disitu.

“ depan sikit hospital ni..” jawabku, ada rasa nak kena marah aje ni.

“ Jangan nak mengada, rumah Ummi setengah jam dari sini, awak nak ulang alik setiap hari?”

“ Ye la.. tak jauh pun.. dek..”

“ Tak payah! awak balik rumah Ummi, saya taknak ulangalik banyak kali!” belum sempat aku menghabiskan kata, Haikal memintas dan membuat keputusan sendiri, dasar autokratik! Aku juga lupa yang aku datang dengan kereta dia. Ala!

Asyaaf yang paling gembira pabila sampai kami ke rumah. Rindu dengan rumah agaknya. Dan aku rasa, kehadiran aku ke rumahnya membuatkan dia lagi gembira. Kalau tidak mesti dia tak keluarkan semua barang mainannya dan tunjukkan padaku. Aku pula tak penat melayan Asyaaf. Sikap dia yang pandai mengambil hati membuat aku tertawan. Bakal hero malaya, macam Haikal. Ish! Apa yang aku melalut ni, Haikal perlu disingkir jauh-jauh.

“ Ma.. ucin..” aku memandang Asyaaf kepelikan. Apa Ucin?

“ Apa sayang..”

“ ucin..” aku tak dapat menangkap apa yang dia maksudkan. Beria-ria dia menarik aku supaya bangun. Aku yang sudah terasa kepenatan melayan Asyaaf , sebaik melangkah ke teratak Ummi ni tadi malas nak melayan apa yang dia mahukan, lagipun aku tak faham.

“ Ma.. ucin.. ucin..” Asyaaf merengek lagi. Aku menggarukan kepala yang tak gatal. Aku menunjukkan barang-barang permainannya yang ada di situ, tapi Asyaaf tetap dengan Ucinnya. Apa tu? Entah macam mana idea bodoh aku muncul untuk mengenakan si kecil ini ditambah badan yang sudah terasa penatnya. Aku buat-buat pengsan. Keadaan yang tadi bising dengan rengekan Asyaaf tiba-tiba diam. Sunyi. Aku intai Asyaaf dengan bukaan mata paling kecil. Asyaaf kaku dirinya. Mungkin terkejut dengan keadaanku yang tiba-tiba terbaring. Dia melutut. Tangan kecilnya mencuit bahuku. Aku pejamkan mata, rapat-rapat. Asyaaf cuba menggoyang badanku yang besar darinya, sukar. Beberapa minit cubaan dia mengejutkan aku yang ‘pengsan’, aku dengar derap kaki kecilnya keluar. Bibirku terukir kecil senyuman. Seronok juga main dengan si kecil ni, bisik hatiku, nakal!

Mata yang sedia berat, tubuh yang sedia letih membuatkan mainan ‘pengsan’ ku seolah-olah benar. Aku terlena di atas permaidani bilik mainan Asyaaf. Suhu bilik yang nyaman membuatkan aku makin enak mengulit mimpi.

++++

Tangisan Asyaaf membuatkan solat Haikal menjadi tidak sebegitu khusyuk seperti rakaat sebelumnya. Sebaik salam diberikan, terus Haikal mendapatkan anaknya. Terkejut! Macam mana Asyaaf boleh masuk ke biliknya ditingkat dua dengan sendiri.

“ kenapa sayang?”

“ mama ecan..” ujar Asyaaf dalam tangisan. Haikal terpana. Zulaikha pengsan? Kenapa?

Anak kecilnya didukung, dan langkah diatur laju ke bilik mainan Asyaaf. Haikal melaung memanggil Ummi dan baba yang ada dibilik sebelah. Terkocoh-kocoh Haikal melangkah dengan mendukung Asyaaf. Ummi dan Baba menurut dibelakang, terkejut tatkala Haikal menyatakan yang Zulaikha pengsan.

+++

“ Boleh tak awak bertindak matang sikit!” telinga ini sudah penat menerima jerkahan dan marah Haikal sedari tadi. Aku tertidur, bukan sengaja nak main-main ‘pengsan’.

“ saya tak sengaja, dari tadi saya kata saya tertidur!” aku membalas perlahan. Malas nak bergaduh dengan Haikal yang ternyata dan jelas aku tidak akan pernah menang.

“ Alasan! Bagi la alasan logik sikit Zulaikha. Macam ni sikap awak nak jadi Mama Asyaaf? Macam budak-budak! Kalau jadi apa-apa dekat Asyaaf tadi macam mana? Asyaaf tu jalan pun tak betul lagi, panjat tangga. Apa awak fikir ye Zulaikha? Kalau awak penat tak payah jaga anak saya, jangan layan anak saya lagi!” Jerkahan demi jerkahan Haikal beri padaku. Aku sudah tidak terkata apa-apa. Aku juga salah, aku tertidur dalam bergurau dengan Asyaaf. Kalaulah Asyaaf jatuh dari tangga tadi... malas aku nak fikirkan. Haikal yang masih mencerlung memandangku aku tidak endahkan. Aku segera bangun dari duduk dan terus ke bilik, panggilan Haikal aku biarkan. Aku penat dimarahi. Aku penat dikatakan tidak matang atas ketidaksengajaan aku. Aku sedar aku orang luar untuk Asyaaf. Aku bukan ibu yang baik.

+++

Haikal meraup wajahnya. Dia melabuhkan dirinya ke atas sofa. Biarpun hatinya marah dengan sikap keanak-anakan Zulaikha namun peristiwa tadi membuahkan senyuman yang tidak lekang.

“ zulaikha..zulaikha..” bisik Haikal perlahan sambil menggelengkan kepala. Mungkin tidak terfikir yang Zulaikha masih bersikap macam budak-budak seperti dulu. Ingatkan Zulaikha pengsan kerana sesak nafas, setahu Haikal Zulaikha memang mempunyai asma. Langkah yang teratur laju terhenti di muka pintu bilik mainan Asyaaf. Kerisauan yang menggunung terus bertukar kepada marah yang meluap-luap. Pengsan apa kalau sedap peluk teddy bear Asyaaf. Siap senyum-senyum lagi. Ummi dan baba yang turut risau tadi, terkekek-kekek ketawa. Haikal menurunkan Asyaaf daripada kendongannya. Zulaikha dihampirinya. Geram!

“ Zu.. bangun!” kejut Haikal sambil menggerak-gerakkan tubuh Zulaikha yang asyik lena itu.

“ Melampau!.. Zu.. bangun!” Haikal meninggikan volume suaranya. Ummi dan Baba menggeleng kepala dengan tingkah Haikal.

“ Haikal.. biar dia tidur.. penat sangat agaknya tu..” ujar Baba yang tidak betah lagi dengan amarah Haikal yang tidak semena-mena. Ummi hanya mampu mengeluh kecil dan menggeleng. Malas melihat kedegilan Haikal, Ummi dan Baba terus beredar daripada situ, dibawa Asyaaf bersama-sama untuk dimandikan. Haikal mendengus marah. Dia mengambil tempat di atas kerusi kecil yang bertentangan dengan Zulaikha yang asyik dalam lenanya. Di ambilnya baby hammer dan menguit badan Zulaikha. Dalam tidak seberapa sedar Zulaikha menepis-nepis benda yang mengganggu tidurnya. Akibat terlalu rimas dengan gangguan tersebut, Zulaikah bingkas membuka mata, Haikal!

Terkejut, apabila membuka mata, wajah bengis Haikal yang terpampang. Zulaikha terus bangun dari pembaringan dan membetulkan tudung dan pakaiannya. Mukanya diraup perlahan, mana tau ada air yang tak diundang melekat di pipi. Haikal memandangnya bak harimau yang lapar, mata pun dah nampak warna merah. “Apa aku buat kali ni?” soal hati Zulaikha.

++++

“ Zu, taknak turun makan?” Aku yang baru selesai membaca Al-quran, hanya tersenyum dan menggelengkan kepala. Aku tiada selera, hilang mungkin.

“ dari sampai tadi Zu tak makan apa-apa, takkan tak lapar, Zu takut Haikal ye?” Ummi seolah terlalu mengerti. Tapi aku bukan takut, aku Cuma tidak mahu bertentang mata dengannya dan aku taknak dekat lagi dengan Asyaaf. Aku tahu aku tak layak untuk digelar Mama oleh si kecil itu.

“ Tak Ummi.. Zu tak lapar lagi, nanti Zu lapar, Zu turun ye Ummi..” aku menolak sehabis baik. Aku tak mahu disalah erti. Aku juga tak mahu hati Ummi terguris andai aku tersilap kata.

“ Jangan tahan perut tu Zu, kalau lapar turun ye, pedulikan Haikal.” Ujar Ummi sebelum menutup daun pintu bilik yang aku diami. Ummi seakan tahu perihal anak lelaki seorangnya itu, garang tak bertempat!

Aku mengeluh sendirian. Aku kembali memeluk tubuh dalam keadaan masih berteleku disejadah. Quran aku letak kemas di meja. Sampai bila aku harus menahan rasa ini? Aku perlu jauh dari Haikal, jika tidak sehingga bila-bila aku harus menghadapinya, wajahnya buat aku igau. Senyumannya buat aku termimpi. Suaranya buat aku terjaga dalam tidak aku terlena. Hangat tubuhnya buat hati ini kembali menggetar, menghidup rasa yang lama aku kuburkan. Allah, benarkah kami bisa bersama? Allah, adakah dia memang imam ku? Imam yang akan memimpinku kepada cintaMu? Allah, tunjukkan aku jalan keluar, jika dia bukan untukku, jauhkanlah rasa yang ada ini dari hatiku dan dia juga. Moga kami sentiasa dalam redhaMu. Amin.

++++

Hari ini, bangun aje pagi, perut aku bergendang kuat. Sangat kuat. Sebab hilang selera yang tiba-tiba selepas kena marah dek Haikal, aku terlupa pada gastrik yang aku ada. Sejak bermuram durja di negara orang, aku tak berapa menjaga kesihatan, aku sangat abaikan waktu makan, dan aku sudah dapat nasibnya. Perut terasa sangat pedih pagi ini. Aku terasa loya dan pening. Seusai solat subuh, aku bersiap. Hari ini aku akan ke Johor. Barangku telah aku siapkan semalam lagi. Aku gagahkan diri untuk bangun dari duduk dan mengheret beg bagasiku ke bawah. Tanganku kuat menekan perut yang terasa bagai dihiris-hiris dengan pisau tajam. Pedih! ubat dalam simpananku telah habis, lagi pula sejak kembali ke Malaysia aku tidak pernah diserang sangat ini lagi.

Sebaik aku membuka pintu bilik, Haikal tiba-tiba muncul dihadapanku. Mungkin kerana melihat wajahku yang hilang darah, dia menunjukan riak kerisauan.

“ Saya baru nak panggil Zu breakfast.. are you okay?”

“ Not so well.. i..” belum sempat menghabiskan kata-kata, perutku terus menjerut pedih. aku menekan kuat perutku dengan kedua-dua tangan.

“ Kenapa ni Zu.?” Soal Haikal, risau!

“ Pedih..” mana mungkin aku menjawab baik soalannya tika ini. Pening di kepala makin kuat rasanya, pedih perut makin memeritkan hinggalah, aku rasa duniaku kelam dan aku terjatuh ke lantai namun tak sakit. Perlahan aku dengar Haikal memanggil namaku.

++++

Cahaya terik mentari dari balik langsir membuatkan aku tersedar dari lena yang terasa panjang, badanku terasa pedih. lenganku terasa ada yang menyucuk. Perlahan aku buka mata yang aku rasa telah beberapa jam terpejam. Lain? Kenapa bilik ini nampak lain? Aku lihat keadaan sekeliling. Hospital? Macam mana aku boleh ada dekat hospital? Ingatan sebelum aku lena aku cuba imbas sebaiknya. “ Aku pengsan?” soal hatiku sendiri.

“ Awak dah sedar?” entah bila Haikal tiba dari balik pintu.

“ Lama ke saya dekat sini?” soal aku tanpa menjawab soalan Haikal, soalan yang tak perlu aku jawab rasanya. Haikal melangkah menghampiri. Dia sekadar tersenyum. Bungkusan yang dibawa bersama diletakkan dimeja di tepi katil.

“ Sekarang jam pukul 2.00, jadinya 6 jam awak tak sedarkan diri.” Jawabnya dengan senyuman. Ah! Sungguh, bisa menggoda hati semua wanita. Aku memalingkan muka dari terus melihat senyuman itu.

“ lamanya.. erm.. bila saya nak lapor diri.. satu-satu benda jadi..” aku merungut sendiri dan mengeluh kecil.

“ Jangan macam tu, ada hikmahkan setiap yang berlaku..” melihat aku yang seolah menyalahkan keadaan, Haikal terus menasihati. Sikap lamanya yang dulu sangat membuat aku tertarik dan membuat dia berbeza dengan lelaki lain yang aku kenal. Aku mengangguk lemah.

“ Saya ada bawak bubur ayam, Ummi buat untuk awak.” Haikal bersuara lagi, sambil mengeluarkan bekas makanan daripada bungkusan yang dibawanya sebentara tadi. Aku betulkan dudukku. Aku memang lapar, walaupun pedih dalam perut sudah tidak terasa sangat, tapi perut ini masih seronok bergendang.

“ Lain kali jangan merajuk sampai tak makan, kan dah masuk wad..” Haikal yang sedang membaca surat khabar bersuara, aku yang sedang enak menjamu selera terhenti suapan. Aku pandang Haikal, perli!

“ mana ada merajuk...” aku cuba menyangkal kata-kata Haikal. Aku tidak merajuk. Memang aku tiada selera semalam.

“ kalau tak merajuk, habis tu kenapa tak turun semalam?” Haikal melipatkan surat khabar yang dibaca tadi dan terus memandangku. Aku pula sudah berhenti dari makan, bubur yang ada aku main dengan sudu.

“ Takde selera plus.. meluat tengok muka awak!” Ha.. padan muka, tanyalah lagi, bentak hatiku.

“ Ye ke meluat? Or.. You fallen for me for the second time?” Haikal cuba serkap jarang. Aku mula gelabah. Bila pula aku fallen-fallen dengan dia, fikir the best answer Zu!

“ When did I’ve fallen for you for the first time?” aku rasa jawapan yang aku berikan ni menjerut leher sendiri. Haikal sudah mula tersenyum.

“ Then.. its true that you fallen for me right now.” Alamak! Kan dah cakap. Bodoh la kau ni Zulaikha Azra! Marah aku pada diri yang tak pandai bermain kata pabila berhadapan dengan Muhd Haikal Hazimi.

“ Jangan perasan..” aku menidakkan apa yang dinyatakan. Aku sememangnya tak nak terus mencintai dia, dan kalau boleh aku tak mahu rasa itu kembali dalam hati ini, walaupun aku tau tunas-tunas cinta itu mulai berputik.

“ I know Zu.. Saya akan tunggu waktu itu datang lagi.. dan saya nak Zu tau, apa yang saya rasa, sama dengan Zu rasa..” Haikal mula bermain kata.

“ Rasa? Benci? Baguslah.. biar kita saling membenci..” aku menjawab dan terus menghabiskan bubur yang ada. Aku tidak mahu mendengar bait kata cinta, bait kata rindu dari mulut Haikal, aku tak mahu tunas yang ada akan mula mekar dan terus berkembang dengan cinta. Cukuplah seksa yang dahulu!

Haikal hanya tersenyum dan menggeleng. Mungkin tidak terlayan dengan kedegilanku, dan kemarahanku padanya. Selesai makan, aku hulurkan kembali bekas kosong itu kepada Haikal. Haikal mengerut dahi, hairan?

“ Eh.. basuhlah.” Ujarnya.

“ Awak lah basuh..” aku menjawab ringkas.

“ Kenapa saya pulak, awak yang makan.” Haikal berdalih.

“ Lupa? Saya kan pesakit. Nah!” jawabku dan terus meletakkan bekas itu ke meja ditepi katil. Haikal hanya menggeleng,tak puas hati la tu! Aku menjelir lidah padanya bila dia berdiri sambil memegang bekas dan memandangku dengan riak tidak puas hati.

“ Comel la buat macam tu?”

“ Mesti la.. jeles!” jawabku dan terus menyelimuti tubuhku dengan selimut. Entah bila Haikal datang menghampiri dan.. Aduh!

“ Sakit la!” marahku, sambil menggosok kepalaku yang diketuk oleh Haikal.

“ Tu nak bagi awak matang sikit.. dah mak orang tapi perangai macam budak-budak.” Jawab Haikal dan dia berlalu ke bilik air untuk membasuh bekas. Bila pula aku beranak? Mengandung pun belum. Aku mencebik. Hatiku berdalih dengan pernyataan Haikal.

Berdua dengan Haikal membuatkan aku teringat saat bahagia kami bersama. Terasa saat kami berkongsi kisah, berkongsi rasa hati dan berkongsi satu cinta. Bahagia, sangat bahagia, walaupun bahagia itu Allah pinjamkan pada kami untuk seketika cuma. Namun, kenangan itu untuk selamanya. Dan kenangan itu juga bisa membuatkan aku tersenyum dalam duka.

Sunday, April 24, 2011

ex-boyfriend dah bertunang!!! jeles...

i know.
sapa la saya kan awak!
kenapa dia bukan saya?
kenapa?
kenapa?

+++

okay. stop all nonsense.
^^v


ustaz amirul sudah menjadi tunangan orang!
how lucky she was. and Ustaz Amirul juga sangat bertuah.
his fiance .. dayana, bakal doktor.
hebat!

tahniah!
walupun, abc tau dan sangat tau, semua blogger (esp. girls) semua tulis berita ni.
dekat FB semua girls dah nanges, berhingus. sebab Asyarf Muslim dah bertunang. hehehe
me too!! jeles dengan Dayana.. hehehe


they both are so so sweet!



abc tak sempat tengok dekat tv9.. (tak bangun lagi kut time tu + takde tb =.=')

+++

semoga ikatan yang dibina dan bakal dibina 1 syawal nanti. kekal sampai surga. insyaAllah.

abc kena cari Ustaz amirul yang lain.. yang ni sudah berpunya.. huhuhu






sumber gambar: mr.google!

Saturday, April 23, 2011

aku suka lelaki?

assalamualaikum!

salam ukhwah para sahabat!

+++

aku suka lelaki?
opecos la kan, abc kan perempuan@wanita@gadis
^^v

adalah menjadi kepelikan dan menimbulkan fitnah andai kata abc jatuh cinta dengan perempuan?
tapi kalau jatuh cinta jugak macam mana?

ala.. kita selalu ambil tahu akan sesuatu hal tu dengan tidak secara keseluruhannya, cuba la kita baca bagi habes. hehehe

if i said.. i fall in love with her..

mungkin abc jatuh cinta sebab suara dia yang merdu bak buluh perindu.
mungkin sebab personalitinya. betul tak?

kalau dengan lelaki.
bahaya tau kalau tiba2 kita kata.. eh.. smart nya dia pakai macam tu..
eh.. comelnya dia..
eh.. machonyeeeeeeeeee

bahaya-bahaya.. bahaya kalau tu pujian untuk classmate, lecture mate..
abc dah biasa kena. habes satu sem kena bahan!!

eh, siapa jejaka yang abc jatuh cinta sekrang ni?

FAKEER

who? how? when?

i'm just realise. he so cute kut!
cara dia? maybe.

nak tengok tak siapa dia?


redza minhat.. hehehe FAKEER in pisau cukur.
wah3.. untuk keberapa kali abc tengok cerita tu, (tak bosan oke!)
baru perasan how cute he was. hehehe

rasanya semua perasan dia ni sangat cute.. abc baru perasan.. ^^v
tengok pisau cukur abc hanya fokus kepada fazura, she was great and so cantek!

+++

fakeer cute with his braces kan3?

Wednesday, April 20, 2011

dari suamiku~~~

salam.. abc bosan plus sakit kepala mengadap buku, terasa nak menulis, tapi idea masih berlegar2.. so.. abc pun baca2 lah tulisan2 abc yang lama2.. terjumpa surat adam buat syafiqah..

abc sangat tak reti untuk menulis bagi pihak lelaki. so ayatnye macam tak berapa nak menusuk qalbu lah! ^^v

bagi yang pernah baca Cinta Skodeng.
boleh la baca sambunga nye yang secebis cuma dekat

SINI



jom jiwang kejap.


Bismillahirrahmanirrahim..


Istimewa buat tatapan isteri ku yang tercinta, isteriku yang ku puja, isteriku yang akan ku tunggu dipintu syurga...

Isteriku Nur Syafiqah.. wajahmu telah lama mengisi hati kosongku. Wajahmu telah lama berpadu dengan jiwaku. Wajahmu telah lama menjadi penyejuk amarahku. Wajahmu telah lama menjadi pengubat rinduku. Wajahmu telah lama menjadi biasan cahya pada mataku.

Isteriku yang cantik, pertama kali kau ku temu, senyumanmu itu membuat hati ini berdetak laju, pantas dan ribut. Senyumanmu itu seolah berbicara dengan lubuk hatiku, yang terus menyata cinta pada hatiku. Senyumanmu itu, menggoda diriku yang lemah tak berdaya. Gelak tawa mu yang tiada suara, menggetarkan seluruh nadiku.
Jantung ini seakan terhenti berdenyut tatkala kau memandangku.

Isteriku, jantung hatiku, pemilik cintaku.. betapa diri ini terlalu bersyukur, yang kita telah selamat diijab kabul. Saat dikau ku cinta, aku gusar, aku hilang pedoman jiwa. Aku terlalu takut untuk bersua muka, kerna diri ini tidak punya apa-apa, kau terlalu istimewa, kau terlalu sempurna. Tahukah dikau, betapa kau ku cinta?

Sayangku, rinduku, cintaku.. Nur Syafiqah..

cintailah aku seadanya aku, kerna aku tidak sempurna malah penuh dengan cacat cela..

Cintailah aku selagi ada nafasmu itu, kerna setiap nafasku adalah kamu.

Cintailah aku selagi hangat darah ditubuhmu, kerna cintaku buatmu sehangat darah yang mengalir dalam diri ini.

Cintailah aku wahai isteriku, kerna kamu kan ku cintai selagi hayatku dibumi, dan andai aku ditakdir pergi sebelummu, yakinlah wahai pemilik cintaku, akan ku tunggu dirimu dipintu syurga. Kerna aku begitu menyintaimu, dan kau lah ainul mardhiahku dunia dan akhirat.

Cinta kita, cinta sampai syurga~~

Insan yang sentiasa mencintaimu,
Mohd Adam Asyaaf

Monday, April 18, 2011

final exam.

i thought that i will have a lots of time.
but it was just a thought from a small thinker.

abc tak cukup masa.
untuk berblog and menulis novel

bila ada masa?
bila curi2 menulis dan berblog macam sekrang.

7 subjek untuk final, memang memenatkan. =.="

doa kan eh?

terima kaseh

+++

sangat rindukan si kecil asyaaf.
sangat merindui Zulaikha yang masih dalam delima cinta
dan sangat menanti usaha Haikal dalam mengejar zulaikha Azra.

love u'ols!

Sunday, April 17, 2011

Allah!

Allahuakbar.
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihi,

terasa diri maseh banyak perlu yang dipelajari,
kerna terasa kerdil bila sujud padanya.
terasa hina dan malu untuk merayu keampunannya.
terlalu banyak salah, terlalu banyak dosa

Allah maha pengampun.. insyaAllah.
moga taubatku maseh diterima.

menghabiskan sisa petang ini dengan melewati tulisan2 jari kenalan sekolah
kakak-kakak yang banyak nasihatnya dahulu.
dan kini tulisan mayanya menjadi inspirasi dan ingatan buat diri.

terasa aku maseh jauh kebelakangan saat ini.
aku maseh bergelumang dosa yang aku sedar aku membuatnya
mereka lebih dicintai Allah. kerna cinta mereka pada Allah tiada bandingan.
aku cemburu!

mungkinkah kerana kejauhan mereka lebih mendekati Allah?
bukankah aku juga jauh walupun maseh dalam Malaysia?
pokok pangkalnya hati yang mengingati Allah!

banyak yang aku perlu terapkan pada diri.
banyak yang perlu aku biasakan.
banyak yang perlu aku baiki.

Allah sentiasa menyedarkan aku tatkala aku lalai.
Alhamdulillah
tapi aku maseh dengan degilku

Allah menyedarkan aku dengan ujian2Nya
Alhamdulillah
aku ingat dan aku terus lalai dalam keseronokan dunia.

Allah. maseh bisakah doaku Kau kabulkan?
maseh bisakah taubat Kau terima?

Allah Maha Penyayang
Allah Maha Pengampun.

+++

moga diri ini tetap sedar, hidup bukan fantasi
indah bukan dalam realiti.
cinta Allah cinta Abadi.

salam ukhwahfillah.

Saturday, April 16, 2011

semua dah selamat. Alhamdulillah!

selepas beberapa bulan bertarung dan diakhir2nya hampir mengalah, Alhamdulillah minggu2 pembeljaran berakhir dengan baik.. ^^v

walupun penat.

walupun banyak tekanan.

tapi akhirnya… hepi!

puas!

segala rasa ada.

siapa kata belajar KH ni senang?

bukan KH dekat sekolah tau!

huhuhu

IMG_0003

mula-mula tengok semua assignment macam nak pitam jek

boleh ke siap?

dengan kerja luar lagi.

hampir semua subjek kena buat kajian kes!

apa kes!!!!

susah menjadi guru teknik huhuhu

+++

tinggal 2 semester aje lagik.. yeah!

minggu study week sangat sunyi ramai yang balik. huhuhu

abc nak balik jugak, tapi tiket mahai!

+++

habes aje final.

kena pening dengan PSM!

buat adam dan hawa..

abc baru online and melihat update semua kawan2 dekat FB.

fuhh! penat dengan tugasan akhir sem..

tapi Alhamdulillah dah selesai. sekrang freeeee~~~

+++

abc share dari FB kawan abc. ^^v

renung2kan!

benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..

untuk adam..

andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..

andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

++++

sekadar picisan renungan

dan TEGURAN!

untuk diri yang banyak kurangnya.

salam ukhwah!

Thursday, April 14, 2011

such a busy week!!!

serasa lama tak bukak blog.
abc sangat bizi.
susah betui menjadi seorang guru teknik ni. =.="

doakan abc. esok hari terakhir kuliah dan ada test terakhir
sebelum mula study week.

(i love study week!)

+++

sori sebab tak jenguk korang balik ye!


Tuesday, April 12, 2011

pagi yang tenang~~

abc bangun awal arini.
solat.
dan cuba menghabiskan sedikit keje sebelum kembali pejam mata.

^^v

+++

minggu akhir semester adalah minggu paling penat.
sebab minggu ni semua final assignment kena hantar.
lecturer pun kalut nak buat test. =.="

rabu dan khamis abc ada final test.
doakan eh.

+++

ada yang suruh sambung cinta skodeng..
akan dipertimbangkan.. =)

Monday, April 11, 2011

aku bisa jadi apa saja~~~

Artist : Dewa 19
Lirik Lagu : Dewa 19 - Selimut Hati
Dewa 19 - Selimut Hati


Aku kan menjadi malam malam mu..Kan menjadi mimpi mimpi mu..
Dan selimuti hatimu..yang beku..Aku kan menjadi bintang
bintang mu..Kan s’lalu menyinarimu..
Dan menghapus rasa rindumu..yang pilu

Chorus:
AKU BISA UNTUK MENJADI..APA YANG KAU MINTA..
UNTUK MENJADI APA YANG KAU IMPIKAN..
TAPI KU TAK BISA MENJADI DIRINYA

Aku kan menjadi embun pagi mu..
Yang menyejukkan jiwamu..
Dan membasuh hatimu..yang layu
Tinggalkan sejenak lalumu..
Beri s’dikit waktu..
Kepadaku..tuk meyakinkan mu..

+++

i got this song from some one.. that i hope will be my.... ^^v

Sunday, April 10, 2011

terok!

entri lewat malam
serasa abc, dah lama tak menulis lewat malam
sebab lately abc tulis and save, nanti2 baru publish.

abc diserang malware lagi!
why always me?
virus cinta ni suka sangat dekat blog abc.
perlu ke abc buang blog ni and buat blog baru?

mampus la macam tu.. huhuhu
mesti abc dah terus tak berblog.

oh! abc belum berputus asa.
abc tengah try membuang virus.
jadinya
abc membuang semua bloglist.

erm.. what to do?

belajarlah dari alam~~

 

sekadar pengisian untuk hati… akal yang cerdik bermula dari hati yang tenang.. dan hatikan tenang dengan hanya mengingati Allah.. bagaimana untuk mengingati Allah? lihatlah alam ciptaannya.. insyaAllah..

POHON KURMA:

  1. jadilah seperti pohon kurma, tinggi cita2nya,kebal dari penyakut, pabila dilemparkan batu, ia membalas dengan buah kurmanya.
  2. jauh dari kejelekan dan tinggi tidakkan terjangkau oleh kejahatan, bila dilemparkan batu, ia menggugurkan buahnya, sentiasa hijau, baik dimusim dingin mahupun panas, lagi banyak manfaatnya.

 

LEBAH:

  1. jadilah seperti lebah ia selalu hingap dibunga2 yang semerbak dan ranting2 yang segar.
  2. jadilah seperti lebah, makan dari yang baik dan mengeluarkan yang baik, bila hingap diranting, ia tidak mematahkannya, menghisap sari bunga tanpa menyengatnya, mengeluarkan madu tanpa menyengat, terbang dengan membawa kecintaan dan hinggap dengan membawa kasih sayang, mempunyai suara dengungan bagaikan ungkapan kepuasan, seakan2 ia bagaikan malaikat yang ada dilangit turun ke bumi dari alam yang kekal.

 

KUPU-KUPU:

  1. jadilah engkau seperti kupu-kupu, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada yang lain, terbang dari satu bunga ke bunga yang lain, dari satu tangkai ke tangkai yang lain, dari satu taman ke taman yang lain.

 

++++

Allah takkan menciptakan sesuatu jika ia tiada fungsinya pada kita. ^^v

love is forever ~ 18

LOVE IS FOREVER

 

Minggu depan aku akan mula mengajar di tempat pengajian lamaku. Pastinya nanti akan lebih banyak kenangan yang akan aku imbas. Kenangan indah. Kenangan cinta. Kenangan aku dan dia. Lebih 3 minggu aku kembali ke Malaysia, aku telah mendapat tempat sebagai salah seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia. Mulanya aku perlu terus melapor diri sebaik kembali ke Malaysia, akan tetapi kerana terlalu lama meninggalkan keluarga, aku memohon untuk cuti berehat selama sebulan.

Seminggu sudah aku tidak bertemu dengan buah hatiku, Muhd Asyaaf Hakimi. Rindu ini terlalu tebal dan kian menebal setiap hari. Biarpun aku hanya mengenali sekecil itu baru seminggu, tetapi kasih pada dia tiada berbelah bahagi. Hanya Allah yang tahu betapa aku terseksa menanggung rindu kini. Semalam sempat juga ibu menyakat aku supaya menerima lamaran paksaan Haikal. Geram! Ibu dan ayah macam berpakat dengan Haikal supaya membuat aku kembali menjadi isterinya. Mustahil! Hati ini masih berdarah!

“ termenung apa tu Zu..” Ibu menegurku yang sedang asyik mengelamun ditaman. Aku hanya membalas dengan senyuman. Aku menghampiri ibu yang sedang menghidangkan minum petang. Sejak anak-anak ibu dewasa, inilah aktiviti ibu dan ayah setiap petang. Beristirehat berdua di taman. Romantik! Melihat kebahagiaan ibu dan ayah membuat aku cemburu. Dari aku kecil aku idamkan kebahagiaan berkeluarga seperti ibu dan ayah, entah mungkin belum tiba masanya untuk aku sebahagia mereka.

“ entahlah bu.. rasa kosong pulak.. isnin nanti Zu dah balik Johor” luahku.

“ Kosong? Asyaaf?” soal ibu dengan senyuman penuh makna. Aku membalas senyuman dengan segan, seraya mengangguk. Aku meletakkan kepala ku ke atas lengan di atas meja. Rindu! Sangat rindu!

“ telefon la, Asyaaf kan petah jugak..”

“ dah.. banyak kali, Haikal tak bagi”

“ Zu sayangkan Asyaaf.. kenapa tak setuju dengan syarat Haikal?” soalan itu membuatkan aku terbangun dari kemalasan dan ketidakmayaan ku tadi. Aku menggeleng laju.

“ Ibu tau kan bu.. hati Zu sakit sangat dengan Haikal? Ibu tau kan bu, Zu lari ke US sebab Abang Haikal.. Ibu taukan? Ayah pun tau kan.. Semua orang tau.. Zu tak boleh!” entah kenapa, aku terlalu sensitif dengan perkara itu setelah apa yang berlaku selama ini. Aku berlalu ke bilik dengan deraian air mata. Bukan aku sengaja untuk berkata demikian di depan ibu, aku hanya terlalu kecewa dengan semua orang yang mengambil mudah dengan perasaan aku. Dan seolah-olah selama ini perkara yang berlaku adalah atas kedegilan aku.

Di bilik aku menangis sepuas-puasnya. Aku seperti kembali menjadi Zulaikha yang lemah dan lemas dalam perasaan sendiri. Aku kembali seperti aku tiga tahun dulu. Zulaikha yang menangisi nasib yang menimpa diri. Allah, berikanlah aku jalan keluar kepada permasalahan ini. Segala peristiwa dahulu bagai terlintas ditubir mata. Dan gambaran Asyaaf membuat hati ini makin pedih. Kenapa aku terlalu menyayangi si kecil itu? Kenapa hati ini pedih seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya?

++++

Sudah dua hari aku berkurung di dalam bilik. Makan hanya bila terlalu lapar. Ibu sudah habis kata, ayah sudah habis marah. Aku tetap dengan degil dan protes. aku berkurung hanya untuk mengelak isu syarat Haikal itu timbul dan jadi butir perbincangan semua. Aku malas! Lebih baik aku habiskan masa di depan laptop kesayanganku sambil meng’update’ blog. Kadang-kadang, gambar-gambar Asyaaf yang aku ambil dengan telefon bimbitku aku belek. Comel. Haikal kejam dengan menjadikan Asyaaf sebagai alat untuk aku kembali kepadanya. Masih cintakah dia padaku? Kalau cinta kenapa dia sanggup mempermainkan hatiku dulu? Kalau cinta kenapa kembali kepada Alisya?

Deringan lagu cinta antara kita, mengganggu konsentrasi aku yang sedang asyik melayan game farm frenzy, inilah antara aktiviti kurang sihat aku bila ada masa yang sangat lapang. Tertera nama Ummi di talian. Bingkas aku bangun dari pembaringan dan menjawab panggilan. Dari kejauhan aku mendengar suara yang amat aku rindukan..

“ elo.. mama..”

“ hello sayang mama.. Asyaaf..” air mata ini bagai menjadi teman, kerinduan yang terlalu menebal membuatkan aku menangis kegembiraan tatkala suara sikecil itu mencecah ke gendang telinga.

“ caff.. indu ma..”

“ mama pun rindu dekat Asyaaf.. rindu sangat.. Asyaaf dah makan belum ni”

“ akan dah… yah uap..”

“ Asyaaf.. Asyaaf taknak jumpa mama ke? Mama rindu sangat..”

“ ma.. yah nak akap..” aku jadi tidak keruan pabila Haikal mengambil alih perbualan. Air mata aku seka, serak suara aku cuba kawal. Belum terubat lagi rindu ini pada si kecil itu.

“ Asyaaf takkan boleh jumpa Mama Zu selagi Mama Zu belum terima syarat Ayah Asyaaf, dan Mama Zu takkan dimaafkan oleh Ayah Asyaaf selagi syarat itu tak dipenuhi. Faham Zulaikha Azra?”

Butir bicaranya membuatkan aku kembali teresak-esak. Aku makin benci pada Haikal. Bukankah dia yang sepatutnya mencari kemaafan dari aku? Bukankah dia yang sepatutnya mendapat hukuman sebegini? Haikal kejam!

“ Andai apa jua yang berlaku, saya takkan sesekali kembali menjadi isteri awak, Mohd Haikal hazimi! Takkan!”

++++

Semua barang yang aku perlukan telah siap aku kemas. Esok akan bermula kehidupan berkerjayaku. Biarpun segala azam yang aku cipta sebelum pulang ke Malaysia seakan tidak menjadi, aku tekad untuk meneruskan kehidupan ini dengan tenang. Bak kata ibu segala yang berlaku pasti akan ada kebaikannya di masa hadapan. Biarpun jiwa yang penuh rindu tak terubat, aku tekad untuk sentiasa mengukir senyuman. Aku perlu memulakan hidup aku yang baru. Hidup yang lebih kuat, lebih tabah. Aku perlu yakin dengan segala aturan tuhan. Pasti akan ada sinar bahagia untuk aku. Mungkin bukan kini, tetapi esok? Tiada siapa yang tahu.

“ dah siap Zu?” soal ibu sebaik sahaja memasuki bilikku.

“ sudah bu.. lama dah tak pergi Johor. Mesti UTM tu pun dah banyak berubahkan.” tanganku masih ligat menyusun buku yang ada. Sambil mengemas barang yang hendak dibawa, sambil itu juga aku mengemas bilikku yang belum aku kemas sebaik tiba di Malaysia 3 minggu lalu.

“ Zu taknak singgah Kuantan kejap?”

“ Buat apa?”

“ Tak nak jumpa Asyaaf dulu?”

“ Anak orang bu.. dah ayahnye tak bagi.. takkan kita nak terhegeh-hegeh pulak” jawabku malas-malas. Kalau ikut hati, nak je aku culik Asyaaf bawa balik Johor.

“ Ibu dan ayah bukan sengaja nak paksa kamu baik balik dengan Haikal, Ibu dengan ayah tahu Zu terseksa lepas Haikal balik dengan Alisya dulu. Ibu dengan ayah cuma nak kamu bahagia. Kami tahu Zu masih sayangkan dia..” tutur ibu penuh kelembutan, cara ibu menegur sangat lembut. Belum lagi cara ibu memujuk. Hati sesiapa sahaja akan cair dengan tutur bicaranya.

“ Zu kalau boleh nak lupa segala-gala tentang Haikal bu.. Haikal sejarah yang mematangkan Zu. 23 tahun, seawal 23 tahun Zu jadi seorang janda. Memang benar-benar mendewasakan Zu.” Ibu mengangguk, aku tahu ibu faham jiwaku, ibu faham keinginanku, ibu lebih arif tentang diriku..

Andai orang lain sibuk bercinta dan bercanda seawal usia remaja, aku pula sibuk belajar menjadi seorang isteri yang dewasa. Jika orang lain sibuk melayan jiwa penuh cinta, bermadu asmara, aku pula berhadapan dengan dugaan perkahwinan yang tidak pernah aku terduga. Menjadi janda dalam usia terlalu muda. Segala-galanya aku hadapi sendiri, merantau jauh ke luar negara membawa hati duka. Perjalanan hidup aku terlalu berbeza dengan mereka, dan pastinya mereka tidakkan pernah memahami aku dan takkan pernah memahaminya. Aku memang berbeza.

++++

Ketukan kuat pada pintu bilik mengejutkanku. Kenapa keadaan serasa terlalu cemas? Aku bingkas membuka pintu.

“ Kenapa ayah?” raut wajah ayah penuh kebimbangan. Aku dengar suara ibu di ruang tamu dengan seseorang. Siapa?

“ Zu siap cepat, ikut Haikal.” arah ayah, cemas dan kelam kabut.

“ Kenapa pulak? Pukul berapa ni yah..” soalku, pelik. Entah pukul berapa sekarang, Haikal datang? Nak pergi ke mana pagi-pagi buta? Kenapa ayah cemas semacam?

“ Usah banyak tanya, cepat siap, bawak barang kamu nak bawa pergi Johor sekali, ayah tunggu kamu dekat bawah, cepat sikit.” ayah mengarah tanpa menjelaskan duduk perkara yang sebenar. Apa ni!

Nak tak nak, aku ikutkan aje, mata pun masih berat lagi ni. rambut yang terurai aku ikat jadi satu. sejuk nak mandi pepagi buta membuatkan aku hanya menyalin pakaian tidur kepada t-shirt kelabu tangan panjang dan jeans, tudung aku hanya menyarung tudung syria biru gelap. Tidak cakap kemana, siap suruh aku bawak barang balik Johor. Balik Johor? Takkan ayah dengan ibu mahu Haikal yang hantar aku ke sana. Tak boleh jadi ni. Mata yang berat serta merta menjadi ringan, langkah kaki pantas aku atur ke ruang tamu.

Enam pasang mata penuh riak cemas dan risau memandangku. Aku dengan hati yang panas terus menerkam.

“ Kenapa awak datang pepagi buta ni?” jerkahku penuh amarah.

“ Zu kenapa kurang ajar sangat ni?” aku pula dimarahi ayah atas ketinggian nada suaraku. Aku betul-betul tak puas hati, kenapa mesti Haikal yang disebelahi ayah dan ibu.

“ Dia ni yang datang sini pagi-pagi, lepas tu ayah suruh Zu siap-siap ikut dia. Apa semua ni?” aku meluahkan ketidakpuasan hatiku.

“ Cuba bawak bersabar Zu, Haikal ni datang nak bawak kamu balik Kuantan, anak kamu tu, Asyaaf, masuk hospital sesak nafas, sekarang masih lagi dalam ICU.” Kata-kata ibu membuat aku hampir terduduk, mujur ada sofa di depan yang boleh aku tampung diriku. Aku pandang Haikal yang kebisuan dan lesu. Penuh riak cemas dan risau. Aku bingkas naik ke bilik dan mengambil semua barang-barangku.

“ Jum, kita bertolak sekarang.” Haikal memandangku tanpa perasaan, hanya anggukkan yang dibalasnya. Seusai bersalaman dengan ibu dan ayah, kami bertolak terus ke Kuantan. Hanya kebisuan yang menemani perjalanan kami. Sesekali wajahnya aku kerling. Baru beberapa hari lalu kami saling meninggi suara, hari ini dia datang dengan penuh riak kerisauan. Aku mengalih pandanganku keluar. Kitab kumpulan doa-doa aku keluarkan dari beg tanganku. Aku mohon pada Allah moga disembuhkan sakit anakku. Moga Allah masih memberikan anak kecilku kesempatan untuk terus merasa kasih sayang dariku. Dan moga aku masih sempat menyayanginya. Panjangkan umur anakku Ya Allah. Sedang aku ralit berzikir munajat, aku terdengar esakan kecil Haikal. Aku pandang wajahnya, aku lihat ada air yang mengalir di pipinya. Aku kaget. Susah benar hatinya. Ya Allah, tabahkan hati dia.

Isyarat ketepi diberikan. Kereta diberhentikan dipinggir jalan. Kenapa? Haikal terus keluar dari kereta. Aku memandang segala gerak gerinya. Diluar kereta Haikal membongkok-bongkok menahan tangis. Jeritannya membuatkan aku terkejut besar. Dia benar-benar tertekan. Aku keluar dari perut kereta dan menghampirinya.

“ Awak tak boleh macam ni Haikal. Sabar!” ujarku tegas. Semua orang risau, dan Haikal tidak boleh begini, anaknya perlukan kekuatan.

“ Saya mintak maaf Zu. Saya yang buat Asyaaf jadi macam tu. Kalau saya tak ikut rasa hati saya, halang awak dengan Asyaaf berjumpa even talking on phone, Asyaaf mesti sihat hari ni. saya silap!” Haikal meluah segala yang terbuku di hatinya. Aku hanya mampu menggeleng.

“ tak baik berkalau, membuka jalan kepada syaitan.”

“ saya menyesal! Saya mintak maaf.. Asyaaf dah 3 hari demam sebab rindukan awak, tapi hati saya degil, berkeras nak awak setuju dengan syarat saya”

“ Sudahlah.. lupakan dulu hal tu.. kita kena sampai Kuantan cepat, nanti tercari-cari si Asyaaf tu dekat awak.” aku bukan malas nak dengar luahan rasa Haikal tapi aku lebih risaukan Asyaaf ketika ini. Hati aku tidak tenteram.

“ tapi Zu.. saya betul-betul maksudkan untuk awak kembali menjadi isteri saya.. i mean it sayang..” aku terpana, sebab ini juga aku malas bila Haikal mula meluah segala rasanya. Aku menggeleng laju dan melangkah kembali ke kereta.

“Please Zu, just give me a minute to explain everything that happen all this time...”

“It’s over Haikal, its over!”

“Yes, it was my fault after all. I back to Alisya. Saya curang pada awak Zu.” Ayat yang aku tak mahu dengar, aku menekup kedua-dua belah telinga ku. Haikal yang aku belakangi tetap bersuara. Aku taknak dengar! Aku benci untuk dengar walaupun aku mahu tahu segala-galanya. Kenapa air mata ni terlalu murah dan mudah untuk jatuh? Aku rasa benci untuk menangis lagi, tapi tak berupaya untuk menahannya.

“ Saya curang pada awak tanpa saya sedar Zu. Saya hanya berniat untuk membantu Alisya masa tu, tapi dia cinta pertama saya, saya tak dapat kawal rasa hati saya. Tapi percayalah saya tidak langsung ada niat untuk kembali mencintai Alisya.”

“I said stop it Haikal, stop it! I hate to hear every single word that comes out from you!”

“You have to Zulaikha, dulu kita ambil langkah bodoh dengan berpisah sedangkan saya tahu pada masa awak harap kita kembali berbaik tapi ada sebab kenapa saya lepaskan awak! Awak perlu tahu semua tu Zu.” Bersungguh Haikal untuk memperjelaskan segala-galanya. Memang ini yang aku tunggu, tapi waktunya seperti tidak sesuai. Hati aku sebelah risau dengan Asyaaf dan sebelah lagi risau dengan penjelasan Haikal.

“Untuk apa Haikal? Saya dah anggap semua tu kenangan lama yang akan saya hapuskan.” aku kembali menghadapnya, berdiri bertentangan dengan dia.

“ Sebab itu awak perlu tahu, saya tak nak awak hapuskan cinta yang ada dalam hati awak untuk saya. Saya cintakan awak Zulaikha, bermula lafaz akad dulu hingga kini, cinta saya pada awak makin membukit dan tidak sekali runtuh atau hilang. Saya pernah membiarkan dan melepas awak pergi, tapi sekarang saya akan cuba sebolehnya untuk awak kembali ke sisi saya.”

Aku tidak lagi berdaya untuk mendengar segala kata cinta dari Haikal. Pantas aku melangkah ke kereta. Biarlah malam ini berlalu dan ianya hanya sebuah mimpi tatkala mata ini sedar. Aku tak mahu memikirkan tentang kisah cinta yang terpisah dulunya, aku hanya mahu berjumpa dengan si kecilku, Asyaaf.

Saturday, April 9, 2011

keyakinan pada Allah takkan pernah sia-sia!

alhamdulillah

alhamdulillah

alhamdulillah.

syukur pada Allah.

lebih sebulan lebih pening memikirkan tempat untuk LI, mesej dari kak zura menggembirakan abc.

abc telah diterima untuk menjalani latihan industri di ….

bila abc dah dekat sana abc bagitau ^^v

+++

keyakinan pada Allah tidakkan pernah sia-sia!

malah kita akan rasa lebih tenang bila kecewa

semangat bila berjaya.

tersenyum biarpun tidak berjaya.

ketawa dengan penuh kegembiraan.

itulah nikmat Allah =)

“jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah. Az Zumar:53”

>> tiada yang berputus asa kecuali orang2 kafir<<

 

+++

thanks to kak Zura and Dr. Omar!

love is forever ~ 17

LOVE IS FOREVER

Malam ni memang terasa penat. Penat sebab daripada pagi bekerja sampai malam. Terpaksalah bila namanya kenduri. Tambah penat membasuh pinggan tadi bila terpaksa menghadap muka Haikal! Geram betul, kenapa semua macam nak aku kembali dengan dia? Tahu tak aku terseksa 3 tahun kerana Haikal? Benci!

Luka di siku dan tangan aku belek. Pedih dan sengal semua ada. Ini semua Haikal punya kerja, bertambah sakit hati aku dengan Mohd Haikal Hazimi!

“ Awak tengok apa?” ujarku geram dengan Haikal yang sedari tadi asyik memandangku. Pandang dengan senyuman penuh makna. Menyakitkan hati!

“ Perasan pulak, bila saya pandang awak, bukan cantik pun” balas Haikal mencebik. Ayat akhirnya membuatkan aku merasa jengkel. Cucuk mata baru tau. Malas nak bertekak, aku teruskan pembasuhan. Tak lama, bila aku rasa ada mata yang memandang. Aku tau, mata Haikal yang gatal! Buih sabun yang ada dalam besen aku kumpul dalam genggaman. Aku kira dalam hati.. 1..2..3.. laju buih itu aku baling ke arah mata yang memandang.

“ Aduh!.. apa awak buat ni Zu!” marah Haikal dalam kesakitan.

“Padan! Siapa suruh gatal sangat mata tu? Kalau nak basuh cawan tu basuh jela, jangan nak meng’usha’ orang!” leterku. Bingkas aku bangun, belum sempat melangkah, Haikal merentap kuat tanganku, hilang menyebabkan aku hilang kawalan. Bukk..

“ Zu!..” jerit Haikal lalu cuba membantu aku. Aku pula seperti budak kecil terasa hendak menangis. Sakit! Sudah lama tak jatuh dan luka-luka. Sakit yang ditambah dengan sakit hati. Waktu ini semua kisah lalu bagai mahu kembali. Bertambah rasa pilu dan pedih. Air mata terus sahaja mengalir. Haikal bertambah kelam kabut. Tangannya pantas hendak membangunkan aku. Aku tepis. Benci aku dengan dia membukit. Aku tahan segala sakit, aku cuba bangun. Susah tapi tetap boleh bangun semua kerana tekad mahu lari daripada pandangan Haikal. Aku tinggalkan dia dengan muka penuh riak kerisauan. Rasa bersalah, mungkin.

Pintu bilikku diketuk perlahan, menyedarkan aku daripada ingatan kejadian yang sebenarnya memalukan, jatuh macam nangka busuk!. Wajah ibu tersembul dari pintu. Aku bangun daripada pembaringan, malas-malas. Ibu tersenyum dan duduk berdepan denganku, dicapai tanganku dan dibelek-belek luka yang ada.

“ Haikal baru telefon ibu… suruh tengokkan Zu..” nama tu lagi, balik Malaysia aje nama tu aku dengar! Nak buat muka menyampah, takkan depan ibu? Dosa! Aku hanya mengeluh. Aku baring diribaan ibu. Aku anak bongsu, aku tidak manja, tidak juga terlalu berdikari. Mungkin kerana, dari usia 13 tahun aku sudah dihantar ke asrama.

“ Zu taknak dengar nama tu boleh tak bu?” ujarku perlahan, cukup untuk telinga aku dan ibu.

“ kenapa? Zu masih marah?”

“ erm… tak marah tapi hati ni sakit, sakit sangat.” tangan ibu ku genggam, air mata mula berair ditubir mata. Memang aku rasa terlalu sakit, sakit dengan kisah lama. Bukan aku tak cuba nak melupa. Aku terlalu kecewa, cinta yang ku beri, bagai dibalas dengan tuba.

“ Zu kena cuba lupa semua yang lepas, kalau ikutkan, ibu pun marah dengan Haikal, ibu pun marah dengan Zu sebab buat keputusan tergesa-gesa, tapi ibu tau, semua yang berlaku hari ni pasti akan ada hikmahnya dimasa hadapan, apa yang penting.. kesabaran dan keyakinan pada Allah s.w.t” terang ibu panjang lebar. Malam itu aku tidur dengan lena atas ribaan ibu. Bila ibu keluar pun aku tidak sedar. Sempat ibu mengalunkan ayat suci al-quran ditelingaku seperti aku kecil-kecil dulu. Bukan cerita dongeng yang mendodoikan tapi ayat Allah yang sangat indah. Ibu merupakan seorang ibu yang terbaik, dan ibu akan aku jadikan contoh dan idolaku jika aku bergelar seorang ibu kelak.

+++++

Lenaku diganggu bila ada tangan yang mencuit-cuit hidungku. Makin aku tepis makin rancak hidungku dicuit. Aku mengalih pembaringan dari mengiring ke kiri, jadi ke kanan. Aku terus terjaga bila ada objek yang agak berat menindihku.

“ Asyaaf?!” si kecik ni rupanya. Tersenyum dia bila lihat aku sudah membuka mata. Aku alih kedudukannya supaya duduk di atas perutku. Malam tadi Asyaaf dibawa pulang semasa dia tidur sebabnya mengelak dia mengamuk tak nak berpisah dengan aku. Hati mana yang tak tersentuh, jadinya aku tidurkan dahulu Asyaaf sebelum Haikal membawanya pulang bersama Ummi dan Baba.

“ Ma.. angun..” rengek Asyaaf sambil menarik-narik tanganku isyarat menyuruh aku bangun dari pembaringan. Aku menggeleng dan menunjukkan pipi dengan maksud dia mencium pipiku dahulu. Asyaaf menggeleng laju.

“ ha.. taknak kiss mama ek sayang”

“ ma.. usyuk..” jawapannya itu membuat aku terpempan dan terus ketawa. Aku tarik Asyaaf dalam dakapan dan terus mencium pipinya. Terkekek si kecil itu ketawa. Aku bahagia dengan si kecil ini. Aku jatuh cinta dengan Asyaaf. Aku rasa seperti dia anakku. Salahkah?

+++++

Usai aku mandi, aku turun ke bawah. Rindu pada Asyaaf walaupun baru 15 minit tadi aku dengan dia. Aku perbetulkan kedudukan tudung. Haikal yang membawa Asyaaf ke rumah. Asyaaf mengamuk dipertengahan jalan malam semalam bila dia mendapati aku tiada. Asyaaf kalau menangis boleh sampai termuntah-muntah. Aku dah tengok semalam sewaktu semua hendak membawanya pulang. Sayang sungguh Asyaaf padaku. Aku? Lagi lah!

“ Hai anak mama buat apa ni..” aku tegur Asyaaf yang enak menikmati ayam goreng. Asyaaf melihatku dan tersengih dengan sisa ayam dimulut. Aku mengambil tempat di sisi Asyaaf. Mulutnya yang comot aku bersihkan. Dulu masa kecil, aku selalu menyuruh ibu memberikan aku seorang adik, tak seronok jadi anak bongsu,bosan! Apa yang aku dapat? Kena sekeh dikepala dengan ibu, waktu itu ibu sudahpun berusia lebih kurang 40tahun. Aku hanya mampu tersengih bila teringat aku yang bodoh-bodoh dulu.

“ Sayang Zu dekat Asyaaf” suara Haikal begitu hampir di telinga. Aku berpaling, mujur cepat mengelak kalau tidak aku sudah tercium pipi Haikal. Geram dan malu! Pipiku mula memerah. Kenapalah duduk rapat sangat! Getus hatiku. Aku menjarakkan kedudukan menjauh dari Haikal.

“ Salah ke saya sayang Asyaaf?” kalau salah akan aku hapuskan sayang ini, kalau boleh..

“ eh.. tak salah, sayang ayahnya sekalipun takpe” ujar Haikal, otak aku yang kurang oksigen sebab baru bangun telah mencipta satu ayat yang membuat Haikal mengamuk pagi itu. Aku tersilap! Sungguh!

“ oh? Awak kenal la eh ayah Asyaaf?” soalku seakan mengejek.

“ What are trying to say Zulaikha?” ujar Haikal keras.

“I thought you don’t even know his father?” aku menjawab dengan bodoh sekali, aku betul-betul mengutuk diri aku pagi ini. Hal ini hal sensitive Zulaikha!!

“Don’t you ever dare to say that word ever again! I’m his father since he was in his mummy tummy and till my death!” jerkah Haikal padaku dan terus mengangkat Asyaaf. Haikal terus keluar rumah dan memecut keretanya laju. Aku terpempan disitu. Aku mengaku aku salah. aku sudah buat sesuatu yang bodoh, amat bodoh. Haikal maafkan Zu!

Beribu kali aku mencuba mendail telefon bimbit Haikal, tapi tidak berjawapan. Ibu dan Ayah menggeleng-geleng melihat teletah aku mundar-mandir di taman. Ayah puas memarahi sikap kurang ajar aku. Ibu turut meleteri aku, semua kisah Haikal dan Asyaaf telah ibu ceritakan padaku. Dan kini aku teramat bersalah, amat-amat bersalah. Haikal maafkan kebodohan Zulaikha Azra tadi!

Titt..tit... telefonku berbunyi menandakan satu mesej telah masuk. Tanganku bingkas membuka mesej tersebut. Haikal!

... datang Taman Jubli dalam masa 5 minit!...

Dalam mesej pun garang. Fuh..aku gementar! Sebelum ini aku tidak pernah takut dengan Haikal sekarang ini sudah terbalik. Aku rasa bagai hendak menjalani hukuman gantung dari Haikal. Ibu teman la! Awal-awal lagi Ibu dan Baba tarik diri daripada mencampuri hal itu. Sampai hati! Aku pun tak mahu berlengah dan hilang peluang untuk meminta maaf dan hilang peluang untuk terus berjumpa Asyaaf mengambil kunci kereta dan memandu laju ke Taman Jubli yang hanya 5 minit dari rumah.

Aku parking kereta betul-betul disebelah kereta Haikal. Jam 10 pagi macam sekarang sudah kurang pengunjung ke sini, kalau awal pagi tentunya ramai yang bersenam. Masih ingat kenangan aku ber ‘tai chi’ dengan ibu di sini. Dari kejauhan aku lihat Asyaaf seronok bermain kuda mainan bersama Haikal. Haikal, ayah yang baik. Aku tak nafi, Haikal memang seorang lelaki yang terbaik pernah aku kenal. Jika tidak, tak mungkin aku yang berusia 15 tahun dahulu boleh jatuh cinta dengan Mohd Haikal Hazimi!

Haikal yang melihat aku menghampiri, mengangkat Asyaaf dari kuda mainan dan membawanya duduk dikerusi. Aku menarik nafas menahan getaran, takutnya!

“ Assalamualaikum..” ucapku setelah aku betul-betul dihadapannya. Haikal memandang aku dengan satu pandangan yang tajam. Amat menakutkan, lagi seram dari aku tengok cerita hantu. Aku tahu dia betul-betul marah. Haikal senyap. Menjawab salam pun tidak. Pandangannya masih padaku. Aku mulai gelabah. Tiba-tiba, Haikal menghulur not RM10 ringgit. Aku memandang duit itu berselang dengan wajahnya, penuh persoalan.

“ Beli nasi lemak 2 bungkus, air for two dan some food for my boy” ditekankan perkataan my boy. Aku tau aku salah. Aku mengambil duit itu dan berlalu ke gerai berhampiran. Dulu-dulu, orang kata nasi lemak di sini sedap, tak tahu kebenarannya, sebab aku tidak pernah mencuba penangan nasi lemaknya. Dari gerai aku melihat Haikal mengeluarkan tikar daripada keretanya sambil mengendong Asyaaf. Sayang sungguh Haikal pada Asyaaf, tidak pernah dibiarkan Asyaaf sendirian walaupun seketika. Setelah siap membuat pembayaran, aku kembali melangkah ke arah mereka berdua. Asyaaf enak menikmati susunya diatas ribaan ayahnya. Mereka berdua sudah cukup bahagia, cuma kurang tiada wanita sebagai ibu disisi mereka. Wajah yang tersenyum tidakkan pernah menggambarkan hati yang menangis. Dan wajah yang menangis tidakkah pernah membawa maksud dia sedih. Dunia ini penuh pura-pura, dan hati yang ikhlas sahaja bisa mengerti segala-galanya.

“ nasi lemak and milo ais for two, a cute muffin for my little boy..” ujarku setelah sampai di sisi mereka. Aku acah-acah Asyaaf dengan muffin yang ku belikan untuk dia. Dengan pantas dia bangun daripada ribaan ayahnya. Aku mengambil tempat bersebelahan dengan Haikal. Aku beri Asyaaf muffin, pada mulanya aku ingin menyuapnya tapi dia mengelak, hendak makan dengan sendiri, sudah biasa agaknya.

Aku tidak tahu, bagaimana hendak memulakan kata-kata maaf. Nasi lemak sudah lama aku habiskan. Air milo yang ku minum seakan-akan tersekat dikerongkong. Aku sekali-sekali memandang Haikal. Haikal senyap sedari tadi. Hanya bersuara bila dengan anaknya. Alamak, macam mana ni...

“ Apa yang awak pandang-pandang Zulaikha?” teguran itu membuatkan aku hampir-hampir tersedak air. Pedih hidungku. Aku teragak-agak untuk bersuara.

“ saya.. saya..” alahai bila pulak aku ada genetic gagap ni? sabar Zu, relax-relax..

“ Saya apa!”

“ Saya sayang awak!” ha??? Silap pulak yang keluar. Kenapalah Haikal ni main jerkah-jerkah. Haikal sudah mula tersenyum-senyum. Matanya tidak lepas dari memandangku. Alahai! Malu sungguh!

“ bukan-bukan, saya nak mintak maaf dekat awak, saya tak patut cakap macam tu, saya sedar saya salah, saya mintak maaf.” senafas, akhirnya aku berjaya menyuarakan segala skrip yang aku hafal sewaktu dalam perjalanan ke sini. Hilang senyuman Haikal tadi, kembali berwajah serius. Aku masih menanti jawapannya.

Haikal bangun dan mendukung anaknya. Aku turut sama bangun bila dia sudah mahu mengemas tikar yang terhampar sebagai lapik duduk kami tadi. Aku masih menanti kata-kata penerimaan maaf darinya. Hampa bila dia berlalu ke kereta. Aku mengejarnya dibelakang. Belum sempat dia masuk ke kereta, aku memberanikan diri untuk bersuara.

“ Haikal.. saya mintak maaf.. jangan terus diam macam ni..”

“ Maaf?”

“ ye.. maaf.. saya betul mintak maaf..saya tak sengaja pagi tadi.. bolehkan saya jumpa dengan Asyaaf lagi lepas ni.” Asyaaf yang di dalam kereta terus melambai-lambai tangan ke arahku pabila namanya aku sebut. Haikal memandang anaknya dan kemudian memandang tajam ke anak mataku sehingga membuat aku tunduk memandang lantai bumi.

“ Abang akan maafkan Zu, Abang akan bagi Zu jumpa Asyaaf, setiap hari.. tapi dengan syarat..”

‘abang’? syarat? Aku terus memandang Haikal dengan kerutan penuh tanda tanya. Haikal terlalu banyak rancangan!

“ syarat?” soalku

“ ye syarat mudah untuk abang memaafkan Zu.”

“ apa?”

“ Abang akan maafkan Zu, Abang akan bagi Zu jumpa Asyaaf setiap hari, dengan syarat Zulaikha Azra binti Mukhtar kembali menjadi isteri Mohd Haikal Hazimi!” jawapan yang jelas dan tegas. Aku terpana. Mustahil! Ini mustahil! Aku takkan kembali menjadi isterinya. Takkan!

Haikal terus memecut laju, aku masih berdiri tegak membatu di tempat yang sama. Syarat yang gila dan tak masuk akal! Aku takkan sesekali menerima syarat itu. Aku rela membujang daripada kembali menjadi isteri dia!!!

++++

Seharian aku berkurung di dalam bilik. Otakku masih ligat memutar mencari jawapan yang pasti. Aku penat menyoal jawab dengan hati. Tak mudah aku hendak melupakan segala yang terjadi sebelum ini. Alisya masih lagi ibu Asyaaf, dan mungkin jua masih lagi isteri Haikal. Haikal tidak pernah menceritakan apa-apa, ibu hanya menceritakan apa yang dia tahu. boleh jadi betul, boleh juga tidak, cerita mulut ke mulut. Mustahil untuk aku menerima Haikal kembali. Asyaaf? Biarlah kasih aku pada si kecil itu sampai sini. Manusia kadang-kadang ditemukan kerana untuk perpisahankan?

Thursday, April 7, 2011

happy tapi sedih? abc menang!!

assalamualaikum.

happy tapi sedih?
dua entri sekali gus ni..

happy:

my group won!!
semalam penilaian ladang.
alhamdulillah, berkat usaha dan susah payah berjemur.
and berhitam kulit, berbaloi.
kami dapat TEMPAT PERTAMA!!!

alhamdulillah.
nanti abc masukkan gambor2

++

sedih?

sedih bila tak dapat nak update novel and cerpen abc.
agak terbengkalai la.
so so so busy lately.
al maklum la dah nak abes study untuk sem ni, dah nak masuk minggu exam!
yeah!! minggu yg ditunggu2

sedih?

abc still tak dapat tempat untuk LI.
hohoho
doakan ye!

+++

esok test, tebal nye nota nak kena baca.
i miss Abiyah and Qaiser!!!
haikal and Zu also.hohoho


Tuesday, April 5, 2011

terlalu busy!

assalamualaikum.

abc tengah lapar, sebab baru aje balik ladang.
and dari pagi belum sentuh nasik =.="

esok dah penilaian untuk ladang,
huhuhu
ada peluang untuk menang?
usaha + tawakal.
bukan menang yang dicari
tapi sebuah persahabatan.

masa berkerja bersama-sama ni
yang renggang jadi rapat.
and rapat pulak. erm...


alhamdulillah
abc punya group sangat happening!
nanti abc tunjuk gambar diorang.

+++

eh? student utm taknak try spa ikan??
rugi2
tadi abc relax bersantai dengan ikan.
seyes best!

meh la.. kutip hasil esok ^^v

doakan abc eh.

+++
malware?
belum boleh buat pape..

++

sorang lagi kawan sekolah, (dak laki weh!!) tunang.
hohoho
abc jeles la. bila nak sampai turn??

++

oke la..
klu sempat. malam ni nak post LIF!

sayonara~~

Sunday, April 3, 2011

apa khabar saudara kita?

abc baru selesai seminar PTV.
walupun letih, abc cuba ruang sedikit waktu untuk check FB dan blog.
sekarang masa abc terhad untuk online.
ada yang lebih penting, walupun hati ni nak sangat berblog.
ikut hati mati.

+++

melihat blog2 yang update.
hinggalah abc membaca satu entri dari kawan lama abc masa sekolah merangkap KP sekolah, untuk batch abc.

entri yang sangat membuat abc tersedar dari kelekaan abc sendiri.

baca dan fahami juga ambil tahu.

10 minit: apa khabarmu sahabat?


+++

abc baru sedar. abc sangat tak ambil tahu tentang dunia.
tahu ada pergolakan diLibya. tapi abc tak terus ambil tahu
sekadar membaca tajuk utama

setiap orang itu ada kelemahan. dan kelemahan abc ni sangat memalukan.
abc menulis disini bukan nak publisiti.
tapi sekadar nak ingatkan yang lupa macam abc.

pergolakan diLibya, sepatutnya kita mengambil sedikit iktibar dan ingat dalam sedar.
kita mungkin tidak terasa getarnya, tapi bagi mereka, saudara kita di sana, macam mana?

abc mungkin tidak ada sahabat seperti mana kawan abc, tapi mereka saudara kita kan.
abc doakan moga mereka dalam keadaan selamat.
dan moga Allah melindungi mereka.

mungkin ada yang akan kata,
buat apa nak ambil tahu.
kita bukan boleh buat apa2..

siapa kata?
doakan senjata orang mukmin.
doakan mereka.
moga mereka merasa sebagaimana kita.

aman kita ini suatu nikmat.
dan tak mustahil Allah akan menarik nikmat ini
sekelip mata, andai kita terus leka, lupa dan alpa.

+++

sekadar renungan buat diri abc sendiri.
abc sendiri selalu ambil mudah dan tak endah.
moga ini pengajaran terbaek buat diri abc sendiri.

+++

buat saudara-saudaraku disana.
aku doakan kesejahteraan kalian.
bersabarlah.
Allah sentiasa bersama anda
doa kami sentiasa mengiringi kalian.
amin.


Saturday, April 2, 2011

apa pun yang berlaku.. saya redha!

bukan putus asa.
bukan dah tak semangat
bukan mengalah!

tidak
tak!
takkan!

abc cuma tak mahu terasa kecewa
taknak rasa sedih
and tak nak nangis dalam kelas macam haritu!

malu wooo!

tapi.. ada tapi di sini.
abc menangis kerana terlalu kecewa dengan sikap sambil lewa.
mereka2 akan rasa apa yang abc rasa kan?
moga Allah memberi rahmat kepada mereka dan keluarga!

++

banyak yang abc belajar daripada ujian2 yang datang
ujian yang sangat hebat!
alhamdulillah.
Allah sentiasa ada.
hati tenang dan sangat damai
walupun ada masalah yang belum jumpa jalan keluar!

Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

Allah, daku takkan pernah putus asa,
kernaku yakin hanya kepadaMU!

Friday, April 1, 2011

malware lagikk?

for the second time.
awat la virus ni berkenan sangat?

erm!

bye-bye to celcom b.band!

alhamdulillah.

abc dah dapat guna YES,

semalam punya excited nak guna yes, tapi tak boleh sebab windows abc guna tak dapat nak run YES ni.

canggih sangat eh?

amir haziq

new picture of my anak! so debab3

+++

kenapa abc taknak guna celcom b.band?

sebab..

1. suka sangat terputus2

2. kena bayar tiap2 bulan (takde sumber kewangan yg tetap dohh!)

3. line kadang laju kadang macam ciput cedot

kenapa abc guna YES?

1. sebab dia guna prepaid, abis duit topup!

2. sebab nanti cuti sem, abc tak pening nak mintak duit kat mama utk bayarkan even tak guna

3. lebih jimat kut!

4. laju weh.. ^^v

+++

apa pun alasan, abc guna YES sebab abc nak berjimat!

sampai bila YES nak laju macam sekarang? kekal sampai bila2?

waallahualam.

 

p/s: doakan abc bertuah dalam cabutan bertuah YES, dapat phone or ipad. =)

malu gila!!!

entah dari mana keyakinan tu datang.

cebollita_animated_onion-07

sungguh malu!

tragedi yang akan jadi satu kenangan before grad..ngeee~~

al kisahnya:

abc balik kelas lewat harini. kawan abc, singgah di Azah kat kolej perdana a.k.a KP.

abc, kak an and kak ida, dok je dalam keta, penat la harini buat wiring!

suddenly, ada 2 orang jejaka, datang dgn motosikal, pembonceng je yang turun dari moto, penunggang tu tak.

kak an, and abc dan juga that guy, saling pandang2, (wah.. macam lagu kalau berpacaran pulak!)

abc pun kata kat kak an.

akak.. macam kenal ar budak laki tu… kawan abc kut.

pikir dalam 5 saat.

abc dengan yakin! betul la kawan abc, nama dia.. ++++++

rahsia je la.. huuhuhu

abc dengan semangat dan keyakinan, abc nak pegi tegur la.

dan kak an pun sokong. pegi la.

onion_gifs_emoticons-09

entah angin apa yang bawak keyakinan untuk abc TEGUR budak laki tu.

(abc sangat malu nak bercakap dengan boys..huhuhu)

memang tak malu + tak takut. abc rasa sebab memang yakin dia kawan abc.

sesi memalukan diri pun bermula;

abc- eh.. ha.. boleh tanya tak?

boy: ha.. ya

abc: dulu sekolah katne eh?

budak tu macam pelk je.. hehehhe

abc: orang kedah kan?

boy: ha’ah

abc: dulu sekolah rendah katne eh?

dalam hati berharap jawapan yang sama!!

boy: bukit mertajam

cebollita_animated_onion-21

alamakkkkk!!

abc: takpe la … salah orang.

perghh!!!

nak koyak muka! nak pakai purdah! nak pakai mask!

tolong!!!!

kak an and kak ida dah berdekah2 gelak.

maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

tapi hati ni yakin sangat dia kawan abc.

weh.. ang kawan kau kan?

 

++

ps: sangat memalukan..