Wednesday, April 20, 2011

dari suamiku~~~

salam.. abc bosan plus sakit kepala mengadap buku, terasa nak menulis, tapi idea masih berlegar2.. so.. abc pun baca2 lah tulisan2 abc yang lama2.. terjumpa surat adam buat syafiqah..

abc sangat tak reti untuk menulis bagi pihak lelaki. so ayatnye macam tak berapa nak menusuk qalbu lah! ^^v

bagi yang pernah baca Cinta Skodeng.
boleh la baca sambunga nye yang secebis cuma dekat

SINI



jom jiwang kejap.


Bismillahirrahmanirrahim..


Istimewa buat tatapan isteri ku yang tercinta, isteriku yang ku puja, isteriku yang akan ku tunggu dipintu syurga...

Isteriku Nur Syafiqah.. wajahmu telah lama mengisi hati kosongku. Wajahmu telah lama berpadu dengan jiwaku. Wajahmu telah lama menjadi penyejuk amarahku. Wajahmu telah lama menjadi pengubat rinduku. Wajahmu telah lama menjadi biasan cahya pada mataku.

Isteriku yang cantik, pertama kali kau ku temu, senyumanmu itu membuat hati ini berdetak laju, pantas dan ribut. Senyumanmu itu seolah berbicara dengan lubuk hatiku, yang terus menyata cinta pada hatiku. Senyumanmu itu, menggoda diriku yang lemah tak berdaya. Gelak tawa mu yang tiada suara, menggetarkan seluruh nadiku.
Jantung ini seakan terhenti berdenyut tatkala kau memandangku.

Isteriku, jantung hatiku, pemilik cintaku.. betapa diri ini terlalu bersyukur, yang kita telah selamat diijab kabul. Saat dikau ku cinta, aku gusar, aku hilang pedoman jiwa. Aku terlalu takut untuk bersua muka, kerna diri ini tidak punya apa-apa, kau terlalu istimewa, kau terlalu sempurna. Tahukah dikau, betapa kau ku cinta?

Sayangku, rinduku, cintaku.. Nur Syafiqah..

cintailah aku seadanya aku, kerna aku tidak sempurna malah penuh dengan cacat cela..

Cintailah aku selagi ada nafasmu itu, kerna setiap nafasku adalah kamu.

Cintailah aku selagi hangat darah ditubuhmu, kerna cintaku buatmu sehangat darah yang mengalir dalam diri ini.

Cintailah aku wahai isteriku, kerna kamu kan ku cintai selagi hayatku dibumi, dan andai aku ditakdir pergi sebelummu, yakinlah wahai pemilik cintaku, akan ku tunggu dirimu dipintu syurga. Kerna aku begitu menyintaimu, dan kau lah ainul mardhiahku dunia dan akhirat.

Cinta kita, cinta sampai syurga~~

Insan yang sentiasa mencintaimu,
Mohd Adam Asyaaf

3 comments:

najihatussolehah said...

sweet..:)

dwaty said...

oh jiwangnya.... boleh la ni nak pinjam abc tulis surat cinta... ahakzzz

akubersamaCahya said...

^^v thanks

dwaty: pinjam2.. hehehe