Saturday, April 9, 2011

love is forever ~ 17

LOVE IS FOREVER

Malam ni memang terasa penat. Penat sebab daripada pagi bekerja sampai malam. Terpaksalah bila namanya kenduri. Tambah penat membasuh pinggan tadi bila terpaksa menghadap muka Haikal! Geram betul, kenapa semua macam nak aku kembali dengan dia? Tahu tak aku terseksa 3 tahun kerana Haikal? Benci!

Luka di siku dan tangan aku belek. Pedih dan sengal semua ada. Ini semua Haikal punya kerja, bertambah sakit hati aku dengan Mohd Haikal Hazimi!

“ Awak tengok apa?” ujarku geram dengan Haikal yang sedari tadi asyik memandangku. Pandang dengan senyuman penuh makna. Menyakitkan hati!

“ Perasan pulak, bila saya pandang awak, bukan cantik pun” balas Haikal mencebik. Ayat akhirnya membuatkan aku merasa jengkel. Cucuk mata baru tau. Malas nak bertekak, aku teruskan pembasuhan. Tak lama, bila aku rasa ada mata yang memandang. Aku tau, mata Haikal yang gatal! Buih sabun yang ada dalam besen aku kumpul dalam genggaman. Aku kira dalam hati.. 1..2..3.. laju buih itu aku baling ke arah mata yang memandang.

“ Aduh!.. apa awak buat ni Zu!” marah Haikal dalam kesakitan.

“Padan! Siapa suruh gatal sangat mata tu? Kalau nak basuh cawan tu basuh jela, jangan nak meng’usha’ orang!” leterku. Bingkas aku bangun, belum sempat melangkah, Haikal merentap kuat tanganku, hilang menyebabkan aku hilang kawalan. Bukk..

“ Zu!..” jerit Haikal lalu cuba membantu aku. Aku pula seperti budak kecil terasa hendak menangis. Sakit! Sudah lama tak jatuh dan luka-luka. Sakit yang ditambah dengan sakit hati. Waktu ini semua kisah lalu bagai mahu kembali. Bertambah rasa pilu dan pedih. Air mata terus sahaja mengalir. Haikal bertambah kelam kabut. Tangannya pantas hendak membangunkan aku. Aku tepis. Benci aku dengan dia membukit. Aku tahan segala sakit, aku cuba bangun. Susah tapi tetap boleh bangun semua kerana tekad mahu lari daripada pandangan Haikal. Aku tinggalkan dia dengan muka penuh riak kerisauan. Rasa bersalah, mungkin.

Pintu bilikku diketuk perlahan, menyedarkan aku daripada ingatan kejadian yang sebenarnya memalukan, jatuh macam nangka busuk!. Wajah ibu tersembul dari pintu. Aku bangun daripada pembaringan, malas-malas. Ibu tersenyum dan duduk berdepan denganku, dicapai tanganku dan dibelek-belek luka yang ada.

“ Haikal baru telefon ibu… suruh tengokkan Zu..” nama tu lagi, balik Malaysia aje nama tu aku dengar! Nak buat muka menyampah, takkan depan ibu? Dosa! Aku hanya mengeluh. Aku baring diribaan ibu. Aku anak bongsu, aku tidak manja, tidak juga terlalu berdikari. Mungkin kerana, dari usia 13 tahun aku sudah dihantar ke asrama.

“ Zu taknak dengar nama tu boleh tak bu?” ujarku perlahan, cukup untuk telinga aku dan ibu.

“ kenapa? Zu masih marah?”

“ erm… tak marah tapi hati ni sakit, sakit sangat.” tangan ibu ku genggam, air mata mula berair ditubir mata. Memang aku rasa terlalu sakit, sakit dengan kisah lama. Bukan aku tak cuba nak melupa. Aku terlalu kecewa, cinta yang ku beri, bagai dibalas dengan tuba.

“ Zu kena cuba lupa semua yang lepas, kalau ikutkan, ibu pun marah dengan Haikal, ibu pun marah dengan Zu sebab buat keputusan tergesa-gesa, tapi ibu tau, semua yang berlaku hari ni pasti akan ada hikmahnya dimasa hadapan, apa yang penting.. kesabaran dan keyakinan pada Allah s.w.t” terang ibu panjang lebar. Malam itu aku tidur dengan lena atas ribaan ibu. Bila ibu keluar pun aku tidak sedar. Sempat ibu mengalunkan ayat suci al-quran ditelingaku seperti aku kecil-kecil dulu. Bukan cerita dongeng yang mendodoikan tapi ayat Allah yang sangat indah. Ibu merupakan seorang ibu yang terbaik, dan ibu akan aku jadikan contoh dan idolaku jika aku bergelar seorang ibu kelak.

+++++

Lenaku diganggu bila ada tangan yang mencuit-cuit hidungku. Makin aku tepis makin rancak hidungku dicuit. Aku mengalih pembaringan dari mengiring ke kiri, jadi ke kanan. Aku terus terjaga bila ada objek yang agak berat menindihku.

“ Asyaaf?!” si kecik ni rupanya. Tersenyum dia bila lihat aku sudah membuka mata. Aku alih kedudukannya supaya duduk di atas perutku. Malam tadi Asyaaf dibawa pulang semasa dia tidur sebabnya mengelak dia mengamuk tak nak berpisah dengan aku. Hati mana yang tak tersentuh, jadinya aku tidurkan dahulu Asyaaf sebelum Haikal membawanya pulang bersama Ummi dan Baba.

“ Ma.. angun..” rengek Asyaaf sambil menarik-narik tanganku isyarat menyuruh aku bangun dari pembaringan. Aku menggeleng dan menunjukkan pipi dengan maksud dia mencium pipiku dahulu. Asyaaf menggeleng laju.

“ ha.. taknak kiss mama ek sayang”

“ ma.. usyuk..” jawapannya itu membuat aku terpempan dan terus ketawa. Aku tarik Asyaaf dalam dakapan dan terus mencium pipinya. Terkekek si kecil itu ketawa. Aku bahagia dengan si kecil ini. Aku jatuh cinta dengan Asyaaf. Aku rasa seperti dia anakku. Salahkah?

+++++

Usai aku mandi, aku turun ke bawah. Rindu pada Asyaaf walaupun baru 15 minit tadi aku dengan dia. Aku perbetulkan kedudukan tudung. Haikal yang membawa Asyaaf ke rumah. Asyaaf mengamuk dipertengahan jalan malam semalam bila dia mendapati aku tiada. Asyaaf kalau menangis boleh sampai termuntah-muntah. Aku dah tengok semalam sewaktu semua hendak membawanya pulang. Sayang sungguh Asyaaf padaku. Aku? Lagi lah!

“ Hai anak mama buat apa ni..” aku tegur Asyaaf yang enak menikmati ayam goreng. Asyaaf melihatku dan tersengih dengan sisa ayam dimulut. Aku mengambil tempat di sisi Asyaaf. Mulutnya yang comot aku bersihkan. Dulu masa kecil, aku selalu menyuruh ibu memberikan aku seorang adik, tak seronok jadi anak bongsu,bosan! Apa yang aku dapat? Kena sekeh dikepala dengan ibu, waktu itu ibu sudahpun berusia lebih kurang 40tahun. Aku hanya mampu tersengih bila teringat aku yang bodoh-bodoh dulu.

“ Sayang Zu dekat Asyaaf” suara Haikal begitu hampir di telinga. Aku berpaling, mujur cepat mengelak kalau tidak aku sudah tercium pipi Haikal. Geram dan malu! Pipiku mula memerah. Kenapalah duduk rapat sangat! Getus hatiku. Aku menjarakkan kedudukan menjauh dari Haikal.

“ Salah ke saya sayang Asyaaf?” kalau salah akan aku hapuskan sayang ini, kalau boleh..

“ eh.. tak salah, sayang ayahnya sekalipun takpe” ujar Haikal, otak aku yang kurang oksigen sebab baru bangun telah mencipta satu ayat yang membuat Haikal mengamuk pagi itu. Aku tersilap! Sungguh!

“ oh? Awak kenal la eh ayah Asyaaf?” soalku seakan mengejek.

“ What are trying to say Zulaikha?” ujar Haikal keras.

“I thought you don’t even know his father?” aku menjawab dengan bodoh sekali, aku betul-betul mengutuk diri aku pagi ini. Hal ini hal sensitive Zulaikha!!

“Don’t you ever dare to say that word ever again! I’m his father since he was in his mummy tummy and till my death!” jerkah Haikal padaku dan terus mengangkat Asyaaf. Haikal terus keluar rumah dan memecut keretanya laju. Aku terpempan disitu. Aku mengaku aku salah. aku sudah buat sesuatu yang bodoh, amat bodoh. Haikal maafkan Zu!

Beribu kali aku mencuba mendail telefon bimbit Haikal, tapi tidak berjawapan. Ibu dan Ayah menggeleng-geleng melihat teletah aku mundar-mandir di taman. Ayah puas memarahi sikap kurang ajar aku. Ibu turut meleteri aku, semua kisah Haikal dan Asyaaf telah ibu ceritakan padaku. Dan kini aku teramat bersalah, amat-amat bersalah. Haikal maafkan kebodohan Zulaikha Azra tadi!

Titt..tit... telefonku berbunyi menandakan satu mesej telah masuk. Tanganku bingkas membuka mesej tersebut. Haikal!

... datang Taman Jubli dalam masa 5 minit!...

Dalam mesej pun garang. Fuh..aku gementar! Sebelum ini aku tidak pernah takut dengan Haikal sekarang ini sudah terbalik. Aku rasa bagai hendak menjalani hukuman gantung dari Haikal. Ibu teman la! Awal-awal lagi Ibu dan Baba tarik diri daripada mencampuri hal itu. Sampai hati! Aku pun tak mahu berlengah dan hilang peluang untuk meminta maaf dan hilang peluang untuk terus berjumpa Asyaaf mengambil kunci kereta dan memandu laju ke Taman Jubli yang hanya 5 minit dari rumah.

Aku parking kereta betul-betul disebelah kereta Haikal. Jam 10 pagi macam sekarang sudah kurang pengunjung ke sini, kalau awal pagi tentunya ramai yang bersenam. Masih ingat kenangan aku ber ‘tai chi’ dengan ibu di sini. Dari kejauhan aku lihat Asyaaf seronok bermain kuda mainan bersama Haikal. Haikal, ayah yang baik. Aku tak nafi, Haikal memang seorang lelaki yang terbaik pernah aku kenal. Jika tidak, tak mungkin aku yang berusia 15 tahun dahulu boleh jatuh cinta dengan Mohd Haikal Hazimi!

Haikal yang melihat aku menghampiri, mengangkat Asyaaf dari kuda mainan dan membawanya duduk dikerusi. Aku menarik nafas menahan getaran, takutnya!

“ Assalamualaikum..” ucapku setelah aku betul-betul dihadapannya. Haikal memandang aku dengan satu pandangan yang tajam. Amat menakutkan, lagi seram dari aku tengok cerita hantu. Aku tahu dia betul-betul marah. Haikal senyap. Menjawab salam pun tidak. Pandangannya masih padaku. Aku mulai gelabah. Tiba-tiba, Haikal menghulur not RM10 ringgit. Aku memandang duit itu berselang dengan wajahnya, penuh persoalan.

“ Beli nasi lemak 2 bungkus, air for two dan some food for my boy” ditekankan perkataan my boy. Aku tau aku salah. Aku mengambil duit itu dan berlalu ke gerai berhampiran. Dulu-dulu, orang kata nasi lemak di sini sedap, tak tahu kebenarannya, sebab aku tidak pernah mencuba penangan nasi lemaknya. Dari gerai aku melihat Haikal mengeluarkan tikar daripada keretanya sambil mengendong Asyaaf. Sayang sungguh Haikal pada Asyaaf, tidak pernah dibiarkan Asyaaf sendirian walaupun seketika. Setelah siap membuat pembayaran, aku kembali melangkah ke arah mereka berdua. Asyaaf enak menikmati susunya diatas ribaan ayahnya. Mereka berdua sudah cukup bahagia, cuma kurang tiada wanita sebagai ibu disisi mereka. Wajah yang tersenyum tidakkan pernah menggambarkan hati yang menangis. Dan wajah yang menangis tidakkah pernah membawa maksud dia sedih. Dunia ini penuh pura-pura, dan hati yang ikhlas sahaja bisa mengerti segala-galanya.

“ nasi lemak and milo ais for two, a cute muffin for my little boy..” ujarku setelah sampai di sisi mereka. Aku acah-acah Asyaaf dengan muffin yang ku belikan untuk dia. Dengan pantas dia bangun daripada ribaan ayahnya. Aku mengambil tempat bersebelahan dengan Haikal. Aku beri Asyaaf muffin, pada mulanya aku ingin menyuapnya tapi dia mengelak, hendak makan dengan sendiri, sudah biasa agaknya.

Aku tidak tahu, bagaimana hendak memulakan kata-kata maaf. Nasi lemak sudah lama aku habiskan. Air milo yang ku minum seakan-akan tersekat dikerongkong. Aku sekali-sekali memandang Haikal. Haikal senyap sedari tadi. Hanya bersuara bila dengan anaknya. Alamak, macam mana ni...

“ Apa yang awak pandang-pandang Zulaikha?” teguran itu membuatkan aku hampir-hampir tersedak air. Pedih hidungku. Aku teragak-agak untuk bersuara.

“ saya.. saya..” alahai bila pulak aku ada genetic gagap ni? sabar Zu, relax-relax..

“ Saya apa!”

“ Saya sayang awak!” ha??? Silap pulak yang keluar. Kenapalah Haikal ni main jerkah-jerkah. Haikal sudah mula tersenyum-senyum. Matanya tidak lepas dari memandangku. Alahai! Malu sungguh!

“ bukan-bukan, saya nak mintak maaf dekat awak, saya tak patut cakap macam tu, saya sedar saya salah, saya mintak maaf.” senafas, akhirnya aku berjaya menyuarakan segala skrip yang aku hafal sewaktu dalam perjalanan ke sini. Hilang senyuman Haikal tadi, kembali berwajah serius. Aku masih menanti jawapannya.

Haikal bangun dan mendukung anaknya. Aku turut sama bangun bila dia sudah mahu mengemas tikar yang terhampar sebagai lapik duduk kami tadi. Aku masih menanti kata-kata penerimaan maaf darinya. Hampa bila dia berlalu ke kereta. Aku mengejarnya dibelakang. Belum sempat dia masuk ke kereta, aku memberanikan diri untuk bersuara.

“ Haikal.. saya mintak maaf.. jangan terus diam macam ni..”

“ Maaf?”

“ ye.. maaf.. saya betul mintak maaf..saya tak sengaja pagi tadi.. bolehkan saya jumpa dengan Asyaaf lagi lepas ni.” Asyaaf yang di dalam kereta terus melambai-lambai tangan ke arahku pabila namanya aku sebut. Haikal memandang anaknya dan kemudian memandang tajam ke anak mataku sehingga membuat aku tunduk memandang lantai bumi.

“ Abang akan maafkan Zu, Abang akan bagi Zu jumpa Asyaaf, setiap hari.. tapi dengan syarat..”

‘abang’? syarat? Aku terus memandang Haikal dengan kerutan penuh tanda tanya. Haikal terlalu banyak rancangan!

“ syarat?” soalku

“ ye syarat mudah untuk abang memaafkan Zu.”

“ apa?”

“ Abang akan maafkan Zu, Abang akan bagi Zu jumpa Asyaaf setiap hari, dengan syarat Zulaikha Azra binti Mukhtar kembali menjadi isteri Mohd Haikal Hazimi!” jawapan yang jelas dan tegas. Aku terpana. Mustahil! Ini mustahil! Aku takkan kembali menjadi isterinya. Takkan!

Haikal terus memecut laju, aku masih berdiri tegak membatu di tempat yang sama. Syarat yang gila dan tak masuk akal! Aku takkan sesekali menerima syarat itu. Aku rela membujang daripada kembali menjadi isteri dia!!!

++++

Seharian aku berkurung di dalam bilik. Otakku masih ligat memutar mencari jawapan yang pasti. Aku penat menyoal jawab dengan hati. Tak mudah aku hendak melupakan segala yang terjadi sebelum ini. Alisya masih lagi ibu Asyaaf, dan mungkin jua masih lagi isteri Haikal. Haikal tidak pernah menceritakan apa-apa, ibu hanya menceritakan apa yang dia tahu. boleh jadi betul, boleh juga tidak, cerita mulut ke mulut. Mustahil untuk aku menerima Haikal kembali. Asyaaf? Biarlah kasih aku pada si kecil itu sampai sini. Manusia kadang-kadang ditemukan kerana untuk perpisahankan?

4 comments:

Hafia Hana said...

alaallaa
kawen je la

Farah Hanim Mohd Alwi said...

cepat sambung lagik ! X)
- sebakk T__T

Anor said...

nak lagi cepat sambung....hati yg terluka
susah nak sembuhkan Zu....begitu senang
saje haikal membuat syarat pada zu sedangkan
dia sebenarnya yg telah melukakan hati
Zu. Jgn cepat sgt mengalah Zu fikirkan masa
depan sendiri carilah kebahagiaan yg lain dn
kawen boleh juga dpt anak dari darah daging
sendiri dn tak payah menumpang kasih dgn anak
org lain kerana itu tak akan kekal.

akubersamaCahya said...

tu la,,geram dengan Haikal.. ish!

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders