Sunday, September 9, 2012

Cik Abang BMW - teaser



“Lama Ean tak call mama?” Tareeq tersenyum, bukan sengaja tapi terlalu sibuk dengan tugasan barunya sebagai pensyarah sambilan. Pagi ke pejabat sebagai arkitek, tengah hari dia akan mengajar. Hanya dua kali dalam seminggu, sebab itu dia menerima jawatan tersebut. Bukan lama mana dia tidak menghubungi ibunya, baru tiga hari dia terlepas untuk mendengar khabar ibu.
            “Ean agak busy sekarang mama. As you wish mama, Ean sekarang pensyarah sambilan. Kira pendidik jugalah, betul tak?” Kedengaran tawa halus dihujung talian sana.
            “Alhamdulillah, sejuk perut mama… Eh, mama nak tanya pasal kes kereta Ean yang luka parah tu? Apa cerita?”
            “Cerita tak best pun ma… Ean tak boleh polish aje, sebab luka dalam. So kena jahit semula, whole part yang luka tu.”
            “Mahal la macam tu? Kesian budak tu nak bayar.”
            “Ean minta half aje ma…”
            “How much?”
            “Lapan ratus aje.”
            “Aje? Banyak tu Ean… she can pay it?”
            “Dia beralasan jugak, tapi ma… itu tanggungjawab diakan, lagi pun lapan ratus aje. Bukan lapan ribu.” Tareeq membela diri. Dia tahu ibu seorang yang sangat pemurah, tambah-tambah soal wang ringgit. Kata ibunya, ‘Papa tinggalkan wang banyak untuk kita buat kebajikan, untung-untung papa merasa pahala yang kita cuba cari untuk dia kat sana, betul?”
            “Kalau dia dapat JPA or apa-apa biasiswa, lapan ratus memang tak berapa besar. Tapi kalau PTPTN, jumlah tu macam dah half duit dia tau tak?” Ibu Tareeq mula bersuara. Kadang kala dia risau dengan sikap anaknya yang satu itu, tegas dan kurang timbang rasanya.
            “Mama nak kata Ean ni tak berperikemanusian?”
            “Tak, lebih kepada tidak prihatin. Berapalah sangat lapan ratus tu dengan gaji Ean? Tak kurang sikit pun kan?” Ibu Tareeq menyindir.
            “Tanggungjawab adalah tanggungjawab. Kalau kita baik sangat mama, orang akan pijak kepala.” Tareeq tetap dengan pendiriannya.
            “Apa-apalah Ean, tapi mama hanya nak pesan, pendirian yang kita pegang kadang-kadang perlu lihat kepada keadaan dan siapa yang kita berdepan. Siapa tahu, nasib dia tak sama macam kita? Faham sayang?” Tareeq hanya mendiamkan diri. Setelah memberi salam, talian dimatikan. Ibunya selalu sahaja membuatkan dia berfikir dua kali atas tindakannya tapi tidak pula dia mengubah tindakannya, menyesal? Jauh sekali.
            Dari kecil dia dibiasakan bertanggungjawab atas setiap sesuatu yang dilakukan. Kesalahan dan kesilapan kecil yang dilakukannya pasti akan dihukum oleh papa. Papa selalu berkata, jadi lelaki kena biasa dengan tanggungjawab, sebab lelaki adalah ketua dan pemutus keputusan dalam sesuatu hal serta seorang pengatur rancangan yang bijak. Jadi perlu sentiasa bertanggungjawab sekiranya tersalah dalam membuat keputusan atau mengatur rancangan. Jadi dia tidak fikir apa yang dilakukan sekarang adalah salah. Salah ke?

++++

susah nak buat lelaki nampak kerek.
^^v
harap2 esok siaplah si kerek ni hui-hui-hui

3 comments:

Anonymous said...

kak wateeqa, buat lahh cerpen cik abang bmw 2..sambungannya..karya akak best lahh, btw, akk mmg kreatif :)

ah..ah..ah..mad :) said...

akak, bautlahh sambungan cik abg bmw..please..merayu nihh..

Anonymous said...

akak, sambungan cik abg bmw plese..tulisan akk mmg kretif..harap ada sambungan

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders