its been a while i didn't update my blog.
bukan sengaja, bukan dipinta tapi terpaksa.
dalam ketandusan idea dan ilham.
dalam kesibukan dunia yang terasa tak pernah habis.
Alhamdulillah, abc kembali menguntai kata dan bicara.
Alhamdulillah abc masih bernyawa untuk meneruskan penulisan di blog ABC ini.
+++
senyap bukan bermakna abc lena.
lena dari mengamati dunia, karenah dunia.
banyak yang hendak dikongsikan, tapi masa seakan mencemburui abc.
tapi mungkin kali ini akan dipautkan sedikit kesah sepanjang kehilangan abc.
+++
Alhamdulillah, abc berkesempatan bertemu rakan sekolah lama (SAINA) hujung minggu lalu.
sangat hepi, sangat seronok. rindu pada mereka terubat!
insyaAllah, abc akan update beserta gambar.
tak berani nak janji takut macam dulu, tak dapat nak tepati.
+++
AKU SENYAP BUKAN LENA
abc kebetulan melihat satu nikmat syukur seorang insan.
sangat kebetulan. Allah yang telah tentukan.
abang abc nak keluarkan duit. CIMB yang dekat ada aje masa dia nak ambil abc dekat pekan rabu.
tapi sebab silap jalan, kami terpaksa ke tempat yang jauh.
dan di situ abc melihat seorang hamba Allah yang sangat mensyukuri nikmat Allah.
hamba Allah itu, mengeluarkan duit dari ATM, tak seberapa, hanya RM40 sahaja.
dikucupnya resit ATM, mungkin masih ada lagi wang di dalam bank. mungkin bersyukur masih ada lagi simpanannya.
abc terfikir sendiri, abc sentiasa mengaduh sedih bila rasa kesempitan.
melihat si hamba Allah tersebut, abc malu sendiri.
abc patut bersyukur. abc masih senang ke mana-mana, tak perlu payah berjalan seperti dia.
kenapa abc masih perlu mengaduh bila terasa tersempit sedikit??
Allah masih sayang abc dengan menyedarkan abc, betapa abc patut bersyukur.
abc masih ada apa yang patut ada. ada lagi yang merana dan terseksa.
masih ada lagi yang teruk diduga. abc patut bersyukur!
“duhai hamba Allah, abc doakan moga kehidupan anda sentiasa dipermudahNya, dipermurahkan rezki kepadamu. Amin”
++++
kadang manusia(abc) mudah lupa. bila senang, susah nak syukuri nikmat.
bila susah tercari-cari mananya rahmat. Allahuakbar!
kadang terlalu gembira, kita terlupa Tuhan yang memberikan.
bila kesedihan melanda, kita persoalkan mananya kebahagiaan.
kenapa ya?
+++
andai diberikan kesempatan, abc nak berbual dengan hamba Allah tu.
jauh dia berjalan melintas jalan, geraknya tak seberapa sempurna tapi gagah dalam payah.
hendak abc tanya, bahagiakah dia?
apakah rahsia?
abc mahu sedarkan diri ini yang lena dalam nikmat yang penuh, tak sedar diri bertuah!
+++
indah bila kita bersyukur ^^v
p/s: moga diri ini mensyukuri apa yang ada!
2 comments:
rezeki tu...jgn permudahkanyer...Allah Boley bagi kiter apa sahaja kepada kiter dengan pelbagai cara. zaman sekarang melalui matawang.
zaman dulu kala..zaman para sahabat...dengan tanaman yang melimpah ruah. Sampai sekarang..Tengok mesir...Buahnyer besar besar.Tomato cam buah oren...hihi
jadi nikmatilah pemberian dariNya. Jadi sebagai pembalasan..waima sibuk sekali pun..kiter kena jugak ingat padanyer..Yang lelaki...solat jemaah dimasjid jgan tinggal...Iman perlu ditambah dengan amal. Jadi kata kunci untuk kehidupan di dunia berusaha.
wallahualam
insyaAllah. tq =)
Post a Comment