bismillahirrahmanirrahim.
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
ini kali kedua, naluri tanggungjawab dan kasih abc pada anak bangsa abc tercuit.
alahai anak bangsaku. apa kamu nak jadi di masa tua mu kelak?
+++
kejadian ini berlaku pada hari khamis minggu lepas.
abc turun ke kedai makan yang paling murah dan sedap dipekan Alor Setar. ( Alor setar dah mahal makanannya!)
kami tak dapat elaun untuk LI, jadi kena la pandai jimat duit mama.
alhamdulillah, harini dapat makan free di opis. jadi turun minum2 ajelah.
sedang asyik bersembang. tumpuan kami dicuri oleh 6 orang budak lelaki yang baru berusia antara 11 hingga 13 tahun.
susuk tubuh yang kecil dan suara yang masih belum pecah, memang mencuit hati abc, sebab abc terkenang adik bongsu abc dirumah.
kenapa mereka ada disini? kemana mereka pergi?
mereka bukan berduit, takde duit pun.
hati abc sedih sangat bila mereka berenam berdiskusi tentang duit masing2, bukan tanya berapa ringgit, hanya bertanya
“ berapa kupang hang ada?”
jelas nyata, mereka bukan dari golongan berada atau ber’ada’
sedih lagi bila mereka hanya memesan air kosong (RM0.20)
lagi sedih bila melihat mereka disitu.
mana ibu bapa mereka? kenapa dibiarkan mereka disitu tanpa pengawasan? tahukah ibu bapa anak anda disitu?
abc ujarkan apa yang abc rasa pada kawan2, mereka kata, apa nak dikesiankan?
kami turut terbawa untuk berdiskusi, kenapa dan kenapa?
salah siapa sebenarnya?
abc tak ada jawapannya. balik cerita pada mama, mama juga sedih!
kawan bertanyakan umur mereka, jawapan yang keluar agak kasar.
dah mula nampak bagaimana mereka 2 3 tahun kelak jika tak terus diawasi.
mungkin jadi seperti remaja yang abc kisahkan sebelum ini
+++
abc sedih:
1. apa akan jadi pada mereka?
2. apa akan jadi pada masa depan mereka?
3. boleh tercapai cita-cita sewaktu naifnya mereka?
4. kenapa hal ini boleh berlaku?
+++
buat ibu bapa:
1. salahkan diri andai anak anda diantara mereka.
2. jangan salahkan mereka, tapi diri anda wahai ibu bapa! anda yang mencorak mereka.
3. penuhkan diri anak anda dengan ilmu dan agama, moga mereka tahu buruknya jika mereka antara mereka2 itu.
+++
buat anak bangsa dan juga diri ini:
1. akal kita ada. kenapa perlu dipersia?
2. akal kita Allah kurnia. kenapa tak guna?
3. Ilmu Allah itu luas, seluas semesta, kenapa tak endahkannya?
4. Pandanglah terus ke depan, indah atau buruk masa depanmu?
5. ingatlah ibu dan bapa, dalam setiap tindakkan kita.
++
teringat kata2 seorang, andai diri kita lemah dan tidak mahu mengingat DIA. ingatlah ibumu yang melahirkan.
: gambar hanyalah hiasan sahaja, dari mr.Goo
2 comments:
hurmm sedih kadang tgk budak2 macam ni... bersyukur sngt diri sendiri dpt peluang belajar.. dpat family yang caring.. huhuhu
alhamdulillah.. abc juga sgt2 besyukur.
Post a Comment