Sunday, June 5, 2011

Love is forever ~ 24i

LOVE IS FOREVER

“ Sedap jugak tomyam tadi kan..” Kami duduk ditepi kereta sambil melihat beberapa keluarga asyik mengambil gambar dipokok-pokok yang ada lampu tu. Malam-malam depan masjid Zahir ramai sangat orang. Bukan ke Masjid tapi ke depan masjid. Erm..

“ Sayang masak lagi sedap” Aku mencebik. Pandai sungguh ambil hati. Haikal memeluk pinggang aku disisinya.

“ B semua sedap..” Haikal ketawa kecil.

“ Asal isteri B masak, pergh! Tip-top!” Ujar Haikal dengan gaya yang menunjukkan bahawa masakan aku memang sedap sangatlah. Aku hanya ketawa kecil.

“ So.. Zu dah tak sabar ni..” Haikal memandang aku yang tersenyum sendiri.

“ Tak sabar apa?”

“ Hey.. kan kita keluar ni sebab B nak bagitau semua kan.. kan.. kan..” Aku memandang wajahnya penuh mengharap.

“ Okay-okay.. ehem.. test mic 1 2 3..” Haikal cuba bergurau. Aish!!..

“ Ala..cepat la..”

“ Sayang, mikrofon rosak la..” Ujar Haikal selamba, sambil tersengih.

“ B ni.. tadi siang cakap nak cerita. Tak nak sudah! Jom balik..” Aku tak suka dipermainankan seperti itu. Aku melangkah masuk ke dalam kereta. Hilang terus mood aku yang okay. Haikal masuk ke kereta. Kami senyap. Aku tak mahu pandang dia, aku rasa benci! Tanganku ditariknya, digenggam erat.

“ Sayang ingat tak waktu sebelum kejadian yang memisahkan kita? KLCC..” Haikal mula bersuara. Tanganku yang didalam genggamannya dikucup mesra.

“ Ingat.. sangat ingat.. B curang dengan Zu.. B dengan Alisya.” Aku cuba menarik tanganku yang berada dalam genggamannya.

“ Zulaikha sayang, how many time i have told you, B tak curang, tak pernah! Semua tu salah faham.” Haikal menegaskan kebenaran, aku mengeluh. Aku pandang wajah Haikal, dari matanya aku tahu dia berkata benar.

“ Okay-okay, sorry for that, now explain the whole things and don’t even miss a thing.” Haikal mengangguk.

“ Masa tu Zu merajuk dengan B, Zu mula bersikap dingin, B tak tahu kenapa, dan B rasa Zu dah mula tahu tentang B dengan Alisya, sebab waktu tu Alisya mula mengganggu hidup kita. Zu dah tau eh?” Haikal mengeluh perlahan. Bukan mudah kita nak merungkai kisah sedih dan duka lama, seksa!

“ Masa tu Zu dah banyak kali bukak handphone B, banyak mesej dan call dari Alisya. Zu, pikir B sayangkan Zu, rupanya B masih sayangkan tunang lama B. Zu terasa dipermainkan, rasa diperbodohkan.” Masih aku ingat mesej-mesej Alisya dalam inbox mesej Haikal. Hati aku remuk, aku terlalu mencintai suami aku,tapi dia...

“ Tapi Zu tak pernah tanya B pun..”

“ How? Macam mana Zu nak tanya, Zu sendiri sedar diri Zu ni siapa disisi B, Zu hadir terlalu pantas, dan Zu tahu cinta pertama B Alisya, dan entah ada sayang B untuk Zu ke tak Zu pun tak pasti..” Haikal memusingkan tubuhnya menghadap aku yang mula tertunduk di sisinya.

“ You’re my precious wife. I love you with all my heart. B ingat Zu tahu tentang tu, Alisya dah takde dalam hati B. Yes she is my first love, but Zu cinta paling berharga bagi B, cinta terakhir B, cinta syurga B..” Aku terus memeluknya setelah kata-kata itu keluar dari bibirnya. Haikal tersenyum. Kalau isterinya percaya dan yakin cinta dia dari dulu, mungkin mereka tak terpisah. Allah ada rancanganNya sendiri.

“ I’m sorry… tapi kenapa B sendiri tak cerita kat Zu? Kenapa abang teruskan sampai lepaskan Zu?” begitu banyak persoalan aku lemparkan padanya. Haikal mengusap belakangku perlahan. Ditolaknya tubuhku perlahan, air mata dipipi disapunya dengan jemarinya yang kasar.

“ I’ve tried. But I’m not too brave to facing you about this matter. Ingat tak, masa Zu pergi KLCC, B ada call, tapi sayang tak jawab, B mesej, B suruh balik rumah kita kat KL tu. B tunggu Zu tak balik. Zu balas Zu kata Zu nak balik Kedah terus. B tak tahu nak buat apa, B ingat kalau Zu balik, B akan cerita semua tapi tak sempat, Zu dah Nampak B dengan Alisya. B takut sangat waktu tu, B tau B akan hilang sayang dan ia berlaku.” Haikal meraup wajahnya. Begitu beratkah?

“ What matter? Zu tak jelas ni..”

“ Alisya kembali pada B sebab dia pregnant. Mula dia tak cakap. Then bila B tak nak dia kacau B dan sayang, dia mula buat macam-macam, sampailah dia merayu-rayu dan cakap dia pregnant. B tolak juga, B takde kena mengena dengan baby yang dia kandung tu, dia marah, dia kata kalau B tak nak kembali dekat dia, dia akan gugurkan baby ni. Mula B buat dek aje dengan ugutan dia, tapi bila balik rumah, B jadi terfikir-fikir baby tu. B macam resah semacam. B nak cerita dekat sayang, tapi B taktau macam mana.” Haikal mengeluh lagi.

“ Ada hikmahkan.. kalau B cerita mungkin Zu akan halang B kembali pada Alisya sebab baby tu. Kita takkan ada Asyaaf.” Aku tahu, aku pasti akan menghalang Haikal dari jadi pak sanggup. Haikal mengangguk perlahan.

“ Zu betul takkan bagi B kembali pada Alisya walaupun sebab baby tu?” soalnya.

“ Mungkin, kalau ikut kewarasan fikiran remaja berumur 20 tahun that time, Zu mesti tak bagi B jadi pak sanggup, Ummi pun mesti tak bagi jugakkan?”

“ Mungkin..” Balasnya ringkas. Aku menyandarkan tubuhku.

“ B… Kenapa B sampai ke US?”

“ Alisya betul-betul penipu. B bawak dia jumpa Ummi dan Baba. B cakap B nak kahwin dengan dia lepas dia selamat bersalin. Ummi marah sangat. Ummi kata dia dah tak kenal anak dia, Haikal dah hilang. B diam aje. B tak pernah tengok Ummi semarah tu. Baba senyap tapi B tau Baba marah. Seminggu kemudian, Alisya lari ke rumah kakak dia kat US. B mintak izin Ummi dan Baba, B taknak menyesal kemudian hari, B takut Alisya gugurkan baby dia kat sana. Tapi bukan Alisya yang B jumpa, tapi Zulaikha Azra, pemegang cinta Haikal. Setia melindungi hati Haikal sampai ke US.” Haikal mengucup pipiku, aku terkedu dengan perbuatannya yang pantas.

“ Ibu ada cerita yang Zu menangis dan murung lepas penceraian kita, B tahu Zu terseksa. B tersilap langkah, B buat silap paling besar dalam hidup. Masa kat US, B dah nampak kelibat Zu, tapi takut salah, tiba-tiba nampak Zu jatuh, B terus meluru pergi dan betul memang Zu. Zu pucat sangat. B dakap Zu erat-erat. B salahkan sayang, B lepaskan sayang.. Sayang marah B, Sayang benci B.. B tahu salah B, dan masa B peluk Zu, B janji yang B akan buat Zu kembali pada B dan takkan menangis lagi.” Tangannya yang berada dipipiku aku genggam.

“ Zu sayang B…” Air mata ini sungguh murah buat dirinya. Haikal menyeka air mataku dari mengalir.

“ B suruh Dr.Hafizah kuatkan hati Zu. Suami Dr.Hafizah, Daniel kawan B, Dr. Hafizah sekampung dengan B, sebabkan fitnah dia dibuang orang kampong. Daniel kebetulan dating homestay kat situ tolong selamatkan Hafizah, dia larikan Hafizah ke US.” Patutlah dulu Dr.Hafizah kata kisah dukanya lebih kurang sama. Sama-sama larikan diri kerana terluka.

“ What happen to Alisya and Asyaaf kat sana?” aku soal kembali setelah lama kami melayan rasa.

“ A week after B kat sana, kakak Alisya call dan cakap Alisya selamat bersalin. B pergi hospital, hanya ada Asyaaf. Alisya dah lari sebaik bersalin. Lari bersama kekasih baru yang dia kenal dekat airport. Kakak Alisya kata, Alisya tak susukan Asyaaf pun. Alisya just pesan, kalau Haikal tak nak jaga, bagi aje anak dia dekat siapa yang nak..”

“ Jahatnye… poor Asyaaf. But luckily he has you as his father.”

“ And you as his mama…” Kami ketawa.

“ B sayang sangat dengan Asyaaf ye..”

“ Yup. Masa pertama kali B sentuh dia, terasa something yang sejuk macam angin menghembus dekat hati ni. B azan dekat telinga dia, tapi B dengar gema azan B macam untuk semua. B tau, Allah telah hadiahkan sesuatu yang tak ternilai dekat B, dan B dah dapat hikmahnya kehadiran Asyaaf.” Haikal tersenyum.

“ Hikmah? Apa?”

“ You.. sebab Asyaaf kita kembali bersama.. kita kembali menguntum cinta lama.” Haikal merapatkan wajahnya dengan aku. Bibirku yang kering disentuhnya dengan bibirnya yang basah. Aku terkejut dengan reaksinya, tapi aku terbuai dengan tindakannya. Lama.

“ B.. dalam kereta ni..” aku mula menjauhkan wajahku. Haikal ketawa kecil.

“ Eleh, sayang suka je.” Aku merona merah. Haikal ketawa lagi.

“ B memang nak kembali pada Alisya?” Aku soal lagi.

“ sayang.. tak habis lagi..?”

“ Nak tahu.. last-last..” ujarku dengan menunjukkan peace.

“ erm… bukan kembali sebab dia tapi baby. Bukan kembali tapi tolong. B takkan kembali pada dia. B tak bodoh dengan cinta dia. Tapi dengan Zulaikha Azra, B jadi gila.” Haikal sekali lagi nak menciumku. Aku halang dengan menekup bibirnya dengan tanganku.

“ B!.. ngada-ngada!..” Haikal ketawa besar. Aku cuba cubit lengan dia, dia tepis, aku cuba cubit paha dia, dia tepis. Aku merajuk, Haikal cubit pipiku, kuat!

“ B!! sakit tau tak..” aku pura-pura menangis. Haikal kalut.

“ Sayang.. sorry.. its hurt you?” aku tundukkan muka. Haikal cuba menarik mukaku untuk dilihatnya. Aku elak. Bila dapat peluang, yahhhh! Aku dapat cubit perut Haikal!

“ Aduh..”

“ See my pipi, dah merah. Padan muka B..” aku menjelir.

“ Zulaikha Azra, jarimu ibarat pedang. Macam kena tusuk pedang je ni..” Aku ketawa. Over!

“ Siapa suruh cari pasal.?”

“ Sayang yang mula… dah ni, B takleh drive dah..” Haikal merungut. Buat comel boleh!

“ Eleh.. tak mati pun la.. over la B ni..” Haikal mencebik. Aku ketawa. Kini kami kongsi bahagia. Tapi mungkinkah bahagia ini selamanya? Masihkah ada ribut duka tika panas bahagia ini?

2 comments:

Sara aisha said...

kn dh ckp alisya tu mengandung ank luar nikah and haikal pulak jdk pak sanggup...hehe

Ad_dEen said...

erm...
bagusnya lelaki sebaik haikal 2..
hope there will no more pain to Zulaikha Azra...

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders