Friday, December 4, 2009

berdakwah lah dengan penuh hikmah!!!!


semua yang bergelar muslim wajib berdakwah...
dan sekarang ramai yang tahu berdakwah..
tapi adakah dengan cara yang berhikmah
insyaAllah..

semua umat islam itu bersaudara..
sikap saling menegur untuk kebaekan itu perlu..
erm.. saya tak berani nak cakap lebih2..
ilmu baru sejengkal (sampai ke??)

kerana sesuatu membuat saya buat sedikit pembelajaran mengenai dakwah..
mase sekolah ustaz dan ustazah selalu cakap.. "berdakwah lah dengan hikmah"
apa ye ciri2 berdakwah dengan hikmah??? yang saya tahu... tak mudah marah.. ada ilmu..
erm... ini serba sedikit yg saya amek dr penulisan orang laen..(hhehhe...cilok)



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


"Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik." [An-Nahl: 125]

"Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." [Ali Imran: 159]

"Sesungguhnya, tidaklah kelembutan itu ada pada sesuatu kecuali ia akan membaguskannya dan tidaklah (kelembutan) itu tercabut dari sesuatu, kecuali akan memburukkannya." [HR Muslim dalam Al-Birr wash Shilah (2594)]

"Barangsiapa yang tidak terdapat kelembutan padanya, maka tidak ada kebaikan padanya." [HR Muslim dalam Al-Birr wash Shilah (2592)]




:::Persoalan dakwah berhikmah mengikut pandangan Al-Marhum Mohd Natsir dalam bukunya Fiqhud Da’wah.

Dalam mengupas persoalan hikmah ini, Al-Marhum telah membahagikan ciri-ciri hikmah kepada tiga ia itu :-

a) Mengenali golongan, ia itu golongan yang sedang di hadapan seseorang da’i dan tahap kemampuan mereka untuk memahami risalah yang di bawa
b) Memilih saat, iaitu memilih masa dan ketika yang tepat untuk berbicara dan
c) Mencari titik pertemuan, iaitu adanya keserasian dan persamaan serta relevensi, sebagai tempat bertolak




Dalam konteks dakwah, Allah telah menjelaskan hikmah dalam beberapa makna mengikut kondisi keadaan yang berlaku. Antaranya hikmah dalam erti kemampuan memilih saat bila harus berbicara dan bila harus diam. Para pendakwah seharus mengetahui saat ia harus berbicara dalam menyampaikan dakwah supaya dakwahnya mudah diterima. Hikmah dalam erti memilih dan menyusun kata-kata. Seorang pendakwah perlu menggunakan bahasa yang baik, tepat dan padat. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berkatakanlah dengan kata-kata yang tepat.” (al-Ahzab, ayat 70)

Para ulamak menyebutkan qaulan sadida dengan kata –kata yang lurus, kata yang benar dan kata yang tepat iaitu berbicara dengan penuh kejujuran kerana di situlah terletak unsur segala kebahagiaan dan pangkal dari segala kesempurnaan kerana yang demikian itu berasal dari kemurniaan hati.

wallahualam.....




reminder: sy mintak maaf klu tersalah ape2.. harap ade yg leh tambah n tegur keslahan tuh..

No comments:

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders