Thursday, March 25, 2021

MINI NOVEL 2020: MUZIKAL CINTA 18

 



BAB 18

Nur Ayla sangat sibuk hari ini di kafe’. Ruhaila baru maklumkan yang dia tidak sihat dan baru sahaja pulang dari klinik. Nur Ayla terpaksa kerja sendirian di kafe’ dengan pelanggan yang terlebih ramai dan tempahan yang bertimbun. Tempahan ini merangkumi tempahan dari kafe’ di Meru.

Sedang melayani pelanggan di kaunter pembayaran, sosok lelaki yang amat dikenali itu mencuri pandang. Lelaki itu laju menghampiri Nur Ayla yang baru selesai memberi baki kepada pelanggannya.

“Hectic?” Perkataan pertama yang keluar dari mulut Rashid selepas mereka berdua saling berpandangan, berdepan.

“Sangat. Kenapa ke sini?” Nur Ayla terus menyoal. Selepas tiga hari lelaki di depannya itu seakan menyepi. Nur Ayla pula seperti tercari-cari.

“Nak tolong awak, tadi saya bawa Ila ke klinik dan dia bagitau yang awak super busy this day.”

“Eh, kerja awak macam mana pulak?”

“Hari ni hari Sabtu.” Nur Ayla menepuk dahi sendiri. Dia hanya tahu tarikh tetapi selalu lupa dan silap hari.

“Lupalah. Bagus jugak, saya nak kena siapkan kek 2 tingkat nak kena hantar petang ni. Pakai apron.” Nur Ayla menunjuk ke arah apron yang tergantung di dinding betul-betul belakang kaunter pembayaran. Rashid menggeleng.

“Before that, can I have a cup of coffee and a slice of cake?” Rashid tersenyum lebar.

“Oh, sure. What kinds of coffee that you like sir? Which cake do you prefer?”

“Americano and cheese cake?”

“We have the best cheese cake but I am very sorry sir, we don’t have americano. We only have Kopi Kedah, would you like to try a cup of it?” Nur Ayla melayan karenah Rashid. Rashid ketawa dan mengangguk.

“I love too, thank you. Would you like to have a coffee with me?” Nur Ayla yang sedang menuang kopi hanya tersenyum sahaja.

“I would love to but I am super duper busy right now.” Balas Nur Ayla sambi menghulur dulang berisi pesanan Rashid. Rashid menjungkit bahu dan mengeluarkan kad untuk membayar.

“My treat for today. Harap cepat sikit noh, banyak reja.” Nur Ayla berbisik perlahan. Rashid mengangguk dan terus mencari meja. Meja yang membolehkan dia makan minum dan memandang. Memandang wajah Nur Ayla yang manis. Terpesona sungguh!

Jarum jam mula menghampiri jam 5 petang. Nur Ayla mempercepatkan kerjanya mendekorasi kek 2 tingkat untuk majlis resepsi di Meru. Kek itu perlu bergerak ke Meru pada jam 6 supaya sampai sebelum jam 7 petang.

“Busy betul, sampai saya pun dia tak pandang.” Suara Rashid kedengaran begitu dekat di telinga Nur Ayla. Terasa begitu hampir hingga hidung Ayla boleh mencium bau wangian yang dipakai Rashid begitu kuat. Nur Ayla mengalih ke sisi, hampir sahaja bibir Nur Ayla mendarat ke wajah Rashid yang berada begitu dekat dengannya. Nur Ayla terkejut dan terus mengundur ke belakang.

“Awak!” bentak Nur Ayla.

“Apa?” Rashid berlagak tidak bersalah. Senyuman nakal cuba disembunyikan dengan riak serius.

“Jauh sikit boleh. Kek ni dah nak siap tau, karang rosak pulak.”

“Saya nak tengok awak buat kerja je, salah ke?”

“Tak salah tapi jauhlah sikit.” Nur Ayla menolak Rashid dengan sikunya apabila Rashid makin mendekatkan jarak antara mereka.

“Awak ni kenapa… jauh. Duduk situ.” Marah Nur Ayla apabila Rashid sengaja merapatkan dirinya dengan dia. Nur Ayla menunjukkan ke arah kerusi yang ada. Rashid ketawa dan kemudian menurut sahaja.

“Pukul berapa nak hantar ni?” Soal Rashid kemudiannya.

“Pukul 6 saya kena gerak dah ke Meru Height.”

“Oh, dekat dah dengan rumah saya kan, bolehlah sekali.” Nur Ayla berhenti seketika berkerut kening.

“Tak perlu kut. Nanti nak kena hantar saya ke sini pulak. Saya drive aje ke sana.”

“Tak apalah, boleh kita spend time sama-sama in between.” Ujar Rashid.

“Perlu ke?”

“Tak rindu saya ke?” Rashid tidak menjawab malah kembali menyoal. Bagi Rashid ayat ‘Perlu ke?’ memang akan sentiasa keluar dari mulut Nur Ayla.

“Entahlah. Okay ja.” Nur Ayla balas bersahaja. Jawapan yang membuat Rashid mencerut wajah.

“Seriously?”

“Apanya?” Nur Ayla balas dengan soalan. Sengaja buat-buat bingung.

“Betul tak rindu?” Ketika itu Rashid mengeluarkan telefonnya dan cuba mendail nombor. Telefon Nur Ayla berbunyi kemudiannya. Telefon itu berada di kaunter, laju sahaja Rashid bangun dan terus mengambil telefon Nur Ayla. Nur Ayla hanya memandang.

“Siapa call saya? Eh, awak call saya? Kenapa?” Soalan demi soalan keluar apabila Nur Ayla memandang Rashid yang membelek telefonnya. Apabila Rashid mematikan panggilan deringan telefon Ayla juga berhenti.

“Ingat tak save nombor saya. Save… tapi Roma?”

“Save lah nanti senang nak decline.” Balas Nur Ayla. Tangannya sibuk mengemas meja. Kek telah siap di deko dan telah siap dimasukkan ke dalam kotak. Semua barang yang diperlukan untuk siapkan kek di majlis nanti telah dikemaskan ke dalam satu beg.

“Apa tu Roma? Rome? Romance… auwww that’s beyond my expectation.” Ujar Rashid telefon Nur Ayla dihulurkan. Nur Ayla cuba mengawal riak wajahnya. Malu!

“Memang beyond expectation pun, over lah. Roma sama lah macam KOMA. Perlu berhenti seketika sebelum nak sambung apa-apa ayat. Kalau tak nanti jadi ayat panjang dan penat.” Laju sahaja otak Nur Ayla memerah jawapan selamat. Rashid menggigit hujung bibirnya sebelum merapati Nur Ayla yang sedang menyangkut apronnya.

Nur Ayla yang terkejut dengan kehadiran Rashid yang tiba-tiba berada di belakangnya membuatkan Nur Ayla tersandar ke dinding. Rashid kemudian menahan dinding dengan tangannya. Sengaja merapatkan jarak yang ada. Sengaja membuatkan Nur Ayla berdebar-debar dalam perangkap nakalnya. Nur Ayla yang cuak dengan jarak yang sangat rapat antara mereka, menahan tangan begitu dekat dengan dada Rashid. Langkah berjaga-jaga, risau lelaki di depannya itu hilang pertimbangan yang waras!

“Apa ni awak?” Laju Nur Ayla menyoal, tegas. Rashid beriak serius sebelum bersuara.

“I wonder, kalau saya cium awak sekarang ni, apa yang awak akan buat ya?”

“Jangan mengarut!”

“Saya nak try lah. I would like to see the consequent of my daring action.” Rashid kemudian menunduk dan cuba merapatkan bibirnya dengan bibir Nur Ayla membuatkan Nur Ayla cepat-cepat menolak dada Rashid sekuat-kuatnya.

“Please, jangan buat saya benci awak.” Nur Ayla bersuara tegas. Rashid kemudian kembali memandang Nur Ayla. Menjarakkan kedudukan mereka, namun tangan masih di dinding, memerangkap Nur Ayla di dinding itu.

“Okay, sekarang awak tak benci saya?” Rashid menyoal lagi, matanya memerhati Nur Ayla yang sudah beriak seperti mahu menangis. Takut, Nur Ayla takut.

“Bila saya kata saya benci awak?”

“Tapi awak tak sayang saya, tak cinta saya, tak rindu saya.”

“Jadi, dengan saya tak balas sayang cinta rindu awak tu awak rasa saya benci awak?” Nur Ayla pula kembali menyoal, setitis air mata menitis keluar dari takungan mata. Jantung Rashid tersentak namun dikawal. Tidak berniat apa-apa selain hanya mahu mengusik hati gadis yang dicintainya.

“Yelah, sayang pun tak, cinta apatah lagi. Rindu pun tak ada. Saya, 3 hari ni menahan rindu yang amat besar awak tau tak.”

“Awak ni kategori wajib kahwin tau tak. Dahlah tepi sikit.” Nur Ayla cuba melarikan diri, menolak Rashid supaya menjauhi namun Rashid pula semakin merapatkan jarak. Sebelah lagi tangan didepang menahan dinding membuatkan dada mereka hampir bersentuhan.

“Memanglah wajib kahwin tapi pengantin perempuan saya suka larikan diri.” Rashid bersuara dekat dengan telinga Nur Ayla. Nur Ayla berdebar dan ada getar. Keadaan ini amat tidak selesa, tiada ikatan yang membenarkan mereka begitu. Nur Ayla memejam mata dan menarik nafas dalam-dalam. Memberikan otaknya oksigen untuk fikirkan sesuatu bagi melepaskan diri.

“Awak…” Nur Ayla cuba memandang Rashid. Walaupun terasa segan, namun dipaksa matanya memandang mata Rashid yang memang sedia memandang tepat ke wajahnya.

“Yes?” Entah kenapa suara Rashid yang memang sedia romantik kedengaran lagi romantik ketika itu. Nur Ayla beristighfar dalam hati, syaitan sungguh!

“Awak kata sayang sayakan?”

“Ya sangat sayang.”

“Kalau sayang, boleh tak jangan buat saya macam ni. Kita ni tak ada ikatan apa-apa. Tak manis sangat. Risau datang yang ketiga nanti, menyesal kita seumur hidup.” Halus, lembut tapi tajam. Selepas itu Rashid tersenyum hingga ketawa dan terus mengangkat kedua-dua tangannya.

Nur Ayla lega, berjaya juga akhirnya.

“Sekali lagi awak buat macam tu, memang saya akan benci awak.” Nur Ayla bersuara tegas seakan memberi amaran.

“Gurau pun tak boleh.” Balas Rashid berlagak tidak bersalah.

“Gurau pun ada batas. Kita lagilah ada batas, tambah-tambah awak tu kategori wajib kahwin.”

“Amboi pandai kata saya. Dahlah, pukul berapa nak gerak ni? Nak asar lagikan?”

“Awaklah buat drama korea dah delay kerja saya. Saya naik tukar baju dan solat. Kalau awak nak solat siap-siap, belakang sana ada bilik untuk solat.” Nur Ayla menunjuk ke arah bilik yang selalu digunakan mereka untuk solat ketika bekerja.

“Eh, saya ikut awak naik ataslah.” Rashid mengusik lagi, laju melangkah mengikut Nur Ayla. Nur Ayla mengetap bibir.

“Jangan sampai saya report dekat Puan Ruhil.” Nur Ayla memberi amaran sebelum laju melangkah ke tingkat atas. Rashid ketawa.

“Wow dah pandai guna nama bakal mak mertua.” Rashid tidak tunggu lama sebelum terus ke bilik yang diberitahu Ayla. Dia juga perlu bersihkan diri dan solat Asar. Hari ini dia terasa gembira. Walaupun Nur Ayla masih mode menolak tapi tidak sedingin sebelumnya. Terasa tak sia-sia dia korban hujung minggunya datang ke sini dan membantu Nur Ayla.

Nur Ayla menyusun meja yang menempatkan kek pengantin dengan secantiknya. Ini yang paling disukainya apabila berada dalam kerjaya sebagai pembuat kek. Kek pengantin seakan ada aura yang luar biasa. Indah, anggunnya tiada tandingan. Bisa membuat dia tersenyum sendiri.

“Tulah, saya ajak kahwin tak nak. Ini dah tersenyum sorang-sorang tengok kek pengantin.” Rashid yang menghampiri bersuara. Nur Ayla berdecit kecil.

“At least saya tak sampai kategori wajib kahwin.” Bidas Nur Ayla.

“Menyesal pulak tak cium awak betul-betul tadi.” Bisik Rashid di telinga Nur Ayla yang masih sibuk menyusun meja kek. Nur Ayla terus berdiri tegak, keras. Rashid memang tak berlapik.

“Kalau dah buat tadi, jangan harap saya nak jumpa awak macam ni lagi. Nak rasa tamparan wanita saya cubalah!” Nur Ayla mencerlun matanya. Rashid hanya ketawa.

“Nur Ayla, awak rasa saya akan buat ke macam tu dekat awak?” Rashid kemudian menyoal. Nur Ayla yang telah berpuas hati dengan susunan dan dekorasi meja kek dan kek pengantin hanya memandang Rashid sekilas sebelum menjawab.

“Mungkin. Awak lelaki yang ada nafsu. Manusia bukan malaikat.” Balas Nur Ayla. Rashid mencebik dan mengangguk.

“Tapi saya manusia yang diberikan akal untuk berfikir dengan waras. Walaupun saya wajib kahwin macam awak kata, tapi saya masih boleh fikir halal haram.”

“Haa pandai, tapi kenapa buat kelaku budak tak cukup umur?” Bidas Nur Ayla, geram.

“Saja. Saya suka tengok muka awak yang merah-merah macam ni, macam kena simbah air panas.” Rashid ketawa besar. Nur Ayla geram, tak berhenti langsung mengenakan dia.

“Ish… sudahlah. Nak balik, jom.” Nur Ayla mengambil beg tangannya.

“Janganlah. Tuan rumah ni pesan tadi, makan dulu sebelum kita balik.” Ujar Rashid.

“Laju kenal tuan rumah?” Soal Nur Ayla, hairan.

“Pengantin lelaki tu junior saya dulu.” Jawapan Rashid yang membuatkan Nur Ayla terdiam dan terfikirkan sesuatu.

“Oh, ni semua plan awak kan. Patutlah beriya tolong saya harini, ada udang disebalik…” Perut Nur Ayla yang tiba-tiba berbunyi mematikan kata-kata Nur Ayla. Rashid tersengih dengan sengihan melebar.

“Udang ada tadi, udang butter. Jom makan dulu sayang, lepas tu saya hantar awak balik.” Ujar Rashid sambil menarik lengan baju Nur Ayla supaya berjalan seiring dengannya.

“Patutlah awak pun bersiap eh. Ada agenda.”

“Takkan awak sorang aje nak datang sini cantik-cantik. Saya pun nak segak-segak.” Balas Rashid. Nur Ayla mencebik.

“Saya cantik ke?” Sengaja Nur Ayla menyoal sambil mencedok makanan yang terhidang di buffet. Rashid senyum.

“Kalau tak cantik, awak rasa saya akan tergila-gilakan awak sampai macam ni ke?” Nur Ayla senyum nipis, malu dengan pujian yang baginya besar dari Rashid.

“Saya handsome tak?” Rashid menyoal kembali. Nur Ayla menjungkit bahu.

“Tengok awak tu, suka tak jawab soalan saya.” Rashid bersuara berjauh hati. Nur Ayla senyum sahaja.

“Sengaja tanya soalan yang sendiri tau jawapan.”

“Awak pun tanya awak cantik ke tak tadi.”

“Sebab saya tau saya ni tak cantik macam orang lain. Yang cantik-cantik tu semua yang suka pandang-pandang awak ja, macam tu. Dari tadi saya perasan dia asyik pandang awak aje.” Nur Ayla menunjuk dengan hujung mata. Rashid memandang ke arah yang ditunjukkan. Rashid memerhati dan kemudian melambai tangannya. Gadis itu terus berdiri dan menghampiri.

“Kenapa awak panggil dia?” Soal Nur Ayla gelabah. Belum sempat Rashid menjawab, gadis itu sudah pun berdiri disebelah kerusi Rashid.

“Lama tak jumpa you. Last kita jumpa around two years ago, right.” Suara gadis itu sebaik sahaja tiba di situ.

“Ya betul, masa majlis Firdaus kalau tak salah. You, apa khabar?”

“Alhamdulillah, macam nilah I, single and free. I nampak you tadi, risau salah orang, nampak lain sekarang. Semakin kacak.” Nur Ayla yang mendengar mengangkat kening dan mengangguk kepala. Nak tergelak tapi ditahan, risau menganggu perbualan Rashid dan gadis itu.

“You jugak yang puji I, tanya yang sebelah ni, asyik tak jawab.” Sengaja Rashid hendak mengenakan Nur Ayla yang hanya diam dan makan disebelahnya. Tangan Rashid masih sibuk mengupas kulit udang untuk Nur Ayla. Nur Ayla tetap buat tak endah. Amelia yang memerhati tingkah mereka berdua kemudian menyoal.

“Tak nak kenalkan dengan I ke?”

“Oh, lupa. Amelia kenalkan tunang I, Nur Ayla. Sayang, ni Amelia classmate masa sekolah dulu.” Nur Ayla tersedak mendengar kata-kata Rashid. Rashid laju mengambil cawan berisi air dan terus menyua rapat ke mulut Ayla. Tidak tunggu lama, Nur Ayla terus laju meneguk air yang diberikan.

“Sorry. Nur Ayla.” Nur Ayla menghulurkan tangan, menyapa dengan lebih sopan.

“Bila korang bertunang, setahu I tak ada yang bagitau you dah berpunya.” Amelia bersuara jujur. Nur Ayla memandang Rashid yang hanya tersenyum.

“Last year, family aje yang tahu. insyaAllah nanti majlis kami jemput.” Nur Ayla hanya senyum dengan rasa serba salah mendengar jawapan Rashid.

“Jangan lupa jemput tau, I tunggu. Melepaslah I kan, I ingat I masih ada chances.” Ujar Amelia sebelum melangkah pergi. Sebaik sahaja Amelia sudah jauh dari meja mereka, Nur Ayla berdecit kuat. Baru hendak buka mulut, Rashid terus menyuap udang ke mulut Nur Ayla. Nur Ayla menekup mulutnya yang penuh dengan udang. Lengan Rashid dicubit kuat, melepas geram. Rashid mengaduh dengan ketawa.

“Jangan cakap apa-apa. No comments are accepted.” Ujar Rashid.

“Mana boleh tipu macam tu, manalah tahu Amelia tu jodoh awak ke, kan melepas.” Nur Ayla membalas, tangannya masih setia menyuap udang yang telah siap dikupas Rashid.

“Ayla, saya tak akan lepaskan awak tau. Biarlah siapa pun yang datang, puteri gunung sekali pun. Saya nak awak saja jadi jodoh saya sampai hujung nyawa saya.” Kata-kata Rashid yang terus sampai ke hati Nur Ayla, membuatkan Nur Ayla terdiam dan hanya memandang Rashid. Jantung Nur Ayla seakan berdetak dengan lagu cinta.

“Sweet tak?” Soal Rashid sambil membalas pandangan Nur Ayla yang tidak berkelip. Apabila saling berpandangan membuatkan Nur Ayla termalu sendiri lalu terus melarikan pandangannya.

“Sweet la sangat.” Nur Ayla ketawa dengan senyuman. Rashid tersenyum melebar.

“Nak makan lagi udang ni.”

“Berapa ekor ni awak ambik? Habis sedulang eh.” Nur Ayla berkerut memandang kulit udang yang memenuhi pinggan Rashid.

“Ooo awak ambik udang saja eh. Kenapa tak makan nasi?” Soal Nur Ayla yang baru perasan pinggan Rashid yang hanya ada menu udang butter.

“Sebab awak kata tadi nak makan udang tapi malas kupas. Lepas tu depan udang tu tadi bukan main, sedapnya sedapnya. Saya kan orangnya romantik dan sweet.” Nur Ayla terlopong dengan jawapan Rashid dan kemudian ketawa.

“Ni bukan Rashid, sila keluar dari badan dia.” Nur Ayla berjenaka. Nur Ayla ketawa, Rashid juga.

“Ikhwan minta saya nyanyi untuk majlis dia malam nanti. Boleh tunggu dengan saya dekat sini?” Pinta Rashid penuh pengharapan.

“Kita nak maghrib mana nanti?” Soal Nur Ayla sambil membelek jam di tangan yang sudah menunjukkan jam 7.10 petang.

“Rumah saya kan depan tu aje. Singgah solat kejap lepas tu kita datang dengan mama papa sekali.”

“Seganlah nak jumpa mama papa awak.”

“Nak segan apa, kan dah pernah jumpa?”

“Mama Papa awak baik sangat.”

“Rugikan tak jadi menantu mama papa saya.”

“Eh, ke situ pulak. Tak apa ke saya singgah solat? Nanti mama papa kata kita ni ada apa-apa pulak.” Soal Nur Ayla kepada Rashid yang sudah menjamah nasi yang ada di pinggan Nur Ayla. Nur Ayla mulanya menegah tapi tahu ajelah Rashid dan kedegilannya.

“Memang ada apa-apa kan?” Balas Rashid.

“Awak ni…” Nur Ayla seakan meminta Rashid memahaminya.

“Yelah, kan awak kena bertanggungjawab dengan hati saya.”

“Awak sengaja nak perangkap saya kan?”

“Perangkap dalam cinta saya aje Nur Ayla. Tak boleh?” Rashid membalas. Nur Ayla diam sebelum menjawab.

“Boleh tapi kalau kesudahannya sama macam haritu macam mana?”

“Sebab tu yang awak berkeras tak nak mula semula?” Nur Ayla mengangguk sahaja dengan pertanyaan Rashid.

“Dah setahun Ayla. Kesudahannya tak akan sama. Kita mula dengan sesuatu yang berbeza.”

“Takutlah. Sakit tau tak. Saya sorang-sorang.”

“Faham. Tapi macam nilah, berkeraslah awak menolak macam mana pun, saya akan terus berkeras untuk buat awak terima cinta saya dan saya dalam hati saya. Boleh?”

“Boleh tapi jangan over, tak manis.” Rashid ketawa. Gembira dihatinya apabila Nur Ayla seakan membuka sedikit hatinya untuk dia.

“Jom, dah nak maghrib.” Nur Ayla membuntuti langkah Rashid. Nur Ayla menggeleng sendiri. Entah kenapa laju benar dia bersetuju dan menerima. Nur Ayla seperti tidak berfikir semasaknya. Tapi hati Ayla kata, semua akan baik-baik sahaja. Apa sahaja yang Rashid buat hari ini tidak langsung menimbulkan ketidakselesaan kepada dirinya malah membuat hati dia berbunga-bunga. Mungkin sebab itu dia hanya mengiyakan semuanya. Nur Ayla tersenyum, dengan hati yang pernah luka namun sekarang kembali bercambah bunga.


1 comment:

Siti said...

bertambah tambah cair

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders