Sunday, April 4, 2021

MINI NOVEL 2020 : MUZIKAL CINTA 19

 



BAB 19

Nur Ayla menyarung kasutnya, kemudian berdiri berdepan dengan Puan Ruhil dan Encik Rahmat. Rashid yang sudah di kereta memanggil Nur Ayla untuk masuk ke kereta. Jam sudah pun menunjukkan 10 malam.

“Terima kasih Pak cik, Mak cik… saya balik dulu.” Nur Ayla menghulurkan tangan menyalami Puan Ruhil, kemudian menunduk kepala tanda hormat kepada Encik Rahmat.

“Datang lagi Ayla, jangan segan-segan. Ruhaila demam bukan sebab kerja dengan kamu tapi tesis dia ada masalah katanya.”Ujar Puan Ruhil.

“InsyaAllah. Bagitahu Ruhaila, bagi selesai tugasan dia baru datang kerja. Sekarang dah dekat Ramadhan, jadi saya tak ambil tempahan banyak.” Nur Ayla membalas.

“Bukan Ramadhan lagi banyak tempahan sepatutnya?” Encik Rahmat pula menyoal.

“Saya tak ambil tempahan biskut raya and tak bukak kafe’. Ramadhan memang saya rest sebulan. Bukan selalu datang Ramadhan kan.” Sejuk hati Puan Ruhil dan Encik Rahmat mendengarnya. Nur Ayla bukan hendak menunjuk baik tetapi itulah sebenarnya. Cukup setahun dia bekerja, hanya sebulan lebih dia cuti bukanlah merugikan.

“Baru ingat nak tempah biskut raya. Tak merasalah mak cik.”

“Saya buat juga, untuk family. Kalau makcik nak, bagitau ja biskut apa, saya buatkan.”

“Haa okay sangat tu, makcik dah lama teringin nak buat biskut raya tapi tak pandai. Nanti kita buat sama-sama boleh? Ayla boleh ajar mak cik dengan Ruhaila.” Nur Ayla tersenyum penuh janggal.

“Macam ada sesuatu aje mak cik ni… sama macam Rashid eh.” Nur Ayla bersuara dengan senyuman janggalnya.

“Memang perangai berdua ni sama Ayla, penuh agenda.” Tambah Encik Rahmat. Puan Ruhil hanya ketawa.

“Ayla, jom… dah lewat.” Panggil Rashid apabila melihat Nur Ayla masih tidak berganjak dari situ. Nur Ayla cepat-cepat meminta diri dan terus memasuki ruang kereta.

Baru sahaja memakai tali pinggang keledar, telefon Nur Ayla berdering. Nama Angah naik di skrin telefon.

“Waalaikumussalam Ngah. Ya ada apa?” Nur Ayla membalas salam yang diberikan sebaik sahaja talian disambungkan.

“Kak ada mana?”

“Kak baru nak balik rumah. Awat?” Apabila bercakap dengan orang utara serta merta loghat Kedah Nur Ayla akan keluar.

“Mak suruh balik la ni juga.”

“Dah pasai pa pulak? Pukul berapa dah ni pun.”

“Malik tu mai rumah ni, dia bawak gambaq kak dengan laki hat mai rumah dulu tu. Hat kak kawan dulu. Mak dok mengamuk ni.” Suara Angah penuh gusar. Nur Ayla berkerut kening, memandang Rashid di sebelahnya yang sudah beriak kehairanan.

“Gambaq apa?” Soal Nur Ayla.

“Gambaq kak ni… payah nak habaq.”

“La awatnya?”                                                      

“Macam kak dengan dia dok bercium.”

“Haaaaa!” Rashid terkejut dengan jeritan Nur Ayla yang tiba-tiba.

“Tulah kak. Betoi ka kak… Angah tak tau nak kata apa. Kak balik la jugak.”

“Ya Allah, mana pulak dia ambik gambaq kak tu? Angah ada gambaq tu ka? Send kat akak.”

“Ada la kak, Malik pi post dalam group kampung kita ni dah. Tu mak marah gila tu, kak balik kak, kalau boleh ajak kawan kak tu sekali.” Ujar Angah bersungguh dengan nada penuh resah.

“Takkan kak nak bawak dia balik. Tak pa tak pa. Bagi kak pikiaq sat, satgi kak habaq kat angah lain. Send akak gambaq tu.” Ujar Nur Ayla sebelum mematikan talian. Dia memegang telefonnya menantikan gambar yang diminta.

“Kenapa awak? Resah semacam je.”Soal Rashid setelah mendengar perbualan Nur Ayla dan kelakuan Nur Ayla yang tidak senang duduk.

“Kejap, dapat gambar nanti saya bagitau.” Nur Ayla tidak dapat memberikan jawapan. Dia sendiri masih terkejut dengan panggilan tu. Bunyi mesej masuk membuatkan Nur Ayla cepat-cepat membukanya. Dia menekup mulutnya dan memandang Rashid.

“Awak! Ni semua awak punya pasal… tengok ni.” Nur Ayla menunjukkan gambar yang diterima. Rashid yang melihat sekilas dan terus mengambil telefon Nur Ayla. Kereta terus dibelokkan dan diberhentikan di tepi jalan.

“Allah…” Rashid mengetap bibir. Gambar dia dan Nur Ayla di kafe’ petang tadi terpapar di skrin.

“Mak mengamuk dah tu, dia suruh saya balik sekarang jugak. Angah kata Malik dah post dalam group kampung. Nak buat macam mana ni?” Nur Ayla menjelaskan. Kedua-dua mereka resah. Rashid berfikir-fikir sebelum kembali bersuara.

“Macam ni, saya hantar awak balik dulu. Bagitahu angah awal pagi esok kita balik, saya akan bagitahu mama papa.”

“Kita? Mama papa. Tak boleh, tak boleh.” Nur Ayla menggeleng laju.

“I will take responsible for what I did.” Ujar Rashid, serius.

“Masalahnya kita tak buat apa-apa.”

“Tengok gambar ni Ayla, nampak macam tak buat apa-apa ke?” Rashid kembali menyoal, nadanya tegas. Nur Ayla memandang Rashid.

“Awaklah ni, gatal sangat.”

“Kan wajib kahwin.”

“Main-main lagi.”

“Kita balik terang semua dekat mak ayah awak, mama papa sekali akan ikut. Kita kahwin.”

“Oh no no no… ni awak cuba pasang perangkap awak kan. Tak boleh.” Nur Ayla laju menolak.

“Ya Allah, dah macam ni pun tak nak.” Rashid menghela nafas dengan gelengan kepala.

“Kita jelaskan dekat mak, yang memang tak ada apa-apa berlaku.” Ujar Ayla.

“Then, kalau mak still tak boleh terima?”

“Kita terang betul-betul, awak jangan cakap bukan-bukan masa tu. Kena jelaskan terangkan yang memang tak ada apa yang berlaku pun seperti yang orang nampak dari gambar tu.” Nur Ayla kemudian diam.

“Ya saya akan jelaskan sejelas-jelasnya. Tapi kalau mak tetap tak terima. Dia nak saya bertanggungjawab, haa saya akan cakaplah, okay.” Nur Ayla memandang Rashid dengan riak penuh kegusaran.

“Tak boleh la macam tu…” Nur Ayla tak dapat nak pusing lagi. Kepalanya sendiri dah terpusing habis.

“Dah tu macam mana? Do you hate me?”Rashid menyoal.

“No…”

“I’m a good person to you?”

“Yes.”

“Do you love me?”

“Yes… eh no no no… awak ni…” Rashid ketawa dengan jawapan Nur Ayla.

“Dah tu apa masalahnya lagi?” Soal Rashid, yang sudah pening dengan Nur Ayla.

“Masalahnya… Malik.” Ujar Nur Ayla perlahan kemudian menunduk menekur lantai kereta.

“Malik lagi, sebab tu saya suruh explain dekat saya.”

“Tak boleh…. Saya… ish… tak boleh tak boleh.”

“Okay sekarang pilih, kahwin dengan Rashid or kahwin dengan Malik?” Rashid menyoal, nadanya tegas tidak bergurau.

“Rashid… tapi…”

“Dah stop. Stick with your answer then. Esok jam 7 pagi saya ambil awak, be ready.” Rashid menghenti Nur Ayla dari menjawab lagi. Telefon Nur Ayla dikembalikan. Nur Ayla diam, menghela nafasnya dan memandang Rashid sekilas sebelum kembali memandang keluar tingkap kereta.

Rashid meneruskan perjalanan menghantar Nur Ayla ke rumah. Rashid beriak serius sahaja, antara sengaja untuk memberi penamat yang memihak kepada dirinya atau saja untuk memberi kata akhir kepada Nur Ayla supaya gadis itu tidak lagi pening memikirkan apa yang harus dilakukan ketika itu. Lagi pula hal ini melibatkan mereka berdua, Rashid berhak tentukan apa yang sepatut dilakukan.

Nur Ayla baru selesai membersihkan diri. Penat hari ini seakan tidak berakhir. Baru terasa hendak tersenyum, tiba-tiba datang pula benda yang meregut senyumannya pergi. Puas Ayla fikir, bagaimana gambar itu boleh di ambil? Siapa yang mengambilnya? Setahu Ayla hanya dia dan Rashid sahaja yang berada di kafe’ petang tadi. Kejadian itu berlaku apabila mereka hanya berdua. Nur Ayla kembali melihat gambar yang diterima dari Angah.

Nur Ayla membelek gambar tersebut dan terus dia terasa berdebar ketakutan. Laju sahaja nombor Rashid di dail. Dua kali Nur Ayla cuba menghubungi Rashid namun tidak berangkat. Nur Ayla menghela nafasnya perlahan, mungkin sudah tidur. Atau mungkin lelaki itu mengelak akan dirinya? Nur Ayla cepat-cepat menggeleng kepalanya membuang fikiran negatif yang cuba datang.

Deringan telefon membuatkan Ayla kembali memegang telefonnya. Nama Roma yang terpapar di skrin membuatkan Nur Ayla tersenyum sendiri.

“Hai sorry, baru lepas kena bambu dengan mama papa.” Suara Rashid sebaik sahaja Nur Ayla menyambung panggilan.

“Bambu? Kenapa?” Soal Nur Ayla.

“Saya dah bagitau mama papa tentang gambar tadi. So kenalah lecture dari mama papa banyak sikit malam ni.”

“Mama papa marah? Dah explain tak yang memang tak ada apa yang berlaku?”

“Dah… tapi betullah, memang salah saya. Kenapalah nakal sangat saya tadi?” Rashid mengeluh sendiri.

“Kategori wajib kahwin.” Balas Nur Ayla dengan ketawa. Rashid turut ketawa.

“I am really sorry.” Ujar Rashid kemudiannya.

“Benda dah jadi… ambil sebagai pengajaran.” Balas Nur Ayla.

“Banyak miss call, dah rindu ke?”

“Oh, bukanlah… tentang gambar tu, saya terfikir…”

“Tak rindu pun?” Rashid memotong kata-kata Nur Ayla.

“Boleh kita skip dulu bab rindu cinta sayang ni kejap? Ada perkara tentang gambar tu yang buat saya terfikir sesuatu.”

“Yelah, asyik skip aje. Apa yang sesuatu sangat tu?”

“Macam tak berminat nak dengar, tak apalah. Bye.” Nur Ayla terus meletakkan telefonnya. Entah kenapa, dia rasa berjauh hati. Mengadalah kau Ayla! Bentak hatinya sendiri.

Nur Ayla memandang kosong ke arah telefonnya sambil berbaring. Tiada panggilan dari Rashid ataupun mesej. Berharap? Nur Ayla memarahi hatinya sendiri. Dalam keadaan begini, dia tidak boleh nak berharap apa-apa dari sesiapa. Dia juga tidak boleh mengada-ngada!

“Kau yang jual mahal, padan muka. Bukan kau berkeras tolak dia dari hidup kau. Padan muka dia tak layan merajuk kau. Itulah, jual la mahal lagi.” Hatinya membentak sendiri, memarahi ego yang ada dalam dirinya. Nur Ayla kemudian memejam mata dan berharap matanya cepat terlelap. Esok pasti akan lebih penat lagi.


No comments:

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders