Thursday, March 18, 2021

MINI NOVEL 2020 : MUZIKAL CINTA 17

 



BAB 17

Sebaik sahaja kereta yang dipandu Rashid sampai di kawasan kafe’ Nur Ayla. Nur Ayla bersiap untuk keluar dari kereta. Rashid mematikan enjin dan menarik lengan baju Ayla mematikan langkah gadis itu.

Nur Ayla memandang Rashid dan kemudian memandang tangan lelaki itu yang masih memegang lengan bajunya. Rashid memandang tepat ke wajah Nur Ayla.

“Can we talk?” ujar Rashid.

“Boleh, duduk dekat kerusi tu, saya buatkan kopi.” Balas Nur Ayla sambil menunjukkan kerusi yang ada di luar kafe’nya. Nur Ayla kemudian melangkah keluar kereta selepas Rashid melepaskan lengan bajunya dari pegangan.

Dua cawan kopi diletakkan di atas meja. Rashid membetulkan kedudukan. Tidak tunggu lama, cawan kopi diangkat dan disisip perlahan.

“Masih sama. Nice and sweet. Just like you.” Ujar Rashid sambil meletakkan semula cawannya. Nur Ayla hanya tersenyum dengan cebikan.

“Apa yang awak nak cakap?”

“Tak ada apa yang serius, nak minta maaf.”

“Maaf? Untuk apa?”

“Berkasar dengan awak tadi.”

“Oh, okay dimaafkan.”

“Untuk setahun yang amat perit untuk awak.”

“Bukan salah awak pun, saya okay.”

“Maaf untuk terus memaksa awak menerima saya.”

“Macam sesuatu ja awak ni…” Nur Ayla berkerut kening.

“Taklah, saya nak stop diri saya.”

“Stop?”

“Ya, hentikan diri saya untuk paksa diri awak terima diri saya.”

“Oo, kiranya ini last kita berjumpa?” Nur Ayla menyoal. Rashid mahu mengangguk namun teragak-agak.

“Mungkin. Awak suka kan?”

“Mungkin.” Nur Ayla menjungkit bahu. Kopi disisip perlahan.

“Jadi betullah saya memang dah tak ada peluang? Memang saya dah tak ada di hati awak kan?” Rashid menyoal, kali ini kedengaran lirih. Nur Ayla memeluk tubuh.

“Saja ja soalan yang sama, berulang-ulang. Awak nak saya jujur?” Rashid mengangguk.

“Tipu kalau saya kata tak ada. Kita ada memori bersama yang kita bina dalam tempoh waktu yang sangat singkat. Semua lagu-lagu yang awak pernah nyanyikan dekat saya, saya masih dengar sampai sekarang. Kadang lagu-lagu tu bagi saya kekuatan dan kadang buat saya menangis.”

“Dah tu kenapa bila saya datang balik, nak kembali macam dulu, nak ikat hubungan antara kita bagi halal, awak tolak mentah-mentah?” Rashid memotong kata. Nur Ayla menghela nafasnya perlahan.

“Sebab, kita dah tak sama. Tempoh setahun ni Rashid, bukan singkat. Panjang sangat dan dalam tempoh ni saya ubat dan rawat hati saya sendiri. Saya tak letak harapan langsung untuk awak kembali dalam hidup saya.”

“Tapi saya setiap hari berdoa yang awak akan kembali dan jadi milik saya.” Balas Rashid mencelah kata-kata Nur Ayla.

“Sebab tu saya kata kita dah tak sama. Mungkin awak sama, awak masih awak yang dulu tapi saya tak. Susahlah nak jelaskan bab hati ni.”

“Faham. Saya perlu move on, sebagaimana awak move on. I got it. Okaylah, kalau itu yang awak rasa terbaik untuk kita dan awak terutamanya. Saya terima.” Rashid bersedia untuk bangun dan pulang. Nur Ayla hanya memerhatikan perlakuan Rashid.

“Kalau saya pergi sekarang dan awak tak halang, saya mungkin tak akan muncul lagi dalam hidup awak.” Ujar Rashid dalam keadaan tegak berdiri memandang Nur Ayla yang masih di kerusi. Kedua-dua tangan berada di dalam poket seluarnya. Wajah Rashid seakan mengharap Nur Ayla menahannya dari pergi.

Nur Ayla hanya mengangguk dengan riak bersahaja. Bukanlah dia tak faham, sangat faham. Tetapi untuk menjaga hatinya sendiri, Nur Ayla hanya mengikut sahaja yang terbaik dirasakan ketika itu. Mukanya yang masih tersisa perit air panas, seakan menyedarkan dirinya. Jangan lagi mencari penyakit!

“Nur Ayla… kerasnya hati awak.” Lirih sahaja nada suara Rashid ketika itu. Nur Ayla menggeleng. Kemudian bangun, berpeluk tubuh dan berjalan mendekati Rashid.

“Terpulang kepada awak nak cakap apa tentang saya. Saya cuma nak awak faham, saya bukanlah menidakkan semua rasa yang ada, cuma untuk sekali lagi saya sakit dan kecewa, saya tak mampu.”

“Saya akan buat awak bahagia.”

“Dalam pura-pura?”

“Pura-pura?”

“Tentang Malik… saya tahu awak akan terus tertanya-tanya.”

“Awak yang ungkit bukan saya. Tengok…” Nur Ayla menghela nafasnya perlahan.

“Sekarang mungkin saya sebab saya tak sanggup kalau satu hari nanti awak yang ungkit hal Malik dekat saya.” Ujar Nur Ayla sehabis baik. Rashid mengangguk kepala, wajahnya tegang.

“Okay, fine. Saya akan lupakan awak, cinta untuk awak dan segala apa tentang awak. Saya harap awak tak muncul lagi depan saya.” Rashid bersuara keras dan tegas. Seakan melepas amarah yang ada dengan kedegilan dan kerasnya hati Nur Ayla. Nur Ayla agak tersentak namun tetap tidak menghalang Rashid dari terus pergi.

Nur Ayla melangkah naik rumahnya. Sebaik sahaja suis lampu dan kipas dibuka, Nur Ayla terus menghempas duduk di sofa. Perit diwajah mengingatkan dia untuk kembali menyapu gel yang diberikan doktor petang tadi. Tangannya meraba-raba beg tangan yang berada di atas ribanya, tapi tak jumpa. Terus sahaja semua isi perut beg tangannya dikeluarkan tetapi tetap tiada gel yang dicari. Nur Ayla berfikir-fikir kemana perginya gel itu. Di rumah Puan Ruhil? Telefonnya yang berbunyi mematikan fikirannya yang berputar. Nombor yang tidak dikenali yang naik di skrin telefon membuatkan keningnya bercantum dua.

“Hello?” Nur Ayla memula bicara, disebabkan tidak tahu nombor siapa, salam tidak diberikan.

“Sengajakan, sengaja nak halang saya lupakan awak.” Suara Rashid menerpa telinga.

“Eh pulak, kenapa?” Nur Ayla membalas, pelik.

“Turun aje lah.” Talian terus dimatikan. Nur Ayla memandang telefonnya, kehairanan. “Dah kenapa?” bisik hati Ayla.

Nur Ayla bingkas bangun dan terus melangkah menuruni tangga. Rashid sudah tegak berdiri di luar pintu tangga. Di tangan Rashid memegang gel yang dicari Nur Ayla.

“Lahhh ada dengan awak ke?” Nur Ayla menghulur tangan mahu mengambil gel tersebut.

“Ada dalam kereta. Sengaja tinggal?” Soal Rashid, gel yang dipegang dibawa ke belakang badannya.

“Tolong sikit eh, tak terfikir nak jadi Cinderella.” Balas Nur Ayla laju, terus memeluk tubuh.

“Gellera, sebab tinggal gel. Saat saya tekad nak pergi, awak sengaja nak tahan. Jadi awak kena bertanggungjawab.”

“Kenapa pulak? Saya tak sengaja. Saya tak tahu pun gel tu ada dalam kereta awak, sepatutnya dalam beg saya.” Nur Ayla menjelaskan. Rashid dengan wajah yang serius menggeleng.

“Saya tak terima sebarang alasan. Nur Ayla perlu bertanggungjawab dengan apa yang dilakukan kepada Rashid Bin Rahmat.” Nur Ayla mengetap gigi, mencerlunkan matanya.

“Okay, saya memang orang yang bertanggungjawab. Haa saya nak kena buat apa?”

“Awak kena bertanggungjawab dengan hati saya.” Rashid menghulurkan gel ke arah Nur Ayla. Nur Ayla mahu mengambilnya tetapi Rashid masih memegangnya kuat.

“Ini gel dan hati saya yang perlu awak bertanggungjawab. Jaga hati saya baik-baik.” Terus Rashid melepaskan gel itu dan terus melangkah ke keretanya. Nur Ayla tergamam. Tidak mampu membalas apa dengan tindakan Rashid yang pantas dan tiba-tiba. Nur Ayla memejam mata dan menghela nafasnya kuat. Nur Ayla terperangkap sendiri!

Selesai membersihkan diri, Nur Ayla duduk di katil dengan gel di tangan. Gel itu membuatkan Ayla melepas lelah kuat. Hanya sebab gel ini, dia terperangkap dan terasa sukar nak keluar dari genggaman Rashid. Hatinya membentak-bentak memarahi kecuaian dirinya sendiri.

Cermin tangan diambil dari meja sisi katil dan Ayla terus membelek wajahnya yang masih nampak memerah dan masih terasa peritnya. Gel diambil, dipicit sedikit dan terus disapukan ke wajahnya. Terasa sejuk dingin menyerap ke wajah. Telefon yang berdering membuatkan Nur Ayla menghentikan sapuan gel ke wajah. Telefon diambil. Nombor Rashid terpapar.

“Ya.” Nur Ayla bersuara sebaik sahaja talian disambungkan. Pembesar suara dihidupkan. Tangannya kembali menyapu gel ke wajah.

“Dah tidur ke?” Rashid kembali menyoal.

“Belum.”

“Buat apa belum tidur?” Rashid menyoal lagi.

“Mandi, solat isyak dan sekarang tengah letak gel dekat muka.” Suara Nur Ayla masih acuh tak acuh.

“Sombong aje suara.”

“Mana ada.”

“Tu…”

“Erm…”

“Tak risau ke saya dah sampai ke belum.”

“Dah sampaikan?”

“Tanyalah.”

“Dah sampai belum Encik Rashid.”

“Tak ikhlas pun. Dah sampai tadi lagi, baru lepas solat dan sujud syukur.”

“Sujud syukur… sebab?” Soal Nur Ayla.

“Sebab ditemukan kembali dengan awak harini. Pertemuan yang tidak dijangka dan Alhamdulillah membuahkan hasil.” Rashid kedengaran ceria di hujung talian.

“Apa hasilnya?”

“Nur Ayla bertanggungjawab dengan hati saya.” Ujar Rashid membuatkan Nur Ayla mengeluh agak kuat.

“Kuatnya mengeluh, marah sangat tu.”

“Tak marahlah, malas layan awak ja.” Nur Ayla membalas, jujur. Rashid ketawa.

“VC boleh? Rindu nak tengok awak.”

“Taknak. Saya malas nak bersiap.”

“Aik takkan nak make up semata nak VC?”

“Make up apa pulak, selama awak kenal saya, saya ni make up tebal ke?”

“Dah tu nak bersiap apa?”

“Lahh nak pakai tudung apa semua la. Takkan nak free hair dalam VC. Dah lah, jangan mengarut. Ada apa ni call?”

“Nak nyanyi dekat awak.”

“Malam dah.” Nur Ayla mengelak.

“Satu aje. Dengar baik-baik.” Rashid ditalian mula memetik gitarnya. Nur Ayla beralah, tidak membalas hanya membuka telinga untuk kembali mendengar petikan gitar dan alunan suara Rashid yang sudah setahun tidak didengarinya.

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dalam hidupmu, dalam hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku


Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

 

“Macam lagu sedih ja, tadi macam seronok dapat perangkap saya dengan gel yang ada hati awak tu.” Ujar Nur Ayla sebaik sahaja Rashid berhenti memetik  gitar.

“Lagu yang selalu saya nyanyi bila teringat awak.” Balas Rashid. Nur Ayla terdiam.

“Sedih kan cerita cinta kita.”

“Cinta yang terhenti… sekarang boleh kita sambung balik?” Rashid menyoal lagi. Nur Ayla terdiam sebentar.

“Bertanggungjawab tu tak maksud kena sambung kan.”

“Tak apalah, dah lewat. Good night and thank you for today.” Talian terus dimatikan tanpa sempat Nur Ayla membalas. Nur Ayla mengambil telefon yang diletakkan di atas katil. Nombor Rashid diperhatikan dan kemudian disimpan ke dalam telefon.

“Nak letak nama apa eh?” Nur Ayla berbisik sendiri. Kembali mengingat nama yang diletakkan pada nombor Rashid tahun lalu. Nur Ayla tersenyum sendiri.

“Roma…” jari Nur Ayla kembali menaip nama itu sebagai nama untuk nombor Rashid kemudian dia ketawa sendiri.

“Kata taknak Ayla, ni apa ni? Roma lagi?” Nur Ayla berkata sendiri. Mulut kata tak nak, tapi hati, NAK!


2 comments:

Siti said...

pandai rashid

Anonymous said...

Alahai rashid, pantang mengalah selagi ada cinta.

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders