Friday, August 28, 2015

Mini Novel : Pengganti 8


PENGGANTI LAPAN

            Lagi 2 bulan. Sekarang sedang sibuk menyiapkan tesis dan persediaan menghadapi peperiksaan akhir. Suha menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian 6 bulan ini. Haikal? Mesej dia tak pernah jemu masuk ke peti telefon. Setiap hari ada panggilan. Untuk 2 bulan ini sahaja, Suha minta agar kurangkan. Lagi pula 2 bulan sahaja lagi mereka akan disatukan. Waktu-waktu ini mereka adalah lebih baik sendirian. Bagi menetapkan hati dan menyediakan diri.

            Suha yang sedang khusyuk dengan laptop, dikejutkan dengan deringan telefon yang tidak berhenti bordering. Nama pemanggil dilihatnya. Haikal. Suha mengeluh perlahan, baru tiga hari buat hal masing-masing, takkan dah rindu? Telah hati Suha.

            “Awak, kan dah kata bagi saya free 2 bulan ni, pleaseeee” Tiada salam, terus sahaja Suha membidas.

            “Saya nak jumpa awak, saya ada di depan kolej awak. Cepat.” Arah Haikal. Tak sempat menyoal, Suha yang terkejut dengan kehadiran lelaki itu tiba-tiba, bingkas bangun dari kerusi dan terus menyalin pakaian. Kenapa dia datang?

            Sebaik sahaja bertemu empat mata, laju sahaja Haikal menyuruh Suha masuk ke kereta dan terus meluncur pergi. Ke mana Suha hanya mengikut. Haikal bermuram sahaja.

            “Saya nak putuskan pertunangan kita.” Suara Haikal setelah lama mereka berdua duduk di kerusi di tepi tasik UTM. Waktu tengah hari begini, kurang pelajar yang berada di situ.

            “Putus? Kenapa?” Suha terkejut, jantungnya hampir sahaja berhenti berdegup. Kenapa tiba-tiba?

            “Saya akan jumpa Ayah dengan ibu untuk selesaikannya. Saya datang nak minta maaf dengan awak. Selama awak jadi tunang saya, saya banyak sakitkan hati awak.” Haikal bersuara lagi. Suha sudah bergenang air mata.

            “Boleh saya tahu kenapa?” Soal Suha. Mujur sahaja disimpan cinta untuk lelaki itu. Kalau tidak, mahu teruk berkecai ketika ini. Saat ini sahaja hatinya bagai dihiris-hiris. Haikal meraup wajah.

            “Daniel sayang awak lebih dari segala-galanya. Daniel dah ceritakan semuanya kepada saya apa yang berlaku malam tu. Semuanya salah faham, dia minta maaf dengan semua orang. Mungkin nanti dengan awak. Jadi saya ambil keputusan, kita putuskan pertunangan. Tentang awak dengan Daniel, saya serahkan kepada awak berdua.” Suha tercengang, air matanya sudah berlinang di pipi. Sukar untuk percaya, Haikal akan menuturkan semua ini.

            “Awak buat saya macam barang.” Suha mengucap perlahan. Hatinya terasa kian pedih.

            “Saya terpaksa, Daniel lebih perlukan awak sekarang.” Haikal menegaskan lagi.

            “Dulu sebab Danial awak paksa saya terima awak, sekarang sebab Daniel awak lepaskan sahaja. Mudah bagi awak Haikal. Mudah sangat!” Suha bengang, hatinya pedih.

            “Saya minta maaf Suha. Saya terpaksa. Saya harap awak akan terima Daniel. Saya sendiri akan bincang dengan ayah dan ibu nanti. Daniel dah setuju. Sekarang tunggu Daniel jumpa awak dan bincang.” Haikal masih tak berhenti.

            “Cukuplah Haikal! Cukup! Hati saya terluka dengan awak. Saya fikir awak datang sebab rindukan saya. Sebab saya rindukan tunang saya. Saya tak sangka, awak datang sebab nak hiris hati saya sedalam-dalamnya. Daniel? Maaflah saya takkan terima sesiapa lagi termasuklah awak!” Suha terus berlalu pergi. Haikal ditinggalkan di situ. Haikal benar-benar melampau. Daniel? Kenapa sekarang? Bukankah malam itu Daniel sendiri menolak Suha mentah-mentah? Ke mana Dayanna?

            Malam itu Suha hanya menangis dan menangis. Entah kenapa, hatinya begitu pedih. Sedangkan waktu Haikal bersamanya, dia lebih suka menyimpan rasa. Tak sangka, kuat penangan Haikal untuk hatinya.

            “Mama dan Haikal ada datang rumah. Hampa berdua gaduh ka?” Ayah menyoal dari hujung talian. Panggilan yang terus sahaja merembeskan air mata Suha.

            “Suha pun tak tau, kelmarin Haikal mai sini. Dia habaq nak putus ja. Suha tanya dia tak jawab.” Suha tidak menceritakan tentang Daniel. Ayah dengan ibu tidak perlu tahu sekarang. Hal itu perlu diceritakan secara berdepan. Banyak yang perlu diceritakan nanti.

            “Haikal dok mintak maaf kat ayah dengan ibu. Ibu hang dok nangis sama macam hang la. Hantaran semua dah siap gubah. Awatlah Haikal buat lagu ni.” Rungut Ayah. Kasihan ayah dan ibu. Kenapa Haikal tegar berbuat begini? 2 bulan sahaja lagi. Mujur sahaja kad tidak diedarkan lagi.

            “Suha tak tau ayah, Suha tak tau nak kata apa. Suha dah habaq kat dia Suha terima dia. Tak sangka akhirnya dia nak putuskan juga. Suha minta maaf Ayah. Mungkin Suha tak layak untuk dia.” Suha berasa bersalah terhadap orang tuanya. Kalau boleh diundurkan masa, takkan dia melangkah ke rumah itu. Salah akukah? Hati Suha berbisik sendiri.

            “Tak apalah Suha, sabaq pi lah. Allah uji kita sebab kita kuat. Suha belajaq bagi habih. Tak lama dah kan. Ayah dengan ibu doakan dari jauh na.” Ucap ayah sebelum menamatkan perbualan. Suha menangis lagi dan lagi. Menangis untuk terakhir kali. Selepas ini akan dijaga hatinya supaya lebih kuat dan tidak lagi jatuh cinta!

            Suara yang semakin kuat kedengaran menyedarkan Suha dari lenanya. Mimpi?

            “Kau kenapa Suha? Merengek dalam tidur? Tu telefon kau bordering dari tadi, ayah kau telefon tu.” Laila mengejut Suha yang terlelap di meja belajar. Laila menggeleng kepala. Apa kena dengan Suha?

            “Helo, assalamualaikum, ayah?” Suha mengesatkan air mata yang terasa kesat di pipi.

            “Waalaikumusalam...lama nak angkat talipon? Suha sibuk ka?” Soal ayah kehairanan.

            “Suha terlelap kejap tadi ayah. Kenapa ayah telefon ni?” Suha bermohon agar apa yang berlaku hanyalah mimpinya sahaja. Igauan yang saja datang menguji.

            “Dak aih, nak tanya ja, makcik Tipah hang tu kalut nak bagi kek masa kenduri. Suha ada tempah kek mana-mana dak gi?” Soalan yang membuatkan Suha menarik nafas lega. Kiranya benar dia mimpi. Haikal yang datang itu juga mimpi?

            “Tak tempah kek pun ayah. Kalau makcik Tipah nak bagi boleh ja.” Suha membalas.

            “Haaa tak pa la lagu tu. Suha sihat ka? Sibuk ka?” Ayah menyoal lagi.

            “Alhamdulillah sihat ayah. Sibuk sikit-sikit ja. Ayah dengan ibu sihat?” Suha menyoal kembali.

            “Sihat ja kami. Ibu hang tu kalut dok buat bunga teluq. Nak hat paling lawa dia kata.” Ayah ketawa. Suha juga. Tahu sahaja mereka berdua sudah kelam kabut dengan kenduri kahwin anaknya yang sorang ini. Andai kata yang disangka mimpi itu bukan mimpi, bagaimanakah ayah dengan ibu kalau mendengar berita itu?

            “Terima kasih ayah. Suha jauh nak buat semua tu. Cukup ka duit ayah? Buat kecik-kecik ja nah.” Ujar Suha. Tak mahu orang tuanya berhabisan untuk kendurinya yang hanya satu hari sahaja.

            “Toksah risau. Ayah tak keluaq seduit pun, Haikal baru ja mai semalam hantaq duit lagi. Ayah pulak yang malu dengan dia.” Ayah terus bercerita. Suha lega. Habis untuk apa air mata ini? Kenapa mimpi ini terasa bagai realiti?

            “Ayah kau ke?” Laila teman sebilik Suha menegur setelah talian dimatikan. Suha sekadar tersenyum dan mengangguk.

            “Tengah hari tadi aku nampak kau dekat tasik, dengan lelaki. Tunang kau?” Laila menyoal lagi. Suha terpana. Bukan mimpi!

+++++++++++++
baca dan komen.
tq uols :)

           


3 comments:

Anonymous said...

ok best....kipidap...:)



::TR::...

eh jgn silap ..akak ni bkan anon yg marah2 tu...hehe..

Anonymous said...

mcm mn kesudahan ni...xsabar!

Anonymous said...

Tudiaa mimpi vs realiti.

Mesti haikal jumpa sebab rindu. Kan kan kan? Hehe