Wednesday, September 2, 2015

Mini Novel: Pengganti 9

PENGGANTI SEMBILAN

            Suha kelam kabut mengemaskan barangannya. Hari ini dia akan pulang ke kampung. Suha berjaya menghabiskan pengajiannya. Hanya tunggu keputusan peperiksaan dan konvokesyen. Kalau dia balik esok, mesti akan bertembung dengan Haikal! Semenjak hari mereka bertemu sehingga kini, Suha melarikan diri. Mahu sahaja menukar nombor telefon tetapi terfikir ayah dengan ibu, jadi dia biarkan sahaja. Sejak dua hari lepas, ayah asyik pesan supaya pulang ke kampung dengan Haikal, mudah nak angkut semua barang. Suha menolak dalam diam. Ayah tak tahu apa yang Haikal cakapkan haritu, kata putus tetapi kenapa ayah masih sibuk membuat persiapan? Kad-kad sudah habis diedarkan. Suha pening! Hanya satu yang Suha terfikir, mungkin ini perancangan Haikal untuk satukan dia dan Daniel. Memang drama sangat!

            “Barang-barang ni, masa konvo kita boleh ambil. Kejap lagi kau dah siap aku hantar kau pergi Seri Putri ye.” Ujar Laila yang turut sama mengemas barang-barang. Mujur sahaja Laila orang Johor, banyak membantu Suha dengan semua barang-barangnya.

            “Bas aku pukul 10 malam. Bolehlah kita hantar barang balik rumah kau dulu. Lepas tu aku belanja kau makan dulu eh.” Suha hanya mahu membalas jasa baik kawannya itu.

            “Tak payah, mama aku dah masak. Kita makan, solat lepas tu kita bye-bye.” Suha mencebik. Laila dan keluarganya memang baik. Sudah 4 tahun mereka bersahabat.

            “Terima kasih tau Laila. Baik sangat kau dengan aku.” Suha malu alah.

            “Mengadalah, esok-esok kahwin jangan lupa jemput. Ada rezeki sampailah aku. Nak jugak tengok tunang kau yang hensem tu!” Laila mengusik. Suha hanya tersengih. Lagi 2 minggu kendurinya, seorang kawan pun Suha tak jemput. Takut tak jadi!
           


            Perjalanan Skudai ke Alor Setar mengambil masa 10 jam. 10 jam sebelum ini Suha penuh keterujaan sebab mahu bertemu dengan ibu dan ayah, tetapi malam ini penuh debaran. Entah apa yang menanti esok pagi di rumahnya. Tak mahu ada Haikal atau siapa-siapa selain ayah dan ibu. 2 bulan ini dia bersendirian menyelesaikan gelora dalam dirinya. Hatinya yang remuk sudah diaturkan kembali. Biar tampak tak kukuh tetapi teguh.

            Telefon Suha yang berdering sedari tadi dikeluarkan dari poket beg. Nama pemanggil itu membuatkan Suha mengeluh lemah. Haikal. Suha malas nak dengar apa-apa yang keluar dari mulut lelaki itu lagi. Suha terus sahaja mematikan telefonnya.

            “Kalau dulu dia marah aku minta putus, tetapi sekarang kenapa dia mainkan aku?” Suha berbisik sendiri. Air mata yang mengalir disapu lembut. Sudahlah hati....

            Tepat jam 8.30 pagi, Suha selamat sampai di Shahab Perdana. Ayah dengan ibu juga tidak tahu dia akan sampai pagi ini. Sengaja mahu membuat kejutan. Suha tersenyum sendiri. Apa yang berlaku kelak, akan dia tangani sekuatnya. Harap ayah dan ibu berpihak kepadanya. Teksi dinaikinya pulang, memang mahal tetapi tidak menyusahkan ayahnya untuk datang mengambilnya di terminal.

            “SubhanaAllah Suha. Awat tak habaq nak balik ni.” Ayah terkejut apabila melihat Suha sudah berada di depan rumah. Suha hanya tersengih. Laju sahaja tangan ayahnya diambil dan dikucup perlahan.

            “Terkejut dak ayah. Saja buat suprise.” Ayah hanya menggeleng, beg Suha dicapai. Selepas itu, ibu pula muncul di depan dengan beberapa helai daun pandan di tangan. Ibu juga beriak yang sama.

            “Ibu nak masak apa ni?” Soal Suha selepas bersalaman dan berpelukan dengan ibunya. Jenuh mendengar ibu berleter panjang kerana pulang tak beritahu.

            “Nak masak malam ni. Dok sangka Suha sampai dengan Haikal malam ni. Ingat nak buat makan-makan sikit.” Ujar ibu, riak wajah Suha terus berubah.

            “Haa pasai pa pulak ni? Haikal tau dak Suha balik dah ni.” Ayah yang memerhati mula menegur.

            “Tak dak pa la ayah. Tau kut. Dah habaq jangan pi ambik.” Suha member alasan. Berharap tiada lagi disoal tentang Haikal. Kalau Haikal datang macam mana?

            “Jangan tak habaq sudah. Hampa ni lagi dua minggu ja lagi. Tak maulah jadi apa-apa.” Ujar ibu sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Suha terdiam. Kalau ibu dan ayah tahu apa yang Haikal mahukan, mungkinkah mereka akan menerimanya dengan tenang sepertimana selalu?

            Suha asyik mengangkat jemuran di belakang rumah. Fikirannya jauh entah ke mana. Hatinya tidak pernah senang. Asyik merasa resah, bagai ada tidak kena. Mahu tenang bagaimana, dia sendiri tidak pasti siapa bakal pengantin lelaki. Kalau Daniel bagaimana? Apa kata ayah? Apa kata ibu? Apa kata orang yang hadir? Kalau kekal Haikal? Bolehkah dia memaafkan apa yang Haikal sudah lakukan?

            “Awak marah saya?” Suara itu menyentak lamunan Suha. Laju sahaja Suha berpaling ke belakang.

            “Marah saya? Saya call awak tak angkat. Balik pun tak bagitau.” Haikal bersuara lagi apabila Suha hanya membatukan diri. Jelas nampak air mata gadis itu bergenang. Haikal diserbu rasa berjuta salah. Dia tersilap percaturan.

            “Untuk apa awak datang? Tak cukup lagi apa awak buat? Saya harap sangat saya tak jumpa awak lagi. Tolonglah, hentikan semua ni. Jangan jumpa saya lagi.” Air mata Suha mengalir laju. Haikal jatuh kasih, jatuh sayang. Kenapa dia tegar buat Suha terluka.
            “Jangan risau, saya akan kahwin dengan awak nanti. Bukan Daniel.” Haikal cuba untuk meredakan tangisan Suha yang kian menjadi-jadi.

            “Awak fikir awak tu siapa? Kejap putus kejap tak. Awak fikir tak perasaan saya? Sekalipun saya ni suci atau tidak, awak tak layak untuk pijak maruah saya!” Suha benar-benar marah dan kecewa.

            “Suha saya tahu semua yang berlaku malam tu salah faham. Daniel dah cerita semuanya. Saya mintak maaf. Hari tu saya cuma main-main. Saya nak tahu siapa saya dihati awak.” Haikal berusaha menjelaskan namun penjelasan itu hanya membuatkan Suha semakin sakit hati. Main-main?

            “Hati saya ni bukan plastik yang patah boleh awak cantum guna gam! Saya manusia!” Marah Suha. Haikal sudah tak tahu mahu memujuk dengan cara apa lagi.

            “Saya mintak maaf Suha. Saya terkasar dalam bergurau.” Haikal sudah habis kata. Salah dia. Jadi mahu apa lagi?

            “Saya akan maafkan awak, asalkan nanti bukan awak pengantinnya!” Suha membuat keputusan. Hatinya membengkak dengan segala kata-kata Haikal. Tegarnya dia permainkan Suha 2 bulan ini tanpa penjelasan yang pasti. Putus tunang? Bukan satu permainan. Suha kecewa kerana meletakkan harapan yang tinggi terhadap

            “Suha takkanlah macam tu?” Haikal terkejut dengan keputusan Suha.

            “Asal bukan awak.” Sekali lagi Suha menuturkan kemudian dia terus membawa diri ke dalam rumah. Mujur ayah dan ibu di depan, mungkin Haikal tiba dengan keluarganya. Mungkin Daniel juga ada. Biarlah, asal bukan Haikal!

            Sepanjang makan malam, Suha hanya mendiamkan diri. Sepatah ditanya sepatah juga dia menjawab. Daniel ada, Haikal juga ada. Dua-dua mereka memerhatikan setiap gerak geri Suha. Suha tak betah diperhatikan begitu, tetapi ditahan hati dan dirinya. Jauh dalam hati dia berdoa, cepatlah mala mini berlalu.

            “Kenapa Suha diam ja malam ni?” Ibu menyoal semasa Suha membantunya mengemas meja makan. Yang lain semuanya pergi solat dan berada di ruang tamu rumah.

            “Penat tak habih lagi kut bu. Rasa letih sikit.” Tipu Suha.

            “Ibu dengar Suha nangis petang tadi. Haikal ada sakitkan hati Suha?” Ibu menyoal lagi. Suha memberhentikan kerjanya. Wajah ibu dipandang. Mana mungkin dapat dia menipu ibunya sendiri. Insan yang telah menjadi teman baiknya selama ini.

            “Kalau Suha tak nak kahwin boleh tak ibu?” Berani sahaja Suha menyoal. Suha tahu ibu pasti terkejut. Ayah juga. Tetapi hatinya begitu sakit ketika ini. Air matanya mudah sahaja mahu mengalir.

            “Ibu tahu Suha ada masalah. Ibu nasihatkan, Suha solat istikarah. Kalau Suha masih dalam keputusan yang sama. Ibu terima. inshaAllah ayah juga.” Ibu memegang erat tangan Suha. Ibu tahu anak gadisnya itu kini sedang sakit dengan cinta. Dia juga wanita, jadi dia mengerti. Suha perlu tenang, barulah dapat membuat keputusan yang tepat.

            Selepas isyak, Puan Johanna, Imtiyazz, Haikal dan Daniel mula mahu beransur pulang. Puan Johanna berbual seketika dengan ibu dan ayah.

            “Suha, boleh saya cakap dengan awak?” Daniel tiba-tiba menyapa. Sepanjang mala mini Daniel hanya diam, sekali sekala sahaja dia berbual dengan ayah dan ibu. Suha dan Daniel bergerak ke arah tangga rumah.

            “Dayanna mana?” Laju sahaja Suha menyoal, seolah-olah soalan itu telahpun dia sediakan dari awal lagi.

            “Ada, inshaAllah kami akan bertunang selepas awak dan Haikal berkahwin.” Jawab Daniel walaupun pada mulanya dia terkejut Suha menyoal.

            “Bagus untuk awak. Kenapa Haikal putuskan pertunangan kami sebab awak nakkan saya?” Suha menyoal lagi. Suha seolah-olah menghukum Daniel dengan kesalahan Haikal. Dari jauh, Suha perasan Haikal sedang memerhati walaupun tangannya asyik menekan punat telefon.

            “Haikal ada cerita. Haikal...”

            “Tak payah jelaskan apa-apa. Saya akan maafkan dia dan awak, asalkan bukan dia pengantinnya nanti.” Sekali lagi Suha menepis dari mendengar penjelasan. Bagi Suha itu semua alasan.

            “Suha, awak tak boleh macam ni. Lagi beberapa hari saja lagi. Haikal tak sengaja buat macam tu. Awak kena dengar penjelasan dia dulu.” Daniel cuba memujuk.

            “Awak dengan Haikal sama aje. Apa yang korang pandai mintak maaf. Itu aje. Sebelum buat ada fikir saya? Hati saya? Ada fikir?” Suha masih menjaga nada suaranya walaupun dia sedang melempias marahnya. Tidak mahu orang tua mereka masuk campur. Pastinya Suha yang akan beralah akhirnya.

            “Kalau bukan Haikal siapa?” Daniel menyoal.

            “Sesiapa asal bukan Haikal.”

            “Saya?” Suha tersenyum sinis.

            “Saya bukan perampas. Setialah pada Dayanna awak. Setelah apa yang jadi malam tu, awak nak lepaskan Dayanna untuk saya?” Suha menyoal penuh sinis. Suha lain dari Suha yang mereka kenal. Kesakitan membuatkan Suha lebih agresif dari selalunya.

            “Saya tak nak awak terus kecewa. Haikal untuk awak. Malam tu saya dah cerita dekat awakkan? Awak lupa?” Daniel berusaha memujuk Suha.

            “Sebab malam itulah, saya susun  hati saya untuk terima dia. Akhirnya dia sendiri hancurkan hati saya.” Suha mula bermain air mata. Dia berusaha menahan diri dari menangis ketika itu.

            “Saya mintak maaf untuk malam itu. Saya keterlaluan. Mujur awak tampar saya, walaupun luka tapi saya berterima kasih.” Ujar Daniel. Suha kembali tersenyum. Mengingatkan malam itu.

            “Maaf juga sebab buat awak terluka dan kena tumbuk.” Giliran Suha memohon maaf. Mereka berdua ketawa. Malam itu sungguh tragis tetapi bila diulang tayang mereka merasa geli hati.

            “Awak nangis teruk sangat, sampai semua ingat saya dah ‘ngap’ awak tau”

            “Malam yang buat saya menangis sangat-sangat. Tak sangka dalam 2 bulan tu, macam-macam saya lalui.” Suha menarik nafas sedalamnya.

            “Awak kecewa bila saya kata saya akan cari Dayanna?” Daniel mula menyoal tentang hati.

            “Pada masa tu, ya. Sebab saya ingat awak suka dengan saya.” Jujur sahaja Suha membalas.

            “Awak suka saya?” Daniel menyoal lagi. Suha ketawa dan menggeleng.

            “Tak. Cuma mainan perasaan je. Suka tapi tak cinta.” Suha menjelaskan. Daniel mengangguk lagi.

            “Haikal?” Daniel memancing hati Suha lagi.

            “Saya kecewa.”

            “Maafkan dia.”

            “Boleh. Asalkan bukan dia pengantin saya.”

            “Tak menyesal?”

            “Mungkin.”

            “Beri dia peluang kedua?”

            “Tak pernah beri yang pertama jadi takkan ada yang kedua.”

            “Degil.”

            “Asal hati saya selamat.”

            Danial mati kata. Suha seolah-olah sudah tekad. Daniel menggeleng kepala. Suha hanya menjungkit bahu.

            “Pergilah kejap, dia susah hati tu.” Pujuk Daniel lagi. Suha mengeluh, meluat!

Dalam degil dan marah, Haikal yang berada di kereta dihampirinya. Haikal memerhati. Wajahnya suram. Nampak dari riak wajahnya dia serabut.

            “Masih marahkan saya?” Soal Haikal sebaik sahaja Suha sampai di depannya. Suha tidak bersuara, hanya mengangguk kepala.

            “Tadi boleh gelak lagi dengan Daniel?” Haikal menyoal nada cemburu.

            “Kenapa awak buat saya macam tu?” Suha menyoal tanpa menjawab.

            “Kenapa awak tak cerita hal malam tu dekat saya?” Haikal juga sama.

            “Kenapa?”

            “Apa yang awak rasa haritu sama macam saya rasa malam tu.” Ujar Haikal. Suha cuba untuk mentafsir maksud disebaliknya.

            “Saya kecewa sikit, dengan awak saya kecewa banyak.”

            “Sampai menangis macam kena rogol.” Suha mengetap bibir mengerut dahi dengan kata-kata yang terluncur dari mulut lelaki itu.

            “Eh marah, betul la kan.” Haikal menyindir lagi. Apasal dia ni? Hati Suha menyoal sendiri.

            “Terpulanglah kepada Encik Haikal. Keputusan saya sama. Asal bukan awak. Kalau tetap awak, awak tahulah apa yang akan saya buat. Saya bukan Suha yang pernah awak buli!” Suha geram.

            “Awak Suha yang saya pernah jatuh cinta dan inshaAllah selamanya cinta.”

            “Iye la sangat tu Encik Haikal. Mudahnya awak jatuh cinta. 2 bulan?”

            “Bukan. Dari dulu lagi, masa di UTM. Awak tak ingat?” Suha mengerut kening hampir bercantum dua. Siapa Haikal? Dulu? Bila? Suha menggeleng. Tidak mahu serabut untuk terus berfikir. Hati perlu dijaga. Tak mahu lagi terus berendam air mata dan kecewa.

            Haikal tersenyum kecewa. Hela dilepaskan. Gadis itu masih marah. Masih keras hatinya. Salah dia. Apa yang perlu dilakukan? Melepaskan Suha pergi sebagaimana dia mahukan atau tetap memilih menjadi peneman gadis itu sehingga tua? Peribahasa yang mana patut digunakan; sekeras-keras kerak nasi lama-lama lembut juga atau mengangkat bendera putih? Haikal menarik nafas dalam-dalam. Rasanya dia sudah ada jawapan. Kalau itu yang Suha mahukan.





+++++++++++++++

sapa agaknya pengantin Suha?
nantikan esok malam!
harap korang komen ye.
terima kasih :)

No comments: