Wednesday, August 26, 2015

Mini Novel : Pengganti 6



PENGGANTI ENAM

Lagi 2 minggu sahaja lagi semester terakhir akan bermula. Selepas bergelar tunangan kepada Khaliff Haikal, Suha tidak lagi bekerja di rumah Puan Johanna. Imtiyazz yang akan datang ke rumahnya. Haikal yang mengatur semuanya. Tidak mahu Suha bertemu atau berselisih langsung dengan Daniel. Apa yang terjadi Haikal masih tertanya-tanya, Suha seolah-olah berteka-teki.

            “Kita kahwin sebelum awak konvo la.” Haikal yang tiba-tiba duduk bersama di meja itu bersuara, membuatkan Imtiyazz dan Suha yang sedang berbincang mengerut dahi. Tidak faham.

            “Kenapa tiba-tiba? Bukan Ibu Ayah dengan Mama dah bincang ke? Lepas saya konvo. Kenapa nak ubah? Suha bengang. Haikal suka membuat keputusan yang macam-macam. Sekejap A sekejap B.

            “Entah abang, follow the flow la.” Celah Imtiyazz. Haikal berdecit.

            “Abang tak sedap hati, rasa macam Kak Suha ni nak kena culik dari abang.” Haikal mencebik bibir, membuat muka kasihan tapi langsung tidak terbeli dek Suha dan Imtiyazz.

            “Berdoa. Kalau awak rasa pilihan awak ini tepat untuk awak, inshaAllah.” Ujar Suha, Imtiyazz tersengih dengan mengangkat ibu jari kanannya tanda bagus. Suha tersenyum apabila Haikal mula mengeluh dan menekup wajah.

            “Awat la dengan menantu ibu ni?” Ibu menyoal setelah menghampiri meja dengan mendulang air. Sudah 2 minggu bertunang. Ibu kini semakin ceria dengan kehadiran bakal menantu. Bahagia sungguh!

            “Gatai nak menikah.” Suha berseloroh. Haikal terus sahaja mengangkat wajah.

            “Haikal nak nikah malam ni boleh Bu?”Soal Haikal, membuatkan semua yang ada tercengang seketika dan terus ketawa.

            “Awat hang ni Haikal? Bawak bersabaq. Kursus kahwin pun hang tak pi lagi. Dok gatai sangat ni awat la?” Ibu bersuara dengan sisa tawanya. Haikal mencebik.

            “Haikal takut Suha lari dari Haikal.” Jujur sahaja kata-kata itu, membuatkan Suha tersentuh. Suha tersenyum.

            “Saya akan setia dengan tunang saya. Saya janji.” Kata-kata yang membuatkan Haikal tersenyum lebar. Terus sahaja bangun dan berlalu pergi. Ibu dan Imtiyazz ketawa. Angau la tu!

            “Kenapa dengan abang Im tu?” Soal Suha setelah Haikal pergi.

            “Entah, dah seminggu juga abang asyik kata tak sedap hati.” Jawapan Imtiyazz membuatkan Suha terfikir sendiri. Suha menarik nafas panjang, hatinya sendiri berdebar apabila Haikal bersikap begitu. Suha tahu Haikal mahu tahu apa yang terjadi malam itu. Bolehkah dibiarkan sahaja malam itu berlalu pergi seolah-olah satu mimpi ngeri.

            “Kak Suha? Akak okay tak?” Suara Imtiyazz yang memanggil menyentak Suha dari terus hanyut dengan pelbagai persoalan. Suha hanya menggangguk dan tersenyum.

            “Apa yang jadi malam tu kak?” Imtiyazz menyoal dengan nada berbisik. Pesan mama jangan diungkit. Tetapi hati kecilnya mahu sangat tahu. Keadaan malam itu sungguh menggerunkan. Tidak pernah abang-abangnya bertumbuk bertegang urat sebegitu.

            “InshaAllah tak ada apa-apa yang berlaku. Semuanya hanya salah faham.” Suha sedikit terkejut mendengar persoalan itu keluar dari mulut si kecil ini. Suha sedar, Imtiyazz menyaksikan semuanya pada malam itu. Kalau dia pun akan menyoal yang sama.

            “Sejak malam tu abang Kal banyak termenung. Akak tak nak cerita dekat abang Kal hal yang berlaku malam tu?” Ujar Imtiyazz lagi. Jarinya masih ligan di buku. Mulutnya sahaja yang menyoal itu ini. Suha terdiam.

            “Mungkin nanti.” Jawapan yang membuatkan mereka berdua terdiam dan meneruskan kerja mereka berdua.

            “Terima kasih Suha atas tunjuk ajar yang Suha bagi pada Im. Mama rasa tak terbalas dengan gaji yang mama bagi. Dengan apa yang jadi lagi.” Puan Johanna mula sebak. Hari ini hari terakhir Suha mengajar Imtiyazz. Lusa Suha akan pulang ke Johor. Meneruskan pengajiannya untuk 6 bulan terakhir.

            “Suha harap mama dapat lupakan apa yang berlaku malam tu. InshaAllah semuanya baik-baik aje mama. Terima kasih untuk semuanya.” Puan Johanna terasa lapang dada. Doanya kini berharap semuanya dapat dilupakan. Berharap malam itu berlalu pergi. Daniel sudah menghilang pergi. Entah kerana berasa dirinya salah atau meninggalkan tanggungjawab yang patut ditanggungnya.

            “Im punya turn pula mama.” Imtiyazz menolak mamanya dari terus memeluk Suha. Apa yang mereka bisikan Imtiyazz tidak dapat mendengar. Suha ketawa begitu juga Puan Johanna. Suha mencium dahi gadis itu kemudian terus memeluknya.

            “Kak Suha tak ada belajar elok-elok. Tak lama dah nak UPSR. Pastikan A semua tau. Habis 6 bulan ni akak ajar Im balik ye.” Imtiyazz hanya mengangguk dengan senyuman melebar.

            “Saya? Tak nak peluk?” Suara itu membuatkan semua yang ada ketawa. Ayah hanya menggeleng begitu juga dengan ibu.

            “Hang peluk Suha, boleh la merasa penampaq ayah hat lama nih.” Ayah berseloroh. Haikal tersengih sendiri. Suha ketawa perlahan. Padan!

            “Jadi Haikal hantaq Suha lusa ni?” Ibu mencelah. Soalan yang membuatkan Suha tergamam.

            “Ibu, bukan ayah dah beli tiket ka. Awat nak berhantaq pulak dah ni.” Suha mula kelam kabut. Sejak majlis pertunangan dia dan Haikal, ibu ayah sudah mula berpihak kepada Haikal. Cemburu!

            “Ayah mana beli pun. Waktu ayah nak pi Haikal ni talipon Ayah. Habaq nak hantaq hang. Sekali nak beli hantaran siap-siap dah.” Ayah menjelaskan, Suha mula mencuka.

            “Ayah la ni suka belakangkan Suha. Awai lagi nak beli hantaran pa semua. Lepaih habih belajaq dan lagi. Kalut apa beli awai-awai ni.” Suha membentak.

            “Ibu hang tak bagitau ka?” Ayah mula menyoal.

            “Bagitau apa?” Suha sudah cuak.

            “Ehem-ehem, Ayah. Biar saya bagitau Suha la ye.” Haikal mencelah. Sengaja mahu mengusik tunangnya. Kian hari kian sayang.

            “Haa cepatlah. Jangan buat saya takut.” Suha menggesa.

            “Ayah dan ibu juga mama, setuju. Kita kahwin 2 minggu lepas awak habis belajar.” Haikal begitu gembira menyampaikan berita itu, sebaliknya bagi Suha.

            “Tapi kan dah janji lepas konvo. Ayah ibu, kenapa macam ni pulak?” Suha mulai bergenang air matanya. Suha tak mahu meninggi suara, tak mahu dek kerana emosi dia kurang ajar dengan orang-orang di hadapannya. Suha meminta diri untuk masuk ke dalam rumah.

            “Tak apalah. Nanti Ayah dengan ibu pujuk dia. Sat ja tu. Toksah risau.” Ayah cuba menenangkan keadaan. Haikal Nampak terkejut melihat Suha yang mula mahu menangis dan terus masuk ke rumah. Haikal sedikit kecewa melihat Suha yang seolah-olah tidak sudi menerima pertolongannya. Salahkah apa yang cuba dikorbankan ini?
           
            Pintu bilik anak daranya itu diketuk perlahan. Sejak petang tadi, Suha tidak menunjukkan muka. Berkurung sahaja di dalam bilik. Bila disoal, katanya mahu mengemas barang-barang untuk pulang ke Johor.

            “Suha, boleh Ayah dan ibu masuk sekejap?” Soal ayah dengan garau suara tuanya.

            “Boleh Ayah, Ibu. Masuklah Suha tengah kemas-kemas baju ja.” Ujar Suha setelah melihat kelibat Ayah dan Ibu dimuka pintu biliknya.

            “Tak habis lagi ka kemas? Awat lama sangat?” Ibu menyoal sambil membantu Suha melipat beberapa baju masuk ke dalam beg pakaian. Suha hanya tersengih.

            “Berat hati nak balik. Mesti rindu Ibu dengan Ayah nanti.” Suha mula mengadu manja. Ayah tersenyum.

            “Rindu Ibu dengan Ayah saja ka? Tunang hang tu?”Ayah memang suka mengusik. Suha memuncung bibir. Ibu sudah ketawa.

            “Buat apa rindu dia. Dah lah tiba-tiba bertunang. Esok ni tiba-tiba menikah. Ayah dengan ibu dah tak sayang Suha agaknya.” Suha merajuk lagi. Ayah dan ibu saling berpandangan.

            “Awat cakap lagu tu. Sebab sayang Ayah dengan ibu cepatkan bagi hang dengan Haikal menikah. Ayah tak mau apa-apa jadi dalam tempoh hang bertunang. Hang tak suka Haikal ka?” Ayah cuba menjelaskan. Ibu mengiyakan.

            “Bukan tak suka. Kalau Suha tak suka. Takkan Suha jadi tunang dia. Cuma...” Suha berjeda. Ayah dan ibu semakin resah. Apa-apa sahaja anak mereka seorang ni.

            “Cuma apa Suha?” Soal ibu. Suha mengeluh perlahan. Suha mengambil tempat di sebelah ayahnya.

            “Suha tak pernah bagi apa-apa dekat Ayah, dekat ibu. Suha nak kerja dulu. Dapat bagi Ayah dan ibu rehat kat rumah ja. Tak payah dah reja panas-panas. Penat-penat. Suha nak bagi apa yang ayah dan ibu tak pernah rasa sebelum ni.” Suha cuba menerangkan. Haikal tidaklah dibenci. Putik cinta sudah ada. Tunggu masa yang dihalalkan barulah ia akan memekar.

            “Awat Suha pikiaq lagu tu. Ayah dengan ibu tak mintak apa-apa pun. Cukuplah Suha cukup agama, pendidikan, sihat. Tu dah lebih dari semuanya. Syukur dah ayah dengan ibu.” Ayah bersuara.

            “Suha dah besaq, sepatutnya Suha bahagiakan dulu ayah dengan ibu. Bukan bahagiakan orang lain.” Suha cuba menegaskan apa yang dirasanya.

            “Suha... Haikal tu bukan nak pisahkan kita. Dia cuma nak ambil alih tugas Ayah. Jaga Suha, lindung Suha. Sebab Suha dah besaq, ayah cari orang untuk terus bombing Suha untuk Berjaya, inshaAllah dunia akhirat.” Ayah masih lagi memujuk. Ibu sudah mulai mengesat air matanya. Suha memeluk ibunya erat.

            “Terima kasih ibu, Ayah... Suha mintak maaf kalau Suha banyak susahkan hati ibu dengan Ayah. Suha sayang ibu dan Ayah.” Suha dan ibunya dipeluk erat oleh Ayah. Mereka hanya bertiga. Bagi Sulaiman, Haikal pilihan terbaik untuk Suha. Mata tuanya tidak rabun untuk melihat betapa lelaki itu menyayangi anaknya.

            “Jadi setuju ye Haikal hantaq Suha nanti?” Ayah masih mengusik. Suha mencebik.

         “Ayah percaya ka kat dia?” Suha memancing. Ayah dan ibu semacam sudah berpakat, hanya menjungkit bahu dan terus ketawa. Suha tahu pilihan orang tuanya tak mungkin salah. Pilihan hatinya juga. Haikal mungkin cinta yang dicari selama ini. Tapi Haikal? Bukankah ada Shaha Rose? Suha berdecit, kenapa boleh lupa watak itu?



++++++++
baca dan komen. tq korang
muah!

No comments: