Thursday, August 15, 2013

Mini Novel : Pengganti 4



Pengganti 4

Haikal memandang Imtiyazz yang kelihatan begitu resah di muka pintu. Telefon bimbit ditangan beberapa kali dibelek gadis genit itu. Haikal mengerut dahinya, lalu terus melangkah menghampiri adik perempuannya itu. Bahu Imtiyazz terus dipeluk dan dia turut sama memandang keluar, mahu melihat apa yang di cari oleh adiknya itu.

“Apa yang adik cari?” Soal Haikal. Imtiyazz berdecit kecil, wajah Haikal dipandangnya sekilas. 

“Abang Dan bawak Kak Suha tadi, muka Abang Dan bengis sangat. Dah setengah jam, selalunya lima belas minit aje dah sampai balik rumah. Adik risaukan kak Suha.” Imtiyazz menjelaskan. Penjelasan yang membuatkan Khaliff Haikal terkesima. Kerutan didahinya bertambah.

“Abang Dan bawak ke mana?” Soal Haikal, kalut!

“Bawak balik rumah kak Suha la kut, entahlah!” Imtiyazz menjawab penuh gelisah. Tidak menunggu lebih lama, Haikal terus masuk ke dalam rumah dan mencapai kunci keretanya. 

“Kalau Abang Dan dah balik, give me call or just text me.” Pesan Haikal laju tanpa sempat Imtiyazz mahu bersuara. Kereta dihidupkan dan terus di bawa menyusuri jalan besar. Ke mana? Haikal hanya mengikut rasa hatinya.

            20 minit pencarian Khaliff Haikal akhirnya membuahkan hasil, susuk tubuh Suha kelihatan di hentian bas berdekatan rumahnya. Suha kelihatan menunduk menekur lantai. Tanpa membuang lebih banyak masa, Haikal terus sahaja memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan hentian bas itu. Kelihatan Suha cuba berjalan perlahan ke arah telefon awam di sebelah hentian itu.

            Haikal memandang Suha atas bawah. Gadis itu kelihatan lain daripada hari-hari sebelumnya. Suha yang masih tidak menyedari Haikal di situ, hanya membatukan diri di belakang telefon awam. 

            “Suha?” Khaliff Haikal mula bersuara apabila melihatkan Suha yang resah memeluk tubuh sendiri di belakang telefon awam itu. Suha mengangkat wajah dengan takut-takut. Tubuhnya dipeluk erat. Haikal terpempan. Wajah gadis itu!

            “Siapa buat kau macam ni?” Haikal menghampiri Suha yang sudah bergenang air mata sebaik melihat wajah Haikal di hadapannya. Haikal menanggalkan cardigan yang dipakainya lalu membalut tubuh gadis itu yang sedang menggigil menahan tangis. Haikal jatuh sayu, di pandang gadis dihadapannya itu atas bawah. Tudung yang sudah tidak terurus dan pakaiannya yang sudah kotor dengan palitan tanah.

            “Tell me! Siapa yang buat kau macam ni?” Haikal menyoal sekali lagi dan laju sahaja Suha merembeskan semua air mata yang sedari tadi di tahan-tahan. Tubuh Suha melurut jatuh ke tanah. Haikal kalut, bahu gadis itu mahu di paut namun dia sedar, Suha masih dihormatinya.

            “Cakap dengan aku, siapa?!” Haikal meninggikan suaranya. Khaliff Haikal resah, resah melihat keadaan Suha begitu. Resah dengan tangisan Suha yang menjerut hati lelakinya. Resah kerana dia tidak mampu melakukan apa-apa untuk gadis itu. 

            Suha menggeleng beberapa kali dengan tangisan yang tidak berkesudahan. Khaliff Haikal duduk berdepan dengan Suha yang masih menangis, dia mengeluh kasar. 

            “Sekali lagi aku tanya, siapa yang buat kau macam ni?” Haikal masih belum berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan dan mendengar suara gadis itu. Suha masih menggelengkan kepalanya. Telefon yang berdering terus sahaja di angkat panggilannya.

            “Abang Kal, abang Dan dah balik.” Imtiyazz bersuara di hujung talian.

            “Macam mana dia?” Soal Haikal.

            “Muka dia macam luka sikit.” Jujur Imtiyazz menjawab. Haikal merengus kasar. Membuat andaian yang melukakan hati lelakinya. Janganlah benar telahan ini! Jerit hatinya sendiri.

            15 minit membiarkan Suha berada dalam tangisannya, Khaliff Haikal mula bertindak seperti Haikal yang selalunya. Lengan Suha yang berlapik baju kurung yang dipakai dicapai dan direntapnya dengan sedikit kasar, sehingga menarik tubuh gadis itu supaya membuntuti langkahnya. Suha yang sudah tidak berdaya dek menangis terlalu lama hanya menuruti tanpa sebarang tentangan. Khaliff membuka pintu kereta dan menolak tubuh Suha masuk ke dalamnya. Tanpa menunggu lebih lama, Haikal terus sahaja menekan minyak dan kereta mula menyusuri jalan kelam yang hanya diterangi cahaya lampu neon. 

            “Kalau kau tak cakap sampai esok sekali pun, aku dah tahu siapa! Tapi lebih baik kau sendiri yang cakap sebelum aku apa-apakan kekasih kau tu!” Haikal yang lama mendiamkan diri akhirnya meluahkan kemarahannya. Lantang sekali suaranya sehingga menggegarkan segenap ruang kereta. Suha tersentak sehingga terjungkit kedua-dua belah bahunya. Namun, Suha masih mengunci rapat bibirnya. Tidak bersuara walau senada. Sesekali jari jemarinya mengesat air mata yang masih setia mengalir di pipi. 

            “Dia potong lidah kau ke sampai langsung tak bersuara!” Ujar Haikal lagi, bengang!

            “Hantar saya balik” Mendatar sahaja suara itu menjengah telinga Haikal yang sudah mematikan enjin keretanya di hadapan rumah yang perit untuk Suha walaupun sekadar memandang. Pandanga Haikal jatuh sebentar ke wajah gadis yang sentiasa menganggu tidur malamnya. Wajah itu kali ini kelihatan memberat dengan sesuatu yang takut untuk dia andaikan. 

            “Kenapa? Masalah kalau dibiarkan macam kanser jadinya. Makin memburuk. Selesaikan Suha, kita selesai segera.” Haikal terus sahaja melangkah keluar daripada perut kereta setelah bersuara senafas. Suha masih mendiamkan diri sehinggalah pintu kereta dibuka dari luar.

            “Aku akan sentiasa ada untuk kau.” Kata-kata yang menikam tajam lubuk hati Suha. Air mata yang kering ditubir kini kembali membasah. “Kenapa sekarang baru hati yakin yang mana intan yang mana kaca?” Suha menyoal hatinya sendiri. 

            Empat mata yang berada di ruang tamu rumah mewah itu terus memandang kea rah Haikal dan Suha sebaik sahaja mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah.

            “What you have done Haikal?!” Bergema suara Puan Johanna setelah melihat keadaan Suha yang sangat memberikan persoalan besar. Imtiyazz terlopong dan kemudian terus melangkah laju memeluk tubuh Suha yang sangat lemah ketika itu. Haikal tersenyum sinis mendengar persoalan itu. Haikal berpeluk tubuh.

            “What have I done? Or what Daniel did to her!” Haikal bersuara dengan suara yang tinggi, bergema seisi rumahnya. Bukan mahu bersikap kurang ajar tetapi hatinya sakit apabila soalan Puan Johanna itu seolah-olah mahu mempersalahkan dirinya. 

            “Daniel?” Puan Johanna menyoal, tak lama dia kembali bersuara.

            “Imtiyazz call your brother now!” Puan Johanna mengarah dengan begitu tegas. Wajahnya memerah menahan kemarahan. Imtiyazz melepaskan pelukannya kepada Suha dan terus melangkah menaiki anak tangga. Suha menggeletar, tidak mampu untuk berdepan dengan lelaki itu.

            Selepas beberapa minit Imtiyazz memanggil, Daniel turun dengan lagak biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku.

            “Ada apa mama?” Soal Daniel, sambil melabuh duduk di sofa berdepan dengan Suha yang menundung menekur lantai.

            “Don’t pretend bro, be a man!” Haikal mengherdik. Daniel mengerling tajam.

            “Don’t act like a hero bro...” Daniel membidas. Haikal laju sahaja mencengkak kolar baju Daniel dan hampir sahaja penumbuk mengenai wajah Daniel.

            “Stop it!” Puan Johanna menempik. Geram dengan sikap anak-anak lelaki.

            “Mama nak selesaikan masalah, bukan tambah masalah.”

            “Dia punca semua ni ma, memang patut Haikal tumbuk dia.” Haikal menambah, penumbuknya sekali lagi di acu ke wajah Daniel. Daniel menepis

            “I said stop it Haikal!” Pekik Puan Johanna.

            “Daniel, bagitau mama apa kamu dah buat dengan Suha?!” Puan Johanna menyoal tegas. Daniel tersenyum sinis, matanya memandang tepat ke arah Suha yang berada di hadapannya.

            “Buat apa?” Daniel kembali menyoal tanpa menjawab persoalan Puan Johanna. Haikal menahan sabar, bibirnya diketap kuat.

            “Kamu jangan nak berdalih, kamu tengok Suha ni! Kamu jangan fikir mama tak tahu apa yang kamu dah buat dekat dia!” Puan Johanna semakin hilang kesabarannya.

            “We both want it... Isn’t it Suha?” Daniel bersuara dengan riak bersahaja dan tanpa rasa bersalah. Dengan sengaja dia cuba mempermainkan Suha. Suha menggeleng laju, wajahnya di angkat ke atas, sehingga bertemu dengan pandangan Daniel yang sedari tadi tidak berganjak daripada memanjang Suha. Pandangan yang begitu sinis!

            “Kau memang kurang ajar!” Haikal akhirnya berjaya menghadiahkan satu tumbukan ke wajah Daniel. Sabar sudah dimeter akhir, kata-kata yang keluar daripada mulut Daniel menambah bara yang sedia ada di hati Haikal. 

            “Haikal!” Puan Johanna sudah tidak tahu cara menghalang si baran Haikal.

            “Dia melampau mama! Too much!” Haikal menolak jatuh Daniel yang masih boleh ketawa. Bibir yang berdarah dikesat dengan jari, langsung tidak membalas tetapi hanya ketawa. Ketawa yang sengaja dibuat-buat untuk menambah sakit hati kepada orang lain.

            “Daniel, kenapa teruk sangat perangai kamu ni? Mama tak pernah ajar kamu macam ni! Mama tak kira, kamu mesti bertanggungjawab!” Tegas Puan Johanna. Namun Daniel masih dengan sisa tawanya.

            “Bertanggungjawab? Mama.. Mama... Why should I?” Daniel kembali menyoal tanpa sedikit riak bersalah. Haikal panas telinga, panas hati.

            “Daniel! Kamu yang buat semua masalah ni, jadi kamu mesti bertanggungjawab!” Puan Johanna mulai bengang!

            “Buat apa? Tell me, what have I done?” Daniel menyoal lagi. Suha sudah kembali bermain air mata.

            “Jangan berdalih!” Haikal menempik. Matanya seolah berapi mencerlun memandang ke arah Daniel.

            “Ask her, what I have done to her? What?!” Daniel bersuara lagi, cuba mempertahankan dirinya. Suha menggenggam kuat jemarinya. Pandangannya masih ditundukkan, seakan mahu menjauhi segala apa yang berada di hadapannya.

            “Suha, bagitau auntie apa yang berlaku...” Puan Johanna menyoal dalam nada yang dikendurkan, takut untuk memberi tekanan kepada gadis itu. Suha mendiamkan diri. Gerak tubuhnya juga kaku. Keadaan senyap beberapa ketika.

            “See? Even she can’t tell us what have I done, couse I did nothing!” Daniel merengus marah, lalu terus melangkah ke biliknya kembali.

            “Daniel, I’m not done talking!” Puan Johanna memanggil.

            “Apa lagi mama... Daniel tak buat apa-apa, I’ve told you we both want it.” Daniel tersenyum sinis. Puan Johanna beristighfar sendiri.

            “Demi maruah awak sendiri awak sanggup berdiam diri?” Haikal mula bersuara memarahi sikap Suha. Suha menyapu air mata yang mengalir di pipi. Tidak menjawab persoalan Haikal, Suha bingkas berdiri.

            “Saya minta maaf menyusahkan keluarga Puan. Saya minta diri. Apa sahaja yang berlaku saya akan lupakan, saya minta halal semuanya. Saya minta maaf.” Tidak menunggu lama, Suha terus sahaja melangkah keluar. Namun langkahnya tersekat.

            “Nak lari? Nak lari daripada masalah yang tak selesai?!” Haikal menyoal lagi dengan nada yang sama, tinggi!

            “Masalah apa? Biar saya selesai sendiri!” Suha mula bersuara melawan kata dengan Haikal. 

            “Macam mana nak selesai sendiri kalau masalah ni melibatkan orang lain?! Cuba cerdik sikit Suha!” Haikal membidas.

            “Saya nak balik.” Suha cuba menarik tangannya yang masih dicengkam erat oleh Haikal.

            “Im, bawa Kak Suha tukar baju.” Haikal menolak tubuh Suha ke arah Imtiyazz yang sedari tadi menjadi pemerhati. Puan Johanna menggeleng kepalanya laju. Tanpa menyoal banyak, Imtiyazz menarik tangan Suha supaya mengikut langkahnya.

            “Apa yang kamu cuba buat Haikal?” Puan Johanna menyoal.

            “Haikal tahu Daniel dah rosakkan Suha. Kalau Daniel tak nak mengaku, Suha tak nak cakap. Haikal sanggup ma, Haikal sanggup bertanggungjawab untuk semua ni.” Suara Haikal, membuatkan Puan Johanna mengerut dahinya.

            “Maksud kamu?” Soal Puan Johanna seakan tidak mengerti.

            “Haikal akan kahwin dengan Suha.”

Jam sudah menunjukkan angka 11 malam. Ayah dan Ibu sudah mundar mandir di hadapan rumah. Risau akan anak gadis mereka yang belum lagi pulang. Tidak pernah anak gadis mereka itu pulang selewat ini. Sudah berkali-kali mereka cuba menghubungi anak mereka itu namun tidak berangkat.

“Saya risau la bang... Mana Suha ni pi...” Mak cik Raudhah bersuara lagi. Sudah beberapa kali soalan itu terpacul dari mulut tua itu. Pak cik Sulaiman sekadar menggeleng kepala. Hati tuanya sangat risau, namun tidak mahu menambah kerisauan isterinya, dia sekadar mendiamkan diri.

Cahaya lampu kereta yang berhenti di hadapan rumah mereka membuatkan kedua-duanya bingkas berdiri.

“Suha ke bang, siapa punya kereta tu...?” Mak cik Raudhah bersuara lagi, sambil kakinya laju menyaingi langkah Pak cik Sulaiman ke arah pagar rumah.

“Ayah, Ibu...” Laju sahaja Suha mendapatkan kedua-dua ibu bapanya. 

“Hang pi mana Suha, lama ayah dengan ibu hang tunggu...” Soal Ayah sebaik anak gadisnya itu menyalami tangan tuanya.

“Maaf pak cik, saya ada hal sikit nak bincang dengan Suha, jadi saya tahan dia dari balik rumah.” Belum sempat Suha menjawab, Haikal lebih pantas bersuara. Ayah memandang Suha sebelum kembali memandang ke arah anak muda di hadapannya ini.

“Saya Haikal, abang kepada pelajar Suha.” Haikal memperkenalkan diri setelah melihat pandangan ayah Suha yang penuh persoalan. Pak cik Sulaiman hanya mengangguk kepala.

“Masuklah dulu nak...” Mak cik Raudhah bersuara, setelah melihat suaminya hanya berdiam diri.

“Takpelah mak cik, dah lewat sangat.” Haikal menolak baik.

“Hal apa yang dibincangkan dengan Suha?” Ayah kemudian menyoal, dalam hatinya penuh keraguan. Suha mula tidak keruan. Haikal masih dengan lagak tenang. Ibu mula menggeleng kepala dengan sikap terburu-buru suaminya. Suha ditarik supaya melangkah menyainginya masuk ke dalam rumah.


“Saya nak melamar Suha jadi isteri saya pak cik.” Lembut sahaja suara itu menutur kata-kata. Suha terpempan. Mak cik Raudhah tersenyum, sudah di agak sedari tadi. Pak cik Sulaiman tersenyum kecil terus sahaja dipelawa Haikal masuk ke rumah.

“Esok saya bawa mak dan wakil saya untuk bincangkan hal ni, itu pun kalau pak cik dan mak cik izinkan.” Suara Haikal lagi.

“Benda yang baik jangan lengahkan.” Jawapan Ayah bagai halilintar yang menyambar tubuh Suha. Suha terkaku, terkedu. Allah dugaan apa lagi!


+++++++++++++++

sorry!
maaf ye lewat sangat sambung.
lagi dua episod, untuk tamat!

tunggu ye. :) 
jangan lupa komen kat bawah.

much love readers!

6 comments:

misza said...

Lama tunggu, tapi masih ingat lagi part yang sebelum ni.

nurhamizah badri said...

tau tak pe...masih ingat lagi tau part sebelum ni...aaaargghh jahatnye dan..haikal you're the best.. tak sabarnye nak tunggu part seterusnye kak.. good job kak ^^

akubersamaCahya said...

mujuq ingat hehhe tq. otw :)

natasha amanda said...

lamnya tunggu n3 baru... tiap hari buka blog nie tggu sambungan cerita nie

Anonymous said...

Lama lagi ker nk tunggu?...aper ending cerita nie?;-) - ila

Anonymous said...

Sambung la cepat :( please. -Leha