Tuesday, March 26, 2013

Entri Bulan 3 2013 :)

Hai semua :)
Opss Assalamualaikum!

Kedah musim panas sekarang, mungkin kemarau.
Ipoh pulak sebelum abc balik ke Kedah, asal petang aje hujan.
apa-apa pun cuaca, ucap Alhamdulillah atas kenikmatan yang kita rasai, masih rasai. kan? ^^

abc lama tak update, mesti korang dah tak datang sini. sorry, maaf, omedeto, bian, mujemaafkerto, :)
malam ni selepas beberapa minggu tak menulis, abc kembali membaca last chapter Janji Terpateri dan Cinta Atas Paksa. 

malam ni bagi mengisi blog yang bersawang ni, abc hadiahkan korang semua dengan Cinta Atas Paksa Part 10. Part ni serba sedikit bagi korang konfius tentang novel yang abc sudah usahakan separuh jalan ^^ kalau korang 'curious' maknanya part ni menjadi, kalau tak, penulisan abc masih kena asahlah hehehehe. 

terimalah, setelah sekian lama korang mendengar CAP dari blog dan page abc; Cinta Atas Paksa :)





Part 10
Adra Malaeka menekup mulutnya yang menguap besar. Sudah terbiasa bangun waktu subuh dan terus mandi, sekarang dia masih bercuti solat. Tubuhnya masih berasa letih, tambahan pula bahunya yang sudah bengkak-bengkak. Adra Malaeka menghempas kembali tubuhnya ke atas tilam yang empuk itu. Terasa mahu melelapkan mata untuk beberapa minit lagi. Jam baru menunjukkan jam 6.45 pagi, masih berbaki 45 minit lagi sebelum waktu yang dinyatakan Daffa Jawhar sebelum mereka check-in ke bilik masing-masing. Mungkin kerana terlalu letih dan pengaruh tilam yang sangat empuk, Adra Malaeka akhirnya terlelap dengan sendiri.

Telefon yang berdering beberapa kali dibiarkan sahaja, kerana terlalu mengantuk tanpa sedar Adra Malaeka memadamkan terus telefonnya. Tidurnya nyenyak sekali tanpa sebarang gangguan. Beberapa minit kemudian, tidurnya terganggu dengan ketukan di pintu. Adra Malaeka menggosok matanya yang terlalu sukar untuk dibuka akibat terlalu mengantuk. Jam tangan dibeleknya dengan mata yang hanya dibuka kecil.
“SubhanaAllah!” Sudah jam 8.30 pagi. Adra Malaeka mula kelam kabut, sudah terbayang wajah singa jantan itu yang mengeluarkan taringnya yang panjang. Tuala mandi dicapainya dan terus masuk ke bilik mandi. Adra Malaeka berusaha bersiap secepat yang mungkin. Telefon yang telah dipadam dihidupkan kembali, sambil itu dia memperelokkan kedudukan tudung dikepalanya. Beberapa mesej dibukanya, semua panggilan daripada Daffa Jawhar. Belum sempat melangkah keluar dari bilik, telefonnya berdering lagi.
“Awak... sorry...” Adra Malaeka bersuara terlebih dahulu, pantas sebelum Daffa Jawhar bersuara.
“Baru bangun puteri? Lena tak tidur?” Daffa mula menyindir.
“Sorry... sorry sangat-sangat dah siap ni nanti saya turun ye.” Adra Malaeka tidak putus-putus memohon maaf.
“Tak payah, aku dah keluar dengan Nabil. Kau duduk aje dekat hotel tu.” Suara Daffa, tinggi. Adra Malaeka terus diselubungi rasa bersalah.
“Ala....”
“Apa ala? Aku cakap semalam pukul 7.30 pagi bukan 8.30.”
“Saya letih, tertidur balik lepas subuh tadi.”
“Macam dia yang drive.”
“Tapi kena dera...” Adra bersuara lirih, mahu menutup salahnya.
“What?!” Bentak Daffa, terkejut dengan jawapan itu.
“Betullah, saya tak boleh tidur tau, bahu saya dah bengkak teruk.” Adra Malaeka mereka cerita.
“Panaflex tu?” Soal Daffa, suaranya sedikit mengendur.
“Tak berkesan pun...” Adra Malaeka menahan ketawa di talian, dia hampir berjaya menutup kesalahannya.
“Teruk sangat ke?” Daffa menyoal lagi, ada nada-nada kerisauan.
“Agaklah... tapi takpe kejap lagi saya cuba tuam pulak.” Adra Malaeka dirundung rasa bersalah kerana menipu begitu. Bahunya sememangnya masih lagi sakit dan bengkak-bengkak tetapi tidaklah sampai dia tidak boleh tidur semalamnya. Dia sendiri tidak sedar pukul berapa dia sudah terlelap.
“Dalam pukul 10 kau siap, aku bawa kau pergi klinik.” Ujar Daffa membuatkan Adra Malaeka menelan liur. Serius pula dia! Adra Malaeka cuba mencari helah.
“Eh, tak payahlah. Buat doktor tanya saya kenapa, takkan saya nak kata awak dera pula?” Adra Malaeka cuba mengelak.
“Erm... aku suruh Nabil periksa nanti.” Pulak! Adra Malaeka menepuk dahinya perlahan.
“No... tak payah.” Adra Malaeka menolak.
“Why? Nabil tahu aku memang suka dera kau.” Selamba sahaja Daffa menjawab. Adra Malaeka mengetap bibir.
“Segan....” Ujarnya perlahan.
“Mengada!” Bentak Daffa, pelik dengan Adra yang banyak pula beralasan.
“Saya letak panaflex banyak-banyak kejap lagi. Tak pun awak belikan minyak panas dekat saya eh...” Pandai pula Adra Malaeka mengaturkan. Daffa merengus perlahan, tidak terlayan dengan perangai Adra Malaeka pagi ini.
“Kalau kau nak makan, turun aje kat restoran tu. Nanti bil kira masa check out. Lagi satu, call mak. Mak dah bising kau tak call dia. Okay.” Ujar Daffa senafas, talian terus dimatikan. Adra Malaeka bingung, emak? ‘Macam mana mak boleh telefon dia sebelum telefon aku?’ Adra Malaeka dilanda kebingungan.
Pemandangan di sekitar A’Famosa Resort sangat memukau. Kehijauan yang ada di sekitarnya menambahkan ketenangan. Dari bilik yang diinapnya, Adra sangat teruja melihat kolam renang yang ada di situ. Terus sahaja dia bersiap seadanya ke kawasan kolam renang. Tidak ramai pengunjung yang bermandi manda, membuatkan Adra Malaeka selesa untuk berjalan disekitarnya. Sesekali dia menjamahkan hujung kakinya ke dalam air kolam yang sejuk itu.
Telefon yang berdering mengganggu keseronokan yang dirasainya sebentar. Nama pemanggil yang naik di skrin telefon membuatkan Adra Malaeka terus mencebik bibir.
“Ye?” Suara Adra kurang mesra.
“Kenapa tak terjun terus dalam kolam?” Daffa seperti selalu, kasar!
“Kalau saya pandai berenang, dalam lama saya pakai bikini dan terjun dalam kolam tu.” Adra Malaeka membidas.
“Oh? Ye ke? Seksi, boleh bayangkan.” Jawapan yang membuatkan Adra Malaeka terlopong dan geli!
“Ei! Tak senonoh!” Bentak Adra Malaeka. Daffa terburai ketawa.
“Kau yang cakap, aku bayangkan aje.” Daffa semakin galak mengusik Adra Malaeka yang sudah panas wajahnya, malu!
“Stop! Jangan bayangkan.”
“Alamak, dah terbayanglah. Macam mana?”
“Ish! Sudahlah!” Adra Malaeka terus mematikan talian. Kedua-dua tangannya di silang memeluk tubuhnya. Geram dengan Daffa Jawhar, ada sahaja perkara yang menyakitkan hatinya. Bagaimanalah boleh dia mengenali lelaki pelik itu?
Adra Malaeka kembali mendekati kolam renang itu. Airnya kelihatan dalam sekali, menimbulkan kegerunan dihatinya. Gambaran 5 tahun lalu kembali terbayang dilayar matanya. Hampir sahaja nyawanya diragut oleh ombak laut yang ganas, mujur ada yang menyelamatkannya. Walaupun mempunyai fobia dan trauma kepada air dalam, namun kecintaannya kepada air, pantai dan ombak tidak pernah hilang. Tiga perkara itu adalah ketenangan baginya. Betullah kata orang, yang kita cinta kadang bisa membunuh dan sebaliknya juga.
Sedang asyik memijak-mijak air yang terkeluar daripada kolam di gigi kolam renang, terasa ada tangan yang menolak belakang badannya sehingga dia terjatuh terus ke dalam kolam itu. Adra Malaeka kaget, dalam keadaan panik itu, tiada lain yang terfikir olehnya selain lemas dan mati. Tangannya digawang-gawang, kakinya mencari dasar untuk dipijak, namun gagal. Dalam samar, kabur mata dek air kolam itu Adra Malaeka melihat seseorang menghampirinya dan terus menarik tubuhnya ke permukaan air.
Adra Malaeka tercungap-cungap mengambil nafas. Tangannya memeluk kuat tubuh orang yang menyelamatkannya. Telinga kemudian menangkap suara ketawa. Diraup wajahnya yang lencun dengan air beberapa kali.
“Ha.... tak mati pun kan?” Daffa masih dengan sisa ketawanya. Adra Malaeka terpana. ‘Macam mana dia boleh berada di sini? Yang selamatkan aku tadi, dia?’Adra Malaeka bermonolog sendiri.
“Kau dah bisu eh?” Daffa menyoal lagi. Adra Malaeka yang masih kebingungan hanya memandang Daffa Jawhar, kosong.
“Macam mana awak ada kat sini?” Soal Adra Malaeka. Daffa Jawhar mengeratkan pelukannya dipinggang Adra Malaeka.
“I’m saving you.” Daffa kemudian ketawa lagi. Adra yang tersedar cuba menjarakkan diri, pelukkan di leher Daffa juga dilepaskan.
“Eh, tak takut lemas ke?” Daffa mengacah, pelukan dilonggarkan sedikit demi sedikit sehingga membuatkan Adra Malaeka kembali mahu tenggelam. Secepatnya Adra memaut bahu Daffa Jawhar.
“See... kau perlukan aku sekarang kan?” Daffa yang tadinya bersisa ketawa, kini kembali kepada dirinya seperti selalu, bengis!
“Well Adra Malaeka, analogi masalah kita lebih kurang sama seperti keadaan kita sekarang. Aku tolak kau tadi, kau nampak? Tak? Aku selamatkan kau tanpa kau sedar aku yang tolak kau dan sekarang kau perlukan aku untuk tak kembali tenggelam dalam kolam ni. Betul?” Adra Malaeka tidak memahami apa yang diungkap, apa yang cuba disampaikan oleh Daffa Jawhar. Dalam keadaan diri yang masih terkejut, ditambah pula dengan pernyataan Daffa yang dialah yang menolak Adra sehingga jatuh ke dalam kolam.
“Apa maksud awak? Saya tak faham...” Adra Malaeka memaut kuat bahu Daffa dek kerana Daffa sudah melepaskan pautan pinggannya.
“Kau takkan pernah faham!” Daffa kemudiannya mengangkat tubuh Adra Malaeka tinggi dan terus diletakkan di tepi tebing kolam. Tanpa menjawab apa-apa, Daffa Jawhar terus berenang ke dalam air, jauh menjauhi Adra Malaeka.
“Seronok main air?” Soal Nabil yang menghampirinya dengan membawa tuala dan bathrobe, lalu dihulurkan terus kepada Adra Malaeka yang sudah basah satu badan. Adra Malaeka menyambut huluran itu. Nabil duduk mencangkung disebelahnya.
“Jangan tanya saya apa-apa. He seems like, lost his mind. Saya sendiri tak dapat nak faham dia sekarang. Mungkin awak boleh faham dia?”  Ujar Nabil setelah Adra Malaeka seolah-olah mahu bertanya sesuatu. Nabil terus berlalu tanpa sempat Adra Malaeka bersuara.
“Analogi?” Adra Malaeka terus memikirkan kata-kata Daffa Jawhar sebentar tadi. Hilang ketakutannya akibat terjatuh ke dalam air, kini resah memikirkan analogi yang langsung tidak dapat difahaminya. Adra Malaeka mengelap tubuhnya yang berbalut baju basah itu. Bathrobe dipakai setelah selesai mengeringkan sedikit tubuhnya.
Sewaktu melangkah ke bilik, tangannya menyeluk poket seluar. Telefon bimbitnya yang sama-sama lencun dikeluarkan.
“Habis rosak!” Adra Malaeka merungut setelah telefonnya itu tidak dapat dihidupkan lagi. Kakinya dihentak hentak kecil. Telefon itu hadiah pemberian ibunya, setelah dia berjaya menamatkan pengajiannya beberapa bulan lalu.
“Minta ganti rugi!” Hatinya menempik kuat, membuatkan kepalanya terangguk-angguk. Dari langkah yang longlai, terus sahaja bertukar rentak. Laju sahaja Adra Malaeka melangkah, bertentangan dengan arah ke biliknya.
Pintu bilik itu diketuk beberapa kali dengan kuat. Selepas beberapa minit, barulah pintu itu dibuka dari dalam.
“Why?” Soal Daffa ringkas, matanya memandang Adra Malaeka yang basah kuyup dengan bathrobe dan tuala dibahu, dari atas ke bawah beberapa kali. Adra Malaeka yang tadinya datang dengan penuh amarah, kini terus sahaja menutup matanya dengan telapak tangan. Daffa hanya berkain tuala!
“Ish, boleh tak pakai baju dulu?” Ujar Adra Malaeka, matanya masih ditutup dengan tangan.
“Kau datang bilik aku kenapa?” Soal Daffa sekali lagi, langsung tidak menghiraukan kata-kata Adra Malaeka.
“Ni...” Adra Malaeka mengangkat telefonnya ke muka Daffa, sebelah tangannya lagi masih menutupi matanya.
“Telefon saya dah rosak sebab awak tolak saya masuk kolam tadi. Nak ganti rugi.” Adra Malaeka terus bersuara tanpa membuang masa. Dia tidak tegar berada di situ melihat Daffa Jawhar yang separuh bogel.
“Ada bukti aku yang tolak kau?” Terus sahaja Adra Malaeka bercekak pinggang. Wajah Daffa yang langsung tiada riak bersalah itu direnung tajam. Daffa mengangkat keningnya beberapa kali.
“Tapi awak yang cakap tadi....” Adra Malaeka menambah.
“Ye memang aku cakap, tapi betul ke aku?” Daffa sudah bermain kata. Adra Malaeka naik bengang. Jarinya ditunding tepat ke dada Daffa Jawhar yang terdedah.
“Awak ni...” Baru hendak bersuara, Daffa Jawhar melangkah mendekatkan dirinya ke arah Adra Malaeka, terus melekapkan jari Adra ke dadanya. Adra Malaeka terkedu, keras menelan liur. Terus sahaja dia menapak ke belakang.
“Aku apa?” Daffa menyoal setelah Adra mematikan kata. Adra Malaeka menggeleng laju. Tangannya dijatuh terus ke sisi, tanpa bercakap panjang Adra Malaeka memusing badan ke belakang dan terus melangkah pergi. Tidak betah untuk berdepan dengan Daffa Jawhar saat itu, terimbas kembali kejadian malam yang begitu menakutkan. Malam di mana Daffa Jawhar hampir-hampir sahaja meragut mahkotanya. Langkah diatur laju ke bilik, laju hingga seperti berlari-lari anak. Dadanya yang berombak kuat ditenangkan dengan menepuk perlahan dengan tangan, bibirnya tidak lekang beristighfar. Ketakutannya saat itu lebih melemaskan dirinya daripada saat dia kelemasan di dalam air. Daffa Jawhar mempunyai 1001 ketakutan bagi dirinya. ‘Aku boleh mati ditangan dia.’ Adra Malaeka berbisik sendiri.
 

7 comments:

Anonymous said...

sori ye nk tanye....penat mata nie melilau dlm blog ni tapi xjumpe lak part 1-9...ke saye yg terlepas pandang.....

akubersamaCahya said...

eh... kan dah tulis tu. mana ada bab lain, sebab CAP ni abc tgh usahakan manuskripnya :)

Anonymous said...

Ok....igtkan ade yg termiss ke ape pn bet xsabar nk tunggu

Anonymous said...

Tumpang tanya , mana part 6-9 erk ? Puas cri , xda pun ?

akubersamaCahya said...

Hye. Tq dtg blog abc. Maaf. CAP abc berangan2 nak jadikan novel. So dlm proses lagi. Sori

Anonymous said...

Nak lagi..huhuhu best... Bab 6-9 tak jumpa but it's ok..

akubersamaCahya said...

Mmg xd. Sedang usahakan manuskripnya hehe xsiap2 huhu