Tuesday, August 28, 2012

Cinta Itu Ada - part 1



Syafiqah menghempas badan ke atas katil. Tudung yang masih membaluti kepalanya, dicabut dengan kasar. Kak Farina yang sedari tadi di meja belajar hanya memerhati dan menggeleng kepala. Syafiqah mengambil telefon yang berdering untuk kesekian kalinya. Tidak diangkat panggilan itu tetapi dipadamkan terus dan kemudian mencampakkannya ke atas meja yang berada dibelakang kepala katil.

            “Tangga rumah bergoyang lagi ke?” Sindir Kak Farina yang sudah melangkah ke katilnya. Syafiqah mengiring badan mengarah ke arah Kak Farina yang sudah duduk dikatil sambil tangan ligat dengan telefon bimbitnya.

            “Nak roboh dah.”

            “Choi! Mintak simpang la, kenapa cakap macam tu?” Sergah Kak Ida yang baru melangkah masuk.

            “Akak mesej Kak Ida eh…” Syafiqah menunding jari ke arah Kak Farina sambil mengecilkan mata. Kak Farina hanya menjelir lidah.

            “Kenapa? Dah tak pandai nak share masalah dengan akak ke?” Kak Ida mengambil tempat di sisi Syafiqah. Syafiqah bangun daripada pembaringan. 

            “Ika pening la akak, serabut rasa kepala ni.” Kak Ida menggeleng kepala, Kak Farina macam biasa, menjuih bibir sahaja. Syafiqah yang suka membesar masalah yang kecil, itulah yang dikatakan daripada awal Syafiqah merungut dengan masalah yang dihadapinya.

            “Dah discuss dengan Adam?” Sayfiqah menggeleng dengan soalan yang dikemukakan Kak Ida.

            “Jangan kepala angin sangat….” Ujar Kak Farina sebelum melangkah keluar, Syafiqah sekadar menjeling.

            “Mana ada kepala angin….” Syafiqah bersuara perlahan.

            “Kepala angin tu bukan asyik marah tak tentu pasal aje dik, merajuk tak tentu pasal pun boleh jadik jugak. Kenapa tak discuss? Akak rasa tak masalah apa-apa pun. Adam busy dengan praktikal dia, mana boleh datang selalu.” Kak Ida cuba menasihat panjang lebar.

            “Tapi akak, janji tetap janji. Ini tahun pertama tau nak sambut birthday Ika dengan dia, tapi tengoklah… dah lepas dua minggu, wish pun tak.” Kak Ida hanya tersengih.

            “Ika ni… ingatkanlah dia… korang baru 6 bulan kahwin dik oi… kenal tak habis lagi.” Syafiqah menjuih bibir.

            “Waktu birthday dia bulan lepas Ika dah ingatkan… nak ingatkan selalu, macam takde feel la kak.” Kak Ida menepuk perlahan bahu Syafiqah yang erat memeluk bantal.

            “Jadi isteri kena sabar. Ini baru masalah kecik dah merajuk panjang. Tak elok tau dik, sabar banyak-banyak. Adam sibuk tu, mungkin dia ingat tapi tak berkesempatan. Dia call adik tak angkat, jangan buat suami awak tu susah hati. Ingat, dia jauh awak pun jauh…” Syafiqah mengeluh perlahan, kata-kata Kak Ida sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya. Syafiqah mengangguk perlahan.

            “Jangan lupa impian Ika tu… menjadi muslimah solehah kan?” Syafiqah mengangkat muka memandang wajah Kak Ida yang berada dihadapannya.

            “Hamba Allah yang solehah, umat Muhammad yang solehah, anak yang solehah, isteri solehah… ibu solehah… barulah jadi muslimah solehah…”

            “Thanks akak…. Ika terlalu ikut perasaan…” Syafiqah menarik lembut tangan Kak Ida dan menggenggamnya. Tak dia nafi, kebelakangan ini dia sering sahaja marah-marah. Hendak kata bulan mengambang, tidak pula. Dia sendiri tidak faham dengan sikapnya.

            “Kejap lagi, solat, doa banyak-banyak and then call Adam mintak maaf. Syurga awak dengan dia Ika…” Syafiqah mengangguk perlahan. 

++++++++++++++++

            Syafiqah menarik kerusi meja belajar lalu melabuhkan duduk dikerusi itu. Dikemaskan rambutnya yang makin panjang hingga ke pinggang. Adam suka dia berambut panjang, jika dulu setiap bulan pasti dipotongnya rambut agar tidak panjang biar hanya separas bahu, kini tidak lagi. Sikat yang ada digunakan untuk merapikan rambut. Usai solat asar tadi, hatinya terus sahaja kuat merindui suaminya, Adam. Telefon yang tercampak di tepi laptop di ambil dan dihidupkan semula.

            “10 misscall….” Tutur Syafiqah perlahan. Ada nada sayu, Syafiqah dipagut rasa bersalah. Lantas Adam dihubunginya. Lama sebelum talian dijawab oleh Adam di sana. 

            “Sayang…”

            “Abang…”

            “Sayang marahkan abang lagi?” 

            “Tak marahlah, merajuk sikit aje…” Adam ketawa dihujung talian. Syafiqah selalu sahaja menyenangi hatinya, cuma kebelakangan ini dirasakan Syafiqah berubah sikap, kadang terlebih manja dan kadang kala terlalu pemarah, ada sahaja yang tidak kena dimatanya.

            “Abang mintak maaf ye…” Syafiqah mengetap bibir.

            “Ika yang salah bang… maaf jugak ye…” Adam tersenyum di sana. 

            “Maaf diterima… sayang…”

            “Ye?” Syafiqah menyambut panggilan Adam.

            “Happy belated birthday my wife, moga terus menjadi sayap kiri abang sehingga ke syurga, insyaAllah.” Syafiqah memejam matanya rapat. Hatinya terus sahaja dipagut rasa bersalah. Kenapa harus dia memarahi suaminya atas perkara kecil?

            “Sayap kiri abang ni, banyak sangat lemah dan kurangnya. Ika mintak maaf ye abang. Ika terlalu ikut perasaan.” Adam dihujung talian hanya tersenyum, dalam hatinya dia mengucap syukur.

            “Abang faham sayang. Kita sama-sama muda, kadang kala ada perkara yang kita belum begitu matang dalam berfikir. Salah satunya, berjanji. Abang tak tepati janji abang”

            “Dan Ika tidak fikir habis, abang belum kerja tapi sudah suruh abang ke sana ke mari. Maaf ye abang.” Adam ketawa kecil mendengarkan bicara isterinya itu.

            “InsyaAllah, abang sentiasa maafkan isteri abang ni.” Syafiqah tersenyum lebar. Alhamdulillah, hatinya kembali tenang. Tidak seperti sebelum ini, yang sentiasa berombak tsunami!

++++++++++++++

            Kak An menggelengkan kepala, Kak Ida sudah mengeluh besar. Mereka semua pening dengan sikap Syafiqah yang degil dan cepat sangat berangin.

            “Orang suruh pergi klinik, tak nak, degil. Bila dah sakit, Adam jadik mangsa. Apa lagi yang kamu tak puas hati dengan Adam, Ika?” Kak Farina membebel. Sejak bila entah mengambil alih tempat Kak Ida.
            “Ika tak sakit apa pun. Sakit hati aje.” Telefon ditangan ditekan-tekan punatnya. Gambar yang diterima awal pagi tadi dilihat berulang kali. 

            “Akak-akak ni sayang dengan kami Ika. Setiap hari kamu muntah-muntah, malam tidur awal. Makan tidak pun, minum air pun dah muntah. Kamu tu dah kahwin, ingat sikit.” Kak Ida bersuara lembut.

            “Ika serabut dengan Adam, akak tengok ni, entah siapa hantar gambar ni.” Syafiqah menyerah telefonnya kepada mereka. Gambar Adam dan seorang perempuan yang kelihatan sangat mesra. 

            “Dah tanya Adam?” Kak An menyoal.

            “Tak… takut terlebih marah. Entahlah, Ika tak tau nak buat apa. Ingat nak diamkan aje.” Kak Ida mencebik.

            “Diam? Diam apa kalau Adam call kamu tak angkat, mesej-mesej dia kamu bolayan aje. Tak ke Adam dah tertanya-tanya kenapa?” Syafiqah menggigit bibir. Betul jugak, detak hatinya.

            “Better kamu send gambar tu kat Adam dan selesaikan baik-baik. Kan senang?” Kak Farina memberi cadangan, akak-akak yang lain juga bersetuju. Syafiqah hanya memandang mereka dengan pandangan yang lemah. Hendak setuju atau tidak dia tak pasti. Kalau hanya itu jalan yang terbaik…

            “Okay, nanti Ika bagi dia gambar ni.” Syafiqah bersuara perlahan. Gambar itu direnung buat sekian kalinya. Moga apa yang berlaku tidak seperti yang apa aku fikirkan… hati Syafiqah terus berdoa.

+++++++++++

            Syafiqah memegang kepalanya yang tidak berhenti-henti berdenyut. Sudah hampir lapan biji panadol dan activefast ditelannya, namun sakit kepalanya tidak juga berkurangan. Puas sudah Kak An dan Kak Ida memujuk supaya dia ke klinik, tapi kedegilan yang bercampur dengan rajuk membuatkan Syafiqah enggan ke klinik.

            “Degil. Awak sakit macam ni, tak payah merajuk sangatlah. Suami awak tu jauh, takdak dia nampak pun rajuk awak tu…” Kak Ida tak berhenti-henti berleter memarahi kedegilan Syafiqah.

            “Ika stress dengan Adam aje ni. Kejap lagi okay la…” Ujar Syafiqah malas-malas. Tangannya masih setia mengurut kepalanya.

            “Ika dah telan ubat macam nak lebih dos. Buatnya kamu tu mengandung, kan naya…” Ujar Kak An, tegas! Syafiqah tersentak, terus bangkit dari pembaringannya.

            “Tapi period Ika memang selalu lambat pun, tapi…” Kak Ida dan Kak An menggeleng kepala. Syafiqah memang degil dan banyak alasan!

+++++++++++

            Berita itu begitu menggembirakan! Segala sakit dan perit yang ditanggung selama ini sebenarnya membawa kepada berita yang membahagiakan. 

            “Tahniah, lagi lapan bulan kami dapat anak saudara la…” Ujar Kak Ida. Syafiqah yang menyandar diri pada kepala katil hanya tersenyum lebar. 

            “So, dah bagitau Adam?” Soal Kak Farina.

            “Nak bagitau apanya, Ika hantar gambar haritu pun, boleh dia slumber aje cakap, kawan tempat LI dia. Sakit hati!” Adu Syafiqah.

            “Lah, apa yang nak sakit hatinya? Dah kawan tempat LI dia.” Syafiqah mencebik dengan jawapan Kak An.

            “Tak la, macam takde benda serius. Kita punya curious gila.” Kakak-kakak hanya ketawa dengan jawapan Syafiqah. Dasar manja!

            “Awak tu manja sangat la Ika. Jangan fikir sangat lah, jaga kesihatan awak tu.” Kak Ida menasihati Syafiqah buat sekian kalinya. Tak pernah jemu.

            “Jangan lupa bagitau Adam, family semua berita gembira ni.” Celah Kak Farina. Syafiqah hanya mengangguk perlahan, hatinya memikirkan hal lain. Ada perkara yang dia sembunyikan, hal yang sukar untuk dia kongsikan dengan sesiapa. Syafiqah sangat keliru!

+++++++

            “Ika ingat cuti semester minggu depan nak terbang ke Sarawak, nak buat surprise dekat Adam.” Kak Ida terkejut sehingga terlopong mulutnya.

            “Tudia… mai dah romantika Syafiqah….” Usik Kak Ida. Syafiqah hanya ketawa.

            “Rindu tau, asyik bergaduh aje beberapa hari ni. Isu gambar pun jadik hal.” Kak Ida mencebik dengan pernyataan Syafiqah, mungkin tidak terlayan dengan sikap Syafiqah yang asyik berubah tiap minit.

            “Tau pun… ni Adam dah tau Ika pregnant?” Kak Ida menyoal. Syafiqah terdiam sendiri.

            “Akak, Ika cerita ni, akak rahsiakan boleh?” Kak Ida mengerut dahinya, pelik dengan Syafiqah yang tiba-tiba berubah sikap dan topik.

            “Apa Ika? InsyaAllah, akak rahsiakan.” Syafiqah menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan bicaranya, yang membuatkan Kak Ida semakin diburu persoalan.

            “Akak ingat nombor yang hantar gambar perempuan dengan Adam tu?” Kak Ida mengangguk laju.

            “Kenapa? Ada gambar lagi ke dia hantar?”

            “Tak, dia call. Dia lah perempuan tu.” Syafiqah bersuara perlahan. Ada suram diwajahnya. Kak Ida menarik lembut tangan Syafiqah dan mengenggamnya erat.

            “Dia nak apa call Ika?”

            “Adam. Dia nak suami Ika.” Kak Ida beristighar perlahan. Syafiqah memandangnya dengan mata yang berair.

            “So, Ika cakap apa dengan dia?” Syafiqah melepas lelah perlahan.

            “Ika terkejut sangat akak, takde angin, takde rebut, tiba-tiba dia call dan cakap dia suka dan cintakan Adam, dan nak kan Adam. Ika hanya sempat tanya dia samada Adam pun punya perasaan yang sama dengan dia. Dia just kata, dia akan pastikan Adam rasa yang sama.” Kak Ida mengangguk perlahan.

            “InsyaAllah, Adam hanya untuk Ika. Syafiqah isteri Adam untuk selama-lamanya. Ika sabar, dan banyak solat sunat. Akak akan cuba carikan jalan untuk Ika nanti.” Syafiqah mengesat air matanya yang mula mengalir dipipi.

            “Macam mana kalau Adam ada rasa yang sama macam perempuan tu kak?” Syafiqah merenung tepat kedua-dua anak mata Kak Ida. 

            “Ika, akak belum kahwin tapi berdasarkan pengalaman orang sekeliling, dan mak akak selalu cakap, bila dah kahwin, kita kena percaya suami kita. Bila ada kepercayaan tu, insyaAllah bahagia rumah tangga. Tapi bila sudah diberikan kepercayaan, suami dan isteri tu kena jaga betul-betul kepercayaan yang diberi tu.” Syafiqah mengangguk perlahan. Betul, harus percaya. Kalau tidak, seminit tidak bersama sudah macam-macam syakwasangka yang datang.

            “Thanks akak, doakan Ika dan Adam terus bahagia hingga ke syurga.” Kak Ida menggenggam erat tangan Syafiqah dan menggangguk dalam senyuman. 

            “Buat masa sekarang, sabar dan yakin. Ika ada call Adam tanya?” Soal Kak Ida.

            “Ada, tapi lately Adam sibuk sangat. Ika pernah tanya, hatinya di mana, akak tau dia jawab apa?” Kak Ida menggeleng.

            “Dalam badanlah, kalau takde dah innalillah.” Kak Ida ketawa kecil.

            “Akak ni, dulu jawapan dia lain tau. Adam dah lain.” Rungut Syafiqah. Kak Ida mencubit pipi Syafiqah kuat.

            “Percayakan dia Ika, baru senang hati, tenang fikiran.” Syafiqah mencebik dan akhirnya mengangguk perlahan.
           
++++++++

            Adam merenung telefonnya berkali-kali. Hatinya resah seketika. Hari ini masuk hari kedua Syafiqah langsung tidak menghubunginya, mesej pun tidak. Sebelum ini, ada sahaja panggilan daripada Syafiqah, ada yang diangkat, ada yang tidak sempat dijawab akibat terlalu sibuk dengan kerja-kerja ditempat latihannya. Ke mana Syafiqah hari ini?

            “Renung telefon lama je. Tunggu panggilan siapa?” Hanisah menegur Adam yang dilihatnya beberapa kali merenung telefon bimbit yang berada di atas meja kerja. Kadang kala dia melihat Adam menekan-nekan punat telefonnya.

            “Panggilan dari yang tersayang.” Jawab Adam bersahaja. Bukan tidak mahu melayan Hanisah, namun semenjak Syafiqah menghantar gambar Hanisah dan dirinya, Adam merasakan sesuatu yang aneh. Tidak mahu perkara yang pernah berlaku dahulu yang melibatkan Elina berlaku lagi dengan Hanisah, sudah hendak kawal!

            “Oh… isteri you ye. Adam, I tanya sikit boleh?” Hanisah mendekati meja Adam, dengan lenggok jalan yang seolah-olah mahu menggoda. 

            “Boleh aje selagi I ada jawapannya.” Ujar Adam dengan menjungkitkan sedikit keningnya.

            “Kenapa ye you kahwin awal? You baru 23 tahun kan?” Adam tersenyum dengan soalan Hanisah.

            “Isteri I yang mintak I kahwin dengan dia, so I kahwin lah.” Hanisah mengerut dahinya dengan jawapan ringkas Adam.

            “Mudahnya?” Adam ketawa kecil. Kisahnya dengan Syafiqah memang lucu, namun itulah jodoh mereka, Adam menerimanya dengan hatinya terbuka. Syafiqah, gadis yang mencuri hati remajanya, akan dia jaga hingga ke syurga.

++++++++

            “Assalamualaikum…” Adam bersuara sebaik panggilannya dijawab.

            “Erm… Waalaikummussalam…” Syafiqah menjawab dengan payah. Adam yang mendengar resah.

            “Sayang… okay tak ni?” Soal Adam penuh bimbang.

            “Boleh la… pening sikit….” Syafiqah membetulkan pembaringannya. Beberapa hari ini, selera makannya hilang terus. Kalaupun dia mengambil makanan hanya sebagai lapik perut untuk mengambil ubat, tapi selepas itu semuanya akan keluar semula seolah-olah badannya tidak dapat menerima apa-apa makanan.

            “Abang dengar macam teruk sangat aje. Dah pergi klinik?” Adam diburu resah. Syafiqah kedengaran amat tidak bermaya.

            “Dah, Ika okay aje. Jangan risau ye.” 

            “Doktor cakap apa?” Syafiqah mengeluh lemah. Belum masa untuk memberitahu Adam berita bahagia dibalik kesakitannya.

            “Nothing, demam biasa aje… abang jangan risau ye.” Bohong Syafiqah.

            “Macam mana tak risau, dua hari sayang senyap aje. Kenapa tak bagitau kat abang?” Syafiqah tersenyum sendiri dengan kata-kata Adam, yang amat senang didengarinya.

            “Tak nak abang risau. Abang jauh Ika jauh, demam biasa aje.” Ujar Syafiqah, Adam mengeluh perlahan.

            “Abang, Ika nak pergi sana jumpa abang boleh?” Soal Syafiqah sebelum menamatkan perbualan mereka.

            “Kenapa? Jauhkan sayang, kos pun tinggi. Tunggu nantilah, kita jumpa dekat Pahang aje eh?” giliran Syafiqah untuk mengeluh. Adam menyepi, tahu Syafiqah terasa hati.

            “Sayang fahamkan?” Soal Adam lagi.

            “Kalau Ika pergi juga macam mana?” Syafiqah menyoal lagi. Adam sudah terlalu biasa dengan kedegilan isterinya itu.

            “Sayang datang jugak sini, abang tak nak kawan. Okay?” Ujar Adam, tegas dalam gurau. 

            “Okay, tak kawan sudah… Assalamualaikum.” 

            “Waalaikummussalam.” Adam menamatkan perbualan. Tidak mahu melayan degil isterinya dalam keadaan isterinya itu tidak sihat. Adam resah, kejauhan membuatkan dia sukar untuk menjaga isteri kesayangannya itu. Kejauhan ini juga banyak menduga mereka berdua. 

            Syafiqah merenung telefonnya. Sakit kepala dan lemah badannya seolah-olah hilang dek terasa hati dengan Adam. “No matter what will happen, Ika akan pergi sana!” bentak Syafiqah penuh geram!

++++++++++++++

            Syafiqah menarik nafas dalam-dalam. Angin bumi Sarawak mendinginkan tubuhnya. Cuaca agak mendung di sini, berbeza dengan cuaca di Johor sewaktu dia berlepas sebentar tadi. Syafiqah menekup tangannya di dada, degupan jantung yang berdetak laju membuatkan dia resah seketika. Kenapa perasaan diulit bimbang? Adakah salah keputusan yang dibuat untuk berjumpa Adam di Sarawak? Marahkah Adam? Persoalan itu kerap kali berlegar dimindanya.

            Langkah diatur ke arah teksi yang sedia menanti penumpang. Alamat tempat kerja Adam diserahkan kepada pemandu teksi yang dinaikinya. Dalam hati, Syafiqah terus berdoa, agar Adam dapat menyambut kedatangannya yang tiba-tiba ini dengan pelukan dan senyuman. 

            “Dari mana ya dik?” Pemandu teksi itu menyoal, masih ada dialek Sarawaknya.

            “Johor.” Jawab Syafiqah ringkas dengan senyuman.

            “Mau jumpa siapa di sini?” Syafiqah yang sedang menghantar mesej kepada Kak Ida untuk memaklumi ketibaannya di Sarawak mengalih wajahnya ke arah cermin pandang belakang teksi yang menampakkan wajah pemandu teksi tersebut.

            “Suami saya, sudah lama tak jumpa.” Jawab Syafiqah mesra.

            “Oh… belajar ka kerja di sini?” 

            “Dia buat praktikal di sini.”

            “Oh… selamat berjumpa ya.” Ujar pemandu teksi sebelum Syafiqah turun daripada teksinya.

            “Terima kasih pak cik.” Pintu teksi ditutup sebelum ia meluncur laju. Basmallah dibisik perlahan, supaya mengiringi pertemuannya dengan Adam. Debaran kian terasa, kenapa? Luar daripada kebiasaannya.

+++++++++

            “Luar biasa? Ala harini kan last I praktikal dekat sini, so nak la hensem-hensem sikit.” Adam bersuara sambil menggayakan baju kemejanya. Jarang-jarang dia nak ‘melawa’ datang ke pejabat, kerana hampir keseluruhan waktunya dia akan turun ke tapak kerja syarikatnya. Jadi tidak perlu hendak terlalu bergaya.

            “Patutlah… nak try market sebelum chow kan?” Usik Johan rakan sekerja Adam. Adam hanya ketawa diusik rakannya itu. Entah kenapa hatinya terlalu gembira hari ini, jauh berbeza dengan hari-hari sebelumnya. 

            “Wah…hensemnya, sesuaikan warna merah dengan kulit you Adam.” Entah dari mana munculnya Hanisah. Dengan lenggok gayanya dia melangkah menghampiri Adam.

            “Wait, you yang bagi Adam baju ni Nisah?” Johan meneka. Adam hanya tersengih sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Hanisah tersenyum penuh makna.

            “Oh… Nisah, I punya mana?” Usik Johan.

            “You beli sendiri la… eh Adam, lupa pula I, tadi ada orang nak jumpa you, I think…” Hanisah mematikan bicaranya bila Syafiqah sudah pun menampakkan dirinya.

            “Assalammualaikum…” Adam yang masih dalam sisa tawa berpaling apabila mendengar suara yang amat dikenalinya. Ketawa yang tersisa terus sahaja mati apabila terpandangkan wajah Syafiqah.

            “What are you doing here?” Salam tidak dijawab, malah persoalan dilontarkan. Johan hanya memerhati keadaan yang agak tegang dirasakan itu. Tanpa menunggu soalannya dijawab, Adam melangkah laju ke arah Syafiqah lalu menarik tangannya supaya melangkah keluar daripada pejabatnya. Syafiqah yang masih terkaku hanya menuruti langkah suaminya itu.

            “Kenapa ke sini?” Soal Adam tegas. Syafiqah terkedu. Bukan ini yang diharapkannya daripada Adam. 

            “Ika… saya datang…” tergagap Syafiqah untuk menjawab. kata-katanya lantas dipintas oleh Adam.

            “Enough, sekarang ambil teksi dan pergi alamat rumah ni.” Adam mengeluarkan kad nama daripada dompetnya. Syafiqah tanpa kata mengambil kad nama tersebut.

            “Tapi… Ika…” Syafiqah berusaha mencari peluang untuk bersuara. Sedari tadi kata-katanya terhalang oleh Adam.

            “Cukup Ika, balik tunggu saya dekat rumah, kita discuss dekat rumah.” Ujar Adam tegas, dan menolak badan Syafiqah supaya melangkah pergi. Kerna terpaksa Syafiqah hanya menurut tanpa kata. Sebak di hati hanya dia yang rasa. Ini jauh daripada yang diharapkan.

++++++
END OF CIA PART 1

sorry.
maaf.
bianne.
sumimasen.

akibat daripada tak menulis lebih sebulan.
ayat sudah jadi tunggang langgang.

okeh, part 1 dulu.
abc nak korang fikir-fikirkan apa yang berlaku selepas ni.

kalau komen lebih daripada 5 esok pagi.
petang esok abc post FULL cerita CIA ^^v

miss u'ols 
much love readers!

9 comments:

izzahmdshah said...

kenapa saya dan bukan abang ? adam. adam. dalam teleon lain. depan mata lain pulak. geram je.

is said...

uihhhh..pas ni perang la..agak2 si ika tu ngajuk kot..lari balik semanjung x smpt g tau kat laki dia.. x sabar nk tau ni...:)

Anonymous said...

Nak lgi....

blinkalltheday said...

grrrrrr..geramnya dgn adam!!ABC, sambung2..ai memang minat dgn cerpen2 u..

Anonymous said...

adam ni syg x dgn is3 die.dah lah tengah peggy.ika xyah blk umah adam tu, blk semenanjung terus!huhhh!!

Anonymous said...

what the??????adam adam.

Eunhae DieLa said...

jap nie cerpen or novel???
adam xreti hargai ika betul la.. da la org 2 mengandung sngp pegi ke sarawak...

Anonymous said...

cepat sambung..penat ler nak tunggu dok asyik pk apa jadi1

































































aR_aD (nAbA) said...

kecian ika..:(