Thursday, August 27, 2015

Mini Novel : Pengganti 7


PENGGANTI TUJUH
            Perjalanan pagi itu terasa sungguh sunyi dan panjang. Yang kedengaran hanyalah suara DJ dan lagu dari corong radio. Suha masih melancarkan mogok merajuknya dengan Haikal. Sengaja, mahu tahu setinggi mana sabarnya Haikal kepada dia. Haikal sedari tadi cuba berbual tetapi hanya dilayan dingin oleh Suha. Haikal menyabarkan hatinya yang kian panas. Tercabar juga dilayan dingin sebegitu.

            “Takkan 10 jam nak diam? Mogok ke apa ni?” Haikal mula mengeraskan nada suaranya. Suha yang hampir-hampir terlelap hanya mencebik. Mengantuk melayan rajuknya sendiri.

            “Awak marah apa dengan saya? Pasal cepatkan tarikh?” Haikal menyoal lagi. Suha masih bereaksi yang sama. Haikal mendengus marah.

            “Sepatutnya saya yang marah awak. Saya yang kena merajuk. Sejak dari hari pertunangan kita, awak langsung tak berterima kasih dekat saya.” Haikal suka mula meninggi suara. Bengang.

            “Kenapa perlu berterima kasih?” Suha sengaja menyimbah minyak petrol ke bara api.

            “Kenapa?” Haikal mula tersenyum sinis. Suha benar-benar mencabar dirinya.

            “Saya cepatkan tarikh tu takut awak tiba-tiba termengandung ke apa. Pernah awak terfikir? Saya bertunang, saya berkahwin semua ni saya buat kerana awak. Kenapa awak macam langsung tak hargai saya?” Haikal bengang. Suha menahan diri dari ketawa.

            “Mengandung? Mengarut sangat dah awak ni?” Suha membalas. Haikal masih bengang. Dari malam itu, Suha masih menyimpan hal yang sebenar.

            “Mengarut? Jadi semua saya buat ni mengarut?” Haikal semakin sakit hati. Suaranya semakin meninggi. Waktu ini Suha mengambil langkah untuk mengetahui apa yang ada dalam hati lelaki ini.

            “Awak ni sekadar rasa bertanggungjawab atas apa yang berlaku? Pertunangan, perkahwinan yang awak cepatkan. Semua atas rasa tanggungjawab atas apa yang Daniel buat? Macam tu? Kalau macam tu, balik ni jumpa ayah dengan ibu, kita putus. Tak ada apa-apa yang perlu untuk awak bertanggungjawab Encik Haikal.” Tegas Suha bersuara. Haikal mengetap giginya. Terlihat rahangnya yang bergerak-gerak.

            “Putus?” Soal Haikal perlahan dalam marah yang ditahan. Marah kerana Suha semakin galak menyucuk hatinya yang sentiasa tertanya-tanya akan hal malam itu.

            “Ye. Buat apa awak kahwin dengan saya kalau awak sekadar nak bertanggungjawab. Saya tahu jaga diri saya, takkan semudah itu saya nak bagi mana-mana lelaki pijak maruah saya.” Suha bersuara lagi. Haikal termangu.

            “Habis malam tu saya tanya kenapa diam? Daniel pulak seolah-olah mengiyakan apa yang kami fikirkan dan awak diam macam setuju.” Haikal membidas.

            “Sebab tu malam tu saya kata tak ada apa-apa. Apa yang berlaku malam tu biarlah rahsia antara saya dan Daniel. Jadi, awak dah tahukan, tiada apa yang berlaku seperti yang awak fikirkan. Jadi kalau awak nak putuskan pertunangan kita pun tak apa. Saya akan bagitau ayah dengan ibu, awak dah jumpa kekasih lama awak.” Senang sahaja Suha mahu mencungkil rahsia Haikal. Suha menahan ketawa lagi.

            “Putus? Cakap sekali lagi.” Haikal semakin bengang.

            “Iye putus. Takkan tak dengar.”

            “Never! Sekali lagi awak cakap pasal putus, saya tinggal awak tepi highway ni.” Marah sungguh Haikal. Suha hanya ketawa sendiri.

            “Putus...putus...putus...” Suha sengaja mengusik tunangnya itu. Muka Haikal sudah merah-merah.

            “Stop it Suha. Jangan jadi budak sangatlah.” Marah Haikal. Suha hanya ketawa.

            “Kenapa nak teruskan?” Suha menyoal lagi.

            “Tukar topik boleh tak?” Haikal tak mahu menjawab soalan itu.

            “Boleh. Tapi kena janji, awak kena jawab?” Suha memancing lagi.

            “Okeh, asal bukan hal pertunangan dan perkahwinan kita.” Haikal menetapkan syarat. Suha mencebik. Dalam hati, Haikal senang. Suha mula menunjukkan reaksi yang baik apabila bersama dia.

            “Ke mana pergi Shaha Rose awak?” Soalan itu membuatkan Haikal tersentak. Dia terdiam beberapa ketika.

            “Saya tak nak kena serang atau dituduh perampas tau. Shaha Rose yang cantik sangat tu, mana dia pergi?” Suha menyoal lagi dan lagi. Haikal tersenyum meleret.

            “Kenapa? Awak cemburu?” Haikal cuba memancing hati gadis itu.

            “Taklah. Untuk apa saya cemburu? Awak hanya tunang tiba-tiba saya. Kalau orang tahu cerita, awak ni orang panggil ‘pak sanggup’ betul tak?” Haikal hanya mencebik mendengar jawapan itu.

            “Shaha ada, tapi kami dah putus 3 bulan lepas.”

            “Tapi haritu awak cakap macam okay je awak dengan dia.” Soal Suha lagi.

            “Saja nak bagi awak cemburukan saya.” Haikal ketawa, senang hati.

            “Saya tak cemburu langsung.” Suha membalas yakin.

            “Iye ke. Takkan tak ada rasa sikit pun?” Haikal sengaja menyoal.

            “Tak ada. Kita baru kenal Encik Haikal. Untuk apa saya nak cemburukan awak kalau awak dengan Siti Nurhaliza sekali pun.” Sangat ‘over’!

            “Awak tak suka saya awalkan tarikh perkahwinan kita? Soalan itu membuatkan Suha terdiam seketika. Tentang itu, Suha memang mahu jelaskan semuanya.

            “Saya tak kata saya tak suka. Tapi kenapa kena awal? Saya tak sedia. Banyak benda saya nak kena sedia. Kahwin ni awak bukan main-main.” Suha memulakan kata.

            “Saya tak nak terlalu lama menanti. Dugaan apa yang akan datang kita tak tahu. Saya takut awak pergi dari saya.” Entah kenapa, kata-kata Haikal membuatkan hati Suha merasa lain. Seolah-olah bagai ada benda yang menghimpit.

            “Kalau awak yakin dengan keputusan awak nak nikahi saya. Tentu awak tak rasa ragu-ragu, takut macam ni. Kalau kejadian malam tu tak berlaku, awak nak jadikan saya isteri awak?” Suha menyoal. Haikal hanya tersenyum.

            “Kan saya menang bet dengan Daniel. Saya dah cakap pun awak milik saya. Saya tetap akan jadikan awak milik saya Suha walaupun malam tu tak berlaku. Cuma masa, mungkin tak secepat ini. Bila saya fikir, Allah seolah-olah mengizinkan saya.” Haikal bersuara penuh yakin.

            “Jadi, kenapa takut?” Suha menyoal lagi.

            “Kenapa awak takut nak kahwin awal? Beza hanya beberapa bulan sahaja.” Haikal membalas.

            “Saya nak balas jasa Ayah dengan ibu. Saya tak pernah bagi apa-apa dengan Ayah dengan ibu. Takkan lepas saya dah habis belajar saya tinggal mereka macam tu je. Awak pun tahu keadaan keluarga saya macam mana kan?” Haikal menggeleng, Suha salah faham.

            “Saya nak jadikan awak milik saya. Penjaga hati saya. Peneman siang malam saya, masa muda dan tua saya. Bukan untuk saya kurung awak. Selepas kita berkahwin, ayah dan ibu menjadi tanggungjawab saya. Untuk awak membalas apa yang telah mereka berikan selama ini saya takkan sekat, malah saya akan sokong semampu saya.” Penerangan yang jelas dan menusuk hati. Suha terdiam, matanya bergenang. Haikal, lelaki ini belum betul-betul dia kenali.

            “Erm. Saya lapar. Tak nak makan ke?” Suha bersuara, tak mahu lagi dibincangkan hal mereka. Hatinya tidak boleh menerima terlalu banyak ‘Bom Cinta Haikal’.

            “Aik, tukar channel Cik Suha?” Haikal mengusik. Suha sekadar mencebik.

            “Nak ikan patin tempoyak ye.” Suha buat-buat tak dengar dan mula membuat pesanan ringkas. Haikal ketawa. Nakal Suha ni!

            “Okay Miss!” Haikal menjawab patuh. Sengaja mahu menghidupkan suasana. Haikal tidak menyangka. Begini mereka akhirnya. Doanya dalam hati, agar diperkuatkan diri dan hatinya untuk terus setia dan berusaha mengejar cinta Suha.

            “Macam mana awak kenal Shaha Rose? Cantik sangat eh, nak tengok boleh?” Haikal mengerutkan kening. Suha menyoal lagi?

            “Dah kenapa Shaha Rose tiba-tiba? Ikan patin awak tu bisik apa kat awak?” Haikal hairan. Suha banyak cakap hari ni.

            “Nak tahu je. Imtiyazz pun pernah cakap dia cantik. Awak pun pernah kata saya bukan taste awak. Kan-kan-kan?” Suha menyoal lagi dan lagi banyak dia menyoal. Haikal mengeluh perlahan, tak terlayan perangai Suha yang ini. Baru dia tahu, Suha ni mulut banyak!

            “Awak jeles kan sayang?” Haikal menyoal dengan riak wajah penuh kenakalan!

            “Ewww...” Suha memeluk tubuhnya, menggosok tangannya. Meremang! Haikal ketawa besar.

            “Cemburukan. Saya ni hot, tampan bergaya. Awak tak jaga elok-elok, makan hati tau.” Haikal sengaja mengusik. Suha membuat muka geli. Sungguh Haikal sedang bangga diri.

            “Sudahlah, menyesal tanya. Perasan lebih pulak dia.” Jawapan yang membuatkan Haikal ketawa dan terus ketawa. Suha hanya mencebik dan menghabiskan makanan yang masih bersisa. Telefon Haikal yang bordering mematikan sisa tawa lelaki itu. Haikal yang tadinya tersenyum kini masam mencuka.

            “Okay mama, after hantar Suha Kal balik terus. Don’t worry.” Haikal mematikan talian. Dari yang didengari Suha tahulah mama yang menelefon. Haikal tak bersuara sepatah pun selepas itu. Suha tak berani nak menyoal, muka Haikal kelihatan tegang. Rahangnya bergerak-gerak. Suha dah pernah lihat riak wajah itu, Suha tahu apa yang perlu dilakukan waktu ini adalah berdiam diri, jangan nakal-nakal!

            Keadaan dalam kereta kembali macam awal-awal. Kalau tadi Suha yang mogok diam, sekarang Haikal pula yang ambil alih. Suha cuma berani curi-curi pandang. Haikal masih beriak bengang dan penuh kemarahan.

            “Daniel dah balik rumah.” Haikal tiba-tiba bersuara. Suha yang terkejut mendengar suara Haikal hanya mampu mengganguk.

            “Tak nak cakap apa-apa?” Haikal menyoal pula. Soalan itu dengarnya penuh sinis. Suha hanya memandang.

            “Baguslah, mama dah lama cari dia kan?” Suha bersuara. Haikal merengus.

            “Awak suka? Saya masih tak dapat nak maafkan dia atas apa yang berlaku.” Suara Haikal lagi. Suha memandang ke arah Haikal.

            “Awak maafkan dia. Saya dah cakap, malam tu hanya salah faham.” Suha jelaskan lagi.

            “Malam tu Daniel buat saya betul-betul marah. Apa yang dia cakap, awak yang diam. Betul-betul buat saya marah.” Haikal bersuara lagi, lebih kendur nadanya dari yang tadi.

            Suha menarik nafas, Haikal masih dipandangnya. Perlahan-lahan, bahu Haikal disentuh perlahan. Tahu tak manis, tetapi Suha hanya mahu menyalurkan aura positif dan kekuatan kepada tunangnya itu.

            “Terima kasih terima saya, walaupun tak tahu apa yang berlaku malam tu. Terima kasih kerana sayang saya Encik Haikal. Saya akan balas apa yang awak dah beri.” Haikal terpempan. Tak menyangka Suha akan berkata demikian. Hati yang panas tiba-tiba sejuk bagai disimbah ais!


mana awak pergi?

Assalamualaikum.
Selamat Petang.
Alhamdulillah... abc dah boleh susun masa dan kerja juga penulisan.
Setiap malam (inshaAllah) akan post cerita. Untuk permulaan ni,
Abc akan habiskan semua cerita yang tidak berpenghujung.

Jadi tugas anda adalah..... KOMEN!!!!
viewer ramai komen tarak. Terutama cik anon yang garang tu. Amboiiii bab nak marah berjela hang tulih. Suruh komen tak ada pulak hehehe

Komen ye korang. Terima kasih sebab terus setia bersama abc. I love uols lahhhhh...

Wednesday, August 26, 2015

Mini Novel : Pengganti 6



PENGGANTI ENAM

Lagi 2 minggu sahaja lagi semester terakhir akan bermula. Selepas bergelar tunangan kepada Khaliff Haikal, Suha tidak lagi bekerja di rumah Puan Johanna. Imtiyazz yang akan datang ke rumahnya. Haikal yang mengatur semuanya. Tidak mahu Suha bertemu atau berselisih langsung dengan Daniel. Apa yang terjadi Haikal masih tertanya-tanya, Suha seolah-olah berteka-teki.

            “Kita kahwin sebelum awak konvo la.” Haikal yang tiba-tiba duduk bersama di meja itu bersuara, membuatkan Imtiyazz dan Suha yang sedang berbincang mengerut dahi. Tidak faham.

            “Kenapa tiba-tiba? Bukan Ibu Ayah dengan Mama dah bincang ke? Lepas saya konvo. Kenapa nak ubah? Suha bengang. Haikal suka membuat keputusan yang macam-macam. Sekejap A sekejap B.

            “Entah abang, follow the flow la.” Celah Imtiyazz. Haikal berdecit.

            “Abang tak sedap hati, rasa macam Kak Suha ni nak kena culik dari abang.” Haikal mencebik bibir, membuat muka kasihan tapi langsung tidak terbeli dek Suha dan Imtiyazz.

            “Berdoa. Kalau awak rasa pilihan awak ini tepat untuk awak, inshaAllah.” Ujar Suha, Imtiyazz tersengih dengan mengangkat ibu jari kanannya tanda bagus. Suha tersenyum apabila Haikal mula mengeluh dan menekup wajah.

            “Awat la dengan menantu ibu ni?” Ibu menyoal setelah menghampiri meja dengan mendulang air. Sudah 2 minggu bertunang. Ibu kini semakin ceria dengan kehadiran bakal menantu. Bahagia sungguh!

            “Gatai nak menikah.” Suha berseloroh. Haikal terus sahaja mengangkat wajah.

            “Haikal nak nikah malam ni boleh Bu?”Soal Haikal, membuatkan semua yang ada tercengang seketika dan terus ketawa.

            “Awat hang ni Haikal? Bawak bersabaq. Kursus kahwin pun hang tak pi lagi. Dok gatai sangat ni awat la?” Ibu bersuara dengan sisa tawanya. Haikal mencebik.

            “Haikal takut Suha lari dari Haikal.” Jujur sahaja kata-kata itu, membuatkan Suha tersentuh. Suha tersenyum.

            “Saya akan setia dengan tunang saya. Saya janji.” Kata-kata yang membuatkan Haikal tersenyum lebar. Terus sahaja bangun dan berlalu pergi. Ibu dan Imtiyazz ketawa. Angau la tu!

            “Kenapa dengan abang Im tu?” Soal Suha setelah Haikal pergi.

            “Entah, dah seminggu juga abang asyik kata tak sedap hati.” Jawapan Imtiyazz membuatkan Suha terfikir sendiri. Suha menarik nafas panjang, hatinya sendiri berdebar apabila Haikal bersikap begitu. Suha tahu Haikal mahu tahu apa yang terjadi malam itu. Bolehkah dibiarkan sahaja malam itu berlalu pergi seolah-olah satu mimpi ngeri.

            “Kak Suha? Akak okay tak?” Suara Imtiyazz yang memanggil menyentak Suha dari terus hanyut dengan pelbagai persoalan. Suha hanya menggangguk dan tersenyum.

            “Apa yang jadi malam tu kak?” Imtiyazz menyoal dengan nada berbisik. Pesan mama jangan diungkit. Tetapi hati kecilnya mahu sangat tahu. Keadaan malam itu sungguh menggerunkan. Tidak pernah abang-abangnya bertumbuk bertegang urat sebegitu.

            “InshaAllah tak ada apa-apa yang berlaku. Semuanya hanya salah faham.” Suha sedikit terkejut mendengar persoalan itu keluar dari mulut si kecil ini. Suha sedar, Imtiyazz menyaksikan semuanya pada malam itu. Kalau dia pun akan menyoal yang sama.

            “Sejak malam tu abang Kal banyak termenung. Akak tak nak cerita dekat abang Kal hal yang berlaku malam tu?” Ujar Imtiyazz lagi. Jarinya masih ligan di buku. Mulutnya sahaja yang menyoal itu ini. Suha terdiam.

            “Mungkin nanti.” Jawapan yang membuatkan mereka berdua terdiam dan meneruskan kerja mereka berdua.

            “Terima kasih Suha atas tunjuk ajar yang Suha bagi pada Im. Mama rasa tak terbalas dengan gaji yang mama bagi. Dengan apa yang jadi lagi.” Puan Johanna mula sebak. Hari ini hari terakhir Suha mengajar Imtiyazz. Lusa Suha akan pulang ke Johor. Meneruskan pengajiannya untuk 6 bulan terakhir.

            “Suha harap mama dapat lupakan apa yang berlaku malam tu. InshaAllah semuanya baik-baik aje mama. Terima kasih untuk semuanya.” Puan Johanna terasa lapang dada. Doanya kini berharap semuanya dapat dilupakan. Berharap malam itu berlalu pergi. Daniel sudah menghilang pergi. Entah kerana berasa dirinya salah atau meninggalkan tanggungjawab yang patut ditanggungnya.

            “Im punya turn pula mama.” Imtiyazz menolak mamanya dari terus memeluk Suha. Apa yang mereka bisikan Imtiyazz tidak dapat mendengar. Suha ketawa begitu juga Puan Johanna. Suha mencium dahi gadis itu kemudian terus memeluknya.

            “Kak Suha tak ada belajar elok-elok. Tak lama dah nak UPSR. Pastikan A semua tau. Habis 6 bulan ni akak ajar Im balik ye.” Imtiyazz hanya mengangguk dengan senyuman melebar.

            “Saya? Tak nak peluk?” Suara itu membuatkan semua yang ada ketawa. Ayah hanya menggeleng begitu juga dengan ibu.

            “Hang peluk Suha, boleh la merasa penampaq ayah hat lama nih.” Ayah berseloroh. Haikal tersengih sendiri. Suha ketawa perlahan. Padan!

            “Jadi Haikal hantaq Suha lusa ni?” Ibu mencelah. Soalan yang membuatkan Suha tergamam.

            “Ibu, bukan ayah dah beli tiket ka. Awat nak berhantaq pulak dah ni.” Suha mula kelam kabut. Sejak majlis pertunangan dia dan Haikal, ibu ayah sudah mula berpihak kepada Haikal. Cemburu!

            “Ayah mana beli pun. Waktu ayah nak pi Haikal ni talipon Ayah. Habaq nak hantaq hang. Sekali nak beli hantaran siap-siap dah.” Ayah menjelaskan, Suha mula mencuka.

            “Ayah la ni suka belakangkan Suha. Awai lagi nak beli hantaran pa semua. Lepaih habih belajaq dan lagi. Kalut apa beli awai-awai ni.” Suha membentak.

            “Ibu hang tak bagitau ka?” Ayah mula menyoal.

            “Bagitau apa?” Suha sudah cuak.

            “Ehem-ehem, Ayah. Biar saya bagitau Suha la ye.” Haikal mencelah. Sengaja mahu mengusik tunangnya. Kian hari kian sayang.

            “Haa cepatlah. Jangan buat saya takut.” Suha menggesa.

            “Ayah dan ibu juga mama, setuju. Kita kahwin 2 minggu lepas awak habis belajar.” Haikal begitu gembira menyampaikan berita itu, sebaliknya bagi Suha.

            “Tapi kan dah janji lepas konvo. Ayah ibu, kenapa macam ni pulak?” Suha mulai bergenang air matanya. Suha tak mahu meninggi suara, tak mahu dek kerana emosi dia kurang ajar dengan orang-orang di hadapannya. Suha meminta diri untuk masuk ke dalam rumah.

            “Tak apalah. Nanti Ayah dengan ibu pujuk dia. Sat ja tu. Toksah risau.” Ayah cuba menenangkan keadaan. Haikal Nampak terkejut melihat Suha yang mula mahu menangis dan terus masuk ke rumah. Haikal sedikit kecewa melihat Suha yang seolah-olah tidak sudi menerima pertolongannya. Salahkah apa yang cuba dikorbankan ini?
           
            Pintu bilik anak daranya itu diketuk perlahan. Sejak petang tadi, Suha tidak menunjukkan muka. Berkurung sahaja di dalam bilik. Bila disoal, katanya mahu mengemas barang-barang untuk pulang ke Johor.

            “Suha, boleh Ayah dan ibu masuk sekejap?” Soal ayah dengan garau suara tuanya.

            “Boleh Ayah, Ibu. Masuklah Suha tengah kemas-kemas baju ja.” Ujar Suha setelah melihat kelibat Ayah dan Ibu dimuka pintu biliknya.

            “Tak habis lagi ka kemas? Awat lama sangat?” Ibu menyoal sambil membantu Suha melipat beberapa baju masuk ke dalam beg pakaian. Suha hanya tersengih.

            “Berat hati nak balik. Mesti rindu Ibu dengan Ayah nanti.” Suha mula mengadu manja. Ayah tersenyum.

            “Rindu Ibu dengan Ayah saja ka? Tunang hang tu?”Ayah memang suka mengusik. Suha memuncung bibir. Ibu sudah ketawa.

            “Buat apa rindu dia. Dah lah tiba-tiba bertunang. Esok ni tiba-tiba menikah. Ayah dengan ibu dah tak sayang Suha agaknya.” Suha merajuk lagi. Ayah dan ibu saling berpandangan.

            “Awat cakap lagu tu. Sebab sayang Ayah dengan ibu cepatkan bagi hang dengan Haikal menikah. Ayah tak mau apa-apa jadi dalam tempoh hang bertunang. Hang tak suka Haikal ka?” Ayah cuba menjelaskan. Ibu mengiyakan.

            “Bukan tak suka. Kalau Suha tak suka. Takkan Suha jadi tunang dia. Cuma...” Suha berjeda. Ayah dan ibu semakin resah. Apa-apa sahaja anak mereka seorang ni.

            “Cuma apa Suha?” Soal ibu. Suha mengeluh perlahan. Suha mengambil tempat di sebelah ayahnya.

            “Suha tak pernah bagi apa-apa dekat Ayah, dekat ibu. Suha nak kerja dulu. Dapat bagi Ayah dan ibu rehat kat rumah ja. Tak payah dah reja panas-panas. Penat-penat. Suha nak bagi apa yang ayah dan ibu tak pernah rasa sebelum ni.” Suha cuba menerangkan. Haikal tidaklah dibenci. Putik cinta sudah ada. Tunggu masa yang dihalalkan barulah ia akan memekar.

            “Awat Suha pikiaq lagu tu. Ayah dengan ibu tak mintak apa-apa pun. Cukuplah Suha cukup agama, pendidikan, sihat. Tu dah lebih dari semuanya. Syukur dah ayah dengan ibu.” Ayah bersuara.

            “Suha dah besaq, sepatutnya Suha bahagiakan dulu ayah dengan ibu. Bukan bahagiakan orang lain.” Suha cuba menegaskan apa yang dirasanya.

            “Suha... Haikal tu bukan nak pisahkan kita. Dia cuma nak ambil alih tugas Ayah. Jaga Suha, lindung Suha. Sebab Suha dah besaq, ayah cari orang untuk terus bombing Suha untuk Berjaya, inshaAllah dunia akhirat.” Ayah masih lagi memujuk. Ibu sudah mulai mengesat air matanya. Suha memeluk ibunya erat.

            “Terima kasih ibu, Ayah... Suha mintak maaf kalau Suha banyak susahkan hati ibu dengan Ayah. Suha sayang ibu dan Ayah.” Suha dan ibunya dipeluk erat oleh Ayah. Mereka hanya bertiga. Bagi Sulaiman, Haikal pilihan terbaik untuk Suha. Mata tuanya tidak rabun untuk melihat betapa lelaki itu menyayangi anaknya.

            “Jadi setuju ye Haikal hantaq Suha nanti?” Ayah masih mengusik. Suha mencebik.

         “Ayah percaya ka kat dia?” Suha memancing. Ayah dan ibu semacam sudah berpakat, hanya menjungkit bahu dan terus ketawa. Suha tahu pilihan orang tuanya tak mungkin salah. Pilihan hatinya juga. Haikal mungkin cinta yang dicari selama ini. Tapi Haikal? Bukankah ada Shaha Rose? Suha berdecit, kenapa boleh lupa watak itu?



++++++++
baca dan komen. tq korang
muah!

Tuesday, August 25, 2015

Mini Novel : Pengganti 5





PENGGANTI LIMA

            Suha sudah mula tidak senang duduk. Kuku jarinya digigit-gigit bagi membuang getaran dan debaran yang melanda dirinya. Sesekali tirai tingkap biliknya diselak untuk memandang keluar. Selagi mereka tidak pulang selagi itu dirinya diselubungi debaran. Kenapa Haikal perlu membuat keputusan sesuka hatinya? Sampai bila dia harus mengikut telunjuk lelaki itu? Suha mengeluh berat.

            “Dah, jangan dok buat muka lagu tu. Dah selamat semua, Suha meh keluaq, depa nak sarung cincin.” Ujar ibu yang entah bila menjengah ke biliknya.

            “Sarung cincin?” Suha kembali menyoal. Cincin tanda bukan boleh lepas-lepas ni sarung ke? Perlu ke masa semua keluarga berkumpul macam ini?

            “Yelah, depa kata terus tunang. Senang sikit, nanti terus nikah ja. Jimat.” Ibu menggamit Suha supaya melangkah seiring dengannya. Suha terlopong.

            “Tunang?” Ibu ketawa kecil.

            “Bakal suami kamu tu dok buat lawak dari tadi. Lenguh pipi ibu nak gelak, Suha jangan dok tambah lawak. Cepat depa dah lama tunggu.” Ibu melangkah menghampiri suha dan terus menarik lengan gadis itu supaya bangun berdiri dan melangkah keluar ke ruang tamu di mana semua tetamu istimewa hari itu sedang menantikan dia.

            “Ibu, lawa ka baju ni? Muka Suha?” Entah kenapa soalan itu yang keluar dari bibirnya ketika melangkah ke ruang tamu. Ibu ketawa kecil. Wajah Suha dibelek penuh kasih.

            “Suha anugerah terindah ibu dan ayah. Cantik untuk segala-galanya.” Ibu mengucup pipi Suha bagai mengalirkan kasihnya buat anak gadisnya itu. Suha terharu. Tubuh ibu dipeluknya erat. Kasih Ibu tiada galang gantinya.

            “Awat dok buat drama ni, cepat sikit orang tunggu lama dah tu.” Suara ayah mematikan segala perlakuan, disambut dengan ketawa Suha dan ibunya. Langkah kembali diatur ke ruang tamu. “Bismillah...”Bisik hati kecil Suha.

            Semua mata memandang ke arah Suha yang berpakaian cantik daripada kebiasaannya. Suha melangkah perlahan-lahan penuh sopan. Jantungnya berdegup pantas seperti sedang berlari 1000 kilometer! Genggaman Ibu semakin erat dirasakan, bagai sedar akan getaran yang anaknya rasai sekarang ini.

            Suha mengangkat wajah dan mula meliar memandang ke arah semua tetamu yang hadir. Ada dalam 15 orang semuanya termasuk saudara terdekatnya. Gamitan ibu membuatkan Suha kembali melangkah, terus menghampiri Puan Johana. Tidak langsung kelihatan wajah orang yang dicarinya, entah ke mana lelaki itu pergi.

            “Mama minta maaf atas semua yang berlaku, mama harap Suha terima Haikal dengan hati terbuka. Mama tahu, Haikal sangat sayangkan Suha.” Ujar Puan Johana perlahan seakan berbisik kepadanya sebelum menyarungkan cincin tanda ke jari. Suha sekadar mengangguk. Lidahnya keras, kelu.

            “Haikal dah janji dengan mama, dia akan jaga Suha sebaik-baiknya.” Puan Johana menambah sebelum cincin bertakhtakan berlian itu disarung ke jari manis Suha. Kini Suha dengan rasmi menjadi tunangan Khalif Haikal! Getaran itu hilang seakan pergi dihalau sepoi angin. Suha menggariskan senyuman di bibirnya. Tangan Puan Johana disalaminya penuh sopan. Beberapa cahaya kamera menarik perhatiannya. Ahh! Macam artis! Suha berbisik sendiri.

            “Panggilkan Haikal, ambil gambar.” Suara lelaki itu membuatkan jantung yang reda getaran ‘tsunami’nya kini kian bergelora. Tidak sampai seminit, Haikal dengan senyuman yang melebar sudah sedia melabuh duduk betul-betul di sebelah Suha. Suha memandang tanpa kelip.

            “Sabar, tak berapa lama dah kita nak nikah.” Suha mengerut dahinya. Perasan la tu! Suha berdecit. Haikal ketawa kecil, sengaja mengusik tunangannya itu.

            “Senyum Suha, nanti buruk gambar saya.” Makin galak Haikal mengusik Suha yang sudah kemerahan pipinya akibat di sakat begitu dan di tambah pula dengan saudara mara yang mula ketawa dengan gelagat Haikal. Haikal sangat berbeza, berbeza daripada yang dikenalinya sebelum ini. Dia lebih ceria!

            “Apa yang ‘happy’ sangat eh?” Suha memberanikan diri menyoal Haikal ketika semua tetamu sedang menjamu selera. Mereka? Masih berdua di penjuru rumah hanya memerhatikan tetamu sambil menjamah pulut kuning yang menjadi hantaran Haikal buat Suha hari ini.

            “Sebab saya dapat booked awak.” Selamba Haikal menjawab. Suha sudah mencemberut wajah.

            “Ingat order barang ke main book?” Suha mengetap giginya menahan geram. Haikal ketawa lagi dan lagi. Tak penat ke! Suha mengeluh perlahan.

            “Awak sepatutnya bersyukur, saya datang selamatkan maruah awak.” Haikal mula bersuara, serius. Suha memandang Haikal, menunggu lelaki itu menjelaskan apa yang ingin diketahuinya.

            “Maksud awak yang berlaku hari tu?” Suha menyoal. Haikal sekadar menggangguk, mulutnya masih menjamah pulut kuning penuh berselera. Suha mengeluh lagi, lebih kasar.

            “Awak tak tahu apa yang jadi dan yang pasti saya masih suci!” Suha bersuara lebih tegas namun masih perlahan, cukup untuk didengari oleh Haikal seorang sahaja.

            “Siapa yang boleh buktikan awak suci? Sekadar cakap tak jadi apa-apa...” Haikal menjawab sinis. Sinis hingga tersentap tangkai hati Suha. Kerana geram laju sahaja jari Suha membalas dendam, biar pedih sepedih hatinya sekarang.

            “Ouch!” Haikal mengaduh kuat hingga berdiri dari duduknya. Suha menekup mulut menahan ketawanya. Padan muka! Semua mata memandang ke arah mereka berdua. Haikal menggosok pahanya yang perit di ‘ketam’kan Suha sambil matanya memandang tajam ke arah Suha yang turut memandang dengan muka yang memerah menahan ketawa.

            “Awat ampa dua ni, malu kat orang aih...” Ibu yang menghampiri berbisik dengan kerutan di dahi.

            “Saya tak sangka tunang saya ni ada jari ketam ibu.” Haikal mengadu manja. Suha yang mendengar dan melihat mengetap bibir.

            “Manja!” Suha berbisik sendiri namun masih didengari oleh Haikal dan Ibu.

            “Jealous la tu!” Haikal mengejek. Membuat Suha makin panas hati dan terus menyilang tangan memeluk tubuh. Ibu sekadar menggeleng dengan senyum yang tak lekang. Suha bahagia ibu bahagia, bisik hati kecil ibu.



++++++++

Pengganti 6 dah siap. after yang suka marah-marah saya tu komen. saya post. hehe
takdelah gurau-gurau. esok malam part 6.
pengganti akan di habiskan sampai 10.

komen ye. miss uols lah! ^^v


Thursday, July 30, 2015

Jangan marah. Jangan garang. I'm Sorry

Assalamualaikum. Hai. 😊
Menulis blog melalui handphone aje ni.
Maaf ye untuk cik anon yang garang (next time kenalkan diri)
Saya bukan sengaja taknak post sambungan cerita saya. Bukan saya sengaja buat cerita baru kemudian post tak habis. Bukan saya sengaja buat anda panas hati dengan saya.

JP CAP novel yang saya simpan untuk saya bukukan (impian). Saya post untuk pendapat anda semua. Tapi sambutan tak panas macam panasss nya cik anon komen saya. Hehe

Pengganti lagi 2 bab untuk saya post. Blind Date sedang sesuaikan ending.

Saya bukan taknak post. Tapi readers tak panassskan blog saya. Saya cikgu, saya ada kerjaya dan amanah lebih penting. Menulis adalah HOBI jadi hobi dibuat kalau ada masa lapang.

Sejak saya mula jadi cikgu saya sudah perlahan dalam menulis. Sejak saya menjadi isteri, banyak perkara saya perlu belajar. Masa saya lebih kepada pelajar dan keluarga.

Maafkan saya. Saya tak akan berhenti menulis dan akan  terus keluarkan cerita baru walaupun separuh sahaja. Ia karya saya. Minat saya. Bagaimana pun ia. Saya bangga. Maafkan saya.

Terima kasih. Anda cik anon buat saya bangga. Kiranya karya saya sentiasa dinanti2kan kamu semua. Terima kasih kerana buat saya tersenyum dalam kesentapan sesaat (ayat salah hehehe)

Saya masih mencari kebiasaan dalam perubahan....

Ikhlas: abc_nurwateeqa

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders