Saturday, September 5, 2015

Mini Novel : Pengganti 10 - AKHIR

JANGAN LUPA KOMEN! 
LOVE UOLS


PENGGANTI SEPULOH-AKHIR

            Rudy memerhati Haikal, yang sekejap mengeluh sekejap meraup mukanya sekejap menyedut air minumannya. Sejak 30 minit mereka bertemu, Haikal tidak bersuara apa-apa. Wajahnya terlihat begitu tegang dan dalam masa yang sama muram.

            “Kau okay ke tak ni?” Soal Rudy, rimas melihat kawannya itu berdiam diri sebegitu.

            “Suha. Dia dah tekad, tak nak aku jadi pengantin dia nanti.” Rudy tercengang.

            “Korang gila ke! 4 hari lagi ja. Takkanlah?!”

            “Salah aku, buat main-main soal putus tunang. Suha betul-betul kecewa dengan aku.” Haikal mengeluh lagi.

            “What everlah. She is the one for you Haikal. Takkan kau nak lepaskan macam tu aje?”

            “Aku sayang dia. Sayang sangat. Tapi...”

            “Tapi apa lagi Haikal. Pedulikan apa dia kata. 4 hari lagi, sediakan diri kau nak jadi suami kepada Suha Binti Sulaiman. InshaAllah, dia akan terima kau, sayang kau sebagaimana kau sayang dia dari dulu sampai sekarang.” Rudy memberikan nasihat, tahu benar betapa Haikal mencintai Suha. Kalau tak, tidaklah angau selama beberapa tahun selepas bertemu Suha di UTM dahulu.

            “Aku tak tahu, aku tak nak kecewakan dia lagi dan lagi. Aku takut kalau aku berdegil, Suha akan terus membenci aku selama-lamanya.” Haikal serabut. Rudy menggeleng, tidak setuju apabila Haikal telah kalah dan berputus asa.

            “Aku hanya mampu nasihat, selebihnya kau yang kena buat.” Rudy sudah mati kata. Terpulanglah, andai melepaskan dirasakannya sebagai keputusan yang terbaik.

            “Mujur aku sempat dapat tiket datang sini!” Marah Laila. Penat belum habis lagi, perjalanan 10 jam dari Johor ke Kedah masih terasa. Suha hanya tersengih. Tekad untuk menjemput Laila ke kendurinya dan menjadi pengapitnya nanti.

            “Nanti aku tak bagitau, kau marah. Aku bagitau kau marah juga.” Suha sengaja buat-buat merajuk.

            “Mujuqlah aku sayang hang.” Laila cuba berloghat Kedah.

            “Semacam ja aku dengaq.” Meletus ketawa mereka berdua.

            “Nervous tak nak kahwin lusa ni?” Soal Laila. Suha hanya tersenyum. Gementar yang amat sangat! Entah siapa yang akan menikahinya esok. Adakah masih Haikal atau orang lain?

            “Suha!” Jerkah Laila mengejutkan Suha yang berkhayal sendiri.

            “Ye, nervous la. Sebab aku tak tahu siapa pengantin aku nanti.” Mendatar sahaja suara Suha. Laila hairan.

            “Panjang ceritanya Laila. Mungkin salah aku jugak. Mengada-ngada kecewa. Lepas tu buat keputusan untuk tak terima dia.” Suha cuba menerangkan seringkas mungkin. Laila semakin tidak faham.

            “Sekarang ni aku jadi pengapit ‘bidan terjun’ kau dengan alien?” Laila suka buat lawak walaupun tengah serius!

            “Alien pun alien la. Sekarang ni aku menyesal.” Suha mengeluh.

            “Tunang kau datang dekat UTM tu kenapa?” Soal Laila, dia tak berapa faham kisah sebenar yang berlaku.

            “Dia datang cakap nak putuskan pertunangan kami. Sebab tu aku buat keputusan tak nak terima dia walaupun dia mengaku dia hanya pura-pura sebab nak tahu apa ada dalam hati aku.” Suha menjelaskan.

            “Kiranya korang ni tak pernah bercinta?” Soal Laila lagi. Suha mengangguk.

            “Sweet eh. So sekarang confirm Haikal tak datang nanti? Orang lain ganti? Siapa?” Banyak pula soalan Laila. Suha mencebik dan menggeleng.

            “Pulak! Ibu dengan Ayah tau tak ni?” Suha menggeleng lagi dan lagi.

            “Naya ni. Kes naya ni! Meh nombor Haikal. Aku akan paksa dia mai jugak lusa ni.” Entah macam mana Laila asyik terkeluar loghat Kedah.

            “Ish... malu la aku!” Bentak Suha.

            “Kau ni mengada betul tau tak. Berlagak sangat tak nak, sekarang sedih-sedih. Hang habaq ja hang sayanggggg kat dia kan. Hang dah cinta dia kan.” Laila sudah bercekak pinggang. Suha mengeluh melepas hela, kepalanya diangguk perlahan-lahan.

            “Padan muka, kahwin dengan bangla la hang esok ni.” Laila ketawa berdekah-dekah, sengaja mahu mengenakan sahabatnya itu. Suha menyembam muka ke bantal.

            “Kita ni kena matang bila datang soal nikah kahwin ni Suha. Kena guna akal bukan hati semata-mata. Kau dah buat keputusan, sekarang kena tunggu keputusan Haikal. Sama ada dia tetap menjadi pengantin kau atau tak. Nasihat aku, kau berdoa dan banyakkan solat sunat. Siapa pun nanti, itulah jodoh kau.” Laila memeluk Suha memberikan kekuatan. Suha dari perkenalan pertama mereka sememangnya banyak berahsia. Suha suka merendah diri, suka membiarkan dirinya terluka. Sekarang hanya kerana cuba bertegas Suha tersilap percaturan. Hatinya kian terluka.


            “Apa jadi dekat kau malam tu?” Soal Laila. Semakin tahu tentang cerita Suha. Cerita cinta yang agak menarik, macam novel! Laila masih asyik membantu Suha memakai inai. Esok harinya, Suha kelihatan semakin kuat setelah Laila banyak ember kekuatan.

            “Daniel marah-marah. Dia bengang aku terima Haikal. Sedangkan dia salah faham. Daniel cuba nak kiss pipi aku. Sebab tu aku tampaq dia.” Suha gelak mengenangkan malam itu, betapa kuat dia menampar Daniel yang cuba melepaskan amarahnya dengan cuba mengambil kesempatan ke atas Suha.

            “Boleh gelak?” Laila mencebik.

            “Kuat tau aku tampaq. Daniel ni sebenarnya frust menonggeng bila Dayanna, awek dia nak kena kahwin dengan pilihan keluarga. Dayanna yang masa tu merajuk dengan Daniel setuju dengan family dia.” Cerita Suha.

            “Jadi bila dia dengar kau nak dekat Haikal, Dayanna pulak nak blah dari dia. Jadi dia bengang la eh?” Suha mengangguk.

            “Habis yang kau punya baju siap rabak-rabak tu apa?” Laila berloghat Kedah lagi. Pelik betul bunyinya!

            “Takdalah rabak. Koyak sikit ja. Lepas aku tampaq, aku nak lari keluar dari kereta dia. Aku jadi kelam kabut, nak bukak tali pinggang keledar lagi. Dalam dok kalut-kalut aku pun terjatuh terus dari kereta. Baju aku tersangkut tang mana entah. Tu jadi macam tu.” Laila sudah menahan ketawa. Suha tersengih sahaja.

            “Daniel nak tolong, tapi aku menangis sungguh-sungguh sangat, dia mintak maaf dan terus balik.” Terang Suha. Laila mengangguk faham, tangannya masih ligat memakaikan jemari Suha dengan inai.

            “Haikal dah tahu?” Soal Laila.

            “Daniel dah cerita semua. Sebab tu Haikal datang UTM dan cuba nak main-main dengan aku.” Suha bersuara lirih.

            “Kenapa dia buat macam tu?”

            “Malam aku dengan Daniel tu, Daniel ada bagitau Haikal tu betul-betul sukakan aku. Daniel pun kata aku ni sukakan Daniel. Aku keliru. Selepas Haikal sanggup terima aku walaupun dia tak tahu apa yang berlaku, buat aku percaya yang hati aku dah pun ada dengan dia.” Laila tersenyum mendengar kisah hati Suha.

            “Jangan menyesal Suha. Allah tahu jodoh sebenar kau. Kalau pun esok bukan Haikal, kau kena kuatkan hati kau untuk redha. Allah sebaik-baik penentu.” Laila memberikan sedikit peringatan dan nasihat. Suha hanya tersenyum.

            “Terima kasih Laila, aku tak tahu kalau kau tak ada sekarang, dengan siapa aku nak luahkan semua ni. Terima kasih sebab datang.” Suha sudah bermain air mata. Laila juga.

            “Janji dengan aku, kau mesti bahagia.” Ujar Laila. Suha hanya mengangguk perlahan. Dalam hati Suha berdoa, agar Allah memudahkan segala-galanya.


            Haikal termenung di birai katil. Memandang resah ke arah baju nikahnya yang elok tergantung. Pergi atau tak pergi? Jam sudah pun tepat jam 9.00 pagi. Lagi satu jam pernikahan akan berlangsung. Sejak malam terakhir bertemu empat mata dengan Suha, Haikal tidak lagi menghubungi Suha. Apa khabar gadis itu? Masih tekad dengan keputusan yang sama atau turut sama merasa rindu dengan dia?

            “Pakai cepat. Suha akan terima.” Daniel yang sedari tadi memerhati kelakuan Haikal menegur. Haikal meraup wajahnya berkali-kali.

            “Tak. Aku takkan pergi.” Haikal membuat keputusan.

            “Jangan buat kerja bodoh!” Marah Daniel.

            “This is what she want.”

            “Korang berdua ni sama aje degilnya. Terpulang, kalau kau nak terus hidup dalam penyesalan selepas ni teruskan dengan keputusan bodoh kau ni!” Daniel menumbuk pintu, melepas amarahnya.
            “Haikal tak siap lagi?” Tegur Puan Johanna yang baru turun dari biliknya bersama-sama Imtiyazz.
            “Dia tak nak kahwin.” Puan Johanna dan Imtiyazz tercengang. Pulak!

            “Gila ke apa? Jangan buat malu mama.” Marah Puan Johanna, laju sahaja dia melangkah ke bilik Haikal.

            “Haikal! Jangan sampai mama pakaikan baju tu. I give 10 minutes to be ready! I warn you!” Puan Johanna menjerkah. Penat sudah melayan perangai anak terunanya. Dulu bukan main nak jadi hero, harini jadi watak jahat pulak?

            “Mama...”

            “Don’t you dare to go against my word!” Puan Johanna laju sahaja memintas kata-kata Haikal. Haikal terdiam, dia merebah terus tubuhnya ke katil. Letih! Tak tahu apa yang perlu dilakukan saat ini. Pergi atau lari?


            Suha yang sudah siap dengan mekap dan baju nikah kini mundar mandir. Sudah 15 minit berlalu. Orang diluar sudah kecoh-kecoh. Haikal datang atau siapa yang akan datang? Hatinya gundah.

            “Suha, cuba kau duduk kat sini diam-diam. Aku tengok kau macam ni lagi aku serabut.” Laila menepuk tilam perlahan. Memujuk Suha supaya bertenang.

            “Kalau tak ada sesiapa datang macam mana? Ibu dengan Ayah mesti malu.” Air mata Suha sudah bergenang. Menunggu saat menitis ke pipi.

            “Haikal akan datang. Percayalah.”

            “Mana kau tahu. Haikal tu bukan lelaki biasa.”

            “Ye, sebab dia bukan lelaki biasalah aku yakin dia akan datang. Datang mendapatkan gadis luar biasa dia ni.” Laila cuba memujuk dan menenangkan Suha.

            “Kau main-main lagi masa ni. Hati aku ni dah main drum dari tadi. Rasa nak meletup pun ada.” Suha sudah tidak tentu arah. Hanya Allah yang tahu saat ini apa yang berlaku dalam hati dan fikirannya juga di sana, apa yang sedang berlaku dengan Haikal.

            “Duduk dan istighfar.” Laila bertegas. Suha ditarik ke birai katil.

            Kedengaran kekecohan diluar rumah. Laila segera ke tingkap bilik Suha untuk melihat apa yang berlaku.

            “Dik awat depa bising-bising tu?” Soal Laila kepada seorang budak perempuan yang kebetulan lalu ditepi tingkap bilik itu.

            “Pengantin laki dah sampai kak.” Jawapan yang membuatkan Suha dan Laila mengurut dada. Lega! Suha mengucap syukur namun sesaat kemudian dia terus berdiri tegak.

            “Laila jom keluar sekarang. Aku nak tengok pengantin aku.” Tangan Laila terus ditariknya.

            “Wehhhh! Hang lupa ka hang pengantin perempuan. Jangan buat loqlaq naa. Biaq cheq yang pi tengok.” Laila kembali memaksa Suha untuk duduk. Laila keluar dari bilik meninggalkan Suha sendirian. Suha berdecit. Nak tahu siapa lelaki yang akan menikahinya. Nama Haikal terus disebut-sebut dalam hati. Nak pulak kau Suha, haritu beria-ria tak nak dia. Hati Suha mengutuk sendiri.

            “Suha, aku harap kau sabar banyak-banyak. Istighfar dan redha tau.” Ujar Laila sebaik sahaja masuk ke bilik. Suha sudah gabra.

            “Kenapa? Haikal tak datang? Siapa pengantin aku?” Suha sudah menyoal banyak. Resah!

            “Kau kan dah redha untuk sesiapa jadi pengantin kau harini, kau lupa?” Laila masih tetap mengingatkan. Suha menghela nafas perlahan. Air mata yang mula mengalir, diseka perlahan.

            “Allah tahu yang lebih baik. Aku redha.” Suha menguntum senyum. Laila juga tersenyum dan terus memeluk rakannya itu. Mereka berdua menarik nafas dalam-dalam dan terus melangkah keluar sebaik sahaja Ibu masuk dan meminta mereka untuk keluar. Sesiapa pun, inilah jodoh dari Allah.

            Suha tunduk sahaja. Debaran dihati kian terasa. Masanya telah tiba. Suara tok kadi telah kedengaran. Ayah akan nikahkan dia dengan jodohnya hari ini. Apalah yang ibu dan ayah rasa ketika ini, bukan Haikal yang menjadi menantunya. Suha akan jelaskan selepas ini, selepas selesai semuanya.

            “Muhammad Khaliff Haikal Bin Johari, aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Suha Binti Sulaiman dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai.” Suara ayah kedengaran, nama yang disebut ayah itu membuatkan Suha cepat sahaja mengangkat wajahnya. Air mata laju mengalir. Senyuman mula menguntum. Dalam hati Suha mengucap beribu kesyukuran.

            “Aku terima nikahnya Suha Binti Sulaiman dengan mas kahwinnya satu ribu ringgit tunai.” Hanya dengan sekali lafaz Suha dan Haikal telah sah menjadi suami dan isteri.

            Laila yang berada di sisi Suha hanya tersenyum, gembira kerana tahu rakannya akan bahagia, inshaAllah untuk selama-lamanya. Suha mencubit kecil paha Laila kerana menakut-nakutkannya sebentar tadi. Laila hanya ketawa.

            “Suha cepat sedia, Haikal nak sarung cincin tu.” Ujar Ibu yang sudah merah matanya kerana menangis. Satu-satunya anak telahpun menjadi milik orang. Suha membetulkan duduknya. Haikal sudahpun sedia mengambil tempat betul-betul di depannya. Haikal memegang bekas cincin, wajah Suha yang telah menjadi isterinya itu dipandang. Wajahnya beriak cemas. Suha mengerut kening, kenapa dengan dia?

            “Awak masih marahkan saya? Awak boleh terima saya jadi suami awak?” Perlahan sahaja Haikal menyoal. Suha tersenyum dan terharu. Begitu sekali Haikal resah dengan keputusan Suha.

            “Saya mintak maaf sebab marah awak. Saya sayang awak.” Suha membalas. Haikal yang tadinya muram sahaja, terkejut dengan pernyataan Suha. Senyuman terus sahaja terukir di bibirnya. Jemari Suha dicapai dan terus disarungkan cincin ke jari manis isterinya. Suha mencium tangan suaminya. Mereka berdua tersenyum sesama mereka. Hanya mereka yang tahu gelodak rasa 2 minggu ini.

            “Terima kasih sebab datang.” Ujar Suha

            “Thanks to mama sebab paksa. Saya dah putus asa Suha.” Ikhlas sahaja Haikal memberitahu.

            “Saya harap selepas ni kita lebih berterus terang.” Suha tersengih.

            “Saya ke awak yang banyak berahsia?” Haikal menyoal sengaja mengusik isterinya yang sudah tersipu-sipu.

            “Tak apa siapa-siapa pun. Asal jangan berahsia.” Suha ketawa, matanya memandang Haikal seolah-olah mahu mengetahui sesuatu.

            “Kita jumpa dekat PSZ, masa tu pen awak terjatuh. Awak pakai jubah merah. Awak senyum aje masa tu. Pen tu awak kata bukan awak punya.” Haikal mula bercerita memahami isterinya itu mahu tahu kisah sebenar pertemuan mereka.

            “Masa first semester saya dekat UTM? Awak dengan kawan-kawan awak kan?” Suha menyoal, cuba mengingat kembali. Haikal mengangguk.

            “Lepas tu kita ada jumpa lagi dekat bazaar kolej Perdana. Saya ada belikan awak ayam golek. Ingat tak?” Suha mulai ketawa. Yang itu tak boleh lupa. Sejak hari tu, kecoh dalam kelasnya Suha sudah ada ‘pakwe’!

            “Ingat sangat, semua orang tak berani kacau saya lepas tu. Patutlah saya macam kenal aje awak masa pertama kali kita jumpa dulu. Tapi...” Suha tak menghabiskan kata. Suha hanya tersenyum.

            “Tapi apa?”

            “Masa kita jumpa awak nampak sombong, ego sangat. Dulu awak nampak nakal-nakal tapi baik.” Suha jujur.

            “Saya hidup dalam kerinduan terhadap awak. Saya tak jumpa awak kat mana-mana. Jenuh saya cari sampailah saya grad. Tetap tak jumpa awak.”

            “Saya cuti satu semester. Ayah jatuh sakit.”

            “Allah kekalkan jodoh kitakan sayang.” Suha menarik muka dan ketawa. Geli!

            “Semacam ja saya dengar sayang awak tu.” Suha ketawa lagi. Haikal tersengih.

            “Kena biasakanlah, kita dah kahwin. Nak pergi honeymoon mana?” Haikal mengangkat-angkat keningnya.

            “Langkawi boleh?”

            “Langkawi je?”

            “Tak pernah pergi.”

            “Alolo sian dia. Okay, lusa kita pergi. Be ready sayang.” Ujar Haikal nakal! Suha menjelir, gelilah!!!!

            Mereka hanya ketawa dan tersenyum. Terima kasih Allah. Terima kasih atas semuanya. Terima kasih untuk jodoh ini. Terima kasih.

.ALHAMDULILLAH.
           


++++++++++++

okay kan? komen tau.
thank you ye. :)


           
.

7 comments:

Anonymous said...

:-) so sweet

Obat Alternatif untuk Menyembuhkan Kanker Hati said...

cieee cieeee siap tuh penggantinya ?? so sweet bangettt dehhhhhh

akubersamaCahya said...

Tq 😀

amira arnuin said...

Thumb's up.

Zulaikha27 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Zulaikha27 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Zulaikha27 said...

Wowww!sweet betul la😍