Sunday, March 22, 2015

BLIND DATE - 2


BLIND DATE 2 (LELAKI LUAR BIASA)

            Nur Dhia menunggu di ruang tamu. Kadang dia bangun berdiri di depan pintu. Kadang duduk di sofa namun mata masih melihat keluar. Hatinya resah sedari pulang dari satu ‘drama’ yang bukan dia sengaja menjaga watak utama. Tiba-tiba sahaja muncul satu watak hero dalam kisah hari ini. Ini semua kerja Sarah!

            Dua jam menanti. Telefon sudah berkali-kali di dail. Namun masih belum diangkat biarpun taliannya aktif. Sarah memang sudah merancang semua ini, Nur Dhia amat pasti!

            Jam sudah menghampiri jam 7. Nur Dhia menghela keras. Sarah sudah di anggap sebagai kawan baiknya, biarpun baru 3 bulan dia mengenali Sarah setelah menyewa di rumah tersebut. Dalam asyik gelisah dan resah menanti Sarah, telefon yang digenggam bergetar dengan nada dering. Tiada nama. Nur Dhia tidak biar lama, talian terus disambungkan.

            “Sarah? Aku tunggu kau dah lama ni?!” Tiada salam, tiada aluan. Amarahnya menjadi-jadi. Sungguh ujian puasanya hari ini.

            “Ops, suara saya macam perempuan ke?” Garau yang menyambut membuat Nur Dhia mengetap bibir. Suara yang baru dikenali tapi masih mudah di ingati.

            “Macam mana awak ada nombor saya?” Nur Dhia menjawab tidak mesra.

            “Kan dah lama kita kenal?” Nour Zaed menambah sakit dihati Nur Dhia.

            “Baiklah Encik Nour Zaed. Nak apa?”

            “Nak awak.” Selamba sahaja Nour Zaed menjawab. Nur Dhia panas muka. Mujur sahaja Nour Zaed tidak Nampak!

            “Tak ada masa nak bergurau mesra. Kalau ada hal penting, boleh cakap sekarang. Kalau tak ada, saya letak dulu.” Ugut Nur Dhia. Lelaki itu payah kalau diberi muka.

            “Betullah nak awak. Nak jumpa awak. Saya ada di depan rumah awak. Jom.” Ujar Nour Zaed membuat Nur Dhia lekas-lekas bangkit dan menjenguk keluar.

            “Untuk apa lagi? Saya malas.” Nur Dhia masih beralasan biarpun sudah kelihatan wajah lelaki itu di depan pagar rumahnya. Elok sahaja dia bersandar di keretanya. Nur Dhia berpaling dengan jelingan apabila lelaki itu melambai kepadanya.

            “Hal kahwin kita. Jangan cakap banyak. Dah siap tu, keluar. Ingat, jangan cabar sabar saya.” Halus sangat ugutan, menyentap jantung! Nur Dhia menghentak kakinya. Esok kerja, malam ini kena mengadap ‘kerja’ yang tak diundang langsung!

            Diam seribu bahasa. Malas dan marah. Nour Zaed hanya tersenyum sahaja. Tahu sangat gadis di sebelahnya ini tertekan dengan semua yang terjadi hari ini. Dia sudah bersedia untuk hari ini dan dia sedar gadis di sebelahnya adalah mangsa. Tahu tapi terpaksa. Rancangannya perlu berjaya.

            “Awak rasa nak makan apa hari ni?” Ujar Nour Zaed, baik-baik. Nur Dhia masih membatu diri. Meluat!

            “Saya belanja, nak makan apa Cik Nur Dhia?” Soal Nour Zaed lagi, sengaja dilayankan rajuk gadis yang bakal menjadi suri dihatinya nanti. Tak lama lagi, sekejap aje lagi.

            “Makan awak boleh?” Lembut dan sinis jawapan Nur Dhia tetapi membuatkan Nour Zaed ketawa. Menambah sakit hati Nur Dhia.

            “Sabarlah, hujung bulan ni awak boleh makan saya.” Nour Zaed sengaja membidas, sengaja membuat Nur Dhia termalu sendiri.

            “Ish! 18sx!” Marah Nur Dhia.

            “Saya tanya elok-elok awak yang tak jawab, sekarang bagitau saya, apa orang puasa ni nak makan. Saya belanja.”Nour Zaed masih tersenyum mesra. Nur Dhia naik menyampah.

            “Tomyam pok tet. Yang dalam kelapa tu.” Ujar Nur Dhia. Nour Zaed terangguk-angguk.

            “Dekat mana sedap?”

            “Medan Selera Silibin. Cukup sedap untuk saya.” Sengaja memilih tempat yang dekat dengan rumahnya. Malas mahu jauh-jauh dan lama-lama dengan lelaki itu.

            “Okay. Tapi kurang privacy?”

            “Tak apa, kita bukan public figure kan?” Nur Dhia memerli. Nour Zaed mencebik.

            “Awak tak, biasa-biasa. Saya ni sado, hensem dan menawan.” Nur Dhia membuat muka, mendengar lelaki itu memuji diri sendiri.

            “Sado tu bukan besar dan bodoh ke?” Nour Zaed terdiam. Tajam sungguh!

Lebih kurang 20 minit, makanan yang dipesan telah sampai. Elok sahaja masanya, azan maghrib berkumandang, jelas. Tak jauh masjid dari kawasan itu.

            “Habis makan, kita solat. Selepas tu kita ke MBI, bincang hal kahwin kita.” Ujar Nour Zaed, terus sahaja dia membaca doa dan terus menjamu selera. Tak sempat Nur Dhia nak mencelah. Tahu, mahu atau tak dia perlu sahaja memenuhi arahan Tuan Encik Nour Zaed!

            Lelaki ini bukan orang biasa-biasa. Bukan biasa seperti mana kita melihat zahirnya. Bukan biasa sebagaimana tutur kasar dia. Dia ada sesuatu yang luar biasa. Kita tak Nampak dengan mata kasar kita, kita akan nampak kalau kita pandang dia sahaja. Nur Dhia merasa debar. Adakah doanya sudah di dengar Tuhan?

            “Dah siapa? Garau suara itu menyentak Nur Dhia, menenang debar rasanya. Nur Dhia tak menjawab hanya menganggguk mengiyakan.

            “Maaflah, janji lepas solat maghrib kita ke sini, tapi tazkirah tadi seronok saya nak dengar sebab tu saya mesej suruh awak tunggu solat isyak sekali. Awak dengarkan tadi?” Ujar Nour Zaed memula bicara sebaik sampai ke MBI. Ramai manusia, ramai sangat. Lagi tiada ‘privacy’ tapi Nur Dhia mulai faham. Lelaki ini bukan lelaki biasakan.

            “Takpa. Seronok juga dengar. Saya jarang jemaah, seorang diri. Nak keluar malam bahayakan. Lagipun perempuan lebih baik di rumahkan. Tapi lepas ni awak adakan, boleh saya selalu dengar ceramah agama, jemaah. Kan?” Banyak makna dalam satu balasan yang diujar. Kalau dia lelaki luar biasa yang dijangka, pasti dia faham maknanya. Nur Dhia bagai bertaruh dengan dirinya sendiri.

            “InshaAllah. Jadi awak setuju? Belum bincang dah setuju?” Nour Zaed tersenyum. Nur Dhia tersenyum kemenangan. Memang lelaki ini luar biasa!

            “Saya rasa, saya tak boleh pun kata tak setuju, betul tak?” Nur Dhia sengaja memutar belit. Malu rasanya kalau dia tersengih-sengih sambil mengangguk mengiyakan. Gedik pula rasa, tadi tak nak sekarang lain pula!

            “Saya bukan kejam. Saya memaksa awak terima saya sama seperti saya memaksa diri saya menerima awak. Saya tahu payah, sebab payah juga saya nak terima awak. Kahwin bukan main-main.” Nour Zaed mengalih badannya. Dari mengadap anak remaja yang bersuka ria di depan mereka, kini betul-betul mengadap Nur Dhia.

            “Kalau awak nak tahu kenapa saya memaksa awak, saya akan beritahu. Tapi bukan mala mini tapi malam pertama saya sah menjadi suami awak. Saya akan beritahu dari awal sampai akhir kenapa dan kenapa.” Ujar Nour Zaed, wajahnya menggambarkan kata hatinya. Lain benar dengan lelaki siang tadi.

            “Saya tak kenal awak. Hari ini saya jumpa awak, awak bawa saya jumpa orang tua awak dan hujung bulan ni awak jadi suami saya. Macam mana saya nak hadam satu persatu perkara ni? Terus terang saya cakap, sama macam saya cakap siang tadi. Kalau pun saya ini memang jodoh awak, tunggulah masa yang mana waktu itu saya sendiri yang minta awak menjadi suami saya.” Nur Dhia masih menolak. Bagaimana dia mahu menerima lelaki dihadapannya ini. Dua watak berbeza dapat dilihat dalam waktu yang singkat. Kalau masa yang panjang? Perkara luar biasa apa yang akan dihadapnya?

            “Jadi, awak lebih suka dipaksa dari rela dalam paksa?” Nour Zaed versi siang dah keluar. Bulan terlebih bagi cahaya? Nur Dhia mengeluh.

            “Tengok. Kata tak kejam, saya ni tak ada pilihan lain dari menerima awak kan?” Nur Dhia mengetap bibir menahan geram.

            “Tak. Ada dua pilihan.”

            “Apa pilihan tu?”

            “Terima saya secara paksa tapi rela atau terima saya dalam paksaan.” Nour Zaed ketawa mengekek. Sengaja dia mempermainkan gadis di hadapannya. Mahu sahaja Nur Dhia menghadiahkan penumbuk kecil tapi berbisa ke muka lelaki itu. Namun disabarkan sahaja dirinya.

            “Bukan sama aje ke?”

            “Tak sama. Terima dengan rela setelah dipaksa, adalah pilihan yang baik. Baik awak pilih yang itu. At least, awak tak benci sangat bakal suami awak ni.” Nour Zaed masih bersisa ketawa. Nur Dhia mencebik bibir. Meluat yang amat!

            “Lusa keluarga saya akan pergi meminang awak secara rasmi dan beradat. Terus bertunang.” Ujar Nour Zaed membuat Nur Dhia tersentak, nadinya bagai terhenti. Pergi ke mana? Nur Dhia menggenggam erat tangannya.

            “Awak nak jumpa keluarga saya? Meminang dan bertunang?” Nur Dhia menyoal, penuh gusar. Nour Zaed mengerut dahinya. Pelik melihat gadis itu tiba-tiba keresahan. Bagai ada yang tidak kena.

            “Kenapa? Nervous sangat eh? Nervous nak jadi tunang lelaki hensem macam saya?” Nour Zaed sengaja membuat lawak tak berapa nak lawak, sekadar ingin membuat kegusaran gadis itu yang memang jelas dipandangan.

            “Perlu ke jumpa keluarga?” Soal yang menambah kepelikan kepada Nour Zaed.

            “Kalau tak jumpa family awak, awak nak kita kahwin dengan seberang ke?” Nour Zaed hairan.


            “Bukan.. Takpelah, nanti saya call mak saya. Maklumkan hal ni.” Payah sangat untuk Nur Dhia mencari jalan supaya lelaki ini tidak berjumpa keluarga. Kalau dua keluarga ini bertemu, pasti segala rahsia dengan dirinya akan dibongkarkan. Nur Dhia tak mahu sesiapa lagi yang mencaci dia. Tak mahu lagi lari ke sana ke sini demi maruah diri yang sering dicalarkan. Tuhan, andai ini jawapan doaku, permudahkanlah.

3 comments:

nae nematoda said...

5 bintang saya kasi :D :D

akubersamaCahya said...

wahhh heheheh tq :)

Fiza said...

Nak lagi......