Friday, March 13, 2015

BLIND DATE - 1

BLIND DATE 1 (BUKAN SAYA!)

Panas. Cuaca sekarang amat panas. Tapi panas lagi hati Dhia. Panas hati dengan kawan serumahnya yang sudah buatkan diri Dhia terperangkap dalam satu ‘Blind Date’! Inilah yang orang kata, harapkan pagar, pagar makan padi. Nak aje disumpah seranah tapi difikir-fikir diri yang sedang mengganti puasa yang masih tertunggak, di sabarkan sajalah.

Telefon ditangan dipegang erat. Sekali sekala dipandangnya. Entah siapa yang bakal ditemuinya. Tak kenal, tak tahu apa-apa. Dhia ke sini kerana kawan serumahnya kata ada masalah besar. Bila sampai, barulah hal sebenar diberitahu. Benci!

Lamunannya tersentak apabila kerusi di hadapannya ditarik dan terus di duduki oleh seorang lelaki. Tidak ada salam, tidak ada sapaan, kesimpulan tiada adab!

“Haaa. Awak ni salah tempat ke apa?” Soal Dhia tanpa lapik-lapik. Sudahlah panas hati, lelaki di depannya ini memang cari nahas.

“Bukan. Nur Dhia Adzara Binti Ahmad?” Soal lelaki itu, merenung terus ke arah Nur Dhia dengan kaca mata hitamnya. Poyo amat!

“Ye saya. Awak siapa?” Dhia cuak. Tahu nama siap nama abah sekali.

“Nour. Nour Zaed”

“Haa. Noh? Zaed? Siapa? Tak kisahlah. Macam mana tahu nama saya? Lagi satu, siapa suruh duduk sini. Saya tengah tunggu orang ni.” Dhia mengerut dahinya, muka cuak ditutup baik. Mana tahu orang ni berniat jahat ke. Muka kena berani, walaupun hati sudah lari 1000 km/jam!

“Saya orang yang awak tunggu. Tak baca mesej ke? Tak tengok gambar ke? Apa ke pelik awak ni?” Lelaki yang bernama Nour Zaed itu berdecit, kaca mata hitam ditanggalkan. Wajah gadis di hadapannya ditelek. Ditelek dan ditelek. Dhia sudah mencerut wajah.

“Maaflah ye encik. Saya bukan orang yang terima mesej, terima gambar. Saya ni mangsa. Bidan terjun. Kawan saya tu tiba-tiba sakit perutlah apalah. Pergi mana pun saya tak tahu, yang saya tahu dia suruh saya tunggu sini sampai orang yang dia nak jumpa datang.” Panjang dan lebar. Dhia puas hati. Lunas rasa marahnya.

“Maaflah cik Nur Dhia Adzara Binti Ahmad. Tapi saya terima mesej dan gambar, dan memang awak orangnya.” Ujar Nour Zaed, telefon bimbitnya ditunjukkan kepada Dhia. Terpampang wajah Dhia di skrin telefon Nour Zaed. Dhia terlopong.

“Eh.. ni gambar saya. Macam mana boleh ada dekat awak? Siapa bagi? Eh… salah orang ni.” Dhia cuak dan kali ni tak sempat nak cover. Nour Zaed tersenyum sinis. Jelas di mata Dhia. Dhia menghela nafas.

“Sumpah!” Dhia mengangkat tangan kanannya seperti orang berikrar.

“That’s cute. Tapi jangan berdolak dalih. This will be my last blind date. So, awak nak atau awak tak nak. Awak kena terima saya.” Nour Zaed memakai kembali kaca matanya. Kerusi disorong ke belakang dan terus bangun berdiri.

“Jom.” Nour Zaed menghulur tangan.

“Eh… ke mana. Saya dah kata bukan saya. Jadi saya tak nak terima. Encik paksa ke saya rela ke saya tak nak!” Laju Dhia bangkit dan terus melangkah keluar dari perkarangan kafe itu. Nour Zaed merengus kasar. Jam di tangan dibelek. 30 minit sebelum waktu yang dijanjikan dengan Mummy dan Tok Mak.

            Langkah Nur Dhia di kejarnya dengan hanya beberapa langkah. Nur Dhia bukannya tinggi mana, rendah. Mungkin separas dada Zaed sahaja, jadi mudah amat nak kejar. Lengan Nur Dhia direntap. Mujur sahaja tidak tersungkur.

            “Eh….!” Nur Dhia merentap. Wajahnya mencemberut.

            “Eh, Oh, Ah…. Saya dah lambat. Awak suka atau tidak, saya tak nak tahu, yang saya tahu saya nak awak ikut saya. Jadi, adalah lebih baik awak diam dan ikut saya. Faham.” Lengan Nur Dhia dicengkam kuat dan terus sahaja ditarik. Memaksa Nur Dhia untuk berjalan bersamanya.

            “Encik ni tak faham bahasa ke apa, kan saya kata salah orang!” Nur Dhia cuba melawan, tangannya cuba ditarik dari cengkaman Nour Zaed. Tetapi lelaki itu masih kuat mencengkam dan menarik Nur Dhia sehinggalah ke keretanya.

            “Awak lebih baik diam.” Nour Zaed memberi amaran. Wajahnya bengis. Nur Dhia terdiam, lengan yang telah dilepaskan digosok perlahan-lahan. Nur Dhia hanya menurut, hatinya resah tetapi kakinya tetap melangkah masuk ke dalam kereta lelaki itu. Kerja gila! Balik nanti tahulah dia nak mengajar si Sarah tu!

            “Be nice, be a good girl. Mummy dan Tok Mak tak makan orang.” Tutur Nour Zaed sebaik sahaja Nur Dhia melangkah keluar dari kereta. Tersergam indah sebuah rumah di penghujung sebuah kampung. Kampung di Bandar Ipoh, taklah kampung sangat.

            “Mummy? Tok Mak? Saya kena jumpa orang tua awak ke?” Nur Dhia sudah gelabah.

            “As you promised yesterday. Saya ada mesej-mesej awak. Jadi kalau nak lawan dekat mahkamah pun saya boleh menang. Siap boleh saman sejuta lagi tau!”Nour Zaed seakan mengugut. Tapi Nur Dhia Adzara bukan perempuan lemah gemalai sopan santun ayuss gebuss tu.

            “Silap orang. Saya tak takut sikit pun ye. Dah la, baik selesaikan semua apa yang ‘saya’ janji tu. Lepas habis hantar saya balik.” Ujar Nur Dhia, malas hendak melawan kata.

            “Bagus. Jom.” Nour Zaed menghulur tangannya. Lagi sekali Nur Dhia menghela nafasnya kasar.

            “Tolonglah encik. Tangan encik ni HARAM nak saya pegang. So please eh, jauh-jauh sikit” Nur Dhia bengang. Hatinya berdetik “Tak reti halal haram ke?”

            “Tak romantiklah. Nanti Mummy dan Tok Mak tak percaya.” Nour Zaed membangkang. Tangan sudah menyeluk saku seluarnya.

            “Apa ke hal pulak kena romantik-romantik ni? Lagipun romantik bukan dari segi perlakuan aje tau.” Terus sahaja Nur Dhia menapak pergi. Malas nak layan Mr. Poyo berkaca mata tu. Silau ke apa entah!

            Nour Zaed kemudiannya menuntun langkah. Tidak terus ke dalam rumah tetapi ke bahagian sisi rumah. Tersergam sebuah taman mini yang dihiasi dengan pelbagai jenis pokok-pokok bunga dan herba. Bau yang amat menyenangkan, tambahan pula dengan bunyian air dari air terjun mini yang berada betul-betul di belakang meja putih yang menempatkan dua orang wanita. Seorang masih tampak muda dan seorang lagi sudah jelas usianya dari kedut-kedut wajahnya.

            “Assalamualaikum. Mummy, Tok Mak.” Nour Zaed terus sahaja menyalami kedua-dua wanita itu. Mereka tersenyum, mata tak lepas memandang Nur Dhia yang berdiri betul-betul di belakang Nour Zaed. Nur Dhia gelabah. Tidak biasa dipandang sebegitu. Namun, pantas dia menyalami kedua-dua mereka selepas Nour Zaed berbuat demikian.

            “Ini orangnya Zaed?” Ujar wanita yang lebih berusia, mungkin Tok Mak.

            “Ye Tok Mak, inilah. Nur Dhia Adzara.” Nour Zaed memperkenalkan. Nur Dhia diam seribu batu. Hanya senyuman yang kurang menjadi diberikan. Hatinya berdegup laju. Debar!

            “Duduk Dhia, kita minum dulu.” Mummy Nour Zaed menjemput. Nour Zaed menarik kerusi untuk Nur Dhia dan kemudian terus duduk dikerusi bersebelahan.

            “Dah lama kenal?” Soal Mummy sambil menuang air ke dalam gelas di hadapan Nur Dhia dan Nour Zaed. Nur Dhia memandang tepat ke arah Nour Zaed namun lelaki itu boleh khusyuk menikmati kuih muih yang ada.

            “Baru tadi.” Jawab Nur Dhia jujur yang membuatkan Nour Zaed tersedak! Mummy dan Tok Mak memandang antara satu sama lain, pelik.

            “Baru tadi?” Soal Tok Mak. Nour Zaed meneguk air laju dan menggeleng.

            “Maksud Dhia, baru lagi. Just a few month. But I like her. Jadi, Mummy dan Tok Mak setuju tak?” Terus sahaja Nour Zaed ‘cover’ semua. Seram pula kalau Nur Dhia terlepas kata-kata yang membuatkan rancangannya gagal.

            “Kalau ikut Mummy, Nur Dhia Adzara memang menepati kriteria yang Mummy dan Tok Mak senaraikan. Betul tak mak?”

            “Betul sangat. Kalau macam tu, jadi ye hujung bulan ni seperti yang Mummy kamu dan Tok Mak tetapkan?” Ujar Tok Mak menambah keresahan di hati Nur Dhia. Nur Dhia langsung tidak memahami.

            “Apa yang hujung bulan?” Laju sahaja Nur Dhia menyoal apabila keresahan kian menebal. Tok Mak dan Mummy sekali lagi memandang kepelikan.

            “Hai Zaed takkan Dhia tak tahu?” Soal Mummy. Nour Zaed mengetap bibir. Nur Dhia tak boleh dibiar lama bersama-sama Mummy dan Tok Mak, boleh hancur rancangan dia nanti.

            “Dhia memang suka buat-buat tak faham. Dhia tak boleh lamakan Dhia? Tadi kata nak pergi shopping?” Nur Dhia Adzara mengerut dahi, apa pelik lelaki ni? Shopping apa pulak?

            “Alah, shopping esok lusa pun boleh. Biarlah Dhia lama sikit dekat sini boleh juga Mummy dan Tok Mak berkenalan dengan Dhia.”Ujar Mummy. Nour Zaed tersengih seperti kambing lapar rumput, serba salah!

            “Esok lusa pun boleh kenal lagi. Zaed hantar Dhia balik dulu ye Mummy, Tok Mak.” Nour Zaed segera menarik kerusi yang di duduki Nur Dhia. Isyarat memaksa gadis itu bangun dan segera meninggalkan rumahnya.

            “Okay, but make sure next weekend Nur Dhia datang rumah kita dan spend whole day dengan Mummy dan Tok Mak. Promise that.” Suara Mummy tegas. Tok Mak hanya tersenyum dan mengangguk setuju.

            Lagu yang terpasang dalam kereta dilayan begitu sahaja. Nur Dhia berfikir banyak perkara. Menerawang ke merata. Akhirnya keluhan terluah sehingga membuatkan Nour Zaed mengalih pandang.

            “Kita dah berjanji. Saya sendiri tanya awak dua hari sebelum ni. Awak kata ok, siap cakap dah solat istikharah bagai.” Nour Zaed meluah kata. Nur Dhia geram!

            “Berapa kali saya nak cakap? Bukan saya. Saya tak pernah kenal siapa encik Zaed, bila kita mesej pun saya tak tahu. Yang paling pelik gambar-gambar saya. Untuk pengetahuan encik Zaed, saya ada dekat kafe tadi tu sebab kawan rumah saya yang saya baru kenal 3 bulan suruh saya tunggu seseorang dekat situ. Dia sakit perut ke apa entah. Bila encik Zaed sampai, kawan saya masih tak sampai-sampai.” Panjang lebar Nur Dhia menerangkan. Nour Zaed hanya tersenyum sinis. Sinis amat!

            “Jadi, anggap semua ni jodoh. Boleh?” Mudah sangat Nour Zaed mahu menyelesaikan kerumitan apa yang jadi hari ini.

            “Macam tu aje? Ni soal kahwin!” Bentak Nur Dhia. Nour Zaed terlepas gelak.

            “Kenapa gelak?!” Marah Nur Dhia.

            “Comel.”

            “Tak ada comel-comel! Sekarang macam mana?” Nur Dhia terus menyoal. Mahu perkara ini selesai tanpa ada soal perkahwinan.

            “Kita kahwin hujung bulan ni.” Nour Zaed menguntum senyuman yang sangat menjengkelkan! Nur Dhia terlopong.

            “Tak nak!” Bentak Nur Dhia lagi dan lagi.

            “Tolong?” Tetap tak mahu rancangannya terbatal semudah itu. Dia perlu segera kahwin dengan gadis di sebelahnya ini. Nur Dhia merengus kasar.

            “Kahwin tu bukan semudah awak pilih baju atau seluar. Bukan semudah awak petik bunga. Bukan semudah awak pilih makanan. Kahwin itu satu sunnah. Kahwin itu perkara baik dan mulia. Kahwin itu diibaratkan seolah-olah kita membina sebuah masjid. Dari seorang imam dan seorang makmum, sehinggalah ramai makmun dibelakang imam itu kelak. Kahwin bukan perkara yang boleh dimain-mainkan semudah ini Encik Nour Zaed.” Sudah habis kata untuk menidakkan dan menyelesaikan. Nur Dhia tidak mahu menerima semudah ini, biarkan sepuluh pusingan masa kelak lelaki ini jodoh dia. Mungkin masa akan menyesuaikan sebaiknya. Bukan hari ini dia perlu mengatakan ya saya terima. Bukan!

            “Kalau awak terima saya, saya akan jadi imam awak dan anak-anak kelak. Saya amat amat berharap awak terima saya hari ini seadanya saya. Saya akan cuba jadi apa yang awaknya kelak.” Nour Zaed tetap dengan keputusannya. Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan kafe dia bertemu dengan Nur Dhia.

            “Saya tak boleh terima awak hari ini.” Jawab Nur Dhia, jujur seperti mana selalunya.

            “Okay.” Nour Zaed membalas, membuatkan Nur Dhia tersenyum lega.

            “Terima kasih untuk hari ini.” Nur Dhia bersedia untuk keluar dari kereta lelaki itu.

            “Esok awak sila terima saya. Terima kasih.” Laju sahaja Nour Zaed menutur kata. Nur Dhia tergamam. Tak sempat menyoal dan membalas, Nour Zaed telah laju menyusur jalan. Nur Dhia mengeluh berat seberat-beratnya. Ish!




6 comments:

amra nusroh said...

kakabc!!!lamanya tak buat cerpen...huhuuuu...kali ni tolong habiskan semua cerpen yer..;)
Rindu cerpen2 akak!!

akubersamaCahya said...

hahahaha saya akan cuba menolong menghabiskan semua cerpen hehehehe inshaAllah :) tq amra nusroh

nae nematoda said...

salam akak, selalu bukak blog ni nak baca cerpen yang latest... :)

Anonymous said...

Salam akak.
Bila nk update mini novel pengganti ?

akubersamaCahya said...

Nae nematoda. Tqqqqq hehehe lama kan tunggu hehehe

akubersamaCahya said...

Anon... pengganti? Aah. Tunggu hehehe suha dh lama xkluarkan.