Sunday, October 7, 2012

Saya respect Suri Rumah!

Assalamualaikum.
Selamat hari Ahad.
Apa cerita hari ini? apa kisah hari semalam?
semoga apa yang berlaku semalam, jadi pengajaran buat harini.
selalu doa, moga harini lebih baik daripada semalam, dan esok lebih baek daripada harini.
 
apa isu hari ini?
lama tak menulis sebagai 'blogger'. asyik pasal entri cerpen dan novel aje kan :)

Misae Nohara suri rumah :)

hampir 3 bulan abc duduk rumah. tak bekerja. hanya jaga anak sedara, dan buat kerja2 rumah.
penat. sangat penat. bangun pagi, hantar mak dan adik2 ke sekolah (sekadar pandai dan lambai, mak drive sendiri ^^)

bila dah bangun pagi, kadang2 lepas subuh mengantuk, kadang2 tak. kalau mengantuk, abc tidur kemudian bangun pula jam 9 atau 10 hehehe. kalau tak mengantuk, memang berjaga. kadang basuh baju dan kemas rumah kadang layan FB dan TV :)

tapi bila jam 10.30 pagi, abc dah mula kerja2 rumah. masak dan kemas rumah. abc ni suka jemur baju lambat2 (terbiasa jemur baju malam2 kat UTM) so kadang mak dah balik baru jemur.
masak tu yang lama. sebab fikir nak masak apa. ingat senang ke? jenuh tau nak lain2kan menu setiap hari... sangat payah! =="

bila penat. duduk dekat sofa, abc akan terfikir. KENAPA SESETENGAH ORANG PERLEKEH KERJA SURI RUMAH? kononnya tak standard dan pandang sebelah mata why????


menjadi suri rumah tu mulia sangat kerjanya.segala yang dilakukannya adalah untuk keluarga dia. masak, kemas rumah, jaga anak dan suami. sangat banyak kebaikan menjadi suri rumah ni. antaranya:

  • anak2 kita jaga sendiri
  • makan minum keluarga terjaga
  • rumah sentiasa terjaga
  • masa untuk keluarga lebih banyak
ini pendapat abc. seorang gadis 23 tahun yang belum berkahwin dan memilik ibu bapa yang berkerjaya :) abc memberikan pendapat dengan melihat orang lain dan berfikir daripada kekurangan2 yang abc rasa daripa keluarga abc.

yang baik mesti ada yang buruk. tapi taklah banyak, mungkin dari segi kewangan. kalau suami bekerja dan ada pendapatan tetap dan mencukupi untuk keluarga, tiada masalah. :)

kebanyakan wanita/ibu yang bekerja adalah untuk membantu suaminya menanggung keluarga. sekarang taraf hidup semakin tinggi, harga barang pun dah tinggi. jadi faham2lah.

semua ni pendapat abc yang masih tiada pengalaman sendiri. sekarang ramai aje siswazah yang menjadi suri rumah. ^^v ibu, suri rumah yang berijazah! wow!

siapa suri rumah di sini? angkat jari dan komen. hehehehe

p/s: kalau suami abc nanti seseorang yang abc betul2 percaya masa depannya, insyaAllah mahu jugak jadi suri rumah :)

2 comments:

ananaifa enterprise said...

-salam perkenalan.. sy pun penah benti keje 2 kali.. sbbnye, nak jage anak sendri.. skali pas anak 1st lahir, benti 2 bulan, pastu keje balik alhamdulillah murah rezeki dpt keje baru.. then 2nd time pas anak 2nd lahir, benti 3 bulan, then again syukur dpt keje baru... sbb keje smula was, ase mcm stress duk umah even mase keje ase nk sgt2 balik umah.. n also x dpt survive huhuhu... now berjinak2 ngn biz sikit.. kalo sume berjln lancar, again decided nak benti koje.. hihi. neway, ni saya ade nak tumpang iklan sikit ye TT-

Salam to blogger sume ^___^

mencari cari doorgift utk majlis kenduri kahwin mahupun jamuan keraian anda? cuba lawati blogspot Ananaifa di waffle-comel-ananaifa.blogspot.com dan sekiranya berminat dengan tawaran kami, bolehlah proceed for next action ya!

//Jazakallah & Jazakallah again ye TT//

akubersamaCahya said...

:) salam perkenalan. inshaAllah rezki itu dr Allah jua, selagi ikhlas dlm sesuatu hal Allah akan bg yang terbaik buat kita ^^

orait! no big deal!