Monday, August 24, 2009
Wanita..... Insan Istimewa
Aku hamba yang Esa
Sahaya Nya yang hina
Inginku titipkan
Coretan hatiku
Fitrah seorang wanita
Hati kami kecil
Tapi besar dengan kasih sayang
Hati kami halus
Namun penuh kesetiaan
Ketaatan
Dikurniakan Ilahi
Kelembutan azali
Bukan lemah
Tak bermaksud
fitrah kelembutan kami satu kelemahan
Dianugerahkan kami keayuan
Bukan sekadar hiasan duniawi
Bukan pameran untuk lelaki
Lembut kami
Ayu kami
Memacak pada kami
Supaya bersembunyi
Bukan takut
Bukan tidak berani
Tapi malu
Malu pada ilahi
Malu itu adalah perhiasan hidup kami
Benteng keimanan kami
Tembok ketaqwaan pada Ilahi
Dikurniakan juga air mata
Air yang mudah mengalir
Bukan kami sengaja
Bukan kerna simpati
Hanya itu senjata kami
Meluahkan gelodak perasaan
ia bahasa hati kami
Tak mungkin
Tak mungkin semua dapat kami suarakan
Tak mungkin kami mampu khabarkan pada dunia
Segala keinginan kami
Dikurniakan suara yang hebat
Ada merdu
Ada nyaring
Ada pula yang manja
Indah…
Bisa Goyah iman si lelaki
Wanita di beri 1001 perhiasan
Biar zahir mahupun batin
Kami Sembunyikan
Simpan ia
Binakan pagar-pagar duri
Biar tiada siapa yang mampu merentanginya
Pingin sekali
Kami hadiah segala perhiasan ini
Pada lelaki
Lelaki yang akan menjadi pemimpin hidup kami
Imam dihati kami
Ku titip doa pada yang Esa
Agar mudah hidupku didunia
Menjadi wanita yang bertaqwa
Menjadi wanita syurga
Pimpin lah aku ke jalan yang Kau redhai
berikan aku cahya cintaMU Ya Rabbi
Kau berikan aku Rahmat Mu
Jangan lalaikan aku dengan keindahan duniawi
Jangan ditimpakan aku ujian yang tak mampu untuk ku harungi
Jika Kau berikan aku cinta seorang insan
Ku pohon agar dia yang terbaik untukku
Moga dia dapat memimpinku ke jalan Mu Ya Rabbi
Moga dia penuhkan hatiku dengan cinta untuk Mu
Moga impian ku
Untuk menjadi wanita solehah
Isteri solehah
Dan ibu yang solehah
Kau kabulkan…
Kabulkan lah Ya Rabbi
Permintaan hati ini……….. amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA
FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way. jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders
-
Sekuat mana hati wanita, tatkala sang lelaki menidakkan haknya sebagai isteri? Inilah kisah Shadha Shadiqah, yang berusaha menamba...
-
Alhamdulillah. dah tengah hari. 16hb Februari 2012 abc dah janji nak post cerpen kedua untuk Februari kan? baca dan komen yek! ...
-
maaf kerana mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan cerpen ini ^^v enjoy and comment! +++ Panggilan telefon dari mama petang t...
No comments:
Post a Comment