Monday, August 24, 2009

``remajaDanCinta``



Remaja dan cinta... sudah jadi suatu kebiasaan.. erm.. kenapa ye? enta la.. just ada suatu cerita.. entah betul atau tidak.. realiti seorang remaja... jom jenguk kejap cerita nih..

***Aku Insan Biasa

Kehidupan ini suatu pinjaman.. dan ianya adalah sementara.. kehidupan memang indah dengan taburan cinta dan kasih sayang. Dunia ini jua fana, ciptaan Dia yang Esa… kita dihidupkan di atas bumi ini sebagai khalifah yang di amanahkan mentadbir bumi Nya…


Di atas nama cinta
Pada yang selayaknya….
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan
Moga disuluh cahaya redhaNya….

Aku insan biasa, aku juga hambaNya yang hina. Tiap hidupku ada suka dan duka. Aku redha, kerna ia tanda cinta Allah yang maha esa pada ku, kiranya aku masih dalam pandangan Nya. Alhamdulillah….

Sebagai hambaNya, aku diduga dengan pelbagai cara. Tak terkecuali soal cinta. Aku wanita yang pingin dicintai dan mencintai. Tanpa aku sedari aku sebenarnya diuji. Tiap yang hadir dalam hati memang mengasyikan namun melalaikan. Aku titip doa pada Dia. Moga aku mendapat yang terbaik, yang membawa aku ke jalanNya. Namun… lelaki yang baik untuk wanita yang baik… selayak mana untuk aku terus mendampingi dia ini, kurniaan Allah yang terbaik untukku… aku diduga dan terus diduga, hanya untuk dilayaknya aku mendampingi dia…..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mulanya ingin aku kisahkan kisah hatiku ini dalam sebuah coretan novel namun ku kira kisahnya akan seakan dongengan. Biarlah aku lemparkan cinta hatiku begini, moga yang baca akan memahami, aku juga gadis biasa….

Aku ketemunya dalam suatu suasana yang indah, dalam keadaan yang sarat kebahagiaan. Aku ketemunya semasa aku berhempas pulas dengan buku dan formula yang perlu aku selesaikan. Indah waktu itu, kerna aku didampingi teman yang begitu aku senangi. Namun tika itu aku juga dalam kedukaan… apa yang melukakan? Biarlah aku yang mengetahuinya dan jua Dia yang di atas sana…..

Dia bagiku bukan insan biasa, aku mengaguminya… jika di tanya adakah aku mencintainya… pasti aku menjawab TIDAK… aku mengaguminya, hati aku begitu menghormatinya… sama sekali aku tidak mencintainya… pasti akan ada yang bertanya, jika tidak mengapa aku menulis kisah cinta ini… ya aku tak mencintainya kerna aku takut cinta aku ini akan menganggu dirinya, akan merubah dirinya yang membuatkan aku mengaguminya.. aku mengaguminya,begitu mengagumi… kerna itu aku belajar.. belajar segalanya, membetulkan diriku yang masih ada songsangnya…

Ada juga yang menyuruh aku menghubunginya… namun aku pasti akan menolak sedangkan aku tahu nombor yang membolehkan aku menghubunginya. Aku takkan mengganggunya.. aku tidak mahu tahu yang dia sudah berubah. Bukan lagi seperti mana pertama kali aku melihatnya dan juga mengenalinya..

Aku sendiri tak pasti mengapa aku begitu mengaguminya.. entah.. pada mulanya aku hanya senang melihatnya… wajahnya aku lihat begitu tenang… astagfirullah… aku tahu, aku sepatutnya menundukkan pandanganku, tapi entah mata ini terus akan memandangnya.. aku makin mengaguminya setelah dia menjadi imam ku dan juga makmum lain dalam solat terawih.. subhanallah… merdu suaranya… terasa kusyuk solat aku malam itu… dari saat itu hati ini makin mencoret-coret namanya…

Namun.. sejauh mana pun rasa ku padanya, hanya semampu ini aku dapat luahkan.. dia tidak akan sama sekali mengetahuinya…. Tidak akan… sehingga kini jika aku menyebut namanya, atau mendengar namanya.. bibir ini pasti akan terus tersenyum..
Aku mahu insan seperti dia, biar pun bukan dia, biarlah aku miliki insan persis dia.. aku takkan pernah angankan dia sebagai imam hati ku.. takkan aku harapkan dia pemimpin aku dan masa depan ku.. takkan aku terus mengharap dia ayah kepada anak-anakku… kerna aku sedar sejauh mana layaknya aku ini…

Dia dalam titipan doa ku… dialah yang membawa aku untuk semakin mencintai DIA yang maha agung…

“ Ya Allah biarlah aku bisa mencintai insan yang membawa aku kepada cinta Mu…”

Siapa dia itu ya??? Biarlah hatiku tetap merahsiakannya…. Yang aku pasti, tiada cinta di hatiku selagi dia aku tak miliki…….

Cinta itu cahya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani…….


12/10/08

Esok adalah hari lahirnya… patutkah aku menghubunginya? Ya Allah jangan biar aku mengganggunya… Ya Allah… bantulah aku melupakan dirinya
Jika sebelum ini aku coretkan rasa hatiku pada… namun hari ini rasa itu mengganggu hidupku.. aku mula menyayanginya… Ya Allah jauhkanlah rasa hati ini… ada cinta lain yang cuba hadir dalam hidupku namun.. kerna dia.. ya kerna dia aku tolak cinta yang hadir.. seakan aku hanya ingin memiliki dia di hatiku.. hanya dia… sampai bila?? Aku terseksa menanggung rindu buat dia… aku perlu jauhkan diriku hatiku dan ingatanku dari dia, wajahnya dan namanya…..

Aku takut untuk terus mengharap pada dia….. cukuplah hingga sini… malam ini adalah terakhir kali aku akan mengganggu dia…

Ya Allah…. Bantu lah aku………..

13/10/2008

Aku hadiahkan padanya bulan malam ini.. khas dari ku… bulan tika ini terang menyuluh bumi.. aku terasa ini berkongsi jadi ku hadiahkan padanya.. tiada balasan, agak kecewa rasa hati ini.. namun aku redha.. siapalah aku di sisinya.. aku bukan siapa-siapa.. aku sedar selayak mana aku.. alangkah indah jika dia untuk ku… hanya angan-angan semata-mata.. angan tidur ku.. mungkin setakat ini… takkan aku terus berharap pada dia.. insan yang bukan tercipta untuk ku.. aku tamatkan episode cinta buta ku ini… tiada lagi episode selepas ini…

16/10/2008
Seperti yang dijanjikan aku pada diriku.. aku membuang sudah segala – gala berkaitan dengan dirinya.. aku terasa kekurangan… gambarnya.. gambarnya masih dalam simpanan.. biarlah itu jadi kenangan…

Pada siapa yang membaca pasti akan mengata.. aku seakan mula mencintainya… aku sudah dilamun cinta pada nya… aku mengaku kini… sebabkan itu aku harus hapuskan.. ya hapuskan dia dalam hati dan ingatan ku… aku remaja wahai yang membaca.. remaja belasan tahun.. dari pertama kali aku belajar untuk mencintai dan cuba untuk dicintai aku akan hanya merasa erti kekecewaan… tiada yang sudi untuk benar-benar menyayangi aku… aku redha… cukuplah cinta NYA… dan pada suatu yang hening dia dimunculkan pada pandanganku… ujian.. itu ujian… namun aku yang leka dalam usia remaja tidak menyedarinya… dan kini.. hanya yang terbaik buat dia… moga dia berjaya dalam hidupnya… wahai pemimpin… kau di sana… ku doa yang terbaik buatmu… ku doa kan kau berjaya menjadi apa yang kau pinginkan.... moga kau dikurnia cinta insan yang solehah… yang akan membahagiakan dirimu.. dunia juga akhirat.. jika kau masih mengenali atau mengingat insan yang sering sahaja mengganggu dalam sisipan telefon mu itu… doakan aku.. moga aku menjadi seorang pendidik yang berdedikasi… moga aku dapat mendidik anak-anak mu kelak… doa kan juga aku akan ketemu insan sebaik kamu… doakan aku bahagia… doakan moga impian ku untuk menjadi wanita solehah dikabulkan Allah… doakan aku wahai pemimpin…. Maafkan aku sering mengganggu mu… maafkan aku…..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Wahai pembaca yang mithali…. Doakan aku berjaya… juga doakan dia… inilah kisah ku… aku tidak pernah kenal erti bahagia… bahagia yang dikurniakan hanya pinjaman… aku redha… takkan aku kejar cinta lain selain DIA …. Itulah Cinta Yang Agung… Abadi selamanya…***

p/s: betul ke tidak?? {datin wanabe(^^,)}

6 comments:

The JedDy™ said...

betuk ke tidak??

anda chenta sama saya?
hihihi

akubersamaCahya said...

betul ke tidak... die nih... huhihuhi
sy sgt cinta sama anda...hee

The JedDy™ said...

ouh,, terima kasih!

akubersamaCahya said...

sama2 kasih!

Farah Hanim Mohd Alwi said...

hee,farah suke cerpen ni.. :D
*sme cm kisah farah dgn sebelas bintang la -__-"

akubersamaCahya said...

^^ tQ.. farah dan sebelas bintang??

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders