Tuesday, January 21, 2014

kisah aku bukan novel atau telenovela!

kisah aku bukan novel
kisah aku bukan jua telenovela
yang akhirnya kau boleh jangka
yang sedih tawanya buat kau bahagia

kisah aku bukan novel
kisah aku bukan jua telenovela
yang wataknya kau puja
yang lelakinya kau cinta!

kisah aku bukan novel
ulang baca berapa banyak kau suka
kisah aku bukan telenovela
ulang tayang seribu tahun tetap sama

kisah aku bukan novel
yang pengakhirannya kau boleh pinta
yang akhirnya kau tak pernah tahu kemana
kisah aku bukan telenovela
yang akhirnya 20 episod sahaja
yang penamatnya, semua bahagia kononnya.

kisah aku bukan novel
yang tebalnya tak sampai 100 muka
yang babak akhirnya kau baca sebelum mula
kisah aku bukan telenovela
yang bisa kau muat turun semua episodnya.

kisah aku kisah nyata
kisah aku kisah manusia
realitinya aku sahaja rasa
realitinya hanya aku yang melaluinya.

kisah aku bukan novel mahupun telenovela.

nurwateeqa@abc - 21/Jan/2014

1 comment:

Happy Mind said...

wah~madah seyh :))
Kisah cinta awakt ttp saya nak dengar, walau bukan telenovela. *wink*

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders