Wednesday, April 11, 2018

Mini Novel 2018 : Tuan Haji Esmael (THE) - Part 8


Part 8

Akibat lewat menerima rawatan dan tidak mengehadkan penggunaan kaki yang sakit telah menyebabkan kaki Nur Annisa di simen. Puas Nur Annisa menolak, sukar untuk dia bergerak nanti. Kedegilan yang membuatkan doktor lagi bersungguh-sungguh mahu kaki di simen. Jika tidak mungkin kaki itu akan mengalami masalah di masa hadapan. Apabila Tuan Haji Esmael masuk campur Nur Annisa hanya mampu diam membatu.

"Biaq saya jalan sendiri." Nur Annisa menolak lagi saat Tuan Haji Esmael mahu memberikan pertolongan kepadanya keluar dari kereta.

"Doktor tak bagi gerak banyak guna kaki tu Annisa. Untuk kebaikan awak jugak." Suara Tuan Haji Esmael sedikit tegas.

"Biaq. Saya boleh. Takat kaki yang sakit ni, tak setanding sakit dekat hati saya. Dah, Tuan Haji tak payah risau. Saya akan pastikan Tuan Haji tak perasan pun saya ada dalam rumah Tuan Haji. Tuan Haji tak payah pening kepala, serabut kepala nak pikir pasal saya. Saya boleh buat sendiri." Ujar Nur Annisa sedikit membidas sinis kepada Tuan Haji Esmael.

Dengan payah Nur Annisa berusaha untuk bangun berdiri di sisi kereta sebelum berusaha untuk berjalan masuk ke rumah. Payah! Kakinya terasa dua kali berat dan masih terasa sakit. Nur Annisa memaut segala apa yang ada di sisinya.

Tuan Haji Esmael tidak berkata apa, pintu rumah dibuka dan terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Nur Annisa yang masih terkial-kial berjalan.

Nur Annisa sekadar memandang langkah Tuan Haji Esmael. Sedih. Pedih. Tetapi jika ini yang membuatkan semua orang yang disayanginya bahagia, dia terima.

"Saya keluar pi reja. Nanti saya suruh mak cik Sabariah mai rumah masak. Apa-apa bagitahu saya." Ujar Tuan Haji Esmael kepada Nur Annisa yang baru sahaja melabuh duduk di sofa.

"Tak payah suruh mak cik Sabariah mai. Saya boleh urus sendiri makan minum saya." Nur Annisa menolak lagi. Tuan Haji Esmael menggeleng.

"Dari semalam tak makan, hari ni jangan tahan lapar lagi."

"Pandailah saya Tuan Haji. Saya bukan budak kecik."

"Iyalah. Makan ubat. Apa-apa bagitau ya." Malas berlawan kata. Tuan Haji Esmael masuk ke dalam kereta dan terus memandu pergi. Hatinya risau dengan keadaan Nur Annisa.

'Ah! Patutnya haritu  aku sabar, kenapalah aku bertindak bodoh?!" Hati  Tuan Haji Esmael bertekak sesama sendiri.

Di rumah, Nur Annisa cuba untuk membiasakan diri dengan kaki 'robot' nya itu. Payah. Mujur sahaja ada tongkat yang diminta dari doktor. Mujur juga duit di dalam simpanannya mencukupi untuk membayar kos rawatannya. Tuan Haji Esmael mahu membayar tetapi cepat sahaja Nur Annisa menolak dan terus membuat bayaran.

Nur Annisa mengeluh kuat. Penat! Jenuh dia berusaha untuk berjalan untuk ke tandas. Mahu solat juga terasa sukar. Perut yang berkeroncong sedari pagi membuatkan Nur Annisa semakin letih. Kini sudah hampir ke lewat petang. Lapar!

Bunyi kaca pecah membuatkan Tuan Haji Esmael yang sedang membuka kasut di depan terus berlari masuk ke dapur.

"Awat ni Annisa. Annisa okay ka?" Soal Tuan Haji Esmael sebaik melihat Nur Annisa berpaut di kabinet dapur dan gelas kaca berterabur pecah di lantai.

"Okay." Ujar Nur Annisa dengan suara serak menahan tangisan.

"Nak minum ayaq ka?" Soal Tuan Haji Esmael sambil menyapu kaca yang berteraburan.

Nur Annisa sekadar mengangguk perlahan. Masih berpaut pada kabinet dapur. Selesai mengemas kaca, Tuan Haji Esmael memeluk pinggang Nur Annisa dan memimpin ke kerusi meja makan. Kali ini Nur Annisa tidak menolak bantuan suaminya.

"Dah makan belum?" Tuan Haji Esmael menyoal lagi, sambil menghulurkan air sejuk kepada Nur Annisa. Nur Annisa mengangguk perlahan, membuatkan Tuan Haji Esmael berkerut memandang dapur yang seakan tidak digunakan.

"Makan apa?" Soal Tuan Haji Esmael lagi.

"Biskut." Nur Annisa menunjuk kepada balang biskut marie yang ada di atas meja. Tuan Haji Esmael menggeleng kepala. Baju t-shirt lengan panjang disinsing ke siku. Bersedia untuk memasak.

"Saya masak mee goreng ya. Dah Asar, solat belum?"

"Belum."

"Solat dulu, lepas solat kita makan." Nur Annisa kemudian terus berdiri dan mahu bergerak ke bilik. Laju sahaja Tuan Haji Esmael memaut pinggang Nur Annisa membantu dia bergerak ke bilik.

Sampai di bilik Tuan Haji Esmael membantu menyediakan tempat solat Nur Annisa serta membantu Nur Annisa mengambil wudhuk. Semua terasa mudah dengan bantuan Tuan Haji Esmael.

"Solat zuhur macam mana?"

"Duduk dekat katil." Nur Annisa menjawab perlahan, tangan laju menyuap mee goreng hasil air tangan Tuan Haji Esmael.

"Wuduk?"

"Jalan slow-slow."

"Lain kali tak boleh toksah kata boleh. Annisa, Annisa..." Nur Annisa mengerling sekilas. Mulut terus menyuap mee goreng.

“Sama juga macam Tuan Haji, kalau tak percaya cakap tak percaya, tak payah dok diam saja.” Nur Annisa membidas. Tuan Haji Esmael terdiam seketika.

"Saya minta maaf sebab cakap macam tu dekat Annisa. Saya tahu saya tak patut. Saya minta maaf naa."

"Tak apalah Tuan Haji, saya memang salah. Kalau tak, takkanlah ibu dengan abah mai sini tibai saya. Saya dah biasa. Dah nak lali dah rasanya."

"Awat dok panggil Tuan Haji? Saya suka Annisa panggil saya pak cik dari dok panggil Tuan Haji. Rasa jauh sangat kalau panggil Tuan Haji." Sejak di ladang tempoh hari Nur Annisa mula memanggil dirinya dengan gelaran Tuan Haji. Janggal.

"Lebih sesuai. Tak akan sakitkan hati Tuan Haji. Tanda saya hormat Tuan Haji."

"Atau Annisa terasa dengan saya? Saya minta maaf sebab merajuk tiba-tiba. Terasa sikit tapi Annisa tentu terasa lagi banyak kan?" Nur Annisa yang sudah habis makan hanya memandang kosong ke arah Tuan Haji Esmael.

"Jangan dok diam saja. Saya tak boleh kalau tak dengar suara Annisa, gurauan Annisa. Boleh sasau saya rasa." Tuan Haji Esmael menambah. Senyumannya terukir di bibir. Memancing dengan gurauan. Namun tiada balasan. Dingin sahaja Nur Annisa.

"Penatlah. Saya nak masuk bilik." Nur Annisa bingkas bangun dan cuba ke sinki dengan pinggan kotor. Tuan Haji Esmael menahan.

"Selagi kaki Annisa tak baik, selagi itulah semua saya akan uruskan." Tuan Haji Esmael mengambil pinggan kotor di tangan Nur Annisa dan terus dibawa ke sinki. Kemudian Nur Annisa dipimpin ke depan.

"Nak tengok tv dulu?"

"Tak nak. Nak masuk bilik." Terus sahaja Nur Annisa dibawa ke bilik. Nur Annisa terus menyandar ke kepala katil.

"Apa-apa panggil. Saya ada kat luaq ja." Pesan Tuan Haji Esmael, Nur Annisa sekadar mengangguk kepala.  

"Saya keluar dulu. Ingat ya, panggil saya kalau ada apa-apa." Nur Annisa sekadar memandang kosong. Hilang sahaja Tuan Haji Esmael dari bilik, Nur Annisa menghela nafas kuat. Penat. Penat untuk terus menahan ego begitu. Cuma hatinya terluka dengan hilangnya kepercayaan Tuan Haji Esmael kepada dirinya.

Malam itu sebelum ke Surau, Tuan Haji Esmael membantu Nur Annisa untuk membersihkan diri dan bersedia untuk solat. Mulanya Tuan Haji Esmael mahu solat bersama-sama Nur Annisa tetapi Nur Annisa berkeras mahu Tuan Haji Esmael ke surau. Tidak mahu orang kampung mula membuat cerita yang bukan-bukan tentang dia.

“Pi ja surau. Saya okay."

"Takkan saya nak tinggai gutu ja. Bukan wajib pun."

"Pi jalah. Esok dengaq orang kampung kata saya menghambakan Tuan Haji sampai tak pi surau. Nanti Tuan Haji serabut pula." Nur Annisa masih membidas.

"Takdaklah sampai lagutu."

"Pi ja lah. Nanti saya juga jadi mangsa. Saya tak nak taik kat badan saya tercalit dekat Tuan Haji. Cukuplah setakat apa yang orang kata."

"Annisa." Tuan Haji Esmael menggeleng. Nur Annisa terlalu berjauh hati.

Di surau, Tuan Haji Esmael bertembung dengan Sulaiman. Jika selalu, Tuan Haji Esmael akan menegur dengan penuh mesra. Kali ini, Tuan Haji Esmael sekadar memandang sahaja. Tiada reaksi. Sulaiman menjadi malu alah. Keterlanjuran perbuatannya memburukkan hubungan mereka. Sepatutnya semakin akrab tetapi kini lain pula.

Usai solat isyak, Tuan Haji Esmael bertemu imam Ahmad. Dia perlukan nasihat. Soal perkahwinan dan soal fitnah dan tohmahan ke atas Nur Annisa. Tuan Haji Esmael mahu bersihkan kembali nama dan maruah Nur Annisa di mata dan mulut orang kampung. Kebenaran perlu di ungkapkan.

“Awat muka chom saja pengantin baru ni?” Imam Ahmad bergurau. Sengaja mengusik Tuan Haji Esmael, membuatkan Tuan Haji Esmael menguntum senyuman tawar.

“Banyak sangat ujian Allah dekat saya. Saat saya mula sayangkan seseorang, hebat dugaan datang. Rasa resah tak tenang dekat sini.” Tuan Haji Esmael menunjukkan ke dadanya. Imam Ahmad mengangguk, tanda mengerti apa yang ingin disampaikan Tuan Haji Esmael.

“Inilah perkahwinan. Ada manis. Ada pahit. Apa yang penting adalah kepercayaan dan kesetiaan.” Tutur kata Imam Ahmad mengingatkan Tuan Haji Esmael kepada kata-kata Nur Annisa. Kepercayaan.

“Saya percaya Nur Annisa isteri yang baik. Perempuan yang baik. inshaAllah solehah.”

“Dah tu apa yang buat Tuan Haji rasa tak tenang, rasa resah?”

“Bolehkah saya lindungi dia dari fitnah yang datang bertalu-talu. Tak tahu kenapa orang kampung ni macam tak suka Nur Annisa. Ibu dengan abah mertua saya tu pun tak suka Nur Annisa. Pelik juga saya.”

“Dah tanya Nur Annisa?” Imam menyoal.

“Sudah. Tapi dia pun tak tahu.” Imam Ahmad sekadar mengangguk perlahan. Air kopi yang disediakan isterinya disisip perlahan.

“Kisah dari dia kecik lagi Tuan Haji. Mungkin Tuan Haji pernah dengaq kisah ni. Kisah lama. Ada yang masih ingat, ada yang dah lupa dan ada yang tak nak ambil tau. Yang kecohnya, yang masih dok ingat nilah. Depa ni lah yang bawa mulut. Allahuakbar.” Imam Ahmad berjeda.

“Kisah apa? Pasai Nur Annisa?” Tuan Haji Esmael menyoal. Imam Ahmad terus sahaja mengangguk.

“Kisah pasal budak sial.” Imam Ahmad membuka cerita. Tuan Haji Esmael mengerut kening. Budak sial?

“Ingat tak lama dulu, rasanya masa Tuan Haji belasan tahun kampung kita kecoh ada bayi dilahirkan pada malam 10 orang nelayan kampung sebelah mati pasai ribut dekat laut?” Tuan Haji Esmael mengangguk laju.

“Bayi tu Nur Annisa?” Tebak Tuan Haji Esmael, Imam Ahmad mengangguk.

“Orang mula kata, siallah siapa yang lahir malam tu. Apa lagi kena tempiaslah Sulaiman dengan Hanem sebab Nur Annisa lahir malam tu. Tak ada kaitan pun sebenaqnya tapi biasalah manusia suka percaya karut semua ni. Orang kampung makin percaya, bila Sulaiman mula jatuh susah, mak ayah Sulaiman dengan Hanem pun kemalangan maut. Satu kampung hampir percaya yang Nur Annisa membawa sial atau malang. Sejak tu Hanem tak berapa suka Nur Annisa.” Tuan Haji Esmael menggeleng kepala.

“Nur Annisa ni budaknya baik, bijak dan sangat hormatkan orang. Tengoklah belajaq sampai Universiti. Budak kampung kita boleh kiralah siapa saja yang keluar kampung sebab pi belajaq. Kesian kalau Tuan Haji tengok dia membesaq. Ada sahaja tak kena dekat mata Hanem pasai Nur Annisa, sampai Nur Ain pun tak suka dekat dia.” Imam Ahmad menambah.

“Sebab tu saja? Tapi memang saya pernah dengaq hal tu. Masa tu tak ambik port sangat. Muda lagikan. Yang Nur Ain macam beria-ria tak suka kenapa pulak?” Tuan Haji Esmael menyoal lagi.

“Sebab Nur Annisa ni cantik. Bijak. Hanem pula sayangkan Nur Ain lebih dari anak-anak yang lain. Itu saja.”

“Tapi takkanlah soal budak sial tu sampai la orang kampung tak suka dekat dia?” Tuan Haji Esmael menyoal lagi.

“Tuan Haji ni buat tak faham ka apa?” Imam Ahmad ketawa membuatkan Tuan Haji Esmael hairan.

“Apa dia? Memang tak faham.” Jujur sahaja Tuan Haji Esmael membalas.

“Nur Annisa ni dari dulu orang dok kata dia. Kata hat buruk tapi ada hat syok kat dia juga. Omar tulah. Tapi Nur Annisa ni tak layan. Memang dia jaga diri dia elok. Bukan Omar saja yang syok dekat dia, Hussin tu pun sama.” Tuan Haji Esmael terkejut besar. Patutlah!

“Ramai. Nur Annisa tu paling lawa dalam kampung kita. Belajaq tinggi. Lepas tu pulak, Nur Annisa ni pi reject depa pula. Mau tak marah. Sekarang ni orang kampung jadi bertambah panas hati sebab Tuan Haji Esmael pi kahwin dengan Nur Annisa pulak dah.” Imam Ahmad ketawa lagi. Membuatkan Tuan Haji Esmael hairan. Awat dok gelak?

“Apa pasai pulak? Rasanya orang tau kut sebab apa saya kahwin dengan Annisa.”

“Awat nak kata pasai fitnah Omar tu ka?”

“Iyalah. Saya cuba selamatkan Nur Annisa dari fitnah tu.”

“Saya tau, Tuan Haji memang suka Nur Annisa. Dah lama saya tau.” Imam Ahmad mengangkat keningnya. Mengusik Tuan Haji Esmael yang sudah malu-malu.

“Pasai apa orang panas hati saya kahwin dengan Nur Annisa?” Tuan Haji Esmael cepat-cepat menyoal, menukar topik.

“Awat? Gabra ka?” Imam Ahmad ketawa lagi.

“Tuan Haji saja noh buat tak tau, satu kampung ni dok tunggu siapa Tuan Haji nak jadikan isteri, semua yang ada anak dara dok pi melayuq depan Tuan Haji takkan tak sedaq?” Tuan Haji Esmael sekadar tersengih.

“Hussin antaranya. Sebab tu dia yang paling banyak nak cari kesalahan Nur Annisa.”

“Kiranya Hussin ni syok dekat Annisa dan nak saya jadi menantu dia? Lagutu?” Imam Ahmad mengangguk.

“Patutlah, beria-ria dia burukkan Annisa. Sebab cinta tak kesampaian saja, dia sanggup burukkan isteri saya.” Tuan Haji Esmael menggeleng.

“Manusia. Biasalah. Bila hati ni dah ada satu titik hitam, syaitan yang dok sedia ada akan berusaha nak tambah titik hitam tu. Sabaq. Doa banyak-banyak. inshaAllah.” Imam Ahmad menasihat.

“Saya ni dah tua, beza banyak sangat dengan Nur Annisa. Bila orang dok mai kata macam-macam, saya kadang jadi nak percaya dengan depa. Entahlah.” Tuan Haji Esmael meluahkan rasa hati.

“Awat? Nur Annisa merajuk ka? Biasalah, isteri ni fitrah dia, manja. Depa nak manja dengan sapa lagi kalau bukan suami. Jadi, suami kena sabaq. Layan saja. inshaAllah. Nur Annisa kurang dicurahkan kasih sayang tapi hati dia penuh kasih sayang. Tuan Haji akan bahagia.” Kata-kata Imam Ahmad yang membuatkan Tuan Haji Esmael tersenyum lebar.

“InshaAllah. Terima kasih imam. Kurang sikit rasa tak senang.”

“Alhamdulillah. Sabaq saja. Beza umuq tu bukan penghalang. Nur Annisa tu dengaq kata, inshaAllah merajuk dia tak lama.”

“Imam kenai sungguh Nur Annisa. Banyak cerita pasai Annisa Imam tau.”

“Awat hang cemburu ka?” Imam Ahmad mengusik. Tuan Haji Esmael tersengih, ada terselit rasa cemburu setelah banyak cerita yang Imam Ahmad tahu tentang Nur Annisa.

“Nur Annisa masa dia sekolah rendah mengaji dengan isteri saya. Masa sekolah menengah dia dok asrama, cuti sekolah dia mesti mai. Mengadu dengan isteri saya. Kami ni tak ada anak perempuan, jadi bila dia dok mai, rasa kosong tu jadi penuh. Kesian dia, Hanem suka pukul dia. Kadang datang sini sambil dok teriak-teriak.”

“Imam tak ada bincang dengan Cik Man?”

“Puas dah. Cik Man belahkan Hanem. Katanya betui apa Hanem buat. Buang sial yang ada. Saya pun tak tau dah Tuan Haji. Bila habis sekolah, Nur Annisa ada habaq dia nak pi belajaq jauh, mungkin bila jauh ibu dengan abah dia akan rindu. Sayangnya, depa suka dia pi jauh-jauh. Tengok saja Tuan Haji menikah kalut-kalut sebab Hanem halau dia keluaq. Tak tau nak kata lah Tuan Haji.”

“Sampai macam tu sekali.”

“Kami laki bini sujud syukur bila Tuan Haji ambil Nur Annisa jadikan isteri. Hati ni rasa bahagia, Allah Maha Baik, Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Terima kasih noh Tuan Haji. Jaga Nur Annisa baik-baik. inshaAllah, saya jamin Tuan Haji takkan rasa sunyi dah lepas ni.”

“Awat kata lagu tu. Saya biasa-biasa saja. inshaAllah amin. Doa juga Annisa lembut hati. Saya tak pandai pujuk perempuan. Tambah-tambah umuq macam Annisa, rasa payahnya.”

“Betui noh, orang lama ni bagi ayat-ayat bunga dah kena gaya. Budak muda, jenuh! Apa pun good luck la noh.” Imam Ahmad ketawa lagi. Seronok mengusik Tuan Haji Esmael yang sudah tergaru-garu kepala. Haa... sudah!

to be continue!

TUAN HAJI ESMAEL BOLEH KA PUJUK ANNISA? 
CER KOMEN SIKIT.

4 comments:

Yasmin Syamimi said...

Amboii...imam, siap good luck...
THE boleh....hihi..X lama Annisa merajuk tu

nae said...

jenuh garu kepala la THE tu,dok pikiaq cmna nk pujuk bini.haha

Anonymous said...

Annisa kan dah merajuk jenuhlah abang aji nak pujuk. Tapi orang lamakan mesti ada cara...mesti boleh...chaiyok...chaiyok

Kak min

aTie said...

Boleh punya... Cayalah THE