Monday, April 2, 2012

Terjengket-jengket aku berjalan...

Dalam jengket dan perit yang terasa ditapak kaki,
abc gagahkan juga menulis. ^^

Alhamdulillah. syukur yang tidak terhingga ke Hadrat Ilahi.
abc sudah selesai menyertai Kem Bina Insan Guru.
sangat membina!

selsema agak teruk semasa pergi Jumaat lalu.
tapi dek kerana kelam kabut, banyak kerja
abc fokus hanya kepada B.I.G
so sakit pun macam tak sakit.

Alhamdulillah
semua aktiviti abc buat
termasuk Night Walk!!! night walk kat Kem Dayang ni memang lain dari lain
panjat bukit weh sorang-sorang dalam hutan tengah malam. =.=
tapi ^^v bangga! sebab selamat sampai. (waktu siang daki tempat sama, rasa tak percaya!)

banyak sangat aktiviti yang best dan mencabar.
insyaAllah next entry abc masukkan gambar ^^

abc nak merawat kaki yang terluka
tak teruk tapi berair, mungkin sebab kaki berendam dalam kasut basah hehehe

doakan abc sehat ye
much love readers!

No comments: