seusai setiap solat aku selalu berdoa...
" Ya Allah.. jauhkanlah aku dan keluargaku daripada dengki khianat manusia jin iblis dan syaitan"
entri kali ni.. aku just nak cite pasal santau... 2 hari lepas kalau tak silap.. WHI de cite gak pasal santau.... and malam semalam adik aku pun de cite pasal santau.. and ade salah seorg famili aku yang terkena... Ya Allah.. terkejut aku... mohon pada Allah.. kembalikan segala kekuatan dan kesihatan..amin...
SANTAU
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Santau merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman . Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca , serbuk Ipoh , bisa besi , dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah , pitam , pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.
Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.
Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.
matlamat...
Santau secara umumnya digunakan bagi meracun dan membunuh atau melumpuhkan musuh.
secara ilmiah....
* Santau secara umumnya hanyalah satu bentuk racun yang digunakan bagi membunuh musuh. Racun moden adalah lebih berkesan dan mampu membunuh dengan lebih pantas.
* Santau angin secara umumnya merupakan serbuk santau (yang mengandungi bahan tajam dan halus) yang dihembuskan kepada mangsa agar memasuki paru-paru mangsa tanpa disedari dan mengakibatkan kerosakan paru-paru. Secara saintifiknya kematian berlaku kerana mangsa menghidu dan menyedut bahan santau kedalam paru-paru dan dengan itu mengakibatkan kerosakan paru-paru disebabkan bahan tajam bercampur racun yang digunakan. Ini mengakibatkan keadaan seperti Mesothelioma atau Penyakit Asbestosis.
* Kemungkinan jampi yang digunakan merupakan satu cara menjelaskan bagaimana santau bertindak. Ini disebabkan pengamal santau silam tidak dapat menjelaskan bagaimana bahan santau mampu membunuh mangsa, dengan itu menggunakan jampi dan mentera sebagai cara penjelasan bagaimana santau mampu membunuh.
Di antara dua ikon dalam ilmu santau di Malaysia ialah, Dr Harun Din dan Dr Amran Kasimin.
:::::::::: reminder: siapa2 yang berhajat atau ada niat nk santaukan org... jauh2 kanlah... Allah tu maha adil.. silap hb..korang lak yang kena...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA
FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way. jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders
-
Sekuat mana hati wanita, tatkala sang lelaki menidakkan haknya sebagai isteri? Inilah kisah Shadha Shadiqah, yang berusaha menamba...
-
Alhamdulillah. dah tengah hari. 16hb Februari 2012 abc dah janji nak post cerpen kedua untuk Februari kan? baca dan komen yek! ...
-
maaf kerana mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan cerpen ini ^^v enjoy and comment! +++ Panggilan telefon dari mama petang t...
No comments:
Post a Comment