Wednesday, June 20, 2012

hati saya. siapa tahu?





ini karya pertama saya.
yang membuatkan saya, terjun, dan terus jatuh cinta 
cinta sangat pada dunia penulisan.

sejak mula karbon pensil mencecah kertas.
otak berserabut mencari ayat.
saya terasa nikmatnya menulis ^^

lebih kurang 8 helai A4 saya conteng kisah ini
masuk sahaja U
pakai laptop
saya mula menyalin satu persatu ayat yang pernah saya tulis.

gelak.
lawak sangat bila baca semula.
tapi dah cinta.
dah sayang :)
salah pun layan aje la.

biarpun saya hanya menulis di blog.
publish hanya di facebook dan penulisan2u.
itu sudah cukup bagi saya.

menulis hanya untuk kepuasan.
bukan nama atau gelaran

ini e-novel saya.
cerita saya.
tak suka tak apa :)

ada salah tegur.
kritik dalam bahasa yang baek.
saya terima.

tanpa komen. kritikan.
seorang penulis tidak mampu ke mana-mana.
(penting buat penulis yang baru mencuba2 macam saya)

++++

sekadar ingatan buat diri.
buat dia. dan mereka.

saya menulis bukan kerana nama.


p/s: sejak mahu memberi contoh terbaek untuk adik-adik. saya mula mencuba menulis cerita berunsur islamik, yang bila orang membaca mereka mengambilnya sebagai iktibar dan panduan. ^^

Love Is Forever ~ 28



Seperti selalu, setiap pagi aku akan menyiapkan bekal makanan Asyaaf sebaiknya. Haikal sudah awal-awal lagi keluar, mahu ke luar Bandar katanya. Marahnya masih ada, tidak banyak cakap dengan aku, tapi dengan Asyaaf dilayannya sama seperti selalu. Hatiku terasa dan terusik tapi aku sabarkan, salah aku dan misiku masih belum berjaya. Misi? Aku mahu menyiasat gerak geri Alisya dan bersemuka dengan dia. Pagi ini aku tekad untuk menghantar Asyaaf ke tadika walaupun telah ditegah keras oleh Haikal. Entah kenapa, kedegilan aku terserlah waktu ini, aku tetap dengan misiku!

“Baca doa Mama...” Amboi pandai pula budak kecik ni bagi arahan. Aku pun dengar aje, doa naik kenderaan aku baca bersama selawat. Asyaaf tersenyum mengaminkan doa.

“Check yourself, any pain? Comfortable?” Amboi-amboi, banyak pulak budak sorang nih! Aku ikutkan aje, periksalah mana tau ada tak selesa ke.

“Seatbelt.” Aku menjeling Asyaaf, dan memakai tali pinggang keledar. Asyaaf ketawa kecil.

                        “Anak Mama macam cikgu sekolah memandu.” 

“Arahan daripada cikgu memandu mama jugak” Aku kalih pandangan terus kepada Asyaaf. Aku pandang Asyaaf, dan Asyaaf cuma tersengih dan mengangguk. Kerja Haikal rupanya, cikgu memandu basikal aku! Peristiwa manis semasa di London, waktu itu musim luruh, Haikal dan Asyaaf nak berbasikal, aku pun tergedik nak ikut, tapi basikal pun tak reti nak kayuh. Jenuh sehari Haikal ajar, sampai diorang tak jadi berbasikal hari itu. Tapi hujung minggu tersebut kami habiskan masa bertiga, aku sudah pandai berbasikal dengan tunjuk ajar cikgu memandu yang garang!

“Study rajin-rajin tau sayang.” Pesanku kepada Asyaaf dan aku kucup ubun-ubunnya. Asyaaf menyalami tanganku dan terus berlari masuk ke tadikanya. Kelihatan Sofia melangkah masuk ke perkarangan tadika. Aku menghampirinya.

                        “Assalamualaikum, Sofia.” aku menyapa dia.

                        “Waalaikummussalam, ye Puan Zulaikha.” 

Aku mula membongkar rahsia dan persoalan yang bersarang dalam fikiranku. Kecuaian Sofia itu boleh membahayakan Asyaaf. Aku bukan mahu memarahi Sofia tetapi mahu dia membantu aku dalam misiku.

“Saya minta maaf sangat-sangat Puan. Saya sepatutnya perlu menghubungi Puan dulu baru benarkan Asyaaf berjumpa dengan dia. Maafkan saya Puan.” berkali-kali Sofia memohon kemaafan atas kecuaiannya. Aku tidak mahu memperbesarkan hal tersebut, ini menjadi pengajaran buat Sofia untuk kerjayanya sebagai seorang guru di Pusat Pengasuhan.

“I hope, this is the first and the last Sofia and I really hope that you can help me.” Ujarku, Sofia mengangguk kepala tanda setuju dan tersenyum. Mukanya kembali ceria, tidak seperti semasa aku menyoal dia mengenai Alisya.
Misiku akan berjaya, aku pasti!
 

Seminggu. Seminggu aku menunggu kedatangan Alisya. Seminggu juga aku dan Haikal tidak bertegur sapa. Aku cuba melayan marahnya, namun Haikal tetap dengan sikap autokratik dia. Kata Haikal kalau nak berbaik, jelaskan segala-galanya dari A hingga Z tidak tinggal walaupun titik dan koma. Aku? Aku tak mahu Haikal mengganggu perancanganku, jika hal Alisya sampai ke pengetahuan Haikal, pasti segala yang telah aku rangka punah! Marahnya takkan lama, fikirku, namun kini sudah masuk hari yang ke tujuh Haikal langsung tidak menegurku. Tambah pula dengan sikapku yang pelik beberapa hari ni. Kereta tak bagi dipandu, aku curi-curi seludup pandu. Telefon sentiasa berada dalam poket seluar atau baju. Suami mana yang tak syak bukan?

Orang selalu kata, sabar itu sebahagian daripada iman. Berkat kesabaran kita, kita akan peroleh apa yang kita mahu. Alhamdulillah, seminggu lamanya menunggu kedatangan Alisya dan hari ini adalah harinya. Sebaik menerima panggilan daripada Sofia, aku bergegas ke tadika Asyaaf. Apa-apa pun yang menghalangi, aku mahu menyelesaikan hal ini secepatnya. Aku tak mahu terus membuat suamiku berkecil hati, aku tahu erti dosa. Allah!

Gerak geri Alisya aku perhati dari jauh. Kelihatan dia sedang berbual dengan Sofia dan Sofia beberapa kali menggelengkan kepala. Mungkin Alisya sedang memujuknya untuk bertemu dengan Asyaaf. Dengan lafaz bismillah dan selawat, aku aturkan kaki melangkah ke arah mereka berdua. Aku perlu selesaikan masalah ini!

“Assalamualaikum...” aku menyapa sebaik sahaja aku menghampiri mereka berdua. Alisya kelihatan tergamam. Sofia hanya tersenyum. Aku membalas senyum Sofia dan memberi isyarat yang dia boleh pergi, meninggalkan aku berdua dengan Alisya. Alisya kelihatan tidak selesa, kaca mata hitam yang dia pegang, diambil dan pakai. Sekejap-sekejap dia betulkan selendang yang dipakainya. Aku hanya memerhati tingkahnya.

“Kenapa awak datang sini?” Aku memulakan soal jawab yang selama seminggu aku nantikan.

“Nothing... Got to go…” Alisya cuba melarikan diri, lari dari dipersoalkan kedatangannya. Pantas aku memegang lengannya.

“Saya nak selesaikan segala-galanya hari ini Alisya. Saya masih hormat awak sebagai ibu kandung Asyaaf, saya harap awak beri kerjasama.” Aku cuba berdiplomasi dengannya. Alisya melepaskan keluhan kecil. Kaca mata hitamnya dibuka, dan dia mengangguk perlahan. Aku tersenyum.

Kami mengambil tempat dibangku hujung taman permainan yang bertentangan dengan tadika Asyaaf. Beberapa saat kami bagai melayani perasaan sendiri. Aku biarkan Alisya yang memulakan segala.

“I dah 5 bulan keluar dari penjara. I’ve learn so much thing there. I bersyukur yang I dipenjarakan. Kalau tidak I takkan pernah sedar yang selama ini terlalu banyak dosa I dah buat.” Alisya mulakan bicaranya. Sekejap-sekejap dia berhenti dan kemudian menyambung kisahnya. Aku setia mendengar ceritanya tanpa mencelah.

“I datang jumpa Asyaaf bukan untuk mengambil dia dari you dan Haikal. I tak mampu jadi ibu yang baik untuk Asyaaf seperti you Zulaikha dan tak mungkin I akan dapat carikan ayah terbaik untuk Asyaaf seperti Haikal. Korang berdua terlalu baik untuk dibanding dengan I atau siapa sahaja. I bersyukur sangat-sangat pada Allah, sebab Dia berikan Asyaaf ibu bapa yang terbaik.” Alisya mengesat hujung matanya. Aku mencapai tangannya, aku genggam erat, aku cuba memberikannya kekuatan. Mungkin benar dia sudah berubah. Tak lama, Alisya menolak tanganku.

“Jangan sentuh I!” Aku tergamam. Benarkah dia berubah atau dia hanya berpura-pura?

“I ada HIV Zulaikha, I kotor...” ujarnya lagi. Aku terkejut. SubhanaAllah, besarnya balasanMu kepada dia.

“I tak tahu bila I akan pergi. Sebab tu I datang sini, sebelum I pejam mata untuk selama-lamanya, I nak tengok anak I yang I buang dulu. I nak dia kenal I biarpun bukan sebagai ibu dia. I nak ada orang yang doakan I bila I dah tiada nanti.” Telingaku menangkap esakan kecil Alisya. Mungkin dia sudah belajar daripada apa yang telah dia lakukan. Allah, sungguh kataMu.Yang baik Kau berikan terbaik yang buruk balasnya buruk.

“I mintak maaf Zulaikha. I pisahkan you dari Haikal dulu. I mintak maaf. I’m really sorry.” Esakannya kian deras. Aku capai tangannya dan genggam erat. Aku siapa untuk tidak memaafkan dia?

“Saya manusia biasa Alisya. Tiada dendam untuk awak. Lagipun saya dah lupa segala perkara lama. Yang ada sekarang, saya teruskan kehidupan saya dan keluarga dengan sebaiknya.” Alisya masih dengan tangisnya.
“I janji Zulaikha, lepas hari ini I takkan ganggu you dan keluarga you lagi. I janji, I akan pergi jauh.” Alisya menggenggam erat tanganku seolah memberi erti yang dia memang maksudkannya. Aku hanya mengangguk perlahan.

“Tapi saya tak kejam untuk memisahkan hubungan awak dengan Asyaaf. Saya tahu, mungkin secara undang-undang awak tiada hak, tapi awak tetap ibu Asyaaf. Sampai bila-bila tiada siapa yang boleh menafikannya.” Alisya mengangguk, air mata dikesatnya.

“I tahu. Tapi I nak Asyaaf tahu, yang ibunya adalah Zulaikha Azra dan ayahnya adalah Haikal Hazimi. Bukan I. I tak nak Asyaaf malu dan terseksa nanti. Bolehkan Zulaikha?” Aku memandang wajah penuh mengharap Alisya. Apa lagi yang dapat aku katakan? Aku mengangguk perlahan.

“Lusa I akan berangkat ke Tanah Suci Mekah. I nak habiskan sisa hayat I di sana. Mungkin di tempat suci dosa-dosa I selama ini akan diampunkan…” Sayu sahaja kata-kata Alisya.

“Allah itu Maha Pengampun. Maha Pengasih. Keampunan Allah itu luas. Seberat mana dosa kita, pasti Allah akan ampunkan, andai kita bertaubat dan mohon kepadaNya. Teruskan berdoa dan dekatkan diri pada Dia. InsyaAllah…” Aku sekadar memberi sedikit kelegaan pada hatinya yang walang.

“InsyaAllah. Moga I pergi dalam keadaan bersih. I harap sangat… tapi...”Aku memandangnya, tapi? Apa lagi yang digusarkannya?

                        “Tapi apa Alisya? Apa yang awak takutkan?”

                        “Boleh you tolong I?”

                        “Andai saya mampu, saya akan tolong. InsyaAllah.”

“Sampaikan salam I pada Haikal, dan sampaikan pada dia yang I mohon kemaafan daripada dia. Sampaikan surat ini kepada dia bila tiba masa yang sesuai…” Alisya keluarkan satu sampul kecil dari begnya.Aku ambil dan memandangnya.

                        “Apa ni?”

“I nak mintak maaf dari dia, dan dalam surat tu I nyatakan segala dosa dan silap I pada Haikal. I nak pergi dalam keadaan bersih dari dosa Zulaikha, hanya itu impian I.” Aku mengangguk tanda mengerti. Beratnya beban yang ditanggungnya, inilah balasan dunia dia, mungkin. Aku bukan siapa untuk mengatakannya. Aku hanya mengambil iktibar daripadanya.

“Dan satu lagi… boleh you sampaikan salam kemaafan I kepada Asyaaf. Bila Asyaaf sudah cukup matang dan dewasa, katakan pada dia, I minta maaf kerana tidak pernah menyusukan dia.” Alisya mengesatkan lagi air matanya, dibetulkan selendang di kepala dan kembali memakai kaca mata hitam, lalu dia bangkit dari duduk.

“I dah lakukan segala yang I inginkan sebelum I berangkat ke Mekah. Terima kasih Zulaikha kerana memaafkan I. You terlalu baik, dan Haikal memang bertuah memiliki you. Asyaaf… Asyaaf sangat bertuah ada you dan Haikal. I boleh pergi dengan tenang selepas ni…” Aku turut berdiri dan bertentangan dengannya. Aku hanya tersenyum dan mengangguk.

“Saya yang bertuah kerana bersuamikan Haikal dan ada anak seperti Asyaaf. Mereka berdua permata hati saya. Alisya…” Aku capai tangannya.

“Ajal maut, jodoh pertemuan, semua ditangan Allah… mungkin awak boleh sembuh, siapa tahu. Teruskan berdoa, pasti ada jalannya.” Alisya tersenyum dan mengangguk.

“I redha Zulaikha. Inilah balasan Allah pada I. Biarpun tak sembuh. I tetap bersyukur. Kalau tidak kerana sakit ini, I mungkin masih hanyut entah ke mana-mana. I bersyukur.” Manisnya hidayah Allah. Jika dulu dia manusia paling kejam dan penuh dosa. Kini dia manusia di bawah lembayung cinta Allah. Itulah aturan Allah. Allah berikan dia masa dan kesedaran untuk berubah dan kembali ke jalan yang benar. Kita? Kita belum tahu pengakhiran kehidupan kita.

Sepuluh minit sebelum Asyaaf habis kelas, Alisya sudah pulang. Alisya kelihatan lebih tenang, mungkin kerana niatnya untuk bertemu Asyaaf sudah tercapai dan untuk memohon maaf daripadaku sudah lunas. Hati mana lagi tidak tenang? Haikal… Bagaimana caranya untuk aku menyampaikan hal ini? Mungkin Allah ada caranya… Allahuakbar.

Malam itu, aku sediakan makanan yang istimewa buat Haikal dan Asyaaf. Semua makanan kegemaran mereka berdua aku sediakan. Orang akan kata macam ada udang yang sembunyi di balik batu, ya! Memang pun. Semua ini untuk memujuk kembali hati suami tersayangku, Haikal. Pujuk suami dengan merasuah perutnya, berjaya ke tidak? Nak mengurat suami kena mengurat anak dia dulu, boleh macam tu? Entahlah, aku hanya mencuba!


Jam sudah menghala ke angka 10. Ke mana Haikal, selewat ini belum lagi pulang. Asyaaf dan aku sedari tadi menunggu dia untuk sama-sama makan malam. Aku resah, hati ini seakan berlagu rentak yang tidak biasa aku dengarkan. Asyaaf setia menunggu ayahnya sehingga terlelap. Nombor Haikal telah beberapa kali aku dail, namun gagal mendapatkannya. Ya Allah, jangan biarkan sesuatu yang buruk berlaku kepada suamiku. Asyaaf di ribaan aku tepuk perlahan. Televisyen yang menayang drama kegemaranku juga tidak aku hiraukan, sebaliknya wajah jam dinding menjadi tatapan mataku acapkali. Resah! Mataku terasa berat yang amat, entah bila saatnya, aku hanyut dalam kegelapan kantukku.

Silauan cahaya mengganggu lenaku. Terasa malas hendak membuka mata, namun tersedar akan sesuatu, terus aku bangun dari pembaringan. Seingat aku, malam tadi aku menunggu Haikal di ruang tamu, macam mana pula aku boleh ada dekat dalam bilik? Hatiku menjengah segala persoalan yang mungkin. Haikal yang angkat? Kuatnya suami aku, berat badan aku sudah meningkat dua kali ganda ni pun mampu dia dukung. Tersenyum terukir dibibir tapi tak lama. Haikal balik pukul berapa? Mana dia? Sekali lagi aku bersoal sendiri. Pandanganku toleh ke sisi katil. Keadaan katil macam aku seorang aje yang tidur kat sini, detik hatiku sendiri. Pintu bilik dikuak dari luar, Haikal dan bantal?
                        “Abang tidur mana.” pantas sahaja aku menyoal.

“Dengan Asyaaf…” ujar Haikal endah tak endah, bantal yang dikelek diletakkan di atas katil. Tuala diambil dan terus melangkah ke bilik air.

“Tiba-tiba aje tidur dengan Asyaaf?” entah kenapa aku menyoal sedemikian. Langkah Haikal terhenti, pandangan yang tajam terus sahaja menikam wajahku.

“When did that I can’t sleep with my son?” Alamak! Haikal dah meletus. Salah ke soalan aku tu?

“I’m just asking, don’t be mad. I know you are still mad at me. I’m not doing all this without a purpose. I’m doing all this because I love you, and I love Asyaaf.” Aku menjadi sedikit emosi. Benar, aku terguris dengan rajuknya. Betul, aku tahu aku salah. Tapi aku tak tahu bagaimana lagi caranya untuk memberitahu Haikal tentang Alisya.

“If you love me, then why are you lying? And why you kept Alisya as your secret? Who am I to you?” Haikal lantang memarahi aku. Aku terkedu dengan air mata yang setia mengalir, dia tahu? Aku gerak perlahan-lahan menuruni katil. Perut yang terasa sedikit tidak selesa aku pegang, kejap. Aku menghampiri Haikal yang masih tajam memandangku. Aku cuba gapai tangannya, tapi ditepis. Aku pejam mata erat.

“Bukan Zu sengaja, tapi Zu nak selesaikannya sendiri. Zu tak nak B jumpa dengan Alisya. Zu takut…” belum sempat aku menghabiskan kata alasanku, Haikal memotong dengan sinis.

“Kenapa? Takut B pukul dia sampai mati?” Ah! Haikal ini sangat menguji hatiku. Sejak aku menipu dia kebelakangan ini, suhu amarahnya bagai sudah mencapai takat didih lahar gunung berapi! Aku tarik nafas sedalam-dalamnya. Perut ini makin terasa sakit.

                        “Bukan!” bantah ku.

“Kalau bukan, habis tu kenapa sembunyikan perkara tu?” aku memandang Haikal, mencari matanya, biar aku bongkar rahsia hatiku. Sejauh mana dia cintakan aku, dia perlu tahu, aku masih punya sifat cemburu, aku masih ragu-ragu! Baru sahaja mahu membuka mulut, perutku terasa sangat perit. Aku menunduk memegang perut. Allah! Kenapa dengan bayi-bayiku? Haikal hanya mendengus.

“Hah... Ni kenapa pulak? Berlakon lagi? Berlakon senak perut sebab tak tahu nak bagi alasan apa dah?” Haikal mendengus, dan terus berlalu ke bilik air. Aku yang kesakitan hanya mampu mengalirkan air mata. Inikah balasan derhaka kepada suami? Abang, maafkan Zu.

Air paip dari bilik air menunjukkan Haikal sedang mandi. Mungkin dia benar-benar fikir aku hanya berlakon. Aku gagahkan diri untuk bangun, tapi tidak berdaya. Aku terjatuh lagi. Jatuhan itu menyebabkan kesakitan semakin terasa. Aku mengesot ke meja kecil di tepi katil, ingin mengambil ubat penahan sakit yang ada. Belum sempat terus mengesot, aku terasa ada lendir basah di kaki. Aku pandang ke bawah. Allah! Darah… Otakku belum sempat untuk mentafsir apa-apa, duniaku menjadi gelap gelita.


++++++++++++++
jeng-jeng-jeng
^^
enjoy reading
much love readers!

Tuesday, June 19, 2012

Love Is Forever ~ 27


Aku mundar-mandir di kaki lima kedai bunga itu. Semalam sudah berjanji mereka akan bertemu di situ. Tapi mana dia? Kaki sudah terasa kebas-kebas. Dalam kandungan yang sudah 6 bulan ini, kakiku sudah tidak kuat untuk menampung berat aku sekarang. 

“Zuuu...” Nyaring sekali jeritan suara itu. Tak jerit pun aku dah boleh agak dah, itu suara dia. Ayuni Nabihah, kawan atau teman sebilik selama empat tahun di UTM dulu. Kami terputus hubungan setelah aku terlalu lama di negara orang. 

“Ayuni! Geram betul aku dengan hang nih. Janji pukui berapa, sekarang dah pukui berapa?” Aku merengek manja. Sengaja!

“Alolo.. Mak Buyung merajuk.. huduh hang tau dak.” Ayuni suka sangat mengusik aku dari dulu sampai... erm.. sampai sekarang! Ingat tak Ayuni pernah berkomplot dengan Haikal, masa tu Haikal nak kidnap aku ke Kuantan. Ayuni..Ayuni..

“Huduh-huduh la, can’t you see my perot, aku penat tau berdiri lama-lama tunggu hang” Aku menunjukkan perutku yang makin membesar. Kembar, bayangkan bila dah masuk 6 bulan.

“Aku perasan perot hang la tadi, tu aku jerit nama hang, tudia.. hebat Haikal noh, siap bagi hang kembaq lagi.” Ayuni mengusik lagi, mulalah otak kuning hijau dia tu. Tangannya tidak berhenti-henti mengusap perutku.

“Dah..dah.. stop with our nonsense. Zu, its been such a long time we are not seeing each other, don’t you miss me babe?” Soal Ayuni sebak. Inilah sebenar-benar perjumpaan semula selepas beberapa tahun kami terpisah tanpa khabar. Kami boleh bertemu sekarang pun sebab syarikat tempat suami Ayuni bekerja ada buat kerjasama dengan projek syarikat Haikal, kebetulan Hisham suami Ayuni yang uruskan kerjasama tu, entah macam mana, dia terpandang gambar aku di atas meja Haikal, katanya, isteri dia selalu cerita tentang aku. Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang, Dia menemukan kami sebagaimana doa kami untuk dipertemukan. 

“I’m sorry Yuni, salah aku, aku bawa diri sampai lupa kawan baik aku ni..” kami mula berpelukan sehinggalah...

“Dah tak boleh peluk dah, perut hang besaq sangat.” terburai ketawa kami pagi itu. Pelbagai cerita kami kongsikan. Banyak rahsia yang kami bukakan. Kisah cinta Ayuni dan Hisham lebih manis dari aku yang penuh kedukaan. Siapa tahu, cinta tutor dan pelajar boleh bertahan hingga ke jinjang pelamin. Ah! Ayuni bukan dia kira pelajar ke sama-sama tutor ke, pensyarah paling garang masa kami belajar dulu pun dia boleh kenyit-kenyit mata, mau terkedu Dr.Misai tu! Ayuni tidak lokek dengan kasih, tidak jemu dengan cinta. Untung Hisham mendapat dia. Mungkin cinta aku tidak semanis Ayuni namun cinta aku tidak kurang hebatnya. Walaupun dulu Ayuni ‘hot’ dengan cintanya bersama Imran seorang Engineer muda, namun siapa tahu Allah jauh lebih menyayangi Imran. Imran pergi menghadap Ilahi setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya, selepas menghadiri konvokesyen Ayuni untuk peringkat Master. Ayuni terasa kehilangan, namun rasa itu cepat diubatkan dengan kehadiran Hisham yang sikapnya persis Imran. Clumsy and cute!

Tepat jam 12 tengahari, Ayuni menghantar aku pulang ke rumah. Tidak sempat makan tengah bersama, aku harus menyiapkan makan tengah hari untuk Asyaaf yang akan pulang dari tadika sebentar nanti. 

++++++

Bunyi deringan lagu Cinta Antara Kita dendangan Baizura Kahar dan Duta itu membuatkan aku yang sedang asyik memasak di dapur terpaksa memberhentikan kerja- kerja memasakku buat sementara. Telefon yang aku letakkan di atas meja makan, aku ambil dan aku lihat nama pemanggil. Abang?

                        “Sayang, boleh tolong B tak?” Haikal kedengaran resah.

                        “Whats the matter B, kenapa ni?” 

“Sayang boleh drive lagi tak?” Aku hairan, sebelum ini Haikal yang mentah-mentah tidak membenarkan aku untuk memandu kereta. 

                        “Boleh kut, why B?” 

“Something happen here in the office, B tak dapat nak ambil Asyaaf dekat tadika dia, please, boleh sayang tolong B kali ni?” Aku melepas nafas lega, aku fikir apa la tadi.

                        “Oh.. ingatkan apa.. okay-okay, sayang pergi ambik Asyaaf.” 

“Betul boleh ni sayang?” Haikal berat sekali untuk membiarkan aku memandu kereta.

                        “Bolehlah B, B je yang tak bagi sayang drive. Baru 6 bulan ni..”

                        “But... It’s big...” Ujar Haikal. Big? Haikal ni memang!

            “B…! dah dua orang memang la.. Ei… balik nanti sayang cubit-cubit tau la!”

                        “Heeee... Thanks honey, love you so much, but ingat!” 

                        “Ingat? Apa?”

                        “Drive slowly, 20 aje tau.” 

                        “20? Baik sayang jalan kaki lagi laju.” Haikal ketawa dihujung talian. 

                        “Dah sampai tadika, call B..” 

            “Ye, sayang tau, sampai aje sayang call, dah.. go and finish your work.” Haikal memang tersangat menjaga aku sepanjang aku hamil. Mungkin takut kejadian dulu berlaku lagi. Alhamdulillah, sehingga kini, kandunganku masih dalam keadaan sihat sejahtera. Haikal tidak membenarkan aku memandu, sebab dulu kandungan pertama aku gugur selepas aku mengalami pendarahan yang teruk akibat aku memandu jarak jauh. Masa tu aku drive dari rumah kami di Johor Bahru ke Kluang sebab kereta Haikal rosak dipertengahan jalan JB-Kluang. Selepas kejadian tu, Haikal tak habis-habis salahkan diri dia. Sebab tu sekarang aku tak boleh sentuh langsung stereng kereta. Doktor pun dah cakap, keguguran tu mungkin disebabkan aku terlalu letih dan kandunganku lemah. Haikal tetap Haikal, autokratik tapi sekarang lain sikit, Haikal seorang yang autokratik plus romantik!

++++++

Kelihatan Asyaaf sedang berpusu-pusu keluar bersama-sama rakan-rakannya yang lain. Semua mereka berebut mahu menyalami guru-guru tadika mereka. Ah! Kanak-kanak hidup mereka sentiasa ceria. Melihat Asyaaf, aku jadi sayu. Teringat sewaktu hari pertama Asyaaf ke tadika, sampai aje di rumah, Asyaaf menangis memeluk Haikal yang mendukungnya. Haikal hanya menggelengkan kepala apabila aku memandangnya meminta jawapan.

“Hey hero! Superman never cry, so why are you crying Superboy?” Soalku kepada Asyaaf yang masih dengan sisa tangisannya. Aku tunduk melutut, duduk bertentangan dengan dia yang di atas sofa. Haikal duduk disebelahnya dan memeluk bahunya erat.

“They said I’m adopted son of yours...” Aku tergamam dengan jawapan Asyaaf, Haikal juga. Haikal sudah merah wajahnya, perkara paling dibenci Haikal. Aku genggam tangan Haikal, menyabarkan dia. Hal seperti ini sudah terjangka akan berlaku apabila Asyaaf besar. Aku dan Haikal juga pernah berbincang hal ini.

“Stop crying sayang… There was nothing to be sad.” Aku memeluk Asyaaf yang masih tersedu. Asyaaf menolak pelukanku perlahan.

“So that’s true that I’m your adopted son mum?” Asyaaf memandang tepat pada mataku. Aku hanya tersenyum.

“When you are big enough, semua akan jelas sejelas-jelasnya sayang. Asyaaf rasa Asyaaf anak angkat Mama dan Ayah? Mama dan Ayah layan Asyaaf macam anak angkat ke?” Asyaaf menggeleng kepala laju. Lantas terus dia memelukku. Anak aku cepat sungguh dewasa, cepat sungguh memahami perjelasan yang mendalam jelasnya. Haikal hanya tersenyum melihat aku berjaya mengawal emosi si kecil itu. Haikal hanya mampu tersenyum, jauh dalam hatinya aku tahu dia takut, takut kehilangan Asyaaf, aku juga!

“Mama...Mama... Are you already at Pluto?” Goncangan kuat pada tanganku menyedarkan aku dari lamunan itu. Hailah si kecik ni, mulut macam Haikal! Insurans dah luput tarikh kut?

“Not yet, I’m going now...” Ujarku sambil mengunjurkan tangan seperti superman yang nak terbang. Asyaaf terkekek ketawa melihat tingkahku. Aku turut ketawa.Ibu bapa adalah teman terbaik untuk anak-anak. Kalau kita tidak di dalam dunia mereka, macam mana kita nak jadi teman baik buat mereka, betul tak?

Aku memimpin tangan Asyaaf ke kereta. Asyik sungguh Asyaaf makan lollipop. Terasa teringin pula lidah aku ni, aish! Mak Buyung ni, nampak apa pun sedap. Asyaaf berlari ke kereta. Pintu kereta dibukakan untuk aku, Haikal’s style! Alahai Asyaaf, besar nanti mesti gentlemen punya. Ini semua didikan Haikal. Haikal selalu pesan pada Asyaaf, “ Whatever you want from Mama, firstly you have to tackle her heart”. Akhirnya, lahirlah Haikal junior yang sangat romantik dan charming!

                        “Thank you.” ujarku sebaik masuki kereta.

            “You are most welcome my lady…” Aku tersenyum lebar. Persis Haikal! Cuma Asyaaf jenis yang lebih cool dari Haikal yang cepat naik suhu! 

Telefon bimbit aku capai, nombor Haikal aku dail. Terlupa pulak nak telefon dia awal tadi. Talian hanya tinggal talian, sibuk! Mesej aku hantar kepadanya dengan lafaz bismillah, aku mulakan pemanduan pulang.

“Ayah bagi Mama drive?” Aku memandang Asyaaf sekilas dengan senyuman.

“Ayah ada hal dekat office, so whether he likes or not, he has too!” Asyaaf hanya mengangguk perlahan sambil masih menikmati lollipop.

“Nak sikit…” mintaku, Asyaaf hanya memandangku berselang dengan lollipop di tangannya.
“Bagi la Mama sikit...” aku minta lagi, sengaja mahu mengusik si kecil itu.

“Erm.. It’s too sweet, adik kecik lagi, dia tak boleh makan.” Mungkin Asyaaf fikir aku mengidam. Bijak betul Haikal.Jr ni. 

“Eleh, tak nak bagi cakap aje, nanti mama boleh beli sendiri.” ujarku seakan merajuk. Sengaja aku buat muka merajuk. Asyaaf bersandar dan mengeluh kecil.Aku pandangnya sekilas.
                        “Berapa kali mama dah pesan, tak baik mengeluh.. Mengeluh...”

“Mengeluh itu macam putus asa, sedangkan kita masih belum berusaha, jangan pernah kita terlintas untuk berputus asa.” Belum sempat aku habiskan ayat, Asyaaf lebih awal lagi memotong. Nampak sangat dia dah hafal. Aku hanya tersenyum.

“Pandai pun.. Who give you that lollipop? Teacher Sofia?” hairan jugak, cikgu tadika Asyaaf jarang bagi benda-benda manis kepada pelajar mereka. 

“Tadi ada auntie datang waktu rehat, dia jumpa Asyaaf, Teacher Sofia teman...” Aku terkejut dengan penjelasan Asyaaf. Siapa? Kenapa Sofia tidak menyampaikan apa-apa kepada aku?

                        “Auntie? Siapa?”

“A’ah... Auntie... Auntie Ally…” Jawab Asyaaf sambil masih menikmati lollipopnya.Sedap sangat ke?

“Ally? Do I know her?” Hairan.Siapa yang berjumpa dengan Asyaaf?Aku kenalkah?Atau teman Asyaaf?

                        “Dia cakap dia saudara ayah.” 

                        “Saudara ayah?” hati aku rasa tidak enak. Pelik, siapa Ally?

“Did she mention her full name?” Asyaaf memandangku dengan wajah penuh persoalan.

                        “Kenapa Mama?”

                        “No...Nothing... So, did she?”

“Erm… Ally… ha… Alisya kut.”Jawapan yang membuat aku tersentak dan terus menekan brek kereta.Sejurus itu, kereta belakang terus terlanggar belakang keretaku. Aku tidak ingat apa-apa waktu itu, aku hanya memandang Asyaaf yang sangat terkejut dengan kejadian itu. Kepalanya telah terhantuk ke dashboard. Aku? Entah. Aku sedar dari kejutan itu setelah pemandu kereta yang telah melanggar keretaku mengetuk cermin kereta.

“Segala bil kereta encik saya bayar. Maafkan saya ye encik, perut saya tiba-tiba sakit tadi.”
“Lain kali hati-hati ye puan, nanti dah settle semua saya call puan ye. Terima kasih.” Alhamdulillah, masalah perlanggaran itu aku dapat selesaikan sebaiknya. Asyaaf masih duduk memeluk lutut ditepi jalan, menangis. Aku melangkah perlahan ke arahnya. Telefon bimbit aku ambil dari dalam kereta, aku perlu menghubungi Haikal, aku masih dalam keadaan terkejut. Bahu Asyaaf aku peluk dan aku tarik ke dalam pelukanku.

“I’m sorry sayang, mama tak sengaja...” Bisikku pada Asyaaf.Asyaaf mungkin terkejut dengan perlanggaran itu. Aku lagi terkejut dengan perkhabaran tadi! Nombor Haikal sepantasnya aku dail.

                        “Ya, honey, I’m on my way back. Miss me?” Aku mengeluh perlahan.

“B, datang simpang Taman Melati. I’m accident.” Ujarku perlahan, takut jika aku terlalu kalut, akan membuatkan Haikal lagi kalut!

“You what? Sayang okay tak ni? Asyaaf? Our baby?” Haikal tetap kalut!

“Kami semua sihat.Asyaaf aje macam terkejut sikit, kepala dia terhantuk dengan dashboard. B hurry up...”

“Okay-okay, B dah menghala ke sana... Sayang you are not okay, I know you.” Aku mengetap bibir. Haikal lebih kenal aku. Resah dalam hati kadang dia bisa terbaca.

            “I’ll tell you later. Cepat ye B.”

15 minit selepas panggilan itu, Haikal sampai ke tempat kejadian. Asyaaf yang masih dalam sendu terus dipeluknya, dan tidak lupa kucupan semangat di dahiku. Kami pulang dengan kereta Haikal. Kereta aku pula, Haikal telah menyuruh pekerjanya datang ambil dan membawa terus ke bengkel untuk dibaiki kerosakannya. Sejurus itu, Haikal membawa aku dan Asyaaf terus ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Dalam hati aku mohon tiada apa-apa yang serius, dan aku tidak lupa berdoa supaya Allah berikan aku jalan untuk mengkhabarkan berita tentang Alisya. Takut amuknya dulu kembali, Allah berikan hamba ini jalan. Amin.

++++++

“What actually happened sayang?” Soal Haikal sewaktu sedang mengurut kakiku yang terasa kebas-kebasnya. Sejak sampai rumah petang tadi lagi, Haikal sudah menuntut jawapan. Ada yang tidak kena katanya, aku kelihatan senyap dari biasa. Aku belum ada jalan terbaik untuk bagaimana hendak memberitahunya. Mungkin aku perlu ambil langkah “tipu sunat”. Itu yang terbaik.

“Nothing la B... Zu senak masa drive, mungkin sebab lama tak drive kut.” Ha! Tipu sunat betul. Mintak Haikal percaya, bisik hatiku riang.

“Senak nak terberak? Jangan menipu kalau tak pandai sayang.” Alamak! Kenapa tak berjaya pulak? Siap kena perli terus!

“Betul la.” Aku cuba menafikan lagi. Kaedah “tipu sunat” jalan terbaik untuk aku buat masa ini.
                        “Sayang tahu tak hukumnya menipu suami?” Haikal cuba menjeratku.

            “Tipu sunat tak apa kan?” Mulut aku lancar aje berkata-kata, takut sangat bila Haikal cerita bab hukum nih!

“So... sayang “tipu sunat” la sekarang?” Haikal berhenti dari mengurut kakiku. Botol minyak hijau itu ditutupnya. Haikal membaiki duduknya supaya lebih selesa, dan betul-betul mengadapku.Aku? Cuak sangat! Nak bersila tapi perut dah sarat sangat, hanya membetulkan lunjuran kaki. Perang akan bermula!

                        “Seriously, sayang senak perut tadi.”

“Nak sangat senak ke? Doa yang tak baik?” Haikal gunakan serangan psikologi.

“Bukan macam tu, terasa senak sikit lepas tu terus ter‘brek’ mengejut. Itu yang berlanggar macam tu.” Aku terus berdoa supaya Haikal menerima alasanku yang sememangnya “tipu sunat”.

“Abang tak percaya, 100 peratus tak percaya!” bentak Haikal, lalu terus bangun dari duduk. Aku terkejut dengan reaksinya.

“Kalau sayang betul-betul sayang dekat abang, sayang patut cerita perkara sebenar. Bila dah sedia, beritahu.” Haikal terus berlalu dari situ. Aku terkedu. Marah sungguh Haikal. Aku tidak tahu bagaimana mahu memberitahunya dan aku terasa mahu bersemuka dengan Alisya!

++++++++++

cerita ada dalam 4 bab lagi ^^
abc akan update novel ni
sambil2 siapkan cerpen yang laen-laen :)
insyaAllah

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders