Monday, May 18, 2020

Mini Novel 2020: Muzikal Cinta 6




Bab 6

Ayla merebahkan diri ke atas katilnya. Terasa empuk dan sangat selesa. Ayla merenggangkan badannya yang terasa amat keletihan kerana sepanjang hari berdiri menyiapkan tempahan. Inilah cabaran bekerja sendiri. Balik sahaja dari kedai, dia terus menyambung tempahan untuk esok pagi. Rezeki, jangan pernah sekali mengeluh.

Telefon yang berbunyi menandakan satu mesej diterima, di ambil dan terus sahaja dibuka. Nombor yang tidak dikenali. Tiada tulisan, hanya satu pesanan suara. Butang play ditekan. Petikan gitar itu membuatkan Ayla bangkit dari pembaringannya.

***Berapa kali ku harus katakan cinta
Berapa lama ku harus menunggumu
Di ujung gelisah ini aku
Tak sedetik pun tak ingat kamu
Namun dirimu masih begitu
Acuhkan ku tak mau tahu
Luka luka luka yang ku rasakan
Bertubi tubi tubi engkau berikan
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Tapi aku balas senyum keindahan
Bertahan satu c i n t a
Bertahan satu c i n t a
Bertahan satu c i n t a
Bertahan satu c i n t a
Ayla mendengar sahaja, tiada riak. Tidak faham, tidak tahu pengirimnya. Ayla membalas pesanan suara tersebut dengan satu mesej.

+ Assalamualaikum. Siapa ya? Lagu apa ni?

Ayla menanti jawapan dengan sabar setelah melihat si pemilik kelihatan sedang menulis sesuatu. Setelah mendapat balasan Ayla mengeluh. Butang play ditekan sekali lagi. Masih bunyi petikan gitar dengan susulan suara pemilik nombor tidak dikenali itu sekali lagi.

***Hatiku berkata ingin katakan cinta
Namun aku malu untuk mengawalinya
Jantungku berdebar saat kau menatapku
Jadi salah tingkah bicara sama kamu
Bibirku terbungkam melihat senyummu
Aku tak kuasa saat di depanmu
Sebenarnya aku ingin Mengungkapkan rasa
Tapi mengapa aku selalu tak bisa
Bagaimana caranya agar dirimu
Bisa tahu kalau aku suka
Suka suka suka sama kamu

Ayla mendengar. Kali ini dia mengamati suara yang seakan pernah didengarinya sebelum ini. Suara yang sangat biasa ditelinganya. Sehinggalah, Ayla terlopong sendiri. Nombor tersebut terus dihubungi tanpa ragu-ragu lagi.

“Rashid!” Tempik Ayla, sebaik sahaja panggilannya disambung. Kedengaran Rashid ketawa kuat di hujung sana.

“Saja ja kan? Tak dak kerja dah ka malam-malam buta ni dok menyanyi?” Ayla buat – buat marah. Rashid masih bersisa ketawa.

“Tak... malam ni bulan terang....” Balas Rashid dengan suara yang sangat romantis di telinga Ayla. Ayla menggeleng membuang rasa yang seakan mulai menghimpit.

“Jadi?”

“Cahaya bulan malam ni terang, menarik hati saya... sama macam Nur Ayla.” Balas Rashid, membuatkan Ayla terdiam sesaat dua.

“Mengarut ja kerja dia. Ada apa ni nyanyi lagu gatai-gatai ni.” Ayla menukar topik sebelum Rashid terus melalut mencari jalan ke hatinya. Rashid ketawa perlahan namun masih jelas di telinga Ayla.

“Menyampaikan apa yang ada dalam hati saya untuk awak.” Balasan yang membuatkan Ayla terdiam sekali lagi.

“Ayla...” Rashid bersuara setelah Ayla seakan membatukan dirinya.

“Ada... jangan mengarut sangat Rashid. Jangan mengharap apa-apa. Saya dah bagitaukan. Saya dah putus asa untuk ada hubungan dengan sesiapa.” Balas Ayla, menjelaskan. Tidak mahu Rashid kecewa akhirnya.

“Sampai bila bila ke?” Ujar Rashid.

“Taklah tapi...”

“Haa kiranya saya masih ada peluang. Jangan risau Ayla, izinkan saya berusaha untuk padam perkataan putus ada tu. Just give me the chance, boleh?” laju Rashid memotong kata-kata Ayla. Ayla mengeluh perlahan.

“Malas nak bagi izin, tak bagi izin pun awak dah melalut semacam, cuba saya kata okay, haa jenuh melayan perangai merapu awak.” Ayla membalas, jujur. Rashid ketawa lagi.

“Kira okay lagi ni kan?”

“No, tak... tak boleh.” Tegas Ayla.

“But, why?” Ayla mengeluh lagi, baru hendak membalas. Petikan gitar dari hujung panggilan menghentikan Ayla.

Hatiku Masih Berdebar Tiap Kali Bertemu
Aku Cuba Bersuara Walaupun Lidahku Kelu
Perasaanku Padamu Seluas Lautan Biru
Beriku Satu Peluang Untuk Mengenalimu
Aku Suka Cara Jalanan Kamu
Aku Suka Hilang Dalam Manismu
Siapa Lagi Sini Seperti Kamu
Tindak Balas Kamu Sangat Terkawal
Itu Tanda-tanda Kau Jual Mahal
Siapa Lagi Sini Seperti Kamu
Dame Solo Una
Dame Solo Una
Berikan Aku Hanya Satu Peluang
Satu Peluang
Dame Solo Una
Dame Solo Una
Berikan Aku Hanya Satu Peluang
Satu Peluang
“Boleh berikan saya satu peluang?” Rashid menyoal sebaik sahaja menamatkan muzik dan nyanyiannya. Soalan yang membuat Ayla terdiam lagi. Ayla memejam matanya, erat. Kepalanya laju memikirkan jawapan.

“Macam ni lah. Saya tak kata okay atau tak. Bagi saya bercinta ni buang masa, berbulan, bertahun akhirnya putus. Bila putus, kita saling membenci. Saya tak suka keadaan tu berlaku dekat saya.” Ujar Ayla panjang, belum sempat menyambung kata-kata, Rashid memintas.

“Jadi kita kahwin?” Ayla terlopong sendiri.

“Mengarutlah! Awak kenal saya tak sampai seminggu.”

“Kita kenal lepas kahwin.”

“Tak naklah saya, saya tak kenal awak, nama penuh awak, kerja awak, umur awak, family awak.”

“Okay, esok saya bawak awak jumpa family saya, on the same time, saya akan cerita semua tentang saya. Boleh?” Rashid membalas, bersungguh-sungguh. Ayla menghela nafasnya, berat.

“Rashid, ni bukan main-main ya. Hati, perasaan apatah lagi perkahwinan. Bukan benda mudah. Once broken....” Ayla tidak menghabiskan ayat.

“Consider sold.” Sambung Rashid.

“Tengok tu, main-main.” Rashid ketawa kecil.

“Tapi saya tak main-main dengan perasaan saya dekat awak.” Tegas Rashid.

“Kenapa ya? Bersungguh-sungguh sangat?”

“I’m getting older Ayla.”

“Desparate ke?”

“Not yet, tapi bila si bujang hampir terlajak ni jumpa seseorang yang dia yakin adalah soulmate dia, dia perlu berusaha mendapatkannya.” Ujar Rashid lagi.

“Aduhai, awak buat saya tersepit tau tak.”

“Saya tak sepit awak saja-saja, saya sepit dengan cinta.”

“Banyaklah... macam ni. Saya bagi tempoh seminggu, kita kenal, kita kawan bukan bercinta. Dalam masa seminggu tu, kita tengok, betul ke saya ni soulmate awak. Dan... awak ni soulmate saya ke? Haa hat tu penting, bukan perasaan awak sorang, perasaaan saya kena ambik kira.”

“Deal!” Laju Rashid bersetuju.

“Laju sangat aih.”

“Demi mu Ayla...”

“Dah... pi lena pi... cukup-cukup merapu tengah malam.”

“Jumpa esok boleh? Saya ambik awak.”

“Saya ada order esok.”

“Esok sabtu, weekend.”

“Saya bekerja sendiri, hari-hari kerja. Kalau tak nak makan apa?”

“Sunday?”

“Ahad? Ahad boleh tapi pukul 8 pagi sampai pukul 12 tengah hari ja noh.”

“Tudia macam cinderella.” Usik Rashid.

“Yalah, cinderella hilang kasutnya saya hilang bumper kereta.” Rashid ketawa.

“Bila nak repair tu?” Soal Rashid.

“Esoklah. Pi hantaq workshop depan ni ja.”

“Saya teman?”

“Tak payah. Saya hantaq lepas tu saya pi kedai.”

“Okay, jumpa di kedai.”

“Adui, perlu ka?”

“Perlu, esok rasa nak makan tart buah Ayla’s Bakery. Yummmss” Ujar Rashid terus sahaja mencuba untuk bertemu empat mata.

“Pulun noh. Esok takdak tart buah.” Ayla masih menolak.

“Takpa saya makan hat ada ja.” Ayla menggeleng dengan senyuman. Lelaki itu sentiasa mencuba!

“Suka hatilah Rashid. Saya dah nak tidur. Esok ada tempahan awal pagi. Jangan dok melalut lagi nah, bulan pun nak lena. Baca doa, lena. Bye.” Ayla terus mematikan talian. Kalau dibiarkan sampai subuh belum tentu tamat. Rashid, Ayla tersenyum lagi. Lelaki itu begitu berusaha tetapi Ayla masih berusaha menjaga hatinya. Perjalanan hidup manusia tak sama. Kadang kala memori hitam tetap menyakitkan biarpun sudah bertahun berlalu.

Friday, May 15, 2020

Mini Novel 2020 : Muzikal Cinta - 5


Bab 5
Ayla mula menyiapkan barangan yang ingin dibawa ke kedai. Hari ini dia ada 3 tempahan kek hari jadi dan 1 tempahan kek ulang tahun perkahwinan. Semuanya akan diambil jam 5 petang. Bermula dengan seorang kerani biasa, Ayla berjinak-jinak dalam bidang perniagaan kek dan biskut. Perniagaan yang bermula di rumah kini sudah berjaya membuka sebuah kedai dengan seorang pembantu. Setahun lebih dia berusaha sendirian dengan tentangan Mak yang tidak bersetuju dia berhenti kerja sebagai kerani di agensi kerajaan. Tidak dinafikan, perniagaannya berisiko tetapi Ayla mencari kerja yang membuatkan dia gembira untuk bekerja dan menjadi seorang home-baker membuatkan dia sangat gembira, setiap hari. Jadi, Ayla tekad untuk berhenti menjadi kerani dan menjadi pembuat kek sepenuh masa.

“Assalamualaikum Kak Ayla... happy harini?” Tegur Husna, pembantu kedai Ayla. Ayla yang baru sahaja masuk ke kedai, mengerut keningnya.

“Waalaikumussalam. Happy? Macam biasa ja.”

“Nampak lain maciam, hati ada gumbira?”

“Mengarut aih hang ni... dah dah buat kerja. Kita ada banyak order nak kena siapkan sebelum jam 3 naa...” Ayla malas melayan Husna yang seakan mahu tahu tentang seseorang yang menghantar dia pulang lewat malam tadi. Husna jiran Ayla, rumah mereka bertentangan sahaja.

“Elehhh malu la tu. Kek anniversary tu kak Ayla deko ya. Lecehlah bunga matahari tu. Husna dah praktis tapi buruk jugak.” Rungut Husna sambil tangannya sibuk membuat kelopak bunga dari adunan yang baru disiapkan.

“ Takpa, nanti kak buat. Jangan lupa, jambak bunga matahari dah order belum? By 3 p.m akak nak ada dah naa.” Soal Ayla, tegas dalam bekerja.

“Sudah. Masa kak balik kampung Husna dah arranged dah. Kejap lagi diorang hantar sini.”

“Bagus.” Puji Ayla. Mata tak beralih dari dekorasi kek yang dilakukan. 3 kek perlu disiapkan. Satu lagi yang lebih mudah Husna uruskan. Masa berlalu pantas. Husna sesekali melayan pelanggan yang datang dan membeli kek, pastri dan roti. Kedai kek ini mempunyai ruang untuk beristirehat sambil menikmati air tangan tuan kedai. Ayla sendiri tidak menyangka, perniagaannya akan maju secepat ini. Dalam tidak sampai setahun, pelanggan setianya sudah melebihi 50 orang. Rezeki Allah tidak pernah salah alamat!

“Kak, tinggal kek Matahari ni je belum ambik. Husna dah call tuan yang order. Katanya dalam 10 minit sampai.” Ujar Husna sambil menanggalkan apron di badan sebelum menggantungkannya. Ayla yang masih sibuk menyiapkan cheesetart untuk order awal pagi esok memandang Husna sekilas.

“Nak balik dah ka?” Ayla menyoal. Sengaja menyoal walaupun dia sedia maklum Husna perlu pulang awal hari ini. Jadi dialah yang perlu menutup kedai hari ini.

“Ya kak. Nak balik dah, kejap lagi Umi pot pet pot pet sebab lambat bawak dia pergi Mydin. Aduiiii” Husna membuat gaya uminya. Ayla tersenyum sahaja dengan gelagat Husna.

“Husna balik dulu naaa, jangan dok ralit sangat, customer ambik order terus balik. Karang baiya sebelah singgah lagi.” Husna ketawa sebelum meninggalkan kedai. Ayla berdecit perlahan. Baiya sebelah kedai yang menjadi pembantu kedai selalu sahaja singgah, bukan membeli tapi menjual, jual minyak dari Bangladesh, aishhhh!

Sedang leka mendekorasikan cheesetart. Pintu kedai dibuka dari luar, ada pelanggan yang datang. Ayla kalih sekilas bagi memastikan bukan si baiya yang datang.

“Assalamualaikum... saya datang nak ambik kek.” Pelanggan itu bersuara.

“Waalaikumussalam. Sekejap ya encik. Boleh tunggu sekejap.” Ayla membalas. Ligat tangannya menyiapkan cheesetart yang sedang diusahakan sedari tadi. Setelah selesai, laju dia melangkah ke peti pendingin yang menempatkan kek yang ditempah. Ayla membawa kek ke kaunter.

“Encik boleh....” Ayla tidak menghabiskan kata-kata. Pelanggan itu membuatkan dia kelu lidah.

“Ayla... laa keciknya dunia.” Rashid ketawa, gembira, hatinya berbunga-bunga.

“Rashid... awak la yang order ni?” Ayla menunjuk ke arah kek yang dibawa tadi.

“Ya, for my mom and dad. Ulangtahun ke 30.” Ujar Rashid.

“Ya tahu, tu saya dah tulis. Awak check, okay ka? Nak tambah apa – apa lagi dekat kek?” Soal Ayla, mahu memastikan kepuasan pelanggan terjaga.

“Dah cantik sangat dah. Bersinar bunga mataharinya. Tapi....”

“Tapi apa? Ada yang kurang?”

“Ya, ada yang kurang...” Rashid berjeda, mata memandang terus ke kek dengan riak wajah penuh persoalan.

“Apa yang kurang? Saya boleh tambah.”

“Menantu...”

“Hah? Menantu?”

“Aah, kurang menantu, kalau awak boleh tambah menantu untuk mak ayah saya, mesti lagi terbaik.” Ayla mengecilkan matanya setelah dia memahami Rashid cuba mempermainkan dia.

“Mengada sangat aih. Okay, kalau semua okay. Saya letak dalam kotak.” Ayla kembali membuat kerja. Kotak diambil dah dilipat. Rashid masih memandang Ayla dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Hatinya sungguh-sungguh rasa gembira.

“Saya tak tahu ni kedai awak.” Rashid membuka bicara setelah mereka hanya diam membisu. Ayla tersenyum.

“Sebelum ni awak bukan kenal saya, jadi macam mana nak tau?” Balas Ayla. Kek diangkat dan dimasukkan ke dalam kotak dengan penuh berhati-hati.

“Betul jugak tapi saya pernah datang dua tiga kali jugak, tapi tak pernah nampak awak. Ada yang sorang lagi tu...”
“Ya ka? Tu noh, tak ada jodoh.” Ayla membalas kemudian ketawa.

“Sekarang dah ada jodoh la kut eh?” Rashid kembali memancing hati Ayla. Ayla sekadar menggeleng.

“Dah siap encik Rashid. Payment dah buatkan, dan ini....” Ayla memberikan sejambak bunga matahari kepada Rashid.

“Untuk apa ni?” Ujar Rashid kehairanan.

“Untuk mak ayah awak, sampaikan salam Happy Annivesary dari Ayla’s Bakery” Ujar Ayla dengan senyuman melebar.

“Wah... siap bagi bunga.”

“For special occasion. 30 tahun, sesuatu yang sangat mengagumkan, saya pun amat berharap kalau kalau saya dapat pasangan, saya pun nak sambut every 10 years dengan penuh gemilang.” Ujar Ayla.

“InsyaAllah, nanti kita sambut dengan penuh gilang gemilang ya.” Rashid mencuba lagi.
“Sudahlah. Lewat dah ni, saya nak tutup kedai.”

“Oh okay, sorry. Tadi saya lewat datang sebab ke bengkel. Betulkan kereta.” Ayla mengangguk, faham.

“So mana resitnya? Nanti saya bayar.” Ayla menghulur tangan.

“Tak perlulah, tak banyak mana.” Rashid menolak. Ayla mengecilkan matanya.

“Jangan tipu, berdosa nanti masuk api neraka.” Ujar Ayla dengan wajah yang sengaja diseriuskan.

“Oh boleh pulak. Saya akan bagi resitnya nanti. I will call you later.” Balas Rashid.

“Betul ni?”

“Ye betul. Haa awak dah repair kereta awak ke?” Rashid menyoal kembali, Ayla sekadar menggeleng, apron ditanggalkan.

“Tak sempat, hujung minggu ni kut. Banyak order minggu ni.”

“Ni balik dengan apa?” Soal Rashid setelah Ayla siap mengemas untuk pulang.

“Rumah saya kan belakang tu je. Menapak pergi dan pulang.” Balas Ayla. Rashid masih setia menemani Ayla mengemas kedai dan menutup kedai.

“Jom saya hantar awak ke rumah.” Ujar Rashid.

“Tak payahlah. Dekat sangat. Takdan awak nak hidup enjin, saya dah sampai rumah pun.” Balas Ayla, laju.

“Alah... jom lah. Boleh borak lagi sebelum balik.”

“Ya Allah, mengadanya. Next time ya. Nanti bagi resit repair kereta tu, jangan buat buat lupa.” Ujar Ayla sambil melangkah perlahan-lahan menjauhi Rashid. Rashid tetap tersenyum walaupun agak kecewa Ayla menolak perlawaannya. Rashid memandang Ayla yang melangkah pulang. Dalam diam dia merangka sesuatu. Perancangan menawan hati Nur Ayla!

Tuesday, May 12, 2020

Mini Novel 2019 / 2020: Muzikal Cinta 4

PART 4

            Nur Ayla melepas lelah. Duduk dilabuhkan ke kerusi. Semua bas Ipoh sudah bertolak. Dia terlambat. Terpaksa menunggu ayah pulang dari surau selepas isyak, tentu sahaja bas sudah tiada. Ayah sudah pun disuruh pulang ke rumah kerana sudah lebih jam sepuluh malam. Ayah tidak boleh memandu malam risau juga sewaktu ayah mahu menghantar dia ke Shahab Perdana. Mak sudah bising-bising. Nur Ayla redha. Sejak dahulu, itu sahaja modal mak kepada dia, loq-laq!

            “Teruknya hari awak.” Suara yang dikenali itu menampaq telinga. Nur Ayla memperbetulkan duduk dan memandang ke sisi kanan. Rashid lagi?

            “Buat apa dekat sini?” Nur Ayla pantas menyoal melihat Rashid dan senyumannya. Asyik senyum saja, jual minyak ka?

            “Tunggu Ayla sudi balik dengan saya.”

            “Erm. Berani ka? Dah tanya Megat dengan Suzanna?”

            “Dah. Saya tak percaya. Jomlah balik dengan saya, lewat dah ni. Esok Ayla kerja kan?” Rashid masih menanti persetujuan. Nur Ayla berkerut kening.

            “Saya jujur ya Rashid. Saya ni takut dengan orang tak dikenali. Awak ni saya tau nama ja. Merbahaya untuk saya. Tak mau cari nahas.” Nur Ayla berterus terang. Rashid ketawa.

            “Yang penting tau nama. Okay dah tu. Megat dengan Suzanna kenal saya. Jadi kalau Ayla rasa takut sangat, mesej siap-siap dekat Suzanna yang kita balik Ipoh sama-sama. Okay?” Rashid memberi cadangan. Ayla pula memikirkan. Nak ikut atau tidak? Esok kerja, sudahlah kerja sendiri, rugi kalau esok pun tutup kedai!

            “Okay. Boleh tapi kita wefie dulu.” Ayla mengeluarkan telefon dari beg tangan. Rashid sudah hairan, wefie?

            “Bukti yang kita memang balik sekali.” Terus sahaja Ayla membetulkan kedudukan dan mengambil gambar dia dan Rashid bersama-sama. Sempat pula Rashid membuat tanda peace.

            “Dah hantar. Okay jom. Esok kerja.” Laju sahaja Ayla bangun dari duduknya.

            “Beg baju tak ada?” Rashid menyoal sebaik sahaja melihat Ayla sekadar melenggang.

            “Balik sehari saja. Baju semua dah ada dekat rumah Mak Ayah.” Ujar Ayla.

            “Rugi pula saya tak pergi rumah awak jumpa mak dengan ayah.”

            “Kenapa?”

            “Boleh book Ayla siap-siap.”

            “Dah kenapa pula?”

            “Book jadi isteri.”

            “Mengarut betul.”

            “Serious.”

            “Kenal tak sampai sehari kut, tak payahlah beri harapan. Saya ni lepas putus putuih tunang haritu, dah buang segala harapan dah. Kalau Encik Rashid nak jugak, kena usaha lebih bagi Allah taala bukak hati saya ni lepas dah rasa putuih habih harapan untuk bercinta.” Ujar Ayla panjang lebar, jujur dan terus terang. Rashid terlopong.

            “Wow, kira green light la ni?”

            “Tak dak lampu merah dia dok warna oren saja, tapi tu la, bukan oren hat nak pi hijau, dia oren sedia. Rosak.” Ayla ketawa, Rashid juga.

            “Jom lah. Kalau oren pun oren lah, mana tau buleh pi jadi hijau esok esok ni.” Lancar sahaja kata-kata itu membuatkan Ayla menelan liur. Terlajak kata, habih la hang!

            Sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya membatu diri. Bukanlah terasa segan, Ayla cuma terlalu letih dan Rashid pula yang tahu Ayla keletihan hanya membiarkan radio bersuara sepanjang perjalanan.

            “Uishh, saya suka lagu ni.” Ujar Ayla memecah keheningan tatkala lagu Cinta Luar Biasa diputarkan DJ di radio. Ayla berdehem mengikut alunan muzik.

            “Saya pun suka.... nanti kalau Ayla terima untuk saya kenal Ayla lebih lagi, saya akan selalu nyanyikan lagu ni untuk Ayla.” Rashid mencuba lagi. Ayla tersengih sahaja seperti kerang busuk, malas melayan.

            “Kalau dah tahu perjalanan pergi balik ni meletihkan kenapa rushing nak balik Ipoh, kan boleh rehat rumah Mak Ayah?” Soal Rashid. Ayla mengangguk perlahan sebelum menjawab persoalan.

            “Mulanya memang la nak dok sat. Tapi bila Mak mula start enjin, start ungkit pasai putuih tunang. Haishh, malaslah. Hati saya ni tak ada orang ubat sejak putuih. Tak nak bagi retak banyak sangat. Sedih.” Ayla jujur dan sangat berterus terang. Entah kenapa, dia tidak simpan-simpan dengan Rashid. Semua dalam hati diluahkan sahaja. Dia rasa senang begitu.

            “Mak biasalah. Tak boleh ambik hati sangat. Bab tak ada orang nak ubat tu, bagi saya ubatkan. Seminggu, elok macam asal.” Ayla ketawa lagi mendengar kata-kata Rashid.

            “Confident betul ye awak ni.”

            “Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Nak kan seseorang kena terus mencuba, kalau Allah izin, berjaya. Kalau Allah tak izin, redha aje.” Ayla mengangguk dengan senyuman. Suhu dalam kereta yang terasa dingin membuatkan Ayla memeluk tubuh dan menggosok-gosokkan lengannya.

            “Sejuk sangat ke? Saya dah turunkan suhu ni. Kalau masih sejuk....” Rashid cuba menggapai jaketnya di belakang membuatkan dia seakan mendekati Ayla, Ayla dengan pantas melarikan diri ke pintu kereta sehingga membuatkan Rashid terpinga. Ayla memalang tangannya seakan melindungi diri.

            “Awak jangan macam-macam, nanti saya smash haaa senget awak nanti.” Ujar Ayla sedikit tegas. Rashid ketawa, mula kecil, lama kelamaan semakin kuat.

            “Saya starlight dahi baru ada akai. Ni ha, saya nak ambik jaket saya bagi awak. Kan sejuk sangat kan. Perasan betul.” Rashid meletakkan jaket yang berjaya dicapai ke pangkuan Ayla. Ayla perlahan-lahan menurunkan tangan dan mengambil jaket, terus dipakai ke tubuhnya.

            “Saya berhati-hati, tak mau pisang berbuah lagi. Kang tak pasal, kenduri kita 7 hari 7 malam.” Ujar Ayla membuatkan kening Rashid bertaut.

            “Maksud awak?”

            “Ye lah, awak gatai-gatai kacau saya, saya smash haa tak ke accident kita.”

            “Bukan, maksud awak tentang pisang berbuah dua kali tu...”

            “Ye lah, ada ke pisang berbuah lagi lepas dah pernah berbuah sekali?”

            “Jangan melalut sangat. Dulu Malik buat apa dekat awak sampai accident tu?”

            “Tau pulak saya accident dengan dia, kenal ke Malik?”

            “Su dengan Megat ada cerita. Lepas accident tu la awak putus tunang kan?”

            “Mau tak putus, kalau tak accident pun saya memang tak mau dekat dia. Mak yang berkenan sangat.”

            “Dia buat apa?”

            “Sibuk aje nak tau.”

            “Kena la, risau saya buat jugak tak dapat nak tackle awak.”

            “Haa jangan dok gatai....”

            “Dia menggatai dengan awak ka?” Rashid menyoal lagi, loghat Kedahnya agak menjadi. Ayla mencebik.

            “Tak yah tau, aib orang. Walaupun saya mangsa, saya tak rasa saya boleh cerita. Biaq lah dia tak akan berani kacau saya lagi dah.” Rashid mengangguk tanda terima dan faham. Satu lagi sikap Ayla yang membuatkan hatinya semakin terpaut. Rashid kembali memandu, lagi satu jam setengah mereka akan sampai di Ipoh. Ayla cuma melayan perasan dengan mata terpejam. Mereka membiarkan DJ dan lagu di radio mengisi ruang kosong yang ada. Perkenalan yang singkat dek kecuaian Ayla membawa kepada suatu perkenalan yang entah di mana penghujungnya. Mereka sama-sama menantikannya.


Monday, May 11, 2020

Puisi dan Lagu : Lullaby

Lullaby
by: nurwateeqa

Tidur tidur sayang
Mimpi yang indah
Tuhan jaga sayang
Janganlah kau gundah

Tidur tidur sayang
Mimpi yang indah
Ibu dodoi sayang
Janganlah gelisah

Tidur tidur sayang
Mimpi indah saja
Kita Tuhan sayang
Dia kan beri kita Syurga

Tidur tidur sayang
Mimpi indah saja
Jangan khuatir sayang
Esok kan elok saja

Tidur tidur sayang
Mimpi indah saja
Pejamkan mata sayang
Moga esok lebih ceria

Tidur tidur sayang
Mimpikan bonda
Kita kan berkasih sayang
Hingga sampai syurga





Sunday, May 10, 2020

SALAM NUZUL QURAN, SELAMAT HARI IBU

SALAM NUZUL QURAN BUAT SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM

Alhamdulillah, nuzul quran dalam bulan Ramadhan. dah khatam quran?
Alhamdulillah, tak lancar bacaan? tak apa Allah menilai bukan manusia, yang penting usaha untuk membaca kalam Allah dengan sepenuh hati. 
dah khatam banyak kali? haa tadabbur quran pulak. baca terjemaah, baca apa cerita di sebaliknya.

insyaAllah, moga beroleh kejayaan dunia akhirat.

hari ni 10 MEI 2020!


SELAMAT HARI IBU, BUAT SEMUA YANG BERGELAR IBU!



Alhamdulillah, abc ibu kepada 2 hero! Ali 4 tahun, Uthman 2 tahun.
moga beroleh rezeki gegurl pulak nanti.

buat yang masih menanti, doa banyak banyak.
insyaAllah Allah akan bagi rasa nikmat cuma perlu tunggu masa.
jangan kata abc tak faham ya, abc juga menanti 2 tahun sebelum berjaya dapat Ali,
keadaan masa tu jangan tanya, dalam tekanan sahaja. huhuhuhu

anak ni bukan hadiah tapi amanah
tanggungjawab maha berat, salah nanti menjawab!

moga moga kita menjadi ibu/abah yang baik dan terbaik untuk anak anak kita. Amin.

PROJEK ABC PKPB

 abc tengah mengedit semua cerpen, mini novel yang ada. 
abc kembali teringat idea/projek abc masa bujang yang tergendala.
sekarang abc nak mula semula




rasa rasa korang boleh teka apa projek abc? haa cuba teka. pernah abc bagitau di blog ni, lama dululah. sekarang baru bersungguh nak usahakan. insyaAllah, nanti kan.

tau ke apa projeknya????

Monday, May 4, 2020

SALAM RAMADHAN KAREEM - DAY 11







ALHAMDULILLAH.

Sudah tiba hari ke 11,
dalam sekelip mata, laju Ramadhan mahu meninggalkan kita.
kurang lebih 19 hari sahaja lagi, nikmatnya puasa.

4 mei 2020
PKPB - semoga kalian yang bekerja akan baik baik sahaja.
masih ada virus yang menakutkan itu, namun Allah jua tempat bersandar segala-galanya.
niat saat melangkah keluar, Lillahitaala. InsyaAllah.

PKPB - jika tiada urusan yang memerlukan kita keluar, #stayathome jangan cari fasal.
biar yang perlu bekerja di luar dari rumah sahaja bergerak keluar.
kita? duduk diam dalam rumah.

ABC sekadar menjengah di sini. tempat melepas segala rasa suatu ketika dahulunya.
rindu karya baru dari diri sendiri. entahlah,
ilham bercambah akan tetapi jari jemari seakan menari tidak seiring.

terima kasih buat kalian yang menanti.
terus mendoakan.
idea itu ada
ilham itu masih bernyawa
namun, jari tak semengah mana
hati juga tak bercinta

moga ada untuk sisipan mata
insyaAllah akan ada.


#muchlovereaders

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders