Tuesday, May 12, 2020

Mini Novel 2019 / 2020: Muzikal Cinta 4

PART 4

            Nur Ayla melepas lelah. Duduk dilabuhkan ke kerusi. Semua bas Ipoh sudah bertolak. Dia terlambat. Terpaksa menunggu ayah pulang dari surau selepas isyak, tentu sahaja bas sudah tiada. Ayah sudah pun disuruh pulang ke rumah kerana sudah lebih jam sepuluh malam. Ayah tidak boleh memandu malam risau juga sewaktu ayah mahu menghantar dia ke Shahab Perdana. Mak sudah bising-bising. Nur Ayla redha. Sejak dahulu, itu sahaja modal mak kepada dia, loq-laq!

            “Teruknya hari awak.” Suara yang dikenali itu menampaq telinga. Nur Ayla memperbetulkan duduk dan memandang ke sisi kanan. Rashid lagi?

            “Buat apa dekat sini?” Nur Ayla pantas menyoal melihat Rashid dan senyumannya. Asyik senyum saja, jual minyak ka?

            “Tunggu Ayla sudi balik dengan saya.”

            “Erm. Berani ka? Dah tanya Megat dengan Suzanna?”

            “Dah. Saya tak percaya. Jomlah balik dengan saya, lewat dah ni. Esok Ayla kerja kan?” Rashid masih menanti persetujuan. Nur Ayla berkerut kening.

            “Saya jujur ya Rashid. Saya ni takut dengan orang tak dikenali. Awak ni saya tau nama ja. Merbahaya untuk saya. Tak mau cari nahas.” Nur Ayla berterus terang. Rashid ketawa.

            “Yang penting tau nama. Okay dah tu. Megat dengan Suzanna kenal saya. Jadi kalau Ayla rasa takut sangat, mesej siap-siap dekat Suzanna yang kita balik Ipoh sama-sama. Okay?” Rashid memberi cadangan. Ayla pula memikirkan. Nak ikut atau tidak? Esok kerja, sudahlah kerja sendiri, rugi kalau esok pun tutup kedai!

            “Okay. Boleh tapi kita wefie dulu.” Ayla mengeluarkan telefon dari beg tangan. Rashid sudah hairan, wefie?

            “Bukti yang kita memang balik sekali.” Terus sahaja Ayla membetulkan kedudukan dan mengambil gambar dia dan Rashid bersama-sama. Sempat pula Rashid membuat tanda peace.

            “Dah hantar. Okay jom. Esok kerja.” Laju sahaja Ayla bangun dari duduknya.

            “Beg baju tak ada?” Rashid menyoal sebaik sahaja melihat Ayla sekadar melenggang.

            “Balik sehari saja. Baju semua dah ada dekat rumah Mak Ayah.” Ujar Ayla.

            “Rugi pula saya tak pergi rumah awak jumpa mak dengan ayah.”

            “Kenapa?”

            “Boleh book Ayla siap-siap.”

            “Dah kenapa pula?”

            “Book jadi isteri.”

            “Mengarut betul.”

            “Serious.”

            “Kenal tak sampai sehari kut, tak payahlah beri harapan. Saya ni lepas putus putuih tunang haritu, dah buang segala harapan dah. Kalau Encik Rashid nak jugak, kena usaha lebih bagi Allah taala bukak hati saya ni lepas dah rasa putuih habih harapan untuk bercinta.” Ujar Ayla panjang lebar, jujur dan terus terang. Rashid terlopong.

            “Wow, kira green light la ni?”

            “Tak dak lampu merah dia dok warna oren saja, tapi tu la, bukan oren hat nak pi hijau, dia oren sedia. Rosak.” Ayla ketawa, Rashid juga.

            “Jom lah. Kalau oren pun oren lah, mana tau buleh pi jadi hijau esok esok ni.” Lancar sahaja kata-kata itu membuatkan Ayla menelan liur. Terlajak kata, habih la hang!

            Sepanjang perjalanan, mereka berdua hanya membatu diri. Bukanlah terasa segan, Ayla cuma terlalu letih dan Rashid pula yang tahu Ayla keletihan hanya membiarkan radio bersuara sepanjang perjalanan.

            “Uishh, saya suka lagu ni.” Ujar Ayla memecah keheningan tatkala lagu Cinta Luar Biasa diputarkan DJ di radio. Ayla berdehem mengikut alunan muzik.

            “Saya pun suka.... nanti kalau Ayla terima untuk saya kenal Ayla lebih lagi, saya akan selalu nyanyikan lagu ni untuk Ayla.” Rashid mencuba lagi. Ayla tersengih sahaja seperti kerang busuk, malas melayan.

            “Kalau dah tahu perjalanan pergi balik ni meletihkan kenapa rushing nak balik Ipoh, kan boleh rehat rumah Mak Ayah?” Soal Rashid. Ayla mengangguk perlahan sebelum menjawab persoalan.

            “Mulanya memang la nak dok sat. Tapi bila Mak mula start enjin, start ungkit pasai putuih tunang. Haishh, malaslah. Hati saya ni tak ada orang ubat sejak putuih. Tak nak bagi retak banyak sangat. Sedih.” Ayla jujur dan sangat berterus terang. Entah kenapa, dia tidak simpan-simpan dengan Rashid. Semua dalam hati diluahkan sahaja. Dia rasa senang begitu.

            “Mak biasalah. Tak boleh ambik hati sangat. Bab tak ada orang nak ubat tu, bagi saya ubatkan. Seminggu, elok macam asal.” Ayla ketawa lagi mendengar kata-kata Rashid.

            “Confident betul ye awak ni.”

            “Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Nak kan seseorang kena terus mencuba, kalau Allah izin, berjaya. Kalau Allah tak izin, redha aje.” Ayla mengangguk dengan senyuman. Suhu dalam kereta yang terasa dingin membuatkan Ayla memeluk tubuh dan menggosok-gosokkan lengannya.

            “Sejuk sangat ke? Saya dah turunkan suhu ni. Kalau masih sejuk....” Rashid cuba menggapai jaketnya di belakang membuatkan dia seakan mendekati Ayla, Ayla dengan pantas melarikan diri ke pintu kereta sehingga membuatkan Rashid terpinga. Ayla memalang tangannya seakan melindungi diri.

            “Awak jangan macam-macam, nanti saya smash haaa senget awak nanti.” Ujar Ayla sedikit tegas. Rashid ketawa, mula kecil, lama kelamaan semakin kuat.

            “Saya starlight dahi baru ada akai. Ni ha, saya nak ambik jaket saya bagi awak. Kan sejuk sangat kan. Perasan betul.” Rashid meletakkan jaket yang berjaya dicapai ke pangkuan Ayla. Ayla perlahan-lahan menurunkan tangan dan mengambil jaket, terus dipakai ke tubuhnya.

            “Saya berhati-hati, tak mau pisang berbuah lagi. Kang tak pasal, kenduri kita 7 hari 7 malam.” Ujar Ayla membuatkan kening Rashid bertaut.

            “Maksud awak?”

            “Ye lah, awak gatai-gatai kacau saya, saya smash haa tak ke accident kita.”

            “Bukan, maksud awak tentang pisang berbuah dua kali tu...”

            “Ye lah, ada ke pisang berbuah lagi lepas dah pernah berbuah sekali?”

            “Jangan melalut sangat. Dulu Malik buat apa dekat awak sampai accident tu?”

            “Tau pulak saya accident dengan dia, kenal ke Malik?”

            “Su dengan Megat ada cerita. Lepas accident tu la awak putus tunang kan?”

            “Mau tak putus, kalau tak accident pun saya memang tak mau dekat dia. Mak yang berkenan sangat.”

            “Dia buat apa?”

            “Sibuk aje nak tau.”

            “Kena la, risau saya buat jugak tak dapat nak tackle awak.”

            “Haa jangan dok gatai....”

            “Dia menggatai dengan awak ka?” Rashid menyoal lagi, loghat Kedahnya agak menjadi. Ayla mencebik.

            “Tak yah tau, aib orang. Walaupun saya mangsa, saya tak rasa saya boleh cerita. Biaq lah dia tak akan berani kacau saya lagi dah.” Rashid mengangguk tanda terima dan faham. Satu lagi sikap Ayla yang membuatkan hatinya semakin terpaut. Rashid kembali memandu, lagi satu jam setengah mereka akan sampai di Ipoh. Ayla cuma melayan perasan dengan mata terpejam. Mereka membiarkan DJ dan lagu di radio mengisi ruang kosong yang ada. Perkenalan yang singkat dek kecuaian Ayla membawa kepada suatu perkenalan yang entah di mana penghujungnya. Mereka sama-sama menantikannya.


Monday, May 11, 2020

Puisi dan Lagu : Lullaby

Lullaby
by: nurwateeqa

Tidur tidur sayang
Mimpi yang indah
Tuhan jaga sayang
Janganlah kau gundah

Tidur tidur sayang
Mimpi yang indah
Ibu dodoi sayang
Janganlah gelisah

Tidur tidur sayang
Mimpi indah saja
Kita Tuhan sayang
Dia kan beri kita Syurga

Tidur tidur sayang
Mimpi indah saja
Jangan khuatir sayang
Esok kan elok saja

Tidur tidur sayang
Mimpi indah saja
Pejamkan mata sayang
Moga esok lebih ceria

Tidur tidur sayang
Mimpikan bonda
Kita kan berkasih sayang
Hingga sampai syurga





Sunday, May 10, 2020

SALAM NUZUL QURAN, SELAMAT HARI IBU

SALAM NUZUL QURAN BUAT SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM

Alhamdulillah, nuzul quran dalam bulan Ramadhan. dah khatam quran?
Alhamdulillah, tak lancar bacaan? tak apa Allah menilai bukan manusia, yang penting usaha untuk membaca kalam Allah dengan sepenuh hati. 
dah khatam banyak kali? haa tadabbur quran pulak. baca terjemaah, baca apa cerita di sebaliknya.

insyaAllah, moga beroleh kejayaan dunia akhirat.

hari ni 10 MEI 2020!


SELAMAT HARI IBU, BUAT SEMUA YANG BERGELAR IBU!



Alhamdulillah, abc ibu kepada 2 hero! Ali 4 tahun, Uthman 2 tahun.
moga beroleh rezeki gegurl pulak nanti.

buat yang masih menanti, doa banyak banyak.
insyaAllah Allah akan bagi rasa nikmat cuma perlu tunggu masa.
jangan kata abc tak faham ya, abc juga menanti 2 tahun sebelum berjaya dapat Ali,
keadaan masa tu jangan tanya, dalam tekanan sahaja. huhuhuhu

anak ni bukan hadiah tapi amanah
tanggungjawab maha berat, salah nanti menjawab!

moga moga kita menjadi ibu/abah yang baik dan terbaik untuk anak anak kita. Amin.

PROJEK ABC PKPB

 abc tengah mengedit semua cerpen, mini novel yang ada. 
abc kembali teringat idea/projek abc masa bujang yang tergendala.
sekarang abc nak mula semula




rasa rasa korang boleh teka apa projek abc? haa cuba teka. pernah abc bagitau di blog ni, lama dululah. sekarang baru bersungguh nak usahakan. insyaAllah, nanti kan.

tau ke apa projeknya????

Monday, May 4, 2020

SALAM RAMADHAN KAREEM - DAY 11







ALHAMDULILLAH.

Sudah tiba hari ke 11,
dalam sekelip mata, laju Ramadhan mahu meninggalkan kita.
kurang lebih 19 hari sahaja lagi, nikmatnya puasa.

4 mei 2020
PKPB - semoga kalian yang bekerja akan baik baik sahaja.
masih ada virus yang menakutkan itu, namun Allah jua tempat bersandar segala-galanya.
niat saat melangkah keluar, Lillahitaala. InsyaAllah.

PKPB - jika tiada urusan yang memerlukan kita keluar, #stayathome jangan cari fasal.
biar yang perlu bekerja di luar dari rumah sahaja bergerak keluar.
kita? duduk diam dalam rumah.

ABC sekadar menjengah di sini. tempat melepas segala rasa suatu ketika dahulunya.
rindu karya baru dari diri sendiri. entahlah,
ilham bercambah akan tetapi jari jemari seakan menari tidak seiring.

terima kasih buat kalian yang menanti.
terus mendoakan.
idea itu ada
ilham itu masih bernyawa
namun, jari tak semengah mana
hati juga tak bercinta

moga ada untuk sisipan mata
insyaAllah akan ada.


#muchlovereaders

Wednesday, April 8, 2020

SALAM PKP SALAM ANTI-COVID 19

ASSALAMUALAIKUM WBT
salam sejahtera.


lama sungguh tidak menjengah dan menulis diblog ABC ni. mesti ada yang hairan kenapa pelik benar blog ABC ni, habis semua ABC tukar. ingat nak kembali asal, sekali lupa! dah tua dah abc, bukan lagi 21 tahun tapi 31 tahun (JULY). erm.

dah lama tinggal kerja mengedit blog. ingatkan boleh elok, tapi belok-belok. entahlah. asal boleh baca dan boleh cari entri ye.

Apa khabar semua di musim PKP ini?

sabar dan teruskan sebarang aktiviti yang berfaedah untuk diri dan keluarga terutamanya. marilah kita sama-sama berdoa agar COVID -19 ini akan segera pergi dan puffft hilang dari dunia. doakan juga agar kita semua terhindar dari jangkitannya, amin.

ABC punya aktiviti setiap hari sama. bangun, solat, masak, siapkan pdpc online dengan pelajar, check kerja pelajar, remind kerja sekolah pelajar, masak makan dan tengok pokok itu kalau rajin. kebanyakkannya dalam rumah sahaja.

ulang yang sama, 3 hari lepas baru terkena demam sakit yang menakutkan. yelah, musim COVID 19 kan. naik risau. 2 hari lebih jugak nak sehat. Alhamdulillah....

apa-apa pun, jaga diri, duduk rumah dan jaga kebersihan diri dan sekeliling. Allah tak bagi saja-saja, insyaAllah ada nikmat yang tersembunyi di balik apa yang sedang melanda dunia. insyaAllah.

ABC nak siapkan karya ABC. doakan.

#muchlovereaders

Wednesday, January 1, 2020

SALAM 2020. TAHUN BARU, AZAM YANG SAMA JUGAK!

SALAM 2020!

Tahun yang dinantikan sejak mula kita menyanyi lagu Wawasan 2020. siapa tau lagu Wawasan 2020? angkat tangan! 👋

Alhamdulillah, Allah panjang usia kita, usia pelopor Wawasan 2020, Perdana Menteri ke7 kita Tun Dr Mahathir Mohamad. masih sihat beliau dan isterinya. Alhamdulillah.

Bila masuk tahun baru, orang pasti akan tanya, apa AZAM baru, di era 2020 lagilah perlunya azam atau impian yang hendak dicapai. apa AZAM korang?

bagi abc sendiri, terlalu banyak azam yang tidak tercapai, tetapi sentiasalah kita menjadi hamba Allah yang mensyukuri setiap nikmat yang diberi. 

2019 penuh gembira dan duka. yang gembiranya abc diberikan Allah pindah ke rumah sendiri. Alhamdulillah. yang duka? biarlah memori pahit dalam hidup abc. abc dah luahkan kepada Allah dan minta kekuatan untuk terus hidup dalam kebahagiaan yang ada.

2020.
azam yang sama, menjadi WATHIQAH yang lebih baik. 
itulah doa abc setiap selesai solat atau ditengah malam. minta menjadi hamba Allah yang lebih baik.
menjadi anak yang lebih baik, menjadi isteri yang lebih baik, menjadi ibu yang lebih baik kepada Ali dan Afi. menjadi cikgu yang lebih baik, menjadi sahabat yang lebih baik.
lebih baik dalam semua cabang yang ada dalam hidup seorang WATHIQAH/ABC.

tentunya juga, abc nak menjadi penulis yang lebih baik. 2019 abc kurang amat menulis, tekanan kerja, tekanan dugaan, ujian buatkan abc tiada masa nak dicuri untuk menulis. kesannya, abc jadi tak terurus fikiran. selalu sakit kepala dan macam-macam hal.
menulis adalah terapi bagi diri abc. abc suka duduk depan laptop dan menaip apa yang ada dalam kotak kepala abc. tapi kekangan dan tanggungjawab lain yang lebih perlu diutamakan.

untuk 2020, abc cuba menghabiskan semua cerita yang ada. walaupun kadang ada sahaja ilham baru. akan abc selit dalam kisah yang lama dan buat bacaan kalian yang masih setia.

terima kasih kerana terus setia. doakan abc, mampu mencuri masa antara minat/hobi dan kerjaya. 
doa kan juga untuk CINTA ATAS PAKSA, sudah lulus tetapi belum ada khabar terbitannya lagi. teruskan berdoa supaya kita dapat peluk CAP di pasaran 2020 nanti. doakan ya.

komen di sini, azam 2020 dan kisah 2019 anda. 


HAPPY NEW YEAR/SELAMAT TAHUN BARU
❤❤❤2020 ❤❤❤

Friday, June 14, 2019

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN


ALHAMDULILLAH

masih berpeluang menyambut SYAWAL yang mulia.
syukur!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat sahabat blog abc.
Raya yang lebih baik setiap tahun, alhamdulillah.

macam mana raya korang?

abc kongsikan gambar Raya abc sekeluarga. ❤❤






bawah ni gambar tahun lepas 2018, berempat, boleh nampak perbezaan anak anak abc. abc dan suami maintainnnnn hahahaha



meh le kongsi raya korang!
#muchlovereaders

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders