Tuesday, January 21, 2014

kisah aku bukan novel atau telenovela!

kisah aku bukan novel
kisah aku bukan jua telenovela
yang akhirnya kau boleh jangka
yang sedih tawanya buat kau bahagia

kisah aku bukan novel
kisah aku bukan jua telenovela
yang wataknya kau puja
yang lelakinya kau cinta!

kisah aku bukan novel
ulang baca berapa banyak kau suka
kisah aku bukan telenovela
ulang tayang seribu tahun tetap sama

kisah aku bukan novel
yang pengakhirannya kau boleh pinta
yang akhirnya kau tak pernah tahu kemana
kisah aku bukan telenovela
yang akhirnya 20 episod sahaja
yang penamatnya, semua bahagia kononnya.

kisah aku bukan novel
yang tebalnya tak sampai 100 muka
yang babak akhirnya kau baca sebelum mula
kisah aku bukan telenovela
yang bisa kau muat turun semua episodnya.

kisah aku kisah nyata
kisah aku kisah manusia
realitinya aku sahaja rasa
realitinya hanya aku yang melaluinya.

kisah aku bukan novel mahupun telenovela.

nurwateeqa@abc - 21/Jan/2014

Sunday, January 19, 2014

Working on something!

Assalamualaikum wbt.
selamat hari ahad.
esok kelija.
esok malam ada abang jebat! :P

okeh.
im working on something.
harap masa menyebelahi saya.
ilham diberikan kepada saya.

SETAHUN kan saya diam tanpa karya.
harap 2014 menjanjikan sesuatu yang baik untuk saya, abc dan karya. :)

disebabkan percutian panjang itu.
5 minit menulis, terus letih.
otak ni rasa tepu gila!
subhanaAllah.

karat sangat kut.
jadi. tak boleh macam dulu.
sehari semalam boleh siap.
2 hari boleh siap.
mungkin sekarang.
seminggu/dua minggu?
sebulan?
hehehe

okeh. tunggu yep.
abc tau ramai dah sakit hati dengan abc.
jadi. abc bagi cover dulu la ye :)


sabar ye.
bagi abc seminggu!
ihiks3


Friday, January 10, 2014

Heartless (Tiada perasaan)

Kalau tak rasa apa-apa
mungkin tak beri reaksi
kalau tak rasa apa-apa
orang kata kita heartless

orang tak rasa apa kita rasa
orang tak sakit macam kita rasa
orang tak nangis macam kita
orang taktahu kita berendam ayaq mata

pedulilah orang kata
endah sahaja
orang hanya pandai mengata
tak pandai nak cuba rasa.

titik.
kau orang, aku aku :)

++++++

salam jumaat!
semua berlaku kerana Allah
aku redha
aku terima.

abc mahu kamu semua redha
yang abc lama tak pos karya! 
hehehe

bagi abc masa
kamu taktahu betapa gilanya abc mengurus masa
tidur tak menentu
mimpi anak2 kat sekolah aje :)

tunggu. malam ini abc cuba.
satu dua mungkin ada yang suka.

bye!

Sunday, January 5, 2014

Oh My Jebat Foo!!!!


oh my oh my!!!
falling in love lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

haritu dah surut CINTA abc buat jebat, sebab tak dapat tengok jebat bila balik ipoh
harini, sekarang, my love increased 100%!!!
online punya pasal hahahaha

sangat-sangat-sangat
jatuh cinta!
abc dah baca habis novel ni
semua sebab jebat
sanggup pergi cari and baca dalam masa beberapa jam aje.

thanks kak eman sufi atas novel yang sangat superb!
 
 

sekarang 12 episod.
berapa episod semuanya???

tak sabar nak tengok esok.
rasa macam nak lepak kedai depan rumah
sebab kedai ada astro rumah takde astro.
hehehehe

sapa yang jatuh cinta macam abc?

p/s: sori incik tunang, saya angau kejap dengan Jebat Foo <3 br="">

Wednesday, January 1, 2014

01012014 SELAMAT TAHUN BARU!

ALHAMDULILLAH
masih dipanjangkan usia oleh Allah untuk terus bernafas dibumi ini.

4 tahun sudah usia blog abc ni
bermula 2010
bermula dengan saja-saja
kemudian konon nak menjadi blogger
dan kemudian memaparkan karya yang disimpan hanya untuk persendirian mulanya.
penerimaan demi penerimaan
akhir abc terus berkarya.
tapi 2013 tak banyak yang abc mampu lakukan.
rezeki datang dari arah berbeza tapi lebih bermakna

abc harapkan 2014 memberikan lebih banyak bahagia buat abc :)
lebih banyak karya yang dihasilkan
dan terus berharap karya dibukukan :)
harap doa dari kalian juga <3 div="">

semoga 2014 menjadi tahun yang lebih baik dan bermakna buat kita semua
AMEEN.

salam sayang 2014, nurwateeqa@abc

Wednesday, December 11, 2013

Sibuk dengan Majlis :)

Maaf.
Blog tergendala.
abc sibuk dengan Majlis.
Majlis Tahlil dan Kesyukuran serta cukur jambul baby boy and girl yang dah masuk 3 bulan.

Tak besar majlisnya, tapi disebabkan di campur dengan kehadiran 'VVIP' untuk berjumpa famili abc.
jadi majlis jadi besar :)

Nervous tapi bahagia.

abc akan uploadkan gambar-gambarnya nanti :)

kalau sudi follow instagram abc @nurwateeqa

dekat situ banyak gambar-gambar terkini hiburan sensasi abc semasa ke semasa :)

okay, bye!

Thursday, November 21, 2013

Kembali seperti sebelumnya :)

Assalamualaikum.
Selamat Malam.

Alhamdulillah, keadaan masih sama. cuma kadang2 rasa terkilan itu datang dengan sendirinya. Kenangan, pasti menggamit rasa. Doakan dan jangan lupa :)

abc belum dapat post Pengganti 5 dan CAP. Tunggu sekejap lagi ye. hehehe Masih banyak nak diperbetulkan. CAP tu kalau betulkan, dah kena betulkan bab yang belakang-belakang, jadi nak bagi kesenimambungan yang sesuai agak susah. sabar ye. InshaAllah janji akan ditepati.

rindu sangat nak keluarkan cerpen baru, cuti ni sangat 'free'. asyik mengadap laptop aje. tambah-tambah hujung bulan. 'cash' dah 'kredit' kekekeke jadi memerap ajelah di rumah.

abc nak kembali ke zaman 'gila menulis'. menulis dalam satu malam dah dapat satu cerpen. seminggu dapat 22 bab. hebat! sekarang ni lain, sebab mood 'swing to the moon' huh!

orang kata nak berjaya dalam sesuatu bidang tu kena rajin dan usaha. abc usaha tapi kurang rajin hehehe. menulis ni sebahagian (suku) diri abc, yang utama adalah yang 'utama'. :) sebagai guru dalam era sekarang, terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan. (sampai cuti sekolah pun pikir PBS ;'( ) tapi, selagi minat tak terkubur, selagi itu abc akan menulis.

yang risau, penulisan jadi macam budak baru pandai mengarang huhu!

doakan abc ye, doakan semua baik-baik aje :)

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders