Wednesday, July 3, 2013

Autumn dihatiku! - Malaysia Korea Drama


annyeong-haseyo!
wahh.. abc baru habis tengok 3 episod pertama
drama Malay-Kpop nih! ^^

untuk orang yang jiwanya seperti abc.
jiwa ada rasa suka sama 'korea'
(even kat kepit kuku tulih korea pun dah TERUJA!!!)
cerita ni best!

abc terlalu teruja dengan korean drama
sampai tertulis cerpen DUGUN-DUGUN
yang hasilnya dikritik terok! :'(
oh! i haven't been there yet!!!
so tulis ikut macam tengok derama korea jah!

hensemnya Ji Sung yang jadi Autumn dalam drama ni
original Korea! ^^

kawan serumah kata dia student Korea yang belajar di Malaysia, betul?
aahhhh! kat UTM dulu tak sehensem nih. :P

kalau dugun-dugun di dramakan pun best kan.
hahaha berangan!

oke-oke, stop scrolling blog abc
pergi bukak tonton.com.my
tonton drama Autumn Dihatiku :)

tak rugi, comel aje!

p/s: nak berangan korea lagi!



Tuesday, July 2, 2013

Saengil Chuka Hamnida! Happy Birthday! Sanah Helwah! Selamat Hari Lahir!

01 Julai 2013
genap umur abc 24 tahun!
Alhamdulillah.
Syukur masih diberikan keizinan olehNya untuk berusaha menjadi lebih baik
sebelum kembali kepadaNya bila-bila masa sahaja.

makin meningkat usia, makin besar cabarannya.
moga Allah permudahkan segalanya.

umur 24, harap 'beranak'lah satu novel tahun ni.
berharap sangat!
yang lain sudah menjadi kepunyaan.
hanya 'baby' itu yang belum berjaya! :(

doakan abc.
moga dengan pertambahan usia ini
amal ibadat juga meningkat
kuranglah keburukan/kesalahan yang abc akan lakukan.
Ameen!


Menghitung hari ke arah 1 Julai 2014 :')
moga dipanjang umur!

Saturday, June 22, 2013

Hujung Minggu!

Alhamdulillah!
Hujung minggu yang tiada aktiviti melibatkan sekolah!
Syukur, boleh berehat!

Bangun awal, walaupun semalamnya kata nak bangun lewatttt
tetapi rutin seharian dah mengajar abc untuk bangun jam 5.30 pagi!!
Tak apa, boleh belajar jadi 'anak dara yang boleh kahwin dah!' 
kekeke tiada kaitankan? :P

kalau di ikutkan hari ni nak pergi ikut teman rumah abc mandi manda di Chepor
tapi perut abc tak izinkan. karang ada yang melepas dalam sungai hik-hik-hik 

jadi abc tidur kembali, dan bangun semula untuk uruskan hal rumah.
baju awal-awal pagi dah jemur.
tinggal kemas (sapu) rumah aje.


siap menyapu, abc masak breakfast ^^
nasi goreng dan tempoyak.
is more than enough!

sesudah kenyang, abc kemas dapur.
okay siap semua untuk harini.
bilik pun dah kemas.
semua dah kemas.
jadi update blog! hehehe

selesai update entri ni,
abc nak habiskan satu cerita (cerpen)
tajuknya: Cinta Terbaik :)

jangan risau, Pengganti akan abc update part ke 4 tak lama lagi.
harini? kalau sempat edit hehe

abc baru pinjam novel dari student abc
novel bawah ni:


dah baca?
abc baru belek-belek.
menarik, mungkin habis dalam beberapa jam aje ni. hui3

ini aktiviti abc harini.
apa-apa pun, abc kena study sejarah form 4.
isnin selasa dan rabu ada kelas sejarah.
dah lama tinggal, kena kembali ulang kaji ^^
i love history!
sayangnya, adik2 pelajar tak dapat skor dengan baik periksa haritu,
jadi abc nak cari jalan bagi diorang dapat skor sejarah.
doakan ye.


kejap lagi abc update lagi, hahaha
sampai bertemu lagi! (ewahhh!)

Thursday, June 20, 2013

Give Away?

Assalamualaikum!
Alhamdulillah untuk harini... :)
Perjalanan persekolahan harini berjalan lancar. Syukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa.

Back to the topic (eceh!)
Give Away?
Abc tak pernah buat give away, tapi contest;

Masih lagi abc teringatkan contest yang abc pernah buat dahulu kala, Kira Karipap. Masih ingat?
Contest tu ada masalah sedikit dengan penghantaran hadiahnya. Dari emel terakhir pemenang  tu, dia tidak menerima hadiah tersebut. abc cuba cari balik pemenang tersebut sebab nak tahu samada dia sudah menerima atau tidak hadiah kecil abc tu. ermmmm... tapi a month after tu, abc dah taktahu kemana pemenang itu pergi. Harap-harap dia dapatlah hadiah tu ye :)

abc terasa nak buat Give Away ABC yang pertama or contest yang kedua. kekeke :)

hadiah? abc nak cari sponsor dahulu, dan fikirkan samada mahu buat GA or Contest? ^^v

harap ada yang nak join. hehehe

Resipi simple dan enak! : English Cocktail :)


Entri di malam hari (walaupun esok ada sekolah, abc masih boleh update kan3)
siang tadi, abc masuk pertandingan membancuh air :)
last minute baru tahu kena masuk.
dari pecah kepala nak pikir buat air apa, abc ambil langkah mudah.
dari resipi sebenar "Lemon Twist"
abc ubah kepada English Cocktail ^^v

bahan-bahannya ringkas aje:
1. lemon
2. lychee
3. daun pudina
4. 7-Up

cara-caranya:
campur aje kesemua bahan-bahan di atas.
lemon tu, 1/2 perah 1/2 slice
lychee depan kepada berapa biji nak letak, air lychee masuk sekali ye.
daun pudina tu, ricik-ricik 2 3 helai dan masukkan.

lepas beberapa minit lemon lyche mint dan 7-up di campurkan, barulah masukkan ais.
sebab nak bagi rasanya bersatu (sebati eh?)

rasanya sangat refreshing, tambah-tambah minum waktu panas. 
pudina (mint) tu akan terasa bila beberapa ketika kita menikmati english cocktail ni.
rasa sejuk di dada, eceh! :P

selamat mencuba!

Inilah persembahan siang tadi :)

Wednesday, June 12, 2013

Mahu menulis kembali!!!!

Satu entri sebelum abc masuk tidur :)

Assalamualaikum!
abc mengantuk dah tapi sekadar update sedikit untuk anda yang menantikan karya abc yang seterus.
abc bercuti terlalu panjangkan? maaf ye. abc baru terbiasa dengan kerjaya guru :)

Alhamdulillah, walaupun masih dalam proses membiasakan diri di sekolah (abc masih malu2 kucing!) abc sudah ada masa untuk menulis, cumanya masih belum biasa dengan jadual baru yang abc buat ni. In shaa Allah, berikan abc sedikit masa ye.

In shaa Allah, jika di izinkan DIA, abc akan kembali dengan jadual karya abc. masih ingat lagi?

haaa.. ni dia. kalau di izinkan abc akan kembali mengikut jadual ni. RINDU BANGET! mahu menulis jiwang-jiwang <3 nbsp="" p="">
banyak tajuk dan kronologi cerita dah siap untuk cerpen dan novel. cumanya belum ditulis secara panjang lebar hehehe jadi teruskan doa anda untuk abc. abc sangat mengharapkannya :)
doakan abc ye. berjaya dalam kerjaya dan berkarya.

diam tak bermakna aku sepi tak berbicara
sunyi tak bermaksud aku hilang tak berjejak
kelam tak bermakna aku kaku bergelap
sembunyi tak bermaksud aku lari dari kenyataan
adakalanya ia perlu untuk aku.
mencari sebuah id untuk diri.

selamat malam! oyasuminasai!


Tuesday, June 11, 2013

Nenek Si Bongkok Tiga, Misterinya!


Assalamualaikum! Salam 1 Malaysia. Harini abc nak update sikit kisah seseram sesuam air panas. ekeke! cerita ni berkaitan sangat dengan cerita Upin Ipin yang terbaru sabtu minggu lepas. Kisah Nenek Si Bongkok Tiga. Bila dengar aje Nenek Si Bongkok Tiga, abc adik beradik dan pandang2 sesama sendiri, sebab kami mengalami misteri dan keseraman yang berlaku awal tahun lalu.

Kisahnya bermula di Kelantan. Abc sekeluarga memang kerap balik Kelantan kalau cuti sekolah. Al Maklum cucu-cucu mak semuanya di Kelantan. Kelantan pun best, makanan diaa soooo yummy! okay back to the main story. Kami bercuti selama seminggu. Sana cuacanya panasss sangat sampai paya belakang rumah abang abc kering kontang. Di sebabkan lama bercuti, kami pun dah taktau nak buat apa, jadi petang tu kami cadang nak main 'Aci Sembunyi' atau nama lainnya HIDE N SEEK :) memang seronokla, main dengan Amir Haziq yang umurnya 4 tahun hehehe layannyaaa aje Mak Lang yang umor tua 20 tahun kekekeke. Bila dah petang, kami stop. Keseronokan bermain petang tadi masih terasa hehehe. Jadi abc pun merancanglah satu permainan yang kami boleh main petang esok. Bila dah dapat idea, terus tersenyum sendiri.

Petang esoknya, abc pun bersuara "Jom kita main nenek-nenek?" Semua setuju! Malangnya adik perempuan ika demam, so dia tak main petang tu. Memang seronok habislah! Amir Haziq siap baring atas pasir lagi.

Dua petang kami main, sehinggalah petang ketiga. Apabila misteri mula dibongkarkan...

Petang tu, dalam jam 6 petang, pengasuh Amir dan baby Asyraf datang ziarah. Borak punya borak terkeluarlah pasal misteri rumah tu. Bila dah keluar cerita, adik- adik abc mula buka cerita.

Adik Perempuan abc (raihan) : Malam, selepas petang pertama kami main nenek2 malam tu dia demam. Tengah malam tu, dia kata dia dengar suara nenek tua menyanyi lagu nenek2 dekat dengan telinga dia.
Lagu dia yang ini : cucu-cucu di mana ada, nenek tua banyak sakti...

Adik Lelaki abc (Udin) : Masa main sorok-sorok, dia nampak 'benda' besar dengan kepala kecil dan terangguk melintas di bawah rumah. huuuuu~~

Menurut Mak Yah (pengasuh), dia sudah beberapa kali nampak tapi dia diamkan. Baby tak pulak nangis. Itu yang menghairankan, kiranya benda tu tak menganggu mungkin hanya melintas.

Selepas aje benda ni terbongkar, kami serik nak main dah! Nak dengar lagu tu dah serammm rasanya. Rumah sewa angah abc ni rumah kampung lama. depan rumah, rumah yang belum siap sepenuhnya. belakang paya, tepi sebelah kanan rumah lamaaa tinggal. rumah tu lagi banyakkk cerita. (takmau cerita, seram!)

Komen anda? Tak percaya? Terpulang, yang pasti benda ghaib itu wujud! :)

P>S: seram la pulak menulis sorang-sorang kat rumah ni haaa~~

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders