Tuesday, September 11, 2012

Melodi CINTA : Cahya untuk dia



Mimpi bukannya realiti
Realiti terkadangnya menjadi ilusi
Pingin diri menakluki hati
Mencintai dan terus merindui

Dalam diam langkah saya menuju jalan Ilahi. Makin kuat saya diuji. Kadang rasa lemah dan menyerah, tapi hati tetap cekal dan tabah. Mengingatkan keluarga yang saya sayangi, saya terus gagah melangkah. Sisip ais mata yang mahu mengalir, saya simpan di balik tubir mata. Biarlah dia bergenang, bagai ada nakalnya habuk yang merencananya. 



Dalam diam saya menahan hati daripada mencari lelaki. Kerna saya sendiri tidak pasti, mana antara mereka yang benar untuk saya? Saya berjaya, dalam senyap memandang antara mereka, saya menjadi lemas dalam desakan yang dibina. Tetapi dia muncul secara tiba-tiba. Dia yang saya pasti tidak akan pernah menjadi realiti. Terjarak kami antara dua negara, jauhnya sejauh Malaysia dan Korea. Masakan saya mampu menukar mimpi saya kepada satu kenyataan hidup saya, mampukah? 

Tidak menolak, jodoh itu ditangan Allah. DIA yang Maha Kuasa, tiada mustahil bagiNya. Akan tetapi, kisah mimpi yang saya alami membuatkan saya meminta kepadaNya sesuatu diluar jangkaan hati dan diri saya. Bagaikan akal keluar daripada lingkaran warasnya. Dia saya doakan seperti saya. Hadir dalam hidup mencari cahya. 

Dua tiga kali kadang lebih daripadanya saya katakan pada hati yang mencari penegak dulunya, yang saya mampu menegakkan. Saya mampu menarik cahya itu kepadanya. Benarkah? Pipi ini kerap kali saya peritkan dengan jemari yang menampar. Cuma mahu menyedarkan. Namun sukar untuk terus saya keluar, kerana saya seolah-olah membenarkan. 

Rasulullah bersabda:
“Cintailah kekasihmu dengan biasa-biasa saja, kerana boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu benci,dan bencilah sesuatu yang tidak kamu sukai dengan biasa-biasa saja, karena boleh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi sesuatu yang kamu sukai.”

Akur saya, biarlah mimpi ini mengiringi jalan saya sehari-hari. Mana tahu ia bisa mengeringkan air mata yang sentiasa bergenang. Mana tahu ia bisa menguatkan hati saya untuk terus menuju jalan mencari cinta abadi. Kerana akhirnya, cinta itu milik Allah semuanya.

Firman Allah :
“Wahai hambaKu, AKU adalah kekasihmu yang pertama, kau cintai AKU di hari perjanjian,dan tatkala semua pecinta telah pergi meninggalkanmu, sedang AKU menghubungkanmu, maka kembalilah kepadaKU, nanti akan AKU muliakan engkau dengan kemulian pecinta.”

Sunday, September 9, 2012

Cik Abang BMW - teaser



“Lama Ean tak call mama?” Tareeq tersenyum, bukan sengaja tapi terlalu sibuk dengan tugasan barunya sebagai pensyarah sambilan. Pagi ke pejabat sebagai arkitek, tengah hari dia akan mengajar. Hanya dua kali dalam seminggu, sebab itu dia menerima jawatan tersebut. Bukan lama mana dia tidak menghubungi ibunya, baru tiga hari dia terlepas untuk mendengar khabar ibu.
            “Ean agak busy sekarang mama. As you wish mama, Ean sekarang pensyarah sambilan. Kira pendidik jugalah, betul tak?” Kedengaran tawa halus dihujung talian sana.
            “Alhamdulillah, sejuk perut mama… Eh, mama nak tanya pasal kes kereta Ean yang luka parah tu? Apa cerita?”
            “Cerita tak best pun ma… Ean tak boleh polish aje, sebab luka dalam. So kena jahit semula, whole part yang luka tu.”
            “Mahal la macam tu? Kesian budak tu nak bayar.”
            “Ean minta half aje ma…”
            “How much?”
            “Lapan ratus aje.”
            “Aje? Banyak tu Ean… she can pay it?”
            “Dia beralasan jugak, tapi ma… itu tanggungjawab diakan, lagi pun lapan ratus aje. Bukan lapan ribu.” Tareeq membela diri. Dia tahu ibu seorang yang sangat pemurah, tambah-tambah soal wang ringgit. Kata ibunya, ‘Papa tinggalkan wang banyak untuk kita buat kebajikan, untung-untung papa merasa pahala yang kita cuba cari untuk dia kat sana, betul?”
            “Kalau dia dapat JPA or apa-apa biasiswa, lapan ratus memang tak berapa besar. Tapi kalau PTPTN, jumlah tu macam dah half duit dia tau tak?” Ibu Tareeq mula bersuara. Kadang kala dia risau dengan sikap anaknya yang satu itu, tegas dan kurang timbang rasanya.
            “Mama nak kata Ean ni tak berperikemanusian?”
            “Tak, lebih kepada tidak prihatin. Berapalah sangat lapan ratus tu dengan gaji Ean? Tak kurang sikit pun kan?” Ibu Tareeq menyindir.
            “Tanggungjawab adalah tanggungjawab. Kalau kita baik sangat mama, orang akan pijak kepala.” Tareeq tetap dengan pendiriannya.
            “Apa-apalah Ean, tapi mama hanya nak pesan, pendirian yang kita pegang kadang-kadang perlu lihat kepada keadaan dan siapa yang kita berdepan. Siapa tahu, nasib dia tak sama macam kita? Faham sayang?” Tareeq hanya mendiamkan diri. Setelah memberi salam, talian dimatikan. Ibunya selalu sahaja membuatkan dia berfikir dua kali atas tindakannya tapi tidak pula dia mengubah tindakannya, menyesal? Jauh sekali.
            Dari kecil dia dibiasakan bertanggungjawab atas setiap sesuatu yang dilakukan. Kesalahan dan kesilapan kecil yang dilakukannya pasti akan dihukum oleh papa. Papa selalu berkata, jadi lelaki kena biasa dengan tanggungjawab, sebab lelaki adalah ketua dan pemutus keputusan dalam sesuatu hal serta seorang pengatur rancangan yang bijak. Jadi perlu sentiasa bertanggungjawab sekiranya tersalah dalam membuat keputusan atau mengatur rancangan. Jadi dia tidak fikir apa yang dilakukan sekarang adalah salah. Salah ke?

++++

susah nak buat lelaki nampak kerek.
^^v
harap2 esok siaplah si kerek ni hui-hui-hui

Saturday, September 8, 2012

Mungkin?

Assalamualaikum.

ini hari yang seterusnya, masih bisa bernafas dibumi Allah.
Alhamdulillah.
sekian harinya, abc tidak meng'update' blog.
entahlah, terasa bosan jugak mengadap Mr.Lappy ni 24/7 =='

untuk beberapa hari rehat ni, abc mencari jiwa menulis abc yang sudah tandus.
abc kacau adik2 abc yang nak exam UPSR dan PMR study... hehehehe
bila mama berleter, habes la dengar semua keluar ^^

takde kena mengena dengan entri ^^v KHJ





abc kebosanan beberapa hari ni, terasa jemu dengan apa yang abc asyik buat beberapa minggu ni.
nak baca novel takde mood, nak tengok cerita korea pun takde mood. mood abc entah ke mana :(

mungkin.
inilah simptom2 orang yang cuti lama dan menganggur.
asyik buat kerja sama setiap hari, kan?
mungkin la~~~

nak kerja, tapi masih ada hal yang kena uruskan.
takut pulak susah nak amek cuti bila dah start kerja.
asyik tengok iklan jawatan kosong aje =.=

mungkin, belum sampai rezkikan?
mungkin la~~~

entri ni tajuknya mungkin.
jadi mungkin aje la semua hehehehe

abc sentiasa cuba untuk keluar daripada 'kebosanan' yang abc sendiri cipta.
jadi, mungkin dengan cara atasi penyakit 'malas' yang kian menular dalam diri ni, boleh menghilangkan simptom2 kebosanan yang terjadi. ^^

MUNGKIN DENGAN MENULIS DUA TIGA CERPEN BOLEH TAMATKAN RIWAYAT 'BOSAN' TU KAN? mungkin la~~~

p/s: edit mengedit jom?!

Monday, September 3, 2012

Mahu Jadik Cikgu?

Assalamualaikum

malam ni, tak tahu nak menulis apa.
mood ZERO

abc layan FB, cikgi-cikgi sedang sibuk dengan isu temuduga dan penempatan
doakan kami :)

kalau dulu, ambik kursus pendidikan, habes belajar
pekerjaan guru tu menunggu untuk di isi.
tapi sekarang tak lagi.
para graduan ISMP kena bersaing antara satu sama lain.
dan bergantung kepada rezki masing-masing.

dengan kemudahan teknologi sekarang,
semua graduan daripada semua U boleh berkomunikasi
macam cikgi2 ^^v

syukur ada yang berjuang untuk isu ini.
sangat2 menghargai mereka dan sangat2 berterima kaseh.

semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.
semoga semua cikgi2 graduan ISMP Jun 2012
dapat temuduga dan posting tahun ni juga :)

doakan kami ye.

+++

nak tulis cerita cikgu-cikgu lah pulak witt witt!

Sunday, September 2, 2012

Konvoi Merdeka. Kelab Waja Utara

Salam Syawal.

seperti yang dijanjikan pagi tadi,
abc nak share gambar-gambar sepanjang konvoi merdeka
bersama kelab waja (WMC) utara.

waktu berkumpul sebelum berlepas.

bergambar sebelum berlepas

mohon perjalanan dilancarkan

my along, wqr nilah kete yang bawak abc hehehe

pelepasan oleh dato' ariffin

lepas tol, so tunggu bagi cukup semua.

1st destinasi kami

segak aih semua sama lagu ni ^^

those two car, pepel n white... abc sangat admired!

destinasi kedua, Rumah Anak2 Yatim Mak Teh, Perlis

mereka sangat enjoy bersama2 :)

new friends... practical students bawah along

at last... hewhewhew... smart tau keta dua nih... aish,..
aktiviti akhir, makan malam dekat Koma Laut Kuala Perlis.
sponsor tu.... :)
+++

itu aje, banyak gambar tapi tak larat nak upload.
anak-anak yatim di Rumah Mak Teh sangat cun/comel
dan baek-baek belaka.

Ahli Kelab Waja sempat bersukaneka dan menyambut hari lahir anak-anak Rumah Mak Teh yang
lahir pada bulan september.

+++

abc harap dapat join lagi lepas nih hehehe
tahun depan beli sa keta waja,
daftar ahli terus, ^^v

apa-apa pun abc sangat2 enjoy that day.
terima kaseh Along and geng2 WMC Utara.

Cikgu. Dia. Maaf.

Salam Syawal.
Salam 1Malaysia.
Salam Perpaduan.

hari ni bukak FB sahaja penuh kawan-kawan cikgu saya kongsi satu link blog.
malam ni ada pulak yang kongsi link blog yang membidas atau balas balik al kisah 
seorang pemilik blog yang ter'lebih' komen profesion perguruan.

anda semua tahu kan siapa?

akibat keterlebihan yang dilakukannya, dia dikritik, dimarah dan banyak lagi.

isu sensitif.
yang bukan guru pun marah.

yang bergelar guru/cikgu dan bakal guru lagi lah marah.
abc? TERASA HATI, MARAH, tapi abc faham,
hak dia untuk bersuara dan abc ambil yang POSITIF 

abc dah baca entri blog dia,
dah baca entri blog cikgu2 yang membalas kembali
dan abc dah baca komen2 di entri2 tu

dalam komen-komen tu dia ada memohon maaf daripada para cikgu.
dan sebab tu jugak dia telah mendelete blog dia.

korang boleh baca dekat sini :

entri dia : DIA

entri : cekgu abbas

entri: Izzul

++++

walaupun ada orang yang tidak dapat terima kata2 maaf dia,
sebab mengatakan dia masih angkuh dan masih tidak mengaku salah dia.

jadi, sekarang sebagai guru apa yang boleh kita buat?

jawapan abc, sebagai anak seorang guru, sebagai bekas guru (6bulan jadik cikgu) dan bakal guru (insyaAllah dalam masa terdekat), abc menerima maaf dari dia, dan harap dia belajar daripada salah dia kali ini. 

untuk apa kita menjadi guru kalau tidak menerima kata maaf daripada orang lain?
untuk apa kita menjadi guru kalau terus memusuhi dia yang pernah membuat silap?
dan untuk apa jadi guru kalau kita terus memarahi dia?

sebagai guru, kita ada sabar yang tinggi bukan? 
tidak perlu kita jadi selancang dia 
sebaliknya lebih lembut jiwa dalam menangani hal sebegini.

biarpun kita dihujani seribu malah jika sejuta hinaan.
kita tetap berusaha segigihnya mendidik anak bangsa kita.
atas satu sebab yang utama, iaitu
KITA ADALAH SEORANG GURU.

seorang guru bukan MENGAJAR
tetapi MENDIDIK.

 ++++

buat dia:

saya minta maaf, pada awal saya membaca entri anda, saya juga termarah
terkata dan terguris hati.
saya dulu tidak pernah terfikir akan menjadi guru.
tapi sekarang saya jatuh cinta pada kerjaya ini.
walaupun belum bergelar guru, minda saya sentiasa terfikirkan
bagaimana saya dapat mendidik anak bangsa supaya mereka punya
masa depan yang CERAH dan supaya "tidak merempat ditepi jalan".

saya cintakan kerjaya ini, tanpa terfikirkan hal-hal yang anda nyatakan.
terima kasih buat anda, kerana menyedarkan.
bahawa kerjaya guru sangat MENGUNTUNGKAN.

jadi guru banyak pahalanya kan?

p/s: saya cuma guru biasa, yang sentiasa mendoakan kejayaan anak bangsa tanpa meminta balasan dunia.


Kelab Waja Utara

Salam Syawal.

semalam berkesempatan join Kelab Waja.
along sekarang join kelab tu.
semalam diorang adakan konvoi mederka ke Perlis.

abc akan upload gambar, soon!

rindu nak tulis-tulis cerita cinta

much love readers!

FOLLOW ABC DI WATTPAD, KARYANURWATEEQA

  FOLLOW TAU! ada 2 cerita baru di wattpad. 1 cerita on the way.  jumpa di sana ~~~ #muchlovereaders